Anda di halaman 1dari 22

Roket

AIR

Roket H2O (PAYUNG TERJUN)


Objektif
Membina 1 roket H2O yang boleh terbang tegak ke atas
dan jatuh semula ke bumi dalam jangka masa yang
maksimum/lama
Bahan
1 botol minuman bergas 1.5L
Kulit Fail plastik
Plastik folio
Selotape
Gunting
Benang anchor
Bag plastik sampah nipis
Binding tape
Penebuk lubang

Ada 2 cara untuk membina badan roket h2o. Badan roket h20
boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher. Jika ingin
memasang leher kaedahnya seperti dibawah:
Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan
digunakan nanti untuk membuat leher pada badan roket h2o

Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan


menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol
minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang
untuk diletakkan payung terjun nanti.

Jika anda tidak mahu memasang leher


pada roket anda, gambarnya seperti di
bawah:

Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap


bagi roket anda. Potong 4 keping kulit fail
plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang
anda kehendaki. Kebiasaannya bentuk yang
selalu dibuat ialah seperti gambar di
bawah....anda boleh mencuba bentuk lain
yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o
anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk
membuat sayap roket h2o anda antaranya
'craftboard', 'mounting board', 'manila card'
dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.

andakan 4 garisan selari yang lurus pada


botol minuman bergas tersebut dengan
menggunakan marker. Garisan ini akan
digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan
sayap pada badan roket h2o anda. Garisan
yang anda lukis tersebut hendaklah sama
jarak antara satu sama lain bagi
membolehkan sayap yang akan anda
lekatkan berada dalam keadaan tegak dan
selari.

Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik


kulit folio @ menggunakan botol minuman
bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya.
Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung
kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon
tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia.
Dengan menggunakan gunting, potong/samakan
bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat.
Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih
lebar sedikit berbanding diameter botol yang
dijadikan badan roket h2o.

Ramai pelajar menghadapi masalah


muncung/kon roket h2o akan terlekat pada
badan roket h2o dan tidak terpisah pada
puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi
dengan cara melekatkan tab pada bahagian
badan roket h2o di mana muncung/kon akan
diletakkan. Fungsi tab ialah untuk
menghalang muncung/kon daripada terlekat
pada badan roket h2o semasa dilancarkan
nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut
selari dengan sayap roket h2o anda.

Cara untuk membuat paracut


Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic
sampah yang nipis.
Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang
telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat
kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic
sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan
bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah.
Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil
dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan
tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang
ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.

Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan


adalah 1.25 1.5 X diameter paracut yang anda
buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada
payung terjun adalah bergantung kepada anda.
Kebiasaanya 16 32 tali di pasang pada setiap
payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada
payung terjun yang anda buat terlebih dahulu
lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak
pada tempat di mana tali akan diletakkan.
Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan
penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu
sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.

Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk


dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk
mengikat payung yang anda buat dengan badan
roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui
oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara
lipatan yang biasa digunakan sebelum payung
terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan
muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai
lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di
atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.

Anda mungkin juga menyukai