Anda di halaman 1dari 12

Mesin basuh merupakan sebuah mesin yang direka untuk

membasuh pakaian termasuklah baju, tuala dan cadar. Istilah tersebut merujuk kepada mesin yang
menggunakan air sebagai larutan cucian utama, tidak seperti cucian kering yang menggunakan
bendalir pencuci alternative

Kuantiti arus yang mengalir dalam sesuatu konduktor bergantung kepada beza keupayaan dan
rintangan terhadap pengaliran arus
Jika beza keupayaan adalah tetap, rintangan yang rendah akan menyebabkan arus yang mengalir
bertambah.
Unit bagi rintangan ialah ohm dan simbolnya ialah omega ().
Rintangan terhasil akibat daripada perlanggaran elektron-elektron sesama sendiri dan dengan
atom-atom yang terkandung dalam sesuatu konduktor.
Perlanggaran ini menghasilkan tenaga haba dan menyebabkan suhu konduktor meningka
Semakin nipis atau semakin panjang konduktor, semakin tinggi rintangan dan semakin banyak haba
yang dihasilkan.
Konsep kesan pemanasan oleh konduktor yang membawa arus digunakan dalam unsur-unsur
pemanas seperti mentol filamen, seterika elektrik, cerek elektrik, alat pembakar roti, pengering
rambut dan lain-lain lagi.
Semua alat ini mempunyai gegelung pemanas yang sama ada nipis atau panjang berlingkar .
Apabila arus mengalir, gegelung pemanas menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba dan ini
menghasilkan kesan pemanasan.





















Pembersih hampagas merupakan peralatan elektrik yang menggunakan pam uadara bagi
menghasilkan keadaan hampagas separa untuk menyedut habuk dan kotoran, selalunya dari lantai.
Kotoran tersebut seterusnya dikumpulkan di dalam beg habuk untuk dibuang.
Sedutan hampagas terhasil daripada perbezaan tekanan udara. Satu kipas elektrik mengurangkan
tekanan udara di dalam mesin. Tekanan atmosfera kemudian menolak udara melalui permaidani
serta melalui muncung supaya habuk boleh ditolak masuk ke dalam beg.
Kebanyakan pembersih hampagas turut disertakan dengan beberapa aksesori untuk membolehkan
pengguna membersihkan kawasan yang sukar dicapai oleh kepala pembersih utama. Antaranya
termasuklah:
Berus penyapu
Muncung penyedut tirus








Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dalam membincangkan prinsip sains yang
terlibat merujuk kepada peralatan yang terdapat di rumah, saya telah memilih seterika
elektrik dan peti sejuk.
Seterika elektrik
Dalam seterika elektrik, unsur pemanasnya dililitkan di atas sekeping mika yang rata dan
dikepitkan di antara dua kepingan mika yang nipis. Kepingan mika di bawah dipasang
kepada sekeping plat besi yang tebal yang disadur dengan kromium. Kepingan mika yang di
sebelah atas ditebatkan dengan asbestos.Apabila arus elektrik mengalir melalui unsur
pemanas, hampir semua tenaga haba yang dihasilkan mengalir ke plat besi supaya ia
mencapai suhu yang tinggi dan haba disebarkan ke atas satu permukaan yang sekata.
Asbestos dan kepingan mika yang berada di bahagian atas berfungsi sebagai penebat
supaya sedikit sahaja haba yang hilang ke bahagian atas. Badan atau rangka seterika
elektrik itu perlu ditebat dengan sempurna dengan menggunakan penebat supaya haba
yang dihasilkan oleh unsur pemanas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Seterika elektrik stim mempunyai binaan asas yang hampir sama dengan seterika elektrik
biasa. Perbezaannya ialah, seterika elektrik stim boleh dimasukkan air yang akan
dipanaskan dan menjadi stim. Apabila pakaian digosok, kita tidak perlu menekan dengan
kuat kerana stim yang dikeluarkan akan meratakan pakaian yang digosok dengan lebih
mudah.
Peti sejuk
Peti sejuk ialah alat mekanik untuk menyimpan dan memeliharakan makanan yang cepat
rosak. Alatan ini pada dasarnya direka bentuk sebagai unit penyejuk dengan petak sejuk
beku yang berkongsi sistem penyejukannya dengan lagi sebuah petak untuk suhu sejuk
yang dikekalkan di luar takat sejuk beku.
Peti sejuk merupakan rekaan yang agak moden, bersama-sama dengan alat-alat dapur
yang lain. Alatan ini menggantikan kotak ais yang merupakan barang kegunaan rumah
selama hampir satu setengah abad.
Unit-unit penyejukan perdagangan telah digunakan selama hampir 40 tahun sebelum
pengenalannya untuk kegunaan rumah. Ini disebabkan sistem ammonia yang digunakan
menyebabkannya tidak selamat untuk kegunaan rumah. Peti sejuk sebagai alatan rumah
diperkenalkan pada dekad 1920-an, dan diterima secara meluas pada dekad 1930-an ketika
harga turun dan bahan-bahan penyejuk tiruan, seperti freon dan R-12 diperkenalkan.
Sesebuah peti sejuk berfungsi melalui prinsip penyejatan cecair penyejuk. Apabila seuatu
cecair menyejat, suhu akan turun kerana tenaga haba telah diserap untuk mengatasi daya
tarikan antara molekul-molekul cecair supaya molekul tersebut boleh melepaskan diri
menjadi gas. Untuk membolehkan prinsip tersebut dapat diaplikasikan secara berterusan,
sesebuah peti sejuk berfungsi dengan menggunakan satu kitar termodinamik yang terdiri
daripada pemampat, kondenser, pemeluwap dan injap pengembangan. Setiap komponen
dihubungkan melalui satu saluran bahan penyejuk. Bahan seperti R-12 (CFC) ataupun R-
134a (HFC) digunakan sebagai bendalir penyejuk.
Pemampat memampatkan gas bahan penyejuk kepada bentuk cecair. Proses pemampatan
gas tersebut untuk menukarkannya kepada cecair menyebabkan peningkatan suhu cecair
penyejuk, maka haba disingkirkan melalui satu pengubah haba yang kelihatan seperti
radiator kereta, dikenali sebagai kondenser. Cecair yang telah disejukkan itu kemudiannya
akan mengalir ke injap pengembangan, satu injap bukaan kecil yang menukarkan cecair
tersebut kepada titisan halus yang bertukar kepada gas apabila menyejat semasa melalui
pemeluwap yang biasanya ditempatkan pada bahagian kotak pendingin air batu. Penyejatan
gas bahan penyejuk menurunkan suhunya.
Seterusnya, gas bahan penyejuk menyerap haba daripada makanan, menjadikan makanan
sejuk. Selepas menyerap haba daripada makanan, gas bahan penyejuk kembali semula ke
pemampat.











