Anda di halaman 1dari 1

PROSES KITARAN HIDUP KATAK Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair.

Telur-telur katak melekat antara satu sama lain lalu membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh-puluh sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah cara semulajadi untuk memastikan kemandirian hidup spesiesnya kerana walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak namun tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini. Selepas 21 hari tempoh perkembangan, ia akan bertukar menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dikenali sebagai alga. Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati dan bergantung kepada keupayaannya menyamar bagi melindungi dirinya. Berudu juga terancam dan ia boleh menjadi makanan bagi hidupan air yang lain. Kadangkala berudu juga akan mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering. Kasihan si berudu ! Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput. Ekor berudu mula mengecil. Paru paru mula berkembang, untuk membolehkannya hidup di darat apabila telah sempurna menjadi seekor katak nanti. Selepas kira-kira 11 minggu, ia mula berkembang dengan lengkap menjadi katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tiada lagi ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat berbanding di dalam air. Katak yang kecil ni mula makan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

Anda mungkin juga menyukai