Anda di halaman 1dari 4

Sayembara Puisi Rantau ASEAN 2018

Julung kalinya, IPG KBM telah menghantar seramai lima wakil untuk mewakili IPGKBM sekaligus
IPGM ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan deklamasi puisi rantau ASEAN pada 28-29 April
2018 di bawah pensyarah pengiring En.Maniyamin. Penyertaan kali ini telah melibatkan dua peserta
dari PISMP semester dua dan tiga peserta dari PPISMP semester dua. Latihan telah dijalankan secara
berkala dalam pasukan Madah Puisi IPBM yang dibimbing sepenuhnya oleh Dr Azman bin Rahmat.
Penyertaan di peringkat rantau ASEAN ini telah melibatkan seramai 23 peserta yang terdiri daripada
universiti tempatan, swasta dan tiga peserta dari universiti Indonesia. Pertandingan ini dianjurkan
oleh UPSI yang berlangsung selama dua hari iaitu bengkel puisi oleh Encik Alizan pada hari pertama
dan sayembara di peringkat saringan dan akhir pada hari kedua. Antara 25 peserta yang disaring
hanya 10 peserta terpilih ke pentas akhir. Seorang wakil IPGKBM ‘Nurlyana bt Ezani’ telah berjaya
terpilih dalam kalangan sepuluh terbaik ke pentas akhir.Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah
Bahagian Komuniti Sosio-Budaya Asean, Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia. Pemenang bagi
tiga terbaik berjaya dirangkul oleh UIA, UPM dan USIM. Apapun, pasukan IPBM telah berusaha
dengan terbaik dan mendapat pujian daripada pihak juri.

Bergambar bersama peserta dari Universitas


Islam Negeri Sarif Hidayatullah Jakarta
Indonesia

B
Pertandingan Inovasi PdPc peringkat Kebangsaan IPGKSM

Pada 23-25 April 2018 berlangsungnya sebuah pertandingan inovasi bertempat di IPG Kampus Sultan
Mizan, Terengganu. IPG KBM telah menghantar 13 pasukan inovasi kategori pelajar dan satu inovasi
kategori pensyarah. Sepanjang pameran berlangsung, setiap pasukan dinilai selama tiga minit pada
dua sesi untuk menjelaskan inovasi yang dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang diterima
terutamanya dalam bidang digital menerusi Pdpc revolusi industri 4.0. Setiap inovasi yang
dipertandingkan adalah idea asli dan telah menjalani penambahbaikan dari masa ke masa.

Keputusan Pertandingan:

Inovasi Anugerah
KIT SBAK Emas
JUS JAWI Emas
GRIK Perak
PRO GOLKA Perak
KIT BH Perak
KAD IDEA Perak
JUMANJI Perak
RIM Gangsa
BURA Gangsa
BUNGA CINTA Gangsa
PANTAS Gangsa
LINGKAR ILMU Gangsa
KOKE Gangsa
GEN3BOARD (Pensyarah) Perak

Anda mungkin juga menyukai