Anda di halaman 1dari 6

NOVEL JALAN KE PUNCAK

sinopsis

Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan. Dia dihantar ke sebuah syarikat
minyak di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Dia memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang
dipelajarinya. Semasa dalam latihan, Laiman bekerja dengan bersungguh-sungguh, tetapi dia mempunyai
impian lain daripada itu. Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama Soniah, yang juga
masih belajar. Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama Muluk. Soniah merasakan ada
sesuatu yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk, tetapi dia menyembunyikannya.
Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke Kuching, tangki minyak telah terbakar. Ada telahan
yang menyatakan bahawa Laiman yang merancang pembakaran tangki minyak itu sebelum dia ke Kuching.
Pengurus syarikat sendiri pun mengesyaki perkara yang sama. Walau bagaimanapun, setelah mendapat
keterangan daripada Laiman, pengurus itu percaya bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal tersebut.
Setelah tamat belajar, Laiman pulang ke kampungnya di Kusilad, Sabah. Dalam fikirannya, dia
berpendapat bahawa ijazah yang diperolehnya bukanlah tiket untuk dia mencari pekerjaan bergaji tetap. Dia
memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu. Apabila dia mendapat tawaran untuk
bekerja di jabatan pertanian, dia menolaknya. Tindakan Laiman itu menimbulkan rasa hairan di hati
sepupunya, Milan dan juga menimbulkan kemarahan ayahnya, Pak Kiassim. Pak Kiassim yakin bahawa bekerja
makan gaji adalah yang terbaik bagi lulusan universiti. Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek ternakan
lebah madu dan ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar di
tanah paya bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Ternakan lebah madu tidak mendatangkan masalah kepada
Laiman kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas. Di samping itu, dia juga menanam pokok
tembikai.
Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila melihat Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan. Namun
begitu, Laiman tetap dengan pendiriannya. Dia berpakat dengan Milan untuk terus bergerak maju. Pada
awalnya, Milan juga kurang bersemangat. Milan menjadi yakin dan penuh semangat apabila melihat Laiman
tidak pernah berputus asa. Mereka bersama-sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di
sebelah tanah Pak Sahok, tetapi Pak Sahok tidak mengizinkannya. Laiman tahu bahawa Pak Sahok bukanlah
pemilik tanah yang dicita-citakannya itu, tetapi dia tidak mahu bermusuh dengan Pak Sahok.
Milan makin bersemangat seperti Laiman. Tanaman tembikai mula menampakkan kemajuan. Laiman
memikirkan projek lain, iaitu kebun limau dan kelapa. Milan berasa bimbang kerana fikiran Laiman terlalu
bercabang-cabang, tetapi Laiman yakin dengan tindakannya itu. Menurut Laiman, kerjanya yang banyak akan
dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam persekolahan. Perkara tersebut tentu akan menyenangkan hati
ibu bapa budak-budak itu.
Setelah masa berlalu agak lama, Pak Kiassim dapat menerima baik usaha Laiman. Dia telah melihat
kejayaan Laiman dalam projek kebun tembikainya. Namun, Pak Sahok masih enggan memberikan keizinan
kepada Laiman untuk mengusahakan tanah paya di sebelah tanahnya bagi dijadikan kawasan ternakan ikan air
tawar. Hasil perundingan dengan Pak Kiassim, Pak Sahok kemudiannya bersetuju untuk membenarkan Laiman
mengusahakan tanah tersebut.
Laiman memulakan projek ikan air tawarnya. Kawasan paya itu diperdalam dengan menggunakan
jentera pengorek. Setelah segala-galanya berjalan dengan lancar, Laiman menambahkan lagi kolam
ternakannya. Sebahagian dari pada kawasan itu digunakan untuk ternakan ikan air tawar, manakala
sebahagiannya lagi untuk ternakan udang harimau. Urusan kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya.
Masalah dalam bidang perusahaan adalah perkara biasa dan dihadapi oleh mana-mana pengusaha.
Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya, iaitu Kedek dan Muali
meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri. Laiman tidak berasa kecewa kerana sekurang-
kurangnya dia telah berjaya melatih orang lain bekerja.
Kejayaan Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian berjanji akan membantunya memperbesar
perusahaan ternakan ikan air tawar. Projek ikan air tawar yang diusahakannya itu akan dijadikan projek contoh
di daerah Kusilad. Hal itu menggembirakan Laiman dan Milan. Menurut pihak jabatan, ada kemungkinan
projek itu akan menjadi projek terbesar di Sabah. Apabila Milan beredar ke warungnya, Laiman buat sekian
kalinya teringat akan Soniah, gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di Sarawak dahulu.
Sinopsis Ikut bab Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2

