Anda di halaman 1dari 7

UJIAN BERTUTUR SPM KERTAS 3 ( 1103/3) 2023

Spesifikasi
1. Mendedahkan situasi bertutur secara formal kepada murid. Menyediakan murid untuk
boleh berinteraksi dalam Bahasa yang standard.
2. Membentuk kemahiran bertutur secara berkesan, bermakna dan bertatasusila.
Pengucapan yang menepati soalan yang diajukan, berinformasi, kesantunan bernahasa.
3. Melahirkan murid yang boleh bertutur dengan menggunakan laras bahasa yang betul,
kosa kata yang sesuai dengan topik yang diberikan.

Bil Perkara Kertas 3 ( 1103/3)


1. Jenis Instrumen Ujian Bertutur
2. Jenis Item  Subjektif Respons Terhad
 Subjektif Respons Terbuka
3. Bilangan Soalan Bahgian A : Individu
 Bahan yang disedikan dibaca secara mekanis.
 Bersoal jawab dengan pentaksir.
Bahagian B : Kumpulan
 Satu tajuk/ tema disediakan untuk perbincangan.
 Perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang.
3. Jumlah Markah 70 markah
4. Konstruk Kemahiran Mendengar
 Memahami
 Mengaplikasi
 Menganalisis
 Menilai
5. Tempoh Ujian Individu : 3 hingga 5 minit
Kumpulan : 12 hingga 15 minit
6. Jadual Sidang Sidang 1 : 8.00 hingga 9.45am
Rehat : 9.45-10.00am.
Sidang 2 : 10.00- 11.45am.
Sidang 3 : 11.45-1.30 tgh
7. Bahgian A Bahgian A : Individu
 Bahan yang disedikan dibaca secara mekanis.
 Bersoal jawab dengan pentaksir.
 Markah penuh 40 markah dan dinilai secara analitik.
 Markah penuh untuk setiap konstruk ialah 10 markah.
 Calon diberi satu bahan rangsangan yang mengandungi
gambar dan petikan untuk dibaca semasa berada di bilik
menunggu.
 Calon diberi masa 3 minit untuk membaca, meneliti dan
memahami bahan rangsangan tersebut dengan diawasi oleh
pengawas. Setelah cukup masa 3 minit membaca secara
mentalis, calon akan bergerak ke bilik ujian dengan
membawa bahan rangsangan yang telah dibaca.
 2 orang pentaksir luar. ( Guru Bahasa Melayu dari sekolah
lain ) bersedia menunggu calon di bilik ujian.
 Di bilik ujian, calon akan membaca secara mekanis bahan
rangsangan yang telah dibaca di bilik menunggu di hadapan
2 orang pentaksir.
 Bacaan mekanis dinilai dari segi sebutan, intonasi dan
nada.
 Calon akan diuji dengan 4 soalan, iaitu 2 soalan
berdasarkan bahan rangsangan dan 2 soalan KBAT yang
berkaitan bahanrangsangan tersebut.

BAHAGIAN A ( INDIVIDU )
Tahap Aspek Yang Ditaksir Penerangan
Penguasaan ( INDIVIDU )
dan Skor
 Tatabahasa dan Kosa Kata  Bahasa gramatis penggunaan
( 10 MARKAH ) dan kosa kata sangat tepat
dan sangat betul.
 Sebutan, Intonasi dan Nada  Sebutan sangat tepat dan
( 10 MARKAH ) sangat jelas intonasi dan nada
Cemerlang sangat betul seperti penutur
9-10 jati . Intonasi sesuai dan ayat
markah yang sesuai pada tahap tekal ,
terperinci dan menjadi
teladan .Nada seperti penutur
SANGAT jati.
 Kafasihan dan Kelancaran  Keseluruhan pengucapan
( 10 MARKAH ) sangat petah, sangat fasih,
sangat bertatasusila dan
beradab.
 Idea dan Bermakna  Idea sangat relevan dan tepat
( 10 MARKAH ) dengan tugasan , dihuraikan
dengan sangat jelas dan sangat
A. Individu ( Analitik ) 40 markah matang mengikut konteks.
B. Kumpulan (Holistik) 30 markah
Jumlah Markah A+B = 70 markah
Markah Penyelarasan
KEPUJIAN
7-8
MARKAH
BAIK
5-6
MARKAH
( MASIH )
PENGUASAAN
MINIMUM
3-4 MARKAH
( KURANG )