Penguasaan ilmu Sains merujuk kepada peri pentingnya pemahaman individu dalam
konsep-konsep sains dan perkembangan intelek ini seterusnya akan dapat menimbulkan
keterampilan teknologi. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana penguasaan ilmu Sains
penting dalam memacu pembangunan dan membawa negara ke barisan depan mengepalai
inovasi dan teknologi terbaru terutamanya di kalangan pelajar kawasan luar bandar.
Pendekatan kontekstual ialah strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan
isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on
(aktiviti) dan pemikiran iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam
pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk
pembelajaran yang berikut ;
R (rela ting/menghubung kait) iaitu pelajar belajar dalam konteks menghubungkaitkan
pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
E (experiencing/mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks penerokaan, penemuan
dan reka cipta.
A (applying/mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks bagaimana
pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.






Sains nampaknya sentiasa berada di sekeliling kita. Segala benda dalam alam sekitar
adalah berkaitan dengan Sains. Kanak-kanak sentiasa ingin tahu tentang fenomena yang
diperhatikan dalam persekitaran. Mereka juga seringkali bertanya tentang fenomena-
fenomena tersebut.
Dalam kehidupan moden ini, Sains memainkan peranan yang begitu penting. Setiap
aspek hidup kita berkaitan dengan Sains. Sains boleh didefinisikan sebagai satu bidang
pengetahuan yang tersusun hasil daripada pemerhatian dan eksperimen berulang yang
memberi penerangan yang rasional tentang kejadian alam semula jadi.Ianya lebih sesuai
dilaksanakan melalui kaedah inkuiri-penemuan. Di sekolah rendah pelaksanaannya lebih
menjurus kepada inkuri berbimbing.
Bagi membantu peningkatkan pemahaman murid aktiviti pengajaran sains tidak hanya
tertumpu di dalam kelas atau di dalam makmal sahaja, ianya boleh melibatkan penggunaan
persekitaran.Bagi saya persekitaran juga boleh dikelaskan kepada beberapa jenis.
1.Aktiviti yang melibatkan penggunaan persekitaran di luar bilik darjah .
Contoh Pembinaan Taman Sains atau Taman Biologi -Dalam Tema Menyiasat Alam
Kehidupan Tahun 4 , tujuan dan fungsi pembelajaran berbantukan taman di sekolah adalah
untuk membantu murid-murid memahami konsep keperluan asas haiwan dan tumbuhan
serta perkaitannya dengan peranan mereka sebagai manusia. Taman Sains yang dibina ini
boleh dijadikan sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran yang menarik. Aktiviti kajian
lapangan seperti mengkaji tentang haiwan dan tumbuhan serta keperluannya akan dapat
menarik minat dan membantu memberikan pemahaman yang lebih jelas dan nyata jika
dibandingkan dengan pembelajaran yang sarat dengan hafalan sahaja.Dengan adanya
taman ini murid dapat membuat perkaitan antara rantai makanan di antara hidupan.Secara
tidak langsung ia akan dapat melatih murid-murid budaya menjaga alam sekitar dan
menyayangi hidupan di sekeliling mereka.
2. Aktiviti yang melibat teknologi sebagai persekitaran.
Seperti yang diketahui untuk KSSR Tahun 1 hingga Tahun 3 ianya menggabungkan Sains
dan Teknologi. Oleh itu murid-murid perlu dilengkapi dengan penggunaan persekitaran
berteknologi pada masa kini. Sebagai contohnya murid-murid belajar bagaimana cara
memasukkan gambar haiwan dan bunyi haiwan menggunakan komputer.Di samping
persekitaran pembelajaran kelas, murid-murid juga perlu membiasakan diri dengan
persekitaran berteknologi seperti radio, televisyen, computer dan sebagainya.
.



















