Anda di halaman 1dari 16

[Document

title]
[Document subtitle]

Laily Fazlin Khairil


SULIT

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Panduan Umum 2

1.1 Tujuan 2

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Tafsiran 4

2. Dasar Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik 5

3. Kategori Murid 5

3.1 Murid sekolah yang mendaftar dengan KPM 5

3.2 Murid sekolah yang tidak mendaftar dengan KPM 6

4. Instrumen Pentaksiran Bagi Ujian Akhir Sesi Akademik 6

4.1 Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) 6

4.2 Penjanaan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Pemarkahan 6

4.3 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) 8

5. Perekodan Skor dan Pelaporan. 8

6. Pengurusan dan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik 9

7. Prosedur Keselamatan 9

8. Peranan dan Tanggungjawab Sekolah 10

8.1 Pengetua/Guru Besar (PGB) 10

8.2 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) 11

8.3 Setiausaha Pentaksiran (SuP) 11

8.4 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia/Penyelaras Mata Pelajaran


(GKMP/KP/PMP) 12

8.5 Guru Mata Pelajaran (GMP) 12

8.6 Guru Kelas/Guru Tingkatan (GK/GT) 12

8.7 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 12

9. Peranan dan Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) 13

10. Calon Persendirian 13

1
SULIT

1. Panduan Umum
Panduan Pentadbiran ujian akhir sesi akademik mengandungi beberapa skop
utama yang telah dirangka berdasarkan perkara yang berikut:

1.1 Tujuan

1.1.1 Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai Bahagian


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di
sekolah tentang pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi
akademik.
1.1.2 Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling
ikhtisas, surat siaran, surat makluman, arahan dan peraturan berkaitan
yang sedang berkuat kuasa serta yang akan diedarkan dari semasa
ke semasa.
1.1.3 Panduan ini terpakai kepada semua kategori sekolah yang
melaksanakan ujian akhir sesi akademik.

1.2 Latar Belakang


1.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
1.2.2 Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.2.2.1 KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) pada tahun 2011 yang bersifat holistik dengan
mengambil kira aspek akademik, iaitu komponen Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) serta aspek
bukan akademik iaitu, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik

2
SULIT

(PPsi). Pelaksanaan PBS adalah selari dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan.
1.2.2.2 Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
mulai tahun 2021 dilaksanakan berdasarkan keputusan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2021. Seterusnya,
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2022 bersetuju
dengan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Susulan daripada pemansuhan UPSR dan PT3,
Pemerkasaan PBS dilaksanakan mulai kalendar akademik
sesi 2022/2023.
1.2.2.3 Pemerkasaan PBS berfokus kepada:
a. Perkembangan dan pencapaian murid
Melihat perkembangan dan pencapaian murid pada setiap
peringkat (Tahun/Tingkatan).
b. Peningkatan autonomi kepada sekolah
Sekolah mengurus dan mentadbir pentaksiran yang
berkualiti.
c. Pengiktirafan profesionalisme guru
Memartabatkan profesion keguruan dengan
meningkatkan kompentensi dan akauntabiliti guru
dalam pentaksiran.
d. Penambahbaikan PBS
Menambahbaik dan memantapkan instrumen, sistem,
pengoperasian dan pelaporan PBS.
e. Kemenjadian Murid
Membina profil murid yang lebih menyeluruh melalui PBD,
PPsi dan PAJSK.