BAHAGIAN B ( KUMPULAN )
Tahap Aspek Yang Ditaksir Penerangan
Penguasaan ( KUMPULAN )  3-5 calon
dan Skor HOLISTIK  8 min berbincang dlm kump
 12-15 minit
 2 pusingan
 Pusingan 1 –ikut giliran
 Pusingan kedua - bebas
 Tatabahasa dan Kosa Kata  Mengemukakan idea utk
Cemerlang ( 10 MARKAH ) menyampaikan masalah serta
26-30 menyampaikan pandangan
markah  Sebutan, Intonasi dan Nada yang rasional dlm pelbagai
Kefasihan dan Kelancaran ruang perbincangandengan
( 10 MARKAH ) yakin, jelas dan betul
SANGAT menggunakan ayat yg betul
intonasi yg sesuai dan ayat
 Idea dan Bermakna sesuai pada tahap tekal
( 10 MARKAH ) ( konsisten ) , terperinci dan
menjadi teladan..
A. Individu ( Analitik ) 40 markah  Bahasa gramatis , penggunaan
B. Kumpulan (Holistik) 30 markah perkataan dan kosa kata sangat
Jumlah Markah A+B = 70 markah tepat dan sangat betul.
Markah Penyelarasan  Sebutan sangat tepat, sangat
jelas, intonasidan nada sangat
betul spt penutur jati.
 Keseluruhan pengucapan
sangat petah dan sangat fasih.
Sangat Baik
21-25
Markah
Baik
16-20
Markah
Memuaskan Terhad
11-15 ( 1-5 Markah )
Markah  Amat pasif dan tidak
Terhad memberikan respons dalam
6-10 kumpulan.
Markah  Tiada keyakinan diri.
Sangat  Lontaran idea baharu amat
Terhad terhad.
1-5  Penyampaian amat
Markah TERHAD.

Tema Ujian Bertutur Berdasarkan Dokumen Standard Dan Pentaksiran ( DSKP )


1. Kesihatan dan kebersihan 2. Pelancongan
3. Keselamatan 4. Perpaduan
5. Kubudayaan, kesenian dan estetika. 6. Jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan.
7. Sains, teknologi dan Inovasi. 8. Alam sekitar dan teknologi hijau.
9. Pertanian, penternakan dan perikanan. 10. Sejarah dan warisan.
11. Sukan dan rekreasi. 12. Perindustrian.
13. Pendidikan. 14. Bahasa dan kesusasteraan.
15. Kerjaya 16. Integriti
17. Ekonomi, keusahawanan dan pengurudan kewangan. 18. Pentadbiran dan Politik.

Bahan 1
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Semangat Patriotik Dalam Kalangan Rakyat


Semangat patriotik bermaksud semangat cinta akan negara dan rela berkorban demi mempertahankan
maruah negara kita. Nilai patriotik merupakan sebahagian daripada nilai murni yang perlu dijiwai dan
diamalkan oleh masyarakat di negara kita. Semangat patriotik dapat dizahirkan melalui tindakan
seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan
berunsurkan kenegaraan atau apa-apa cara yang menunjukkan kesetiaan dan kecintaan terhadap
negara. Kepentingan semangat patriotik ialah membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan antara
kaum yang menjadi penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara. Oleh itu, rakyat
Malaysia perlu sedar betapa pentingnya semangat patriotik bagi memupuk semangat perpaduan yang
tinggi dalam kalangan rakyat.

Soalan Rangsangan
1. Apakah maksud semangat patriotik ?

2. Nyatakan amalan yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat
Malaysia.

3. Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan sebab-sebab semangat patriotik semakin luntur dalam
kalangan masyarakat.

4. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan


untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita.

Bahan 2
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Permainan Tradisional

Masyarakat zaman dahulu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai
keturunan. Permainan tradisional merupakan satu warisan kebudayaan yang pernah popular sedikit
masa dahulu. Masyarakat dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai wahana memupuk
semangat ukhuwah antara penduduk selain mengisi masa senggang dengan perkara berfaedah. Antara
permainan tradisional yang dikenali sebagai permainan rakyat termasuklah guli, congkak, wau, sepak
raga dan gasing. Permainan tradisional warisan masyarakat dahulu semakin dipinggir oleh generasi
muda dewasa ini.
Soalan Rangsangan
1. Nyatakan permainan tradisional yang telah anda abaca.
( Calon perlu mengambil sebahagian soalan )

2. Apakah tujuan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat dahulu ?

3. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakan masyarakat kini kurang meminati permainan


tradisional ?

4. Andaikan anda seorang pegawai di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,


cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mempopularkan kembali
permainan tradisional pada hari ini.

Bahan 3 ( Sains, Teknologi dan Inovasi )


Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Teknologi Angkasa Lepas Di Malaysia

Malaysia telah melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1 dan MEASAT-2 pada tahun
1996. Hal ini telah membuka ruang bidang kajian sains angkasa di negara ini. Melalui penggunaan
satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih menjadi lebih efisien. Gabungan
antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih memudahkan komunikasi bahkan kedudukan
individu tertentu boleh dikesan melalui Sistem Kedudukan Global ( GPS ). Antara bidang lain yang
turut menerima faedah daripada teknologi angkasa lepas ialah bidang geografi. Kajian dan ramalan
cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh.
Sebarang bentuk bencana alam seperti rebut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih
awal. Dalam bidang pertahanan , kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau
keselamatan negara dengan lebih berkesan.

Soalan Rangsangan
1. Nyatakan kelebihan gabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih.
( Calon perlu mengambil sebahagian soalan )

2. Berikan dua bidang lain yang turut menerima manfaat daripada teknologi angkasa lepas.

3. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakan golongan muda-mudi kurang meminati bidang kajian
sains angkasa ?

4. Andaikan anda seorang pegawai di Kementerian Pertahanan Malaysia, nyatakan kelebihan satelit
navigasi dalam kementerian anda berserta dengan contohnya.

Bahan 4 ( Kesihatan dan Kebersihan )


Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Perubatan Herba
Kaedah penggunaan tumbuhan herba secara efektif.
Tumbuhan herba untuk mengatasi penyakit jantung, darah tinggi dan
kolesterol.

Setiap manusia mempunyai hak untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik tanpa mengira status
pendapatan mereka. Perubatan herba cenderung menjadi pilihan yang berpatutan. Sudah lama
perubatan herba diiktiraf sebagai perubatan yang mapan dan tersedia untuk manusia di seluruh dunia.
Walaupun pengetahuan tentang penggunaan herba mungkin sudah berkurangan di beberapa tempat,
tumbuhan herba perubatan masih lagi wujud. Masyarakat pada zaman dahulu tentunya lebih
berpengetahuan tentang potensi ubat herba daripada zaman moden. Apabila digunakakn dengan betul,
kebanyakan ubat herba mempunyai sejarah keselamatan penggunaan yang luas. Herba tidak boleh
digunakan dengan cara yang sama sebagaimana perubatan moden. Namun begitu, perubatan herba
berfungsi secara holistik kerana menguatkan tubuh badan dari dalam dan menguatkan imunisasi ke
tahap optimum.

Soalan Rangsangan
1. Nyatakan kelebihan perubatan herba.
( Calon perlu mengambil sebahagian soalan )

2. Mengapakah perubatan herba dikatakan berfungsi secara holistik ?

3. Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mempromosikan penggunaan ubat-uabat


berasaskan herba di Malaysia ?

4. Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara perubatan moden denagan perubatan tradisonal .
 Holistik – bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang
menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.( Zheng ti de 0
 Mapan – tidak berubah-ubah / sudah diterima umum/ mantap / kukuh.

Bahan 1
Bahagian B : Taksiran Kumpulan
( 30 markah )
Masa : 12 hingga 15 minit
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudianbincangkan dalam
kumpulan mengenai bahan rangsangan tersebut.

Tema Kerjaya
Masalah pengangguran dalam kalngan generasi muda tidak harus dipandang enteng kerana
boleh memberikan pelbagai kesan negative kepada sesebuah negara. Pandemik COVID-19
yang melanda negara menjadi asbab pengangguran semakin meningkat dan membinbangkan
banyak pihak. Justeru, isu ini perlu ditanganidengan segera agar isu pengangguran dapat
dikurangkan.
Ulas pernyataan tersebut.

Bahan 2
Tema Perpaduan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum.
Setiap kaum hidup dengan harmoni untuk memastikan perpaduan terpelihara.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan perpaduan.

Bahan 3
Tema : Sukan dan Rekreasi
Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan ( 1M1S ). Hal ini bermakna setiap murid
harus melibatkan diri secara aktif dalam salah satu acara sukan yang paling diminati. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu membantu pihak kerajaan
bagi merealisasikan dasar 1M1S. Pelabagai usaha boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan
anak-anak menceburi bidang sukan.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bersukan.

Bahan 4
Tema : Sukan dan Rekreasi

Aktiviti sukan dan rekreasi dikatakan kurang digemari oleh segelintir masyarakat di negara ini.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Bahan 5
Tema : Pendidikan
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah mendatangkan pelbagai manfaat kepada
murid.
Bincangkan.

Bahan 6
Tema : Pelancongan

Kerajaan harus mempromosikan makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, roti
canai dan sate untuk dijadikan tarikan pelancong ke Malaysia.
Huraikan.

Bahan 7
Tema : Kesihatan dan Kebersihan

Penyakit kronik seperti serangan jantung dan kencing manis dikatakan berpuncadaripada
kurangnya kesedaran terhadap gaya hidup sihat.

Bincangkan.

Bahan 8
Tema : Ekonomi. Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Rakyat Malaysia seharusnya mengutamakan produk buatan tempatan untuk membantu


usahawan-usahawan tempatan.

Ulaskan pernyataan ini.

Anda mungkin juga menyukai