Anda di halaman 1dari 19

TEKNIK MENJAWAB

SAINS PT3

EN. KUMAR A/L PERUMAL

Tips 01 : Fahami Format Soalan

TIPS

Ini adalah perkara utama yang perlu dibuat, sebelum cuba

menjawab soalan Sains PT3. Mesti faham dan kenal dulu dengan
format soalan. Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14 soalan,
dengan kesemuanya berjumlah 100 markah. Soalan 1 hingga 10
terdiri daripada 6 markah setiap satunya. Manakala soalan 11
hingga 14 pula merupakan soalan berbentuk KBAT dengan 10
markah

setiap

satunya.

Soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif.


Objektif di sini tidak bermaksud soalan disertakan dengan
pilihan jawapan A B C dan D. Tetapi objektif juga
bermaksud jawapan ada disertakan dalam soalan. Sebagai
contoh soalan yang berbentuk label dan padankan.
Manakala soalan yang berbentuk subjektif pula ada soalan
tanpa pilihan jawapan. Maknanya pelajar perlu memikirkan
jawapan sendiri yang sesuai dan tepat dengan kehendak
soalan.

Tips 02 : Arahan Soalan

Sesudah pelajar memahami format atau bentuk soalan, maka anda kena faham
pula mengenai arahan soalan. Selalunya arahan soalan atau kehendak soalan ini
ada pada awal soalan. Soalan boleh ditanya dalam pelbagai bentuk dan cara.
Maka adalah amat penting untuk menjawab soalan dengan memberikan jawapan
seperti yang dikehendaki soalan.

Soalan berbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan'


dan'Terangkan'mengkehendaki pelajar memberikan jawapan beserta
penerangan bagi memberi lebih banyak maklumat yang boleh menyokong
jawapan.

Soalan berbentuk seperti 'Nyatakan','Labelkan'


dan'Padankan'pula adalah soalan yang berbentuk
lebih direct dan mengkehendaki pelajar memberi
jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan.
Manakala soalan berbentuk seperti
'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang
mengkehendaki pelajar untuk memberi idea baru
berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau
pun perkara yang mungkin akan berlaku. Tekaan
rambang ini haruslah munasabah dan diterima akal
serta disertakan dengan hujah bernas.

Tips 03 : Kenalpasti Kata Kunci

Setiap soalan pasti akan mempunyai kata kunci yang


membantu pelajar memberi jawapan yang tepat. Saya
cadangkan pelajar gariskan kata kunci utama yang ada
pada soalan. Ini bagi membolehkan pelajar tidak tertinggal
dan lebih jelas dengan persoalan dan perkara utama dalam
soalan.
Bila memberi jawapan, pastikan juga persoalan pada kata
kunci tadi terjawab. Dalam sesetengah soalan, kata kunci
itu sendiri perlu dimasukkan dalam jawapan. Sebagai
contoh soalan mengenai perbandingan.

"Nyatakan perbezaanketinggianpadaAlidanAbu?"
Ada 3 kata kunci bagi soalan di atas. 1.Ketinggian,
2.Ali dan 3.Abu. Ini juga bermakna dalam jawapan
anda, 3 kata kunci ini perlu ada. Maka jawapan yang
paling tepat bagi menjawab soalan di atas adalah
"Alilebih tinggidaripadaAbu".

Tips 04 : Markah Sebagai Panduan

Markah yang ada pada soalan juga boleh membantu


pelajar untuk menjawab soalan. Lebih besar
markahnya, bermakna lebih banyaklah isi penting dan
penjelasan yang perlu disertakan.
Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1 markah,
ini bermaksud jawapan nya selalunya tidaklah panjang
dan perlu huraian. Maka pelajar tak perlu buang masa
dengan menulis jawapan yang panjang.

Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini juga


bermaksud ada 2 isi penting yang perlu
dinyatakan. 1 menjawab persoalan utama, dan 1
lagi menghuraikan isi yang pertama. Begitu juga
dengan soalan lain dengan 3 atau 4 markah.

