30 MAC 2020
PEMAHAMAN UEC
Fahami petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang
penuh dan gramatis.
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata.
Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah
lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik
dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan
dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan
di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami
dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran
tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji
dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang
demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah
selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran
melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping
media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
NABILAH JASNI
30 MAC 2020
PEMAHAMAN UEC
2. Berdasarkan petikan di atas, berikan dua usaha untuk memupuk semangat patriotic
dalam kalangan masyarakat di negara kita. (2%)
3. Bilakah masa yang paling sesuai untuk memupuk semangat patriotik di dalam
kalangan masyarakat? (2%)