Anda di halaman 1dari 6

1.

Andaikan penduduk-penduduk di kawasan tempat anda tinggal sering diganggu oleh


kegiatan lumba motosikal haram. Tulis sepucuk surat kepada pihak polis trafik untuk
mengadukan masalah ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini,
lengkapkan surat rasmi yang berikut.

1.Terdiri daripada remaja – berasal dari taman yang


berhampiran-
2.telah memberikan nasihat – ibarat mencurahkan air
ke daun keladi – mendatangkan bahaya kepada
penduduk
3.Berlumba pada waktu malam – mengganggu tidur
penduduk – mengganggu murid-murid yang sedang
mengulang kaji pelajaran
4.Bimbang remaja di taman terpengaruh –
kemungkinan melakukan pelbagai perkara yang
tidak sihat
5.Berharap agar tindakan segera dapat diambil-
mengucapkan terima kasih
KARANGAN
SURAT KIRIMAN RASMI
No. 28, Lorong Merpati,
Taman Bukit Tenung,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
_____________________________________________________________________________
Ketua Polis Trafik,
Ibu Pejabat Polis Trafik,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Aduan Masalah Lumba Motosikal Haram 22 APRIL 2022

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk di Taman Bukit Tenung, ingin
membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah lumba motosikal haram di kampung saya.
Kegiatan lumba motosikal ini menjadi-jadi belakangan ini.

2. (1) ……………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sebelum ini, saya dan beberapa orang penduduk di taman ini telah memberikan nasihat tetapi
hasilnya ibarat mencurahkan air ke daun keladi. (2) ………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Saya amat khuatir akan keselamatan anak-anak di taman ini.

3. Keadangkala mereka berlumba pada waktu malam. Tindakan mereka akan mengganggu tidur
penduduk terutamanya dalam kalangan anak kecil. (3)
…………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Saya bimbang sekiranya remaja dari taman ini akan terdorong untuk melakukan kegiatan lumb
motosikal. (4) …………………………………………………………………………………………….…………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

5. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi
masalah ini sebelum keadaan menjadi bertambah gawat. (5)
…………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ROSLAN AWANG BIN MUKHTAR)


Wakil penduduk,
Taman Bukit Tenung.
KARANGAN
SURAT KIRIMAN TRASMI
No. 28, Lorong Merpati,
Taman Bukit Tenung,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
_____________________________________________________________________________
Ketua Polis Trafik,
Ibu Pejabat Polis Trafik,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Aduan Masalah Lumba Motosikal Haram 22 APRIL 2022

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk di Taman Bukit Tenung, ingin
membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah lumba motosikal haram di kampung saya.
Kegiatan lumba motosikal ini menjadi-jadi belakangan ini.

2. (1) Pelumba haram ini kebanyakannya ialah remaja dari taman yang berhampiran. Sebelum ini,
saya dan beberapa orang penduduk di taman ini telah memberikan nasihat tetapi hasilnya ibarat
mencurahkan air ke daun keladi. (2) Tindakan remaja ini sudah pasti mendatangkan bahaya bukan
sahaja terhadap diri mereka bahkan juga terhadap penduduk di taman ini. Saya amat khuatir akan
keselamatan anak-anak di taman ini.

3. Kadangkala mereka berlumba pada waktu malam. Tindakan mereka akan mengganggu tidur
penduduk terutamanya dalam kalangan anak kecil. (3) Murid-murid yang sedang mengulang kaji
pelajaran juga turut terganggu oleh tindakan mereka ini.

4. Saya bimbang sekiranya remaja dari taman ini akan terdorong untuk melakukan kegiatan lumba
motosikal. (4) Kemungkinan mereka juga akan melakukan pelbagai perkara yang tidak sihat seperti
menagih dadah, minum minuman keras, dan sebagainya.

5. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi
masalah ini sebelum keadaan menjadi bertambah gawat. (5) Perhatian dan kerjasama daripada
pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ROSLAN AWANG BIN MUKHTAR)


Wakil penduduk,
Taman Bukit Tenung.
No. 28, Lorong Merpati,

Taman Bukit Tenung,

43000 Kajang,

9Selangor Darul Ehsan

_____________________________________________________________________________

Ketua Polis Trafik, Guru Kelas 3 Aspirasi,

Ibu Pejabat Polis Trafik, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah,

40000 Shah Alam, Taman Pandan Mewah 1, 68000 Ampang

Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Sebab Tidak Hadir ke Sekolah

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk di Taman Bukit Tenung, ingin membuat
aduan kepada pihak tuan tentang masalah lumba motosikal haram di kampung saya. Kegiatan lumba
motosikal ini menjadi-jadi belakangan ini.

2. (1) Pelumba haram ini kebanyakannya ialah remaja dari taman yang berhampiran. Sebelum ini,
saya dan beberapa orang penduduk di taman ini telah memberikan nasihat tetapi hasilnya ibarat
mencurahkan air ke daun keladi. (2) Tindakan remaja ini sudah pasti mendatangkan bahaya bukan
sahaja terhadap diri mereka bahkan juga terhadap penduduk di taman ini. Saya amat khuatir akan
keselamatan anak-anak di taman ini.

3. Kadangkala mereka berlumba pada waktu malam. Tindakan mereka akan mengganggu tidur
penduduk terutamanya dalam kalangan anak kecil. (3) Murid-murid yang sedang mengulang kaji
pelajaran juga turut terganggu oleh tindakan mereka ini.

4. Saya bimbang sekiranya remaja dari taman ini akan terdorong untuk melakukan kegiatan lumba
motosikal. (4) Kemungkinan mereka juga akan melakukan pelbagai perkara yang tidak sihat seperti
menagih dadah, minum minuman keras, dan sebagainya.
5. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi
masalah ini sebelum keadaan menjadi bertambah gawat. (5) Perhatian dan kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ROSLAN AWANG BIN MUKHTAR)

Wakil penduduk,

Taman Bukit Tenung.

Anda mungkin juga menyukai