Salam 1 Malaysia.Saya tertarik dengan penerangan yang cikgu berikan..
Izinkan saya membuat sedikit penambahan dan perkongsian ilmu.Selain daripada pam
semburan terdapat beberapa peralatan lain di rumah kita yang menggunakan prinsip
tekanan udara antaranya picagari yang kita gunakan untuk memberi ubat (cecair) kepada
anak atau ahli keluarga kita yang demam dan juga pam untuk paip tersumbat.
Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari.
Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari.


Pam paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk
keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila
tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam
paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.






Salam 1 Malaysia..
Saya bersetuju dengan contoh peralatan dan fungsi sains yang terlibat dalam
peralatan yang telah cikgu nyatakan tadi. Sebenarnya di sekeliling kita, terutamanya
di rumah banyak peralatan yang menggunakan prinsip sains direka dan dibina
dengan tujuan untuk memudahkan kerja manusia daripada sekecil-kecil peralatan
sehinggalah sebesar-besar peralatan tanpa disedari ianya mengaplikasikan prinsip
sains.
Prinsip mesin ringkas baji seperti yang cikgu nyatakan tadi boleh juga didapati
pada peralatan lain dirumah seperti pisau, gunting, parang dan sebagainya yang
menggunakan prinsip sains yang sama walaupun kegunaannya agak berbeza.
Melalui peralatan yang direka ini, kerja manusia dapat dipermudahkan dan ianya
menjimatkan masa.
Bagi saya, perkongsian ilmu ini amat berguna dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan
pengajaran dan peningkatan ilmu pengetahuan.














Salam Keilmuan
Saya tertarik dengan perkongsian maklumat yang cikgu berikan.Terima kasih cikgu..
Saya juga ingin berkongsi maklumat tentang lampu kalimantang yang saya perolehi.
Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas
yang menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa. Wap raksa yang
diujakan ini menghasilkan sinar ultraungu gelombang pendek yang menyebabkan
lapisan fosfor untuk menghasilkan cahaya tampak. Lampu penderfluor menukarkan
tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada
mentol lampu. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu
sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast
elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.
Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah
alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi
(kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas.
Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan
telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung
dengan hampir kesemua yang lain.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan.








Salam KeilmuanSetiap peralatan yang ada di sekeliling kita sebenarnya berfungsi
dengan menggunakan prinsip-prinsip sains yang tertentu tanpa kita sedari.Seperti
contoh yang telah saudari berikan di atas , walaupun alat berkenaan dianggap kecil
tetapi sebenarnya ia mendatangkan fungsi atau kegunaan yang besar kepada
manusia.Mesin ringkas contohnya, ianya boleh menjadi satu mesin kompleks yang
amat berguna kepada manusia.
Roda dan Gandar adalah mesin ringkas yang terdiri daripada dua objek yang
berbentuk bulatan yang berlainan saiz yang mana kedua duanya bercantum
antara satu sama lain. Roda bersaiz lebih besar. Ia memutarkan objek yang lebih
kecil atau sebatang rod yang dinamakan sebagai Gandar.
Apabila roda dalam roda dan gandar ini diputarkan, ia akan memutarkan gandar dan
juga sebaliknya. Sebagai contoh, apabila kita memutarkan pemegang pada pemutar
skru, bahagian hujung yang masuk ke dalam kepala skru juga akan berputar pada
masa yang sama.
Disebabkan roda adalah lebih besar daripada gandar, ia sentiasa bergerak pada
jarak yang lebih jauh berbanding gandar. Daya yang dikenakan pada roda akan
digandakan apabila ia dipindahkan pada gandar, yang mana gandar melalui jarak
yang lebih dekat berbanding roda.
Beberapa contoh alat yang menggunakan prinsip roda dan gandar ialah tombol
pintu, pemutar skru, stereng kereta, roda dan gandar pada perigi, kepala paip,
pembuka nat tayar kereta dan pengasah pensil.
Sekiranya peralatan seperti ini tidak ada pasti manusia mengalami kesukaran dari
segi melakukan kerja sehari-harian.
Oleh itu perlu diterapkan rasa bersyukur dalam diri manusia, kerana sains
sebenarnya telah dipelajari sejak dari dahulu lagi dan kesanya ia amat membantu
manusia jika tidak disalah gunakan fungsi atau kegunaannya.

Anda mungkin juga menyukai