Anda di halaman 1dari 11

Kitaran Hidup Katak Metamorfosis katak (Life Cycle of a Frog Frog Metamorphosis')

Peringkat 1 (Early stage) Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untukmemastikan kemandirian hidup spesisnya. Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur telurnya selepas bertelur. Telur telur itu akan berkembang tetapihanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut. Sel telur membahagi (The Cell Splits) Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel. Embrio (The Embryo) Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk. Peringkat 2 (Second stage) Berudu (The Tadpole)

Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga. Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering. Peringkat 3 (Third stage) Berudu mula berubah (The Tadpole Begins To Change) Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh tumbuhan dan haiwan yang reput. Peringkat 4 (Fourth stage) Hampir menjadi katak (Almost There . . .) Lama kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Iamenanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru paru semakin menjalankan fungsinya. Peringkat akhir (Final stage) Katak (The Frog) Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

Kitaran Hidup Belalang Metamorfosis Belalang ('Life Cycle of a Grasshopper Grasshopper Metamorphosis)

Berikut adalah tiga peringkat dalam kitaran hidup belalang. (Following are the three stages in the life cycle of grasshoppers.) Telur : Belalang betina akan bertelur dan telur telur terkandung di dalam karung berkulit keras, selalunya melebihi sepuluh, di dalam tanah atau antara daun daun yang gugur.Setiap karung mengandungi 10 300 telur yang berbentuk butiran beras. Kemudian, nymph menetas dan menjadi nymph. Telur belalang boleh berada dalam keadaan dorman pada musim luruh dan sejuk, lebih kurang sepuluh bulan, bagi Negara yang mengalami empat musim.

Nimfa : Sejurus selepas menetas, nymph muda (nymph instar pertama) mula memakan daun daun tumbuhan yang lembut dan lembap. Nymph adalah versi miniatur bagi belalang dewasa, hanya ia berwarna cerah dan tidak mempunyai sayap. Nymph mengalami 5 6 kali proses salin kulit dan berubah bentuk dan struktur, sebelum menjadi dewasa. Peringkat ini berlaku selama 5 10 hari, bergantung kepada spesis dan keadaan cuaca, terutama suhu dan kelembapan. Ketika nymph bersalin kulit, saiz mereka akan bertambah dan sayap terbentuk pada bahagian toraks badan. Dewasa : Selepas 25 30 hari, sayap lengkap terbentuk dan nymph menjadi matang menjadi dewasa. Tempoh masa perkembangan telur sehingga dewasa, mengambil masa 11 bulan. Belalang dewasa mencapai tempoh matang mengawan selama 15 hari dan hidup selama 30 hari. Jangka hayat belalang adalah lebih kurang 12 bulan. Kajian mendapati bahawa kadar hayat nymph selepas menetas ialah 50 peratus, ini kerana ia akan dimakan oleh pemangsa seperti burung, haiwan rodensia dan cicak. Belalang memainkan peranan penting dalam ekosistem, menjadi sumber makanan kepada pemangsa dalam rantai makanan. Tetapi apabila belalang dalam kumpulan yang banyak, seperti belalang juta, ia boleh menyebabkan kemusnahan tanaman.

Kitaran Hidup Ayam (Life Cycle of a Chicken)

Telur : Ayam betina bertelur di dalam sarang. Dalam telur ada embrio. Embrio akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari. Ayam betina perlu memastikan telur telurnya dipanaskan. Kulit telur yang keras melindungi embrio di dalamnya. Anak ayam mematuk kulit untuk menetas keluar. Ini boleh mengambil masa sehingga satu hari!. Anak ayam : Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan biji benih, serangga, dan cacing. Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar. Ayam dewasa : Anak ayam membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Anak ayam betina membesar menjadi ayam betina. Anak ayam jantan membesar menjadi ayam jantan. Ayam betina kemudian akan bertelur.

KITARAN HIDUP NYAMUK Info Am!!! Tahukah anda bahawa nyamuk terdiri daripada 2700 spesis , dua kepak bersisik, tubuh yang langsing, enam kaki panjang, bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15mm. Nyamuk mampu terbang dengan kelajuan diantara 1.5 km/h hingga 2.5 km/h. Nyamuk mengalami metamorphosis yang lengkap iaitu empat peringkat perkembangan yang jelas.

