Anda di halaman 1dari 4

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Gariskan kesalahan tersebut dan


tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Contoh:
Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.
Tiap Setiap/Tiap-tiap________________
1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada
petang tadi.
______________________________________
2. En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
______________________________________
3. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
______________________________________
4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam
adunan tepung yang akan diuli.
______________________________________
5. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak
berkuasa.
______________________________________
6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan
tanggungjawab.
______________________________________
7. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh
pengarah syarikat.
______________________________________
8. "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka
kepada rakyat jelata.
______________________________________
9. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.
______________________________________
10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________
11. "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada
wartawan itu.
______________________________________
12. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi di
dalam hutan.
______________________________________
13. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak mereka.
______________________________________
14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem
Restoran.
______________________________________
15. Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
______________________________________
16. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.
______________________________________
17. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan
dibangunkan oleh pemaju perumahan.
______________________________________
18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di
sekolah.
______________________________________
19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
_____________________________________
20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda
masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
_____________________________________
21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.
______________________________________
22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
______________________________________
23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.
______________________________________

24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk
menguasai perkara yang mereka pelajari.
______________________________________
25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.
______________________________________
26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
______________________________________
27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa
mendapat tepukan dari penonton.
______________________________________
28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
______________________________________
29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-bual
dengan mereka seketika.
______________________________________
30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.
______________________________________
31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.
______________________________________
32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
______________________________________
33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.
_____________________________________________________
35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.
______________________________________

Tanpa Nama berkata...


Nama:Ethel Aw Miao Han
Darjah:1Cerdik
1.Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang
tadi.
goreng keledek - keledek goreng
2.En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
dari - daripada
3.Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
Keempat - Keempat-empat
4.Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam
adunan tepung yang akan diuli.
Para peserta-peserta - para peserta
5.Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak
berkuasa.
Senarai barang-barang - Senarai barang
6.Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan
tanggungjawab.
amanah di dalam - amanah dalam
7.Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh
pengarah syarikat.
lain-lain hal - hal-hal lain
8."Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka
kepada rakyat jelata.
Saya - Beta
9.Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.
bila - apabila
10.Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
Beberapa buah rumah-rumah - beberapa buah rumah
11."Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada
wartawan itu.
berbuat - membuat
12.Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi di
dalam hutan.
bersembunyi di dalam - bersembunyi dalam
13.Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan
anak-anak mereka.
di - dalam
14.Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem
Restoran.
Hakeem Restoran - Restoran Hakeem
15.Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
terutama apabila tiba - terutama tiba
16.Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.
kepada - pada
17.Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan dibangunkan
oleh pemaju perumahan.
mendiamkan - terdiam
18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di
sekolah.
terpandai sekali - pandai sekali
19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
semua anak-anak sungai - semua anak sungai
20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda
masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
Beta - Baginda
21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.
pandang - memandangkan
22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
lantas - kerana

23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.
bercerita - berceritaan
24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk
menguasai perkara yang mereka pelajari.
mereka pelajari - dipelajari oleh mereka
25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.
amat indah sekali - indah sekali
26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
pelbagai soalan-soalan - pelbagai soalan
27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa
mendapat tepukan dari penonton.
dari - daripada
28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
pada - dengan
29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-bual dengan
mereka seketika.
daripada - dari
30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.
keping - pucuk
31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.
yang - bahawa
32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
Setengah - Sesetengah
33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.
pada - akan
35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.
empat simpang - simpang empat

Anda mungkin juga menyukai