Anda di halaman 1dari 4

Langkah keselamatan semasa penyediaan (setting) akuarium

Dalam penyediaan (setting) akuarium, langkah keselamatan amat perlu


dititikberatkan oleh individu yang mengendalikannya. Tujuannya supaya tidak
mendatangkan sebarang kecederaan dan kemalangan semasa mengendalikan proses
tersebut. Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai proses yang perlu dilakukan untuk
menyediakan akuarium seperti membasuh akuarium, memasukkan air, pasir dan
sebagainya. Jadi langkah keselamatan perlulah diberikan perhatian oleh individu yang
mengendalikannya supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan. Pada
kebiasaannya, terdapat empat kategori keselamatan utama yang perlu diberikan
perhatian semasa penyediaan (setting) akuarium iaitu;
1. Diri
2. Peralatan
3. Ikan hiasan
4. Persekitaran

1. Keselamatan diri
a) Memakai pakaian yang sesuai baju dan seluar yang selesa supaya tidak
menghalang pergerakan.
b) Memakai kasut yang sesuai. Sebaik-baiknya kasut bertutup
c) Mengeringkan tangan sebelum memegang suis
d) Menggunakan sauk untuk menangkap ikan ikan kerana sesetengah ikan
amat berbahaya
e) Memastikan kawasan penyediaan akuarium luas dan tidak dihalang oleh
sebarang benda
f) Meminta pertolongan rakan dalam beberapa aktiviti seperti mengangkat
akuarium dan sebagainya

2. Peralatan

a) Sebelum menggunakan alatan, pastikan alatan tersebut berada dalam
keadaan yang baik dan tidak terdapat sebarang kerosakan pada alat tersebut
b) Pastikan akuarium yang hendak digunakan tidak retak atau pecah
c) Memastikan terdapat punca atau sumber elektrik bagi menghidupkan pam
d) Menggunakan kain yang bersih untuk mengeringkan alatan lain
e) Membuat penyambungan wayar dengan baik dan bersistematik
f) Tidak memasukkan terlalu banyak aksesori ke dalam akuarium kerana ia
akan menyebabkan akuarium nampak terlalu padat dan ikan tidak dapat
hidup dengan selesa.

3. Ikan hiasan
a) Memastikan ikan hiasan yang hendak di masukkan ke dalam akuarium
berada dalam keadaan sihat
b) Menggunakan sauk untuk memindahkan atau menangkap ikan tersebut
c) Memastikan ikan yang hendak dimasukkan ke dalam akuarium tidak lebih
dari lima spesis ikan. Jika terlalu banyak jenis ikan dimasukkan ke dalam satu
akuarium, mungkin pergaduhan akan berlaku.
d) Memastikan spesis ikan yang dimasukkan tidak membahayakan spesis yang
lain.

4. Persekitaran
a) Pastikan lantai tidak dibasah. Jika lantai basah, keringkan terlebih dahulu
sebelum melakukan kerja-kerja pemasangan
b) Meletakkan akuarium di tempat yang betul supaya tidak menghalang
sebarang pergerakan dan sebagainya.
c) Meletakkan akuarium di tempat yang tinggi seperti atas meja, rak dan
sebagainya supaya tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.


Langkah keselamatan penjagaan harian hamster

Penjagaan harian hamster amat perlu dititikberatkan oleh penjaganya. Hamster
memerlukan penjagaan yang rapi dan memerlukan perhatian. Oleh itu, individu yang
memelihara hamster perlulah mengetahui langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil semasa menjaga hamster tersebut. Hal ini sangat penting untuk menjaga
keselamatan diri dan hamster. Secara keseluruhannya, terdapat empat aspek langkah
keselamatan yang perlu diberikan perhatian. Antaranya aspek tersebut adalah:
1. Keselamatan diri
2. Peralatan
3. Hamter
4. Persekitaran.

1. Keselamatan diri
a) Membasuh tangan dengan menggunakan sabun sebelum menyetuh hamster.
Jika tangan mempunyai bau, kemungkinan hamster akan menggigitnya.
b) Memakai sarung tangan jika perlu
c) Memegang hamster dengan betul. Antara cara memegang hamster adalah
memegang dengan lembut dan berhati-hati. Pastikan tidak memegang terlalu
kuat kerana ia akan menyebabakan hamster tersebut menjadi sakit dan akan
menggigit orang yang memegangnya.

2. Peralatan
a) Pastikan sangkar hamster luas dan selesa. Jika kawasan sangkar terlalu
sempit, hamster akan menjadi stress
b) Memastikan kesemua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan
bersih dan bebas dari sebarang kulat.
c) Pastikan tidak terdapat sebarang ruang yang membolehkan hamster
melarikan diri atau diganggu oleh haiwan lain seperti kucing dan sebagainya.

3. Hamster
a) Pastikan hamster dipegang dengan betul supaya ia tidak menggigit.
b) Selepas memandikan hamster, gunakan pengering rambut untuk
mempercepatkan pengeringan bulu hamster. Jika hamster kesejukan, ia akan
mudah mendapat selesema.
c) Menggunakan kain yang bersih untuk memegang hamster.
d) Pastikan hamster tidak diberi pelbagai jenis makanan. Terdapat sesetengah
makanan tidak dapat dicernakan dengan baik oleh hamster. Selain itu,
keracunan makanan juga boleh berlaku dan akan mengakibatkan maut.
e) Mencuci perlatan seperti botol minuman dan bekas makanan hamster.
f) Memberikan vitamin kepada hamster untuk mengelakkan daripada penyakit
g) Memberikan rawatan secepat yang mungkin jika hamster dijangkiti penyakit
atau mengidap selesema.

4. Persekitaran.
a) Memastikan serabut kayu ditukar 2 atau 3 kali seminggu.
b) Memastikan kawasan dalam sangkar luas dan tidak terlalu sempit.
c) Memastikan terdapat pengudaraan yang baik dan tidak terkurung.
d) Memastikan sangkar hamster tertutup rapat dan bebas dari sebarang
serangan haiwan lain. Seboleh-bolehnya letakkan di atas rak.
e) Memastikan hamster terlindung dari panas terik dan hujan.
f) Elakkan meletakkan hamster di tempat yang bising kerana hamster mudah
terkejut.
g) Memastikan suhu yang sesuai untuk hamster iaitu antara 18-22C

Anda mungkin juga menyukai