Tips 05 : Beserta Penerangan

Seperti yang saya huraikan pada Tips 4, setiap


jawapan perlulah disertakan dengan
penerangan.Kadang-kadang jawapan yang
terlalu pendek yang diberikan oleh pelajar
boleh mengelirukan para
pemeriksa.Penerangan ini boleh membantu
pemeriksa kertas jawapan untuk memahami
maksud sebenar jawapan.

Luangkan sedikit masa menulis lebih panjang untuk


menjelaskan lagi jawapan anda. Maka langkah ini
adalah perlu diambilkira bagi memberikan jawapan
yang terbaik.

Tips 06 : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Seperti yang sudah diketahui, elemen dan unsur KBAT (Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi) akan mula diterapkan dalam kertas soalan Sains
PT3. Sebanyak mana peratusannya, tidak pasti. Yang pasti, memang
ada soalan berunsur KBAT. Kebanyakkan soalan berunsur KBAT
berfokus kepada 4 soalan terakhir, bermula daripada soalan 11
hingga 14.
Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT, pelajar perlulah
membaca petikan atau esei yang diberikan berulang kali. Setelah
difahami kandungan dalam petikan tersebut, jawab soalan yang
diberikan dengan merujuk kepada petikan tadi. Selalunya jawapan
yang diminta oleh soalan juga terkandung dalam petikan. Cuma
pelajar perlu pandai mengenalpasti jawapan yang boleh dipindah
keluar daripada petikan.

Jawapan yang berunsur KBAT juga menitikberatkan


kepada pemikiran di luar konteks kebiasaan. Maka
selagi jawapan yang diberikan adalah logik,
munasabah dan bertepatan dengan hukum alam,
maka jawapan tersebut boleh dikira sebagai betul.
Jika pelajar kebuntuan idea, boleh juga dikaitkan
dengan fenomena yang berlaku seharian yang
dialami sendiri oleh pelajar. Pelajar boleh
mengaitkan perkara seharian yang dilakukan selagi
bertepatan dengan konsep sains yang diminta.

Tips 07 : Konsep dan Prinsip Sains

Bagi menggalakkan pemikiran KBAT, maka pelajar


perlu lah memberi penekanan kepada konsep dan
prinsip Sains. Soalan kini tidak lagi terus
menjurus kepada jawapan, sebaliknya meminta
pelajar untuk menggunakan otak dan berfikir
memberi penjelasan. Maka seharusnya lah
konsep dan prinsip Sains diberi keutamaan.

Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang perlu
diberi penekanan oleh pelajar. Sila rujuk senarai di bawah.
1. Ketumpatan

2.Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)


3.Peneutralan asid dan alkali
4. Permukaan putih dan hitam
5. Pemindahan haba
6. Serap dan bebas haba
7.Proses pencernaan makanan
8. Mekanisma penglihatan dan pendengaran
9.Kestabilan

10.Konsep tuas
11.Proses persenyawaan
12.Peredaran darah
13.Interaksi organisma hidup
14.Konsep tekanan udara
15. Tenaga dan perubahan
16.Litar selari dan litar bersiri
17. Transformer

Pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada senarai


di atas sahaja. Ulangkaji semua topik dari Tingkatan
1 2 dan 3. Yang saya senaraikan adalah konsep dan
prinsip Sains yang perlu diberi keutamaan. Sama ada
keluar atau tak dalam Soalan Sains PT3

Tips 08 : Fokus Tingkatan 2 dan 3

Oleh sebab terdapat bab yang lebih banyak dan


lebih susah pada Tingkatan 2 dan 3, maka saya
sarankan pelajar memberi keutamaan kepada
bab daripada tingkatan berkenaan. Ini kerana
pada Tingkatan 1, pelajar hanya mempelajari 7
bab sahaja. Kebanyakkannya adalah topik yang
lebih mudah.

Berbanding bab-bab yang dipelajari semasa dalam


Tingkatan 2 dan 3. Masing-masing dengan 10 bab, dan
dengan topik yang lebih susah. Maka patut lah bab
daripada kedua tingkatan ini diberi lebih penekanan.

TERIMA KASIH
SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai