Anda di halaman 1dari 3

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam

Aktiviti Sukan
Labels: Karangan Contoh

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan


Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program
1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang
sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan
diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau


ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara
pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah.
Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid
1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan
yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis,
badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid
itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat
meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati
masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh
itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid
tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan


seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh
menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya,
seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak
berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang
mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang
tidak bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan
terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu
emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan
masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa
untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan
sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu,
seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Faedah
berikutnya,
sukan
juga
membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat
berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus
asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun
gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu,
sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan
masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian
kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat

bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya


untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbualbual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa
dengan lebih bermanfaat.

Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan


banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu
menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa
pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga
dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih
ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat
antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat
tahi ayam.

Anda mungkin juga menyukai