Mari Belajar Tentang Nyamuk :

Nyamuk merupakan sejenis binatang penghisap darah. Untuk berkembang menjadi seekor nyamuk dewasa nyamuk akan melalui beberapa peringkat berbeza.

Peringkat nyamuk juga menyerupai rama - rama iaitu 4 peringkat iaitu telur, pupa, Larva dan dewasa. Namun apa yang membezakan nyamuk dan rama - rama ialah nyamuk melalui peringkat kehidupan di air manakala rama- rama hanya melalui peringkat kehidupan di darat.

Satu kitaran lengkap nyamuk akan mengambil masa beberapa bulan. Mari kita kaji peringkat demi peringkat ( ^_^ )

Peringkat 1: Telur

Nyamuk dewasa betina akan menghisap darah manusia. Nyamuk ini akan menghasilkan telur iaitu antara 4 hingga 400 biji telur yang ditinggalkan di permukaan air tenang.

Nyamuk ini biasanya akan menghasilkan telur pada wakt malam. Biasanya telur ini akan bertukar menjadi larva setelah mancapai tempoh kematangannya

Peringkat 2 : Larva Larva nyamuk berkembang dalam air selama 7 hingga 14 hari bergantung kepada suhu air. Namun kadangkala larva akan naik ke permukaan air untuk mendapatkan oksigen melalui tiub penafasan. Pada peringkat ini, larva akan memakan alga dan organisma yang tinggal dalam air. Pada peringkat ini,larva akan bersalin kulit sebanyak empat kali yang mana peringkat keempat akan menukarkan larva kepada pupa.

Peringkat 3: Pupa

Peringkat seterusnya ialah pupa. Pada peringat ini pupa tidak akan makan. Pupa juga dipanggil sebagai trumblers. Biasanya ia berada di dalam air selama 1 hingga 4 hari bergantung kepada spesis dan suhu air. Pupa akan mudah kelihatan di permukaan air kerana warnanya lebih cerah berbanding warna air. Pupa ini akan mendapatkan oksigen melalui 2 salur yang dipanggil trumpet. Pupa yang matang akan mula terbuka dan mengeluarkan seekor nyamuk.

Peringkat 4 : Dewasa Nyamuk yang keluar dari pupa akan matang setelah beberapa hari menjadi nyamuk. Jangka hayat seekor nyamuk hanyalah untuk beberapa minggu dan seterusnya kitar akan melalui peringkat yang sama iaitu bermula peringkat telur. Proses Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan. Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur .

Dalam masa seminggu telur tersebut akan menetas dikenali sebagai larva (jentik-jentik ). Larva akan bernafas menggunakan 2 salur yang ada dan memakan bahan organic yang ada. Larva akan bersalin kulit sehingga ke peringkat ke 4 iaitu pupa.

Pupa akan terbentuk apabila larva selesai mengalami empat proses perkembangan sebagai jentikjentik. Pupa tidak makan dan nyamuk dewasa akan keluar dari pupa apabila kulit terbuka. Nyamuk dewasa hanya mampu hidup beberapa minggu sahaja.

Kitaran Hidup Nyamuk

KITAR HIDUP RAMA RAMA Tahukah kamu??? Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnyamm dasyatkan???

Rama rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga. Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat. Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.

Peringkat 1 : Telur Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.

Peringkat 2 : Beluncas / Larva

Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas. Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan, yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang. Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

Peringkat 3 : Kepompong / Pupa Pada tahap ini transformasi akan berlaku. Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk. Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong. Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.

Peringkat 4 : Rama-rama

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain. Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku. Bagaimana Ia berlaku??? Daripada sebiji telur kecil ( TELUR ), lahirlah seekor ulat bulu ( LARVA ). Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama .Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau ( PUPA ). Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama ( DEWASA ). Dengan adanya 4 peringkat diatas, maka lengkaplah kitaran hidup seekor rama-rama.

Anda mungkin juga menyukai