Anda di halaman 1dari 5

BAHASA MELAYU PT3: CIKGU LYANA

KESALAHAN TATABAHASA PT3


Ayat di bawah mengandungi satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan tatabahasa
kemudian betulkan kesalahan tersebut dengan jawapan yang betul.

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya
menempa nama dalam bidang perniagaan.

2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.

3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan.

4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.

5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.

6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.

7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.

8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional


Melayu tempoh hari.

9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.

10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal
pukul 8.00 pagi.
BAHASA MELAYU PT3: CIKGU LYANA

11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.

12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat.

13. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.

14. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.

15. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.

16. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.

17. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.

18. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas
tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

19. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.

20. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.

21. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam
satu insiden rompakan bank pagi semalam.
BAHASA MELAYU PT3: CIKGU LYANA

22. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.

23. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.

24. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan
bergotong-royong membuat persiapan hari raya.

25. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.

26. Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya.

27. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.

28. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka.

29. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.

30. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.

31. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.

32. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang.


BAHASA MELAYU PT3: CIKGU LYANA

33. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.

34. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.

35. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.

36. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-


pelajarnya.

37. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.

38. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.

39. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan.

40. Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong.

41. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli.

42. Janganlah saling caci – mencaci sesama kita.

43. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya.

44. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
BAHASA MELAYU PT3: CIKGU LYANA

45. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.

46. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.

47. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi.

48. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.

49. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu.

50. “Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan


datang,” ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.

51. “Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.

52. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat.

53. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.

54. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan
pembakaran terbuka.

55. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.

Anda mungkin juga menyukai