3
SULIT

1.3 Tafsiran
Berikut adalah tafsiran bagi terma yang digunakan dalam panduan ini:
1.3.1 Prosedur Keselamatan bermaksud langkah-langkah yang mesti
dipatuhi bagi menjamin keselamatan rahsia rasmi.
1.3.2 Dokumen terhad bermaksud dokumen rasmi, maklumat rasmi
dan bahan rasmi yang berkehendakkan diberi satu tahap perlindungan
keselamatan.
1.3.3 Instrumen pentaksiran bermaksud alat yang digunakan
untuk mendapatkan eviden bagi mengenal pasti tahap kognitif murid.
1.3.4 Panduan Penskoran bermaksud dokumen yang digunakan sebagai
panduan pemberian markah terhadap respons Murid.
1.3.5 Penyelarasan Pemarkahan bermaksud proses yang dilaksanakan
untuk memastikan setiap pentaksir mempunyai kefahaman
yang selaras terhadap panduan pemarkahan.
1.3.6 Skrip Jawapan Murid (SJM) bermaksud respons murid terhadap
instrumen yang menjadi ukuran atau bukti pencapaian murid.
1.3.7 Moderasi Penskoran bermaksud proses semak silang
yang dilaksanakan oleh Ketua Panitia/ Penyelaras Mata Pelajaran
bagi memastikan penskorn menepati panduan penskoran.
1.3.8 Verifikasi Instrumen Pentaksiran/Panduan Penskoran bermaksud
proses semakan instrumen pentaksiran/panduan penskoran
oleh Pengetua/ Guru Besar secara teknikal.
1.3.9 Verifikasi Skor bermaksud proses semak pengisian skor murid
dalam sistem.
1.3.10 Kes-kes Khas bermaksud perkara yang memerlukan perhatian khas
seperti murid pindah, murid yang mewakili negara/negeri, murid sakit
berpanjangan, murid menumpang dan lain-lain.

4
SULIT

2. Dasar Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik


Ujian akhir sesi akademik merupakan sebahagian daripada PBD yang dilaksanakan
sebagai pentaksiran sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik
menguji tahap kognitif Murid. Ujian ini memberi maklumat mengenai tahap
pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi
akademik dan seterusnya memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang
perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Dasar pelaksanaan
ujian akhir sesi akademik adalah seperti yang berikut:
2.1 Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid sekolah rendah Tahap Dua iaitu
Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta murid sekolah menengah peringkat
menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 bagi sesi
akademik semasa sahaja.
2.2 Ujian akhir sesi akademik melibatkan semua mata pelajaran bagi komponen
ujian bertulis sahaja. Manakala komponen lain seperti ujian lisan, amali dan
lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan.
2.3 Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran ujian akhir sesi akademik bagi
lima(5) mata pelajaran pada Tahap Dua peringkat sekolah rendah dan 20
mata pelajaran pada peringkat menengah rendah disediakan oleh KPM.
2.4 Ujian akhir sesi akademik ditadbir secara fleksibel mengikut jadual kerja dan
jadual waktu yang disediakan oleh pihak sekolah dalam tempoh yang
ditetapkan oleh KPM.
2.5 Skor murid bagi ujian akhir sesi akademik direkodkan dalam Sistem
Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang disediakan oleh KPM.
2.6 Pelaporan bagi ujian akhir sesi akademik adalah dalam bentuk Tahap
Penguasaan Satu hingga Tahap Penguasaan Enam (TP1-TP6) dengan
deskriptor yang komprehensif dan jelas.

3. Kategori Murid
3.1 Murid sekolah yang mendaftar dengan KPM
Semua murid yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
boleh menduduki ujian akhir sesi akademik.
3.1.2 Murid Sekolah Kerajaan
Semua murid Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah
Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang
berdaftar dengan KPM.

5
SULIT

3.3.2 Murid Sekolah Swasta


3.3.2.1 Semua murid Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM.
3.3.2.2 Fi yang perlu dibayar oleh setiap Murid pada setiap
Tingkatan/Tahun adalah sebanyak RM30.00.
4.3 Murid sekolah yang tidak mendaftar dengan KPM

Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM tiada akses kepada Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) bagi pengurusan Aplikasi Pengumpulan dan
Pemasangan Instrumen (APPI) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran
Bersepadu (SPPB).