Bab Sinopsis
Bab Satu Laiman merupakan mahasiswa tahun tiga jurusan kejuruteraan daripada sebuah
universiti tempatan, sedang mengikuti latihan dengan syarikat milik Shell. Pada
masa yang sama, Laiman berasa banyak perkara yang perlu dipelajari daripada
latihan berkenaan termasuklah menimba pengalaman untuk berdikari sebagai
seorang usahawan suatu hari nanti. Laiman teringat kawan sekuliahnya Chow
Chin yang begitu berdikari walaupun berasal daripada keluarga berada.
Khabarnya Chow Chin telah menjadi seorang pengurus sebuah hotel mewah di
kota. Laiman yakin pengalaman tanpa kelulusan juga mampu mengubah nasib
kehidupan seseorang.

Bab Dua Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.
Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang
memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah.
Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk.
Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah
berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang
Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang
menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan
persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada
Soniah.

Bab Tiga Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa
sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian
Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang
menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku
rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran
dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja
di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut.
Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian
berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib
Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan
harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat
yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu
boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi
mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan
Laiman tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.
Bab Empat Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di
Bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang
ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang
kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko
untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan
lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera
merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran
yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak
menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah
sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan
gerak-geri mereka.

Bab Lima Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

Bab Enam Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di


Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin
manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung
kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha.
Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan
ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani
latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki
minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka
Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak
berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja
yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat
perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

Bab Tujuh Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di
jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban
untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan
kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan
sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu
tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman
ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa
mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya
bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya
dalam usahanya itu.

Bab Lapan Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah
milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak
Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun
Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah.
Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun
tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan
kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu.
Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk
bekerja dengan mereka.

Bab Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan
Sembilan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk
berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman
terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun
Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula
menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman
tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim
menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek
ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa
terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat
ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan
Sepuluh Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju
dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk
projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai
akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu
bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu.
Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk
mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun
tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama,
Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan
pelajarannya di universiti.

Bab Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu
Sebelas Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan
air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan
mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman
sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi
orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti
pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman
mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari
projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda
yang menganggur.
Bab Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti
Dua Belas latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail
menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar
melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang
kampung terhadapnya.

Bab Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka
Tiga Belas yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-
kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa.
Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

Bab Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama
Empat lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih
Belas kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah
tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani
termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan
urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.

Bab Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap
Lima Belas itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia
turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin
melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak,
pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki
ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah
tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.
Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya
amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada
Soniah.
Tema Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2
Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara
berdikari.

 Contoh: Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji,
sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di
kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau,
berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih
Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan
daripada pihak kerajaan.

Persoalan Dalam Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2

Persoalan Contoh
Ketabahan Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada
menghadapi keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
dugaan hidup

Keberanian Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya


menceburi mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan
bidang pertanian menternak ikan air tawar serta udang harimau
Pengorbanan Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi
demi kejayaan membiayai pengajian Laiman di universiti
ahli keluarga
Semangat setia Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa
kawan menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek yang diusahakan
oleh Laiman walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.
Semangat cinta Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
akan negara membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

Anda mungkin juga menyukai