Anda di halaman 1dari 33

Di sini saya kongsikan beberapa tips teknik

menjawab soalan Sains PT3 yang mungkin


boleh membantu adik-adik pelajar ketika
menjawab soalan. Ada antara tipsnya yang
mungkin sudah adik-adik tahu, namun
penekanan sebegini In Sha Allah mampu
membolehkan adik-adik pelajar lebih berhati-
hati semasa menjawab soal
 Ini adalah perkara utama yang perlu adik-adik
buat, sebelum cuba menjawab soalan Sains PT3.
Mesti faham dan kenal dulu dengan format
soalan.

 Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14


soalan, dengan kesemuanya berjumlah 100
markah. Soalan 1 hingga 10 terdiri daripada 6
markah setiap satunya.

 Manakala soalan 11 hingga 14 pula merupakan


soalan berbentuk KBAT dengan 10 markah setiap
satunya.
 Soalan terdiri daripada soalan objektif dan
soalan subjektif. Objektif di sini tidak bermaksud
soalan disertakan dengan pilihan jawapan A B C
dan D.
 Tetapi objektif juga bermaksud jawapan ada
disertakan dalam soalan. Sebagai contoh soalan
yang berbentuk label dan padankan.
 Manakala soalan yang berbentuk subjektif pula
ada soalan tanpa pilihan jawapan. Maknanya
pelajar perlu memikirkan jawapan sendiri yang
sesuai dan tepat dengan kehendak soalan.
 Sesudah adik-adik pelajar memahami format
atau bentuk soalan, maka adik-adik kena
faham pula mengenai arahan soalan.
 Selalunya arahan soalan atau kehendak
soalan ini ada pada awal soalan. Soalan boleh
ditanya dalam pelbagai bentuk dan cara.
 Maka adalah amat penting untuk menjawab
soalan dengan memberikan jawapan yang
mengikut kehendak seperti yang dikehendaki
soalan.
 Soalanberbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri
penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan'
dan 'Terangkan' mengkehendaki pelajar
memberikan jawapan beserta penerangan
bagi memberi lebih banyak maklumat yang
boleh menyokong jawapan.
 Soalanberbentuk seperti
'Nyatakan', 'Labelkan' dan 'Padankan' pula
adalah soalan yang berbentuk lebih direct
dan mengkehendaki pelajar memberi
jawapan yang tepat dan terus menjawab
persoalan.
 Manakala soalan berbentuk seperti
'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang
mengkehendaki pelajar untuk memberi idea
baru berdasarkan kepada perkara yang sudah
ada, atau pun perkara yang mungkin akan
berlaku.
 Tekaan rambang ini haruslah munasabah dan
diterima akal serta disertakan dengan hujah
bernas.
 Setiapsoalan pasti akan mempunyai kata
kunci yang membantu pelajar memberi
jawapan yang tepat. Saya cadangkan adik-
adik pelajar gariskan kata kunci utama yang
ada pada soalan. Ini bagi membolehkan adik-
adik pelajar tidak tertinggal dan lebih jelas
dengan persoalan dan perkara utama dalam
soalan.
 Bilamemberi jawapan, pastikan juga
persoalan pada kata kunci tadi terjawab.
 Dalam sesetengah soalan, kata kunci itu
sendiri perlu dimasukkan dalam jawapan.
Sebagai contoh soalan mengenai
perbandingan.
 "Nyatakan
perbezaan ketinggian pada Ali dan Abu?"

 Ada 3 kata kunci bagi soalan di atas.


1.Ketinggian, 2.Ali dan 3.Abu. Ini juga bermakna
dalam jawapan anda, 3 kata kunci ini perlu ada.
 Maka jawapan yang paling tepat bagi menjawab
soalan di atas adalah
"Ali lebih tinggi daripada Abu".
 Markah yang ada pada soalan juga boleh
membantu adik-adik untuk menjawab soalan.
Lebih besar markah nya, bermakna lebih
banyak lah isi penting dan penjelasan yang
perlu disertakan.
 Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1
markah, ini bermaksud jawapan nya
selalunya tidak lah panjang dan perlu
huraian.
 Maka adik-adik tak perlu buang masa dengan
menulis jawapan yang panjang-panjang.
 Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini
juga bermaksud ada 2 isi penting yang perlu
dinyatakan. 1 menjawab persoalan utama,
dan 1 lagi menghuraikan isi yang pertama.
 Begitu juga dengan soalan lain dengan 3 atau
4 markah.
 Seperti yang saya huraikan pada Tips 4,
setiap jawapan perlulah disertakan dengan
penerangan.
 Kadang-kadang jawapan yang terlalu pendek
yang diberikan oleh pelajar boleh
mengelirukan para pemeriksa.
 Penerangan ini boleh membantu pemeriksa
kertas jawapan untuk memahami maksud
sebenar jawapan.
Luangkan sedikit masa menulis lebih panjang
untuk menjelaskan lagi jawapan anda. KMaka
langkah ini adalah perlu diambilkira bagi
memberikan jawapan yang terbaik.
 Sepertiyang sudah diketahui, elemen dan
unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
akan mula diterapkan dalam kertas soalan
Sains PT3. Sebanyak mana peratusannya, tak
pula saya pasti. Yang pasti, memang ada
soalan berunsur KBAT. Kebanyakkan soalan
berunsur KBAT berfokus kepada 4 soalan
terakhir, bermula daripada soalan 11 hingga
14.
 Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT,
pelajar perlulah membaca petikan atau esei
yang diberikan berulang kali.
 Setelah difahami kandungan dalam petikan
tersebut, jawab soalan yang diberikan dengan
merujuk kepada petikan tadi.
 Selalunya jawapan yang diminta oleh soalan juga
terkandungan dalam petikan.

 Cuma pelajar perlu pandai mengenalpasti


jawapan yang boleh dipindah keluar daripada
petikan.
 Jawapan yang berunsur KBAT juga
menitikberatkan kepada pemikiran di luar
konteks kebiasaan.
 Maka selagi jawapan yang diberikan adalah
logik, munasabah dan bertepatan dengan
hukum alam, maka jawapan tersebut boleh
dikira sebagai betul.
 Jika pelajar keputusan idea, boleh juga
dikaitkan dengan fenomena yang berlaku
seharian yang dialami sendiri oleh pelajar.
 Pelajar boleh mengaitkan perkara seharian
yang dilakukan selagi bertepatan dengan
konsep sains yang diminta.
 Bagi menggalakkan pemikiran KBAT, maka
pelajar perlu lah memberi penekanan kepada
konsep dan prinsip Sains.
 Soalan kini tidak lagi terus menjurus kepada
jawapan, sebaliknya meminta pelajar untuk
menggunakan otak dan berfikir memberi
penjelasan.
 Maka seharusnyalah konsep dan prinsip Sains
diberi keutamaan.
 Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang
perlu diberi penekanan oleh pelajar. Sila rujuk senarai di bawah.
1. Ketumpatan
2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)
3. Peneutralan asid dan alkali
4. Permukaan putih dan hitam
5. Pemindahan haba
6. Serap dan bebas haba
7. Proses pencernaan makanan
8. Mekanisma penglihatan dan pendengaran
9. Kestabilan
10. Konsep tuas
11. Proses persenyawaan
12. Peredaran darah
13. Interaksi organisma hidup
14. Konsep tekanan udara
15. Tenaga dan perubahan
16. Litar selari dan litar bersiri
 Pelajartidak boleh hanya bergantung kepada
senarai di atas sahaja. Ulangkaji semua topik
dari Tingkatan 1 2 dan 3.

 Yang saya senaraikan adalah konsep dan


prinsip Sains yang perlu diberi keutamaan.
Sama ada keluar atau tak dalam Soalan Sains
PT3, wallahualam.
 Oleh sebab terdapat bab yang lebih banyak dan lebih
susah pada Tingkatan 2 dan 3, maka saya sarankan
adik-adik pelajar memberi keutamaan kepada bab
daripada tingkatan berkenaan.

 Ini kerana pada Tingkatan 1, pelajar hanya


mempelajari 7 bab sahaja. Kebanyakkannya adalah
topik yang lebih mudah.

 Berbanding bab-bab yang dipelajari semasa dalam


Tingkatan 2 dan 3. Masing-masing dengan 10 bab, dan
dengan topik yang lebih susah.

 Maka patut lah bab daripada kedua tingkatan ini


diberi lebih penekanan.

Anda mungkin juga menyukai