4. Instrumen Pentaksiran Bagi Ujian Akhir Sesi Akademik


4.1 Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI)
APPI ialah sistem yang digunakan bagi membantu proses pengumpulan item
dan pemasangan serta penjanaan instrumen yang standard. Item dibina oleh
guru yang terlatih
4.2 Penjanaan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Pemarkahan
Penjanaan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui sistem APPI
melibatkan lima mata pelajaran pada pendidikan rendah tahun 4,5 dan 6 dan
20 mata pelajaran pada pendidikan menengah rendah tingkatan 1,2 dan 3
seperti yang berikut :

4.3.1 Pendidikan Rendah Tahun 4,5 dan 6

Bil. Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa

1. Bahasa Melayu 011 1 jam 15 minit

2. Bahasa Inggeris 013 1 jam 15 minit

3. Matematik (SK/SJKC/SJKT) 015/025/035 1 jam 15 minit

4. Sains (SK/SJKC/SJKT) 018/028/038 1 jam 15 minit

5. Sejarah (SK/SJKC/SJKT) 019/029/039 1 jam 15 minit


*SK - Sekolah Kerajaan,
SJKC – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,
SJKT – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

6
SULIT

4.3.2 Pendidikan Menengah Rendah Tingkatan 1,2 dan 3

Bil. Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa

1 Bahasa Melayu 02/1 1 jam 30 minit

02/2 1 jam

2 Bahasa Inggeris 12/1 1 jam 15 minit

12/2 1 jam

3 Sejarah 21 2 jam

4 Geografi 23 2 jam

5 Bahasa Arab 31 2 jam

6 Bahasa Cina 32 2 jam

7 Bahasa Tamil 33 2 Jam

8 Bahasa Punjabi 34 2 Jam

9 Bahasa Iban 37 2 Jam

10 Bahasa Kadazandusun 38 2 Jam

11 Bahasa Semai 39 2 Jam

12 Pendidikan Islam 45 2 jam

13 Matematik 50 2 jam

14 Sains 55 2 jam

15 Asas Sains Komputer 70 1 jam 30 minit

16 Reka Bentuk dan Teknologi 71 1 jam 30 minit

17 Maharat al-Quran 91 1 jam 30 minit

18 Usul al-Din 96 2 jam

19 Al-Syariah 97 2 jam

20 Al-Lughah Al-‘Arabiah 98 2 jam


Al-Mu’asirah
*Mata pelajaran sains dan matematik disediakan dalam dwibahasa

7
SULIT

4.3.3 Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi mata pelajaran


lain perlu disediakan oleh pihak sekolah.
4.4 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
4.3.1 Instrumen bagi MBPK Kurang Upaya boleh dimodifikasi/moderasi
mengikut kesesuaian murid oleh sekolah.
4.3.2 Tempoh masa bagi sekolah melaksanakan modifikasi/moderasi
instrumen dan penyediaan soalan cetakan braille adalah dua (2)
minggu.
4.3.3 Tempoh masa tambahan adalah seperti berikut:

Bil Masa yang diperuntukan Masa tambahan

1. 1 Jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit

2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam

3. Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

5. Perekodan Skor dan Pelaporan.

5.1 Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) merupakan satu sistem


pengurusan pentaksiran yang baharu, berterusan dan menyeluruh bagi semua
jenis pentaksiran di Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.2 SPPB mengandungi 13 modul iaitu:
5.2.1 Pentaksiran Pra Sekolah
5.2.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5.2.3 Pentaksiran Bilik Darjah Berasaskan Projek
5.2.4 Pentaksiran Bilik Darjah Murid Bekeperluan Pendidikan Khas
(PBD MBPK)
5.2.5 Peperiksaan Dalaman Sekolah
5.2.6 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),
5.2.7 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah
(SEGAK) & BMI 5-9T
5.2.8 Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)
5.2.9 Jawi, Al-Quran, Arab, Fardu Ain (JQAF)
5.2.10 Kemahiran Al-Quran (KKQ),
5.2.11 Perkara Asas Fardu Ain,
5.2.12 e-Hafazan
5.2.13 Pentaksiran Pemulihan Khas.

8
SULIT

5.3 Skor bagi ujian akhir sesi akademik akan direkodkan oleh guru mata pelajaran
melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Sistem Pengurusan
Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM).
5.4 Pelaporan bagi ujian akhir sesi akademik boleh diperoleh melalui modul
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam SPPB KPM.

