Anda di halaman 1dari 6

Kitar Hidup - KATAK

Peringkat Pertama
Penghasilan telur

Katak menghasilkan telur di dalam air atau di kawasan yang


berair. Telur-telur ini melekat antara satu sama lain membentuk
sekelompok telur.

Katak bertelur sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah bagi


memastikan kemandirian hidup spesisnya.
Telur katak diselaputi struktur seperti agar-agar yang agak licin
bertujuan untuk melindungi telur tersebut.
Katak betina tidak akan menjaga telurnya selepas bertelur.
Telur-telur tersebut akan berkembang tetapi hanya sebahagian
sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak. Ini kerana,
hidupan lain seperti ikan, itik, serangga dan lain-lain haiwan akan
memakan sebahagian telur tersebut.

Peringkat Kedua
Berudu

Selepas 21 hari tempoh perkembangan, telur akan bertukar


menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya
berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari 3 minggu.

Berudu memakan tumbuhan air yang kecil (yang melekat pada


tumbuhan air yang besar). Tumbuhan kecil ini di panggil alga.

Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia


masih belum berupaya untuk hidup di darat. Ia sangat lemah dan
mudah mati akibat ancaman oleh haiwan lain (dijadikan makanan)
atau apabila tempat tinggalnya menjadi kering.
Peringkat Ketiga
Anak katak

Selepas 5 minggu, berudu mula ditumbuhi kaki belakang diikuti


dengan kaki hadapan. Manakala ekornya pula mula mengecil. Paruparu juga mula mengembang (bagi membolehkan katak hidup di
darat).

Pada peringkat ini, berudu akan mula berenang ke permukaan air


untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi
memudahkan ia untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.

Lama kelamaan, berudu mula kelihatan seperti katak. Ia


menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula
hilang. Ekornya mengecil manakala kaki mula membesar. Paru-paru
semakin berkembang dan menjalankan fungsinya.

Peringkat Akhir

Katak

Selepas 11 minggu, berudu telah berkembang dengan lengkap. Ia


menjadi seekor katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa
ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan
hidupnya di atas darat berbanding di dalam air. Anak katak ini
mula memakan seranggan dan cacing. Ia akan menjadi katak
dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur
dan proses ini akan berulang kembali.

Anda mungkin juga menyukai