Anda di halaman 1dari 7

Skop Pertolongan Cemas

Definasi : Satu bantuan awal atau sementara sebelum ambulan sampai atau dihantar ke hospital. Ia boleh dipecahkan kepada dua iaitu : a. Perubatan :- Mendapat rawatan di hospital b. Kesihatan :- Menjalankan pencegahan dari sebarang penyakit. Tujuan menjalankan Pertolongan Cemas :- ( 3 P ) a. Preserve Life ( Selamatkan mangsa ) b. Promote Recovery ( Elak dari bertambah teruk) c. Prevent Form ( Kurang kan sakit ) Fungsi Pertolongan Cemas :- ( 3 C ) a. What to look for ? b. What to do ? c. How to do ? Check Call Care - respon & danger - ambulans - first aid.

Sifat-sifat amali pertolongan cemas.


a. Tajam perhatian. b. Pantas ikhtiar c. Tidak kasar d. Berakal berbudi e. Bertimbang rasa f. Sentiasa tersenyum g. Beri pertolongan apa yang tahu sahaja.

Menilai Kondisi Pesakit


a. Primary Survey

D, R, A, B, C.

b. Secondary Survey

S, A, M, P, L, E

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas


a. Menyelamatkan nyawa. b. Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan perubatan. c. Melindungi dan mengurangkan rasa cemas mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku. d. Menghadkan kesan-kesan kecederaan. e. Menggalakkan pemulihan.

Jangan memberi apa-apa minuman !!!


1. Jika mangsa tidak sedar diri. 2. Jika mangsa separuh sedar & meminta air 3. Jika mangsa tercedera pada paru-paru atau perut. # Mustahak- panggil doktor dengan segara atau hantar ke hospital. # Ingat !!!! Ahli pertolongan cemas bukan seorang doktor.

Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas


a. Sentiasa tenang dan dapat

mengenalpasti tanda dan gejala sesuatu kecederaan. b. Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa yang tercedera. c. Panggil doktor atau hantar ke hospital. d. Beri maklumat yang terang kepada doktor.

Tugas Ahli Pertolongan Cemas Memberi rawatan kepada pesakit seperti :a. Berikan pemulihan pernafasan jika tidak bernafas. b. Menahan darah jika berlaku pendarahan. c. Berikan perlindungan ditempat yang teduh dan beri keselesaan kepada mangsa. d. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyekat saluran pernafasan mangsa. e. Jika mukanya pucat baringkan mangsa dan selimutkan mangsa. f. Berikan layanan yang sesuai kepada mangsa. g. Jangan biarkan orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang bersih.

Anda mungkin juga menyukai