6. Pengurusan dan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik


7.1 Pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik melibatkan proses kerja
seperti yang berikut:
6.1.1 Mendaftar dan mengemas kini data murid dalam APDM.
6.1.2 Mengemas kini data Pengetua/Guru Besar dalam sistem e-operasi
6.1.3 Memuat turun surat makluman, jadual kerja dan Panduan Pentadbiran
Ujian Akhir Sesi Akademik daripada portal KPM.
6.1.4 Menyediakan jadual kerja, jadual pengawasan dan jadual waktu ujian
akhir sesi akademik peringkat sekolah.
6.1.5 Memuat turun instrumen pentaksiran melalui APPI.
6.1.6 Membuat verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal.
6.1.7 Mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran
6.1.8 Melaksanakan ujian akhir sesi akademik.
6.1.9 Memuat turun panduan penskoran melalui APPI.
6.1.10 Melaksana penyelarasan penskoran peringkat sekolah
6.1.11 Melaksanakan penskoran Skrip Jawapan Murid (SJM).
6.1.12 Melaksanakan moderasi penskoran SJM secara rawak.
6.1.13 Melaksanakan verifikasi skor
6.1.14 Merekod skor murid dalam SPPB KPM.
6.1.15 Mengeluarkan pelaporan.

7. Prosedur Keselamatan
7.1 Instrumen Pentadbiran
7.1.1 Instrumen pentaksiran bagi ujian akhir sesi akademik adalah dokumen
terperingkat TERHAD. Sekolah bertanggungjawab untuk
mengendalikan dokumen tersebut mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran perlu
disimpan di tempat yang bersesuaian dan selamat.

9
SULIT

7.1.2 Pergerakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran


hendaklah direkodkan.
7.2 Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pendidikan Malaysia
7.1.3 Sekolah perlu mematuhi Polisi Keselamatan Siber Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rujukan: moe.gov.my
7.1.4 PGB boleh menentukan dan menetapkan zon larangan penggunaan
telefon, peralatan komunikasi, peranti elektronik atau apa juga alat
yang boleh merakam dan/atau menyebar bahan tersebut semasa
menguruskan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran.

8. Peranan dan Tanggungjawab Sekolah


8.1 Pengetua/Guru Besar (PGB)
PGB bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran ujian
akhir sesi akademik dilaksanakan seperti yang berikut:
4.1 Memastikan data murid dikemaskini dalam APDM.
4.2 Memastikan ujian akhir sesi akademik ditadbir mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh KPM.
4.3 Memastikan guru pendidikan khas membuat modifikasi
braille/moderasi untuk MBPK
4.4 Menerima surat makluman bagi memuat turun Panduan Pentadbiran
dan jadual kerja dari portal KPM.
4.5 Memastikan PKP menyediakan jadual kerja dan jadual waktu ujian
akhir sesi akademik di peringkat sekolah.
4.6 Mendapatkan dan menjaga kerahsiaan ID pengguna dan kata laluan
APPI daripada e-mel yang didaftarkan.
4.7 Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui
APPI.
4.8 Melaksanakan verifikasi instrumen pentaksiran dan panduan
penskoran bagi memastikan cetakan menepati aspek teknikal.
4.9 Menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut
Prosedur Keselamatan.
4.10 Memastikan penyelarasan penskoran dilaksanakan bagi setiap mata
pelajaran.
4.11 Memastikan skor murid direkodkan ke dalam SPPB KPM.
4.12 Melaksanakan verifikasi skor sebelum dihantar ke SPPB KPM.

10
SULIT

4.13 Memastikan kes-kes khas diuruskan dalam tempoh pelaksanaan ujian


berdasarkan jadual kerja yang ditetapkan.
4.14 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan ujian
akhir sesi akademik ditadbir mengikut jadual kerja dan jadual waktu.
8.2 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)

PKP bertangungjawab untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran ujian


akhir sesi akademik dilaksanakan seperti yang berikut:
8.2.1 Menerima dan melaksanakan arahan daripada PGB.
8.2.2 Mengurus dan menyelaras pengoperasian ujian akhir sesi akademik
di peringkat sekolah.
8.2.3 Merancang dan menyediakan jadual kerja, jadual pengawasan dan
jadual waktu bagi semua murid termasuk MBPK berpandukan jadual
kerja KPM.
8.2.4 Menerima instrumen pentaksiran yang telah disahkan oleh PGB untuk
diperbanyak dan disimpan mengikut Prosedur Keselamatan.
8.2.5 Melaksanakan semakan secara rawak pada cetakan instrumen yang
telah diperbanyak bagi memastikan tiada ralat.
8.2.6 Menyelaras penyediaan instrumen pentaksiran bagi MBPK.
8.2.7 Menyelaras dan memastikan pelaksanaan penyelarasan penskoran
bagi setiap mata pelajaran.
8.2.8 Memastikan penskoran dilaksanakan mengikut tempoh yang
ditetapkan.
8.2.9 Memastikan skor murid direkodkan ke dalam SPPB KPM.
8.2.10 Melaksanakan verifikasi skor skor murid dalam SPPB KPM.
8.3 Setiausaha Pentaksiran (SuP)
SuP bertangungjawab untuk membantu pengurusan dan pentadbiran ujian
akhir sesi akademik dilaksanakan dengan bimbingan dan seliaan PKP seperti
yang berikut:
8.3.1 Menerima dan melaksana arahan daripada PGB/PKP.
8.3.2 Menyediakan jadual kerja, jadual pengawasan dan jadual waktu bagi
semua murid termasuk MBPK berpandukan jadual kerja KPM.
8.3.3 Menerima instrumen pentaksiran yang telah disahkan oleh PGB untuk
diperbanyak dan disimpan mengikut Prosedur Keselamatan.
8.3.4 Menyelaras penyerahan instrumen pentaksiran mengikut jadual waktu
peringkat sekolah.
8.3.5 Menyelaras proses perekodan skor murid ke dalam SPPB KPM.

11
SULIT

8.4 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia/Penyelaras Mata Pelajaran


(GKMP/KP/PMP)
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia/Penyelaras Mata Pelajaran
menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
8.4.1 Menerima panduan penskoran daripada PKP dan menyerahkan
kepada semua PMP pada hari Mesyuarat Penyelarasan Penskoran
Peringkat Sekolah.
8.4.2 Melaksanakan penyelarasan penskoran bagi memastikan setiap
pentaksir mempunyai kefahaman yang selaras dengan panduan
penskoran.
8.4.3 Melaksanakan penskoran SJM.
8.4.4 Melaksanakan moderasi penskoran SJM PMP secara rawak bagi
memastikan penskoran menepati panduan penskoran dan skor murid
adalah tekal dan tepat.
8.5 Guru Mata Pelajaran (GMP)
8.5.1 Melaksanakan penskoran SJM.
8.5.2 Menyerahkan SJM yang telah diskor kepada Guru Kanan Mata
Pelajaran/Ketua Panitia/Penyelaras Mata pelajaran untuk moderasi
penskoran secara rawak.
8.5.3 Merekod skor dan membuat ulasan penguasaan murid ke dalam
SPPB KPM.
8.5.4 Menghantar skor yang muktamad dalam SPPB KPM.
8.6 Guru Kelas/Guru Tingkatan (GK/GT)
8.6.1 Memastikan data dan maklumat murid dikemas kini dalam APDM.
8.6.2 Memaklumkan dan mengedar jadual waktu ujian akhir sesi akademik
kepada murid.
8.6.3 Memaklumkan kepada SuP sekiranya murid berpindah, murid sakit
dan kes-kes khas yang lain.
8.6.4 Membuat ulasan keseluruhan murid dalam SPPB KPM.
8.7 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
8.7.1 Memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
dengan arahan PKP dengan pengawasan SuP.
8.7.2 Melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan mematuhi prosedur
Keselamatan yang telah ditetapkan.

12
SULIT

9 Peranan dan Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat


Pendidikan Daerah (PPD)
9.1 Tadbir urus sistem bersepadu adalah merujuk kepada prosedur operasi
standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Rujukan:Surat Makluman KPM.100-15/2/198 (40& 41), 17 Oktober 2022

9.2 Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengikut SOP yang telah
ditetapkan.
Rujukan: Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang terkini
9.3 Memastikan penyampaian maklumat pengurusan dan pentadbiran ujian akhir
sesi akademik dilaksanakan mengikut panduan yang disediakan.
9.4 Bertanggungjawab untuk menyelia dan melaksanakan penjaminan kualiti.
9.5 Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) bertanggungjawab untuk
memastikan pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik
dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
9.5.1 Menerima dan mengedarkan surat makluman kepada PPD/sekolah
bagi memuat turun Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik
dan jadual kerja daripada portal KPM.
9.5.2 Mendaftar/mengemas kini ID pengguna dan kata laluan sistem APPI
bagi semua sekolah di bawah pentadbiran JPN/PPD serta
memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah melalui e-mel rasmi.
9.5.3 Mengemas kini maklumat sekolah dan mata pelajaran yang diambil
oleh setiap sekolah.
9.5.4 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan
pemarkahan melalui sistem APPI.
9.5.5 Melaksanakan Penjaminan Kualiti pelaksanaan ujian akhir sesi
akademik bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan secara
berintegriti.
9.5.6 Menguruskan calon persendirian.

10 Calon Persendirian
10.1 Calon persendirian yang tidak berada dalam sistem persekolahan boleh
mendaftar melalui JPN dan layak menduduki ujian akhir tingkatan tiga (3) di
pusat ujian yang ditentukan oleh JPN berdasarkan syarat
yang berikut:
10.1.1 Berumur 17 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran.

13
SULIT

10.1.2 Fi yang perlu dibayar oleh setiap murid adalah sebanyak RM100.00.
10.1.3 Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid persendirian adalah
seperti yang berikut:

Bil Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa

1 Bahasa Melayu 02/1 1 jam 30 minit

02/2 1 jam

2 Bahasa Inggeris 12/1 1 jam 15 minit

12/2 1 jam

3 Sejarah 21 2 jam

4 *Pendidikan Islam 45 2 jam

5 Matematik 50 2 jam

6 Sains 55 2 jam

*untuk murid beragama Islam sahaja

10.2 Pengurusan Calon Persendirian


JPN bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir ujian akhir
tingkatan tiga (3) bagi calon persendirian seperti yang berikut:
10.2.1 Menguruskan pendaftaran.
10.2.2 Menetapkan dan menguruskan pusat pentaksiran.
10.2.3 Mentadbir ujian akhir sesi akademik Tingkatan 3.
10.2.4 Melantik pemeriksa untuk melaksanakan penskoran SJC.
10.2.5 Menguruskan perekodan skor dan pelaporan.
10.2.6 Menguruskan penyemakan semula keputusan.
10.3 Panduan kepada calon Persendirian
JPN perlu memastikan calon persendirian melaksanakan perkara yang berikut:
10.3.1 Mendaftar dan membuat pembayaran fi yang telah ditetapkan.
10.3.2 Mendapatkan maklumat berkaitan jadual waktu ujian akhir sesi
akademik, pusat pentaksiran dan lain-lain maklumat berkaitan
daripada JPN.
10.3.3 Menghadiri ujian akhir sesi akademik mengikut jadual waktu di pusat
pentaksiran yang telah ditetapkan.
10.3.4 Mendapatkan keputusan ujian akhir sesi akademik di JPN.

14
SULIT

10.3.5 Sekiranya murid tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh,
murid boleh memohon untuk penyemakan semula keputusan di JPN
dengan bayaran fi sebanyak RM50.00 bagi setiap mata pelajaran dan
dalam tempoh yang ditetapkan.
10.3.6 Mendapatkan keputusan penyemakan semula keputusan (jika
berkenaan) di JPN.

15

Anda mungkin juga menyukai