Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI
(SAJAK, SYAIR, GURINDAM)
PERINGKAT IPG KAMPUS BATU LINTANG
ANJURAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS BATU LINTANG
SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

URUSAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

DISOKONG OLEH : ENCIK PHILIP ANAK MICHAEL


MEGGONG

Ketua Jabatan Pengajian


Melayu,
IPG Kampus Batu Lintang, (Tandatangan Ketua Jabatan)
Kuching, Sarawak.

DILULUSKAN / Dr. LAMBAT ANAK LINDONG


TIDAK DILULUSKAN
Pengarah,
IPG Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak. (Tandatangan Pengarah)
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

TARIKH :
05 OKTOBER 2022

TEMPAT :
AUDITORIUM TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE (TAZA)
IPG KAMPUS BATU LINTANG

MASA :
2.00 PM- 4.30 PM

ANJURAN :
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS BATU LINTANG
SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

Senarai kandungan

Perkara Halaman

1.0 Tujuan

2.0 Pengenalan

3.0 Rasional Program

5.0 Objektif Program

6.0 Penyertaan

7.0 Cadangan Pelaksanaan

8.0 Syarat-syarat Penyertaan

9.0 Jawatankuasa Induk Program

10.0 Jawatankuasa Pelaksana Program

11.0 Anggaran Perbelanjaan

12.0 Tentatif Program

13.0 Penutup
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

1. Tujuan

Kertas kerja ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan daripada pengarah
IPG Kampus Batu Lintang untuk mengadakan Pertandingan Sayembara Puisi (Sajak,
Syair, Gurindam) Peringkat IPG Kampus Batu Lintang 2022.

2. Pengenalan

Pertandingan Sayembara Puisi (Sajak, Syair, Gurindam) ini dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Melayu, IPG Kampus Batu Lintang. Maka dengan itu, kami, gabungan kelas
Bahasa Melayu PISMP Jun 2021 dan PISMP Jun 2022 telah diamanahkan untuk
mengelolakan pertandingan ini. Sayembara puisi ini tidak terikat dengan sebarang tema
tertentu namun, puisi yang dipersembahkan haruslah sopan dan tidak menyentuh isu-isu
yang sensitif seperti perkauman, keagamaan dan politik. Pertandingan ini juga dapat
membantu dan melatih pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri mereka ketika
menggunakan kata-kata puitis yang indah serta memperlihat bakat mereka dalam
menyampaikan persembahan dengan gaya yang mempersona.

3. Rasional program

Rasional Pertandingan Sayembara Puisi (Sajak, Syair, Gurindam) ini dianjurkan adalah
untuk memberikan peluang dan juga menjadi antara satu platform kepada siswa-siswa
guru untuk menonjolkan bakat serta kreativiti mereka melalui persembahan puisi yang
bakal didendangkan. Malah, pertandingan ini juga membantu siswa-siswa guru dalam
memartabatkan lagi bahasa kebangsaan menerusi puisi yang puitis serta bermakna
agar dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan.
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

4. Objektif program

Objektif perlaksanaan Pertandingan Sayembara Puisi (Sajak, Syair, Gurindam) ini


ialah :-

a) Mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan siswa-siswa guru ketika


menyampaikan seni puisi tradisional dan puisi moden.
b) Memberi peluang kepada siswa-siswa guru memperlihat bakat dalam
persembahan seni puisi tradisional dan puisi moden.
c) Meningkatkan daya kreativiti dalam berbahasa.
d) Memberi pendedahan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktivtiti
kebahasaan khususnya bidang kesusasteraan.
e) Mendorong siswa guru untuk lebih berkeyakinan dan membina semangat
berdaya saing dalam kalangan siswa guru.
f) Memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu untuk mengelolakan
aktiviti di peringkat institusi.

5. Penyertaan
 Pertandingan ini wajib disertai oleh siswa guru PPISMP Ambilan Jun 2022 dan juga
terbuka kepada semua siswa guru IPG Kampus Batu Lintang dengan kadar sekurang-
kurangnya seorang wakil bagi setiap kumpulan.

6. Cadangan pelaksanaan

6.1 Pertandingan Sayembara Puisi ini dikelolakan oleh gabungan kelas


Bahasa Melayu PISMP Jun 2021 dan PISMP Jun 2022.

6.2 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara terbuka di Auditorium Tun


Ahmad Zaidi Adruce (TAZA) IPG Kampus Batu Lintang.

6.3 Pelajar diminta untuk menghantar hasil karya yang dipilih atau yang
dihasilkan oleh mereka kepada AJK Kehakiman. Pelajar yang
menghantar hasil karya hendaklah mengikuti masa yang
telah ditetapkan.
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

7. Syarat-syarat Penyertaan

7.1 Penyertaan diwajibkan untuk siswa guru PPISMP Ambilan Jun 2022.

7.2 Penyertaan terbuka kepada semua siswa guru IPG Kampus Batu Lintang
.

7.3 Hasil karya yang dipertandingkan adalah bebas sama ada hasil karya
yang dicipta sendiri atau hasil karya yang dihasilkan oleh
sasterawan.

7.4 Peserta dilarang menghasilkan karya yang menyentuh isu-isu sensitif


seperti perkauman, keagamaan dan politik.

7.5 Keputusan hakim adalah muktamad.

7.6 Peserta yang akan menggunakan muzik latar ketika persembahan perlu
menghantar audio kepada AJK Pendaftaran.
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

8. Jawatankuasa induk program

Jawatan Nama

Penaung Dr. Lambat anak Lindong


(Pengarah IPG Kampus Batu Lintang)

Encik Yahya bin Sidek


(Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang)

Pengerusi Encik Philip anak Michael Meggong


(Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu Lintang)

Penyelaras Puan Hajah Saleena binti Mohamad Sukor

Penolong Penasihat Encik Derrick Warren anak Saging

Pensyarah Penyelaras Dr. Haji Zainal Abiddin bin Haji Masleh


Aktiviti Dr. Hasnalee bin Tubah
Encik V. Rajasegera A/L M. Veloo
Encik Derrick Warren ak Saging
Puan Tay Yong Choo
Puan Hajah Sulastri Abdullah
Puan Halifah Binti Ahmad
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

9. Jawatankuasa pelaksