Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1-6

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Apabila ………..sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu
B terngiang
C terimbas
D terkenang

2 Ibu membeli ………… petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A seikat
B secekak
C selonggok
D setangkai

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Masjid Jamek terletak berdekatan dengan kawasan ……..antara Sungai Kelang


dengan
Sungai Gombak.
A persatuan
B pertemuan
C perselisihan
D persimpangan

4 Suasana di rumah Puan Shanti ……….. dengan suara cucu-cucunya yang pulang
bercuti.
A riuh-rendah
B kucar-kacir
C kelam-kabut
D huru-hara

5 Para penonton yang hadir terhibur ………….persembahan kumpulan nasyid itu.


A dengan
B akan
C oleh
D atas

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Aminah …………….. semasa balik dari kuliah petang semalam.


A dihujan
B dihujani
C berhujan
D kehujanan

Soalan 7-8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan.
Kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

7 Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan


A B C D

8 Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja
A B C
yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D
Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.


Il Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, ll dan Ill sahaja
. D II, III dan IV sahaja
Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan

10 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer


A dari dua kilometer setengah
B daripada dua kilometer setengah
C daripada dua setengah kilometer.
D dari dua setengah kilometer

11 Semua qula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik,

A Gula-gula yang saya belikan


B Semua gula-gula yang saya beli
C Gula-gula yang dibeli oleh saya
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

12 "Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Satria,"
kata Aiman kepada Hafiz.

A Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang
itu jika dia ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang. datanglah
ke
rumahnya di Taman Satria.
C Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau
Aiman ada masa lapang
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria
pada petang ini jika dia kelapangan

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam


II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia
A I dan Il sahaja C I, II dan lIl sahaja
B Ill dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

14. I Pengemis itu tidur berbantalan dengan lengan


II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli

A I dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 15 dan 16
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia
hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja

Keadaan ini diibaratkan

A orang mengantuk disorongkan bantal


B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
C pucuk dicita ulam mendatang
D pungguk merindukan bulan.

16. Peribahasa yang menunjukkan perilaku kalau jauh berkasih-kasihan, kalau dekat
saling bergaduh ialah
A aur ditarik songsang
B gunting makan hujung
C telur di hujung tanduk
D jauh bau bunga, dekat bau tahi

Seni Bahasa (Asal Padi)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia.
Mereka meninggalkan dua orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak yatim
piatu itu masih belum dapat mencari nafkahnya sendiri kerana mereka masih terlalu kecil.
Segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tuanya habis diambil oleh orang-orang
jahat, sehingga kedua-dua orang anak yatim piatu itu melarat hidupnya. Hanya sebuah
kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri oleh ayahnya sahaja yang masih tinggal dan tidak
dapat dicuri atau diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka satu-satunya yang tinggal itulah
yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Anak yang
sulung sudah agak besar, akan tetapi sayang sekali anak itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari
kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang
tuanya. Didapatinya dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan
sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

(Dipetik daripada prosa tradisional "Asal Padi",


antologi Kuingin Berterima kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

17. Yang berikut ialah harta anak yatim yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa mereka
setelah ibu bapa mereka meninggal dunia, kecuali
A tanah
B ternakan
C kolam ikan
D harta benda peninggalan.

18. Yang berikut ialah gambaran kecacatan pada anak sulung, kecuali
A jari-jari kakinya tumbuh melekat antara satu sama lain.
B kedua-dua tumitnya berlubang.
C kakinya kerekot.
D matanya buta.

19. Apakah persoalan utama yang terdapat dalam petikan di atas?


A Persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya
B Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
C Persoalan penganiayaan terhadap anak yatim piatu
D Persoalan keberanian menentang kejahatan

20. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kita dilarang menganiayai anak yatim piatu?
A Anak yatim piatu hidup dalam kesedihan
B Anak yatim piatu tiada tempat bergantung
C Anak yatim piatu tiada harta
D Anak yatim piatu cacat

BAHAGIAN B – Kesalahan ejaan


Soalan 1 (a)
Dalam pengumuman tersebut terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

PENGUMUMAN

Bersempena dengan Minggu Kebersihan dan Keceriaan, semua murid dipelawa untuk
menyertai Bengkel Penampilan Diri yang akan dianjurkan oleh Kelab Kebersihan dan
Keceriaan Sekolah. Bengkel ini akan dikendalikan oleh peceramah terkenal. Butir-butir
yang berkaitan dengan bengkel ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 Ogos 2019
Tempat : Dewan Citra Utama
Hari : Khamis
Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari

Penyertaan dibuka kepada 100 orang murid sahaja. Minuman dan makanan disediakan.
Sila berikan nama kepada Azidah Zakaria dari Tingkatan 1 Bestari. Tarikh tutup
penyertaan ialah 20 Ogos 2019. Sekian, terima kasih.

i) penceramah………………………….

ii) tengah hari…………………………..

Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti pola ayat bagi setiap ayat
di bawah sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA, FN+FSN.

1. Ahli parlimen itu berhujah bahawa penghantaran pelajar ke luar negara perlu
diteruskan.

FN+FK________________________________________

2. Anak buahnya pendiam dan bercakap perlahan-lahan.

FN+FA_______________________________________

3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.

FN+FK________________________________________

4. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.

FN+FK_______________________________________

5. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.

FN+FN________________________________________

6. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.

FN+FA_______________________________________

7. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.

FN+FNS______________________________________

8. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.

FN+FSN_______________________________________

9. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
FN+FN_______________________________________

10. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.

FN+FA_______________________________________

SELAMAT MENJAWAB !

Anda mungkin juga menyukai