Anda di halaman 1dari 14

Unit 05 Berbudi Bahasa Amalan Hidup Masyarakat Kita

HEMAH TINGGI

Definisi Hemah Tinggi


Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia

dalam pergaulan seharian

Perlakuan Bercakap di Telefon


Memberi salam Tidak memotong percakapan orang lain Tunjukkan minat anda dalam perkara yang dibincangkan Tidak menelefon ketika waktu makan dan lewat malam

Perlakuan Ketika Bertemu Rakan Baru


Memberi salam Mengatakan Saya Gembira Bertemu dengan Anda apabila diperkenalkan dengan seseorang. Senyum dan memandang ke arahnya apabila memberi salam.

Perlakuan Ketika Berhubungan dan Berkomunikasi


Sentiasa berkata Sudikah? dan Terima Kasih apabila memerlukan dan menerima bantuan. Mengetuk pintu sebelum memasuki bilik seseorang. Katakan Maafkan saya jika anda mahu mencelah atau inginkan sesuatu daripada orang lain.

Meminta kebenaran sebelum menggunakan peralatan orang lain. Membuka pintu dan memberi laluan untuk orang yang lebih tua.

Cara Berkelakuan Sopan Di Tempat Awam


Tidak membuang sampah merata-rata Beratur ketika menaiki bas Memakai pakaian yang sopan Tidak membuat bising di hospital Tidak meng hisap rokok di tempat awam Menjaga kebersihan rumah ibadat

Cara Berkelakuan Sopan di Rumah


Menunjukkan muka yang manis apabila bercakap dengan ibu dan bapa Menghormati ibu bapa Bercakap dengan ibu bapa dengan suara yang lembut

Adab di Meja Makan


Pastikan pakaian bersih dan kemas semasa di meja makan. Basuh tangan sebelum duduk di meja makan Tinggalkan surat khabar, buku dan alat permainan apabila hendak ke meja makan. Duduk dengan cara yang sopan.

Sekiranya napkin disediakan, letakkannya di atas riba anda. Tunggu sehingga semua ahli telah duduk dan bersedia di meja makan sebelum anda mengambil makanan atau mula makan. Dahulukan orang yang lebih tua dan tetamu makan. Tidak mengambil makanan daripada pinggan orang lain.

Tidak meletakkan siku di atas meja Tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan Sudu dan garpu hendaklah diletakkan di sisi anda dan jangan digunakan sebagai alat untuk bermain Tidak merungut dan bertengkat sewaktu berada di meja makan

Meminta dengan sopan jika memerlukan sebarang hidangan. Minta dengan sopan sekiranya anda perlu menambahkan makanan anda Tidak sesekali menjangkau untuk mengambil makanan. Mintalah bantuan orang di sebelah anda. Minta kebenaran untuk meninggalkan meja setelah selesai makan.

Kebaikan Mengamalkan Perlakuan dan Pertuturan Yang Sopan

Dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Dapat meningkatkan imej diri. Menjalin perhubungan yang baik sesama manusia. Disenangi oleh semua orang. Mencerminkan peribadi seseorang atau masyarakat kita. Supaya kita dapat hidup dalam suasana aman dan bersatu padu.

Rujukan
Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 2002 Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Moral Tingkatan 1, 2 & 3, Ismail Mohamad Zain, Anand Kumar, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd., Cetakan 2007

Anda mungkin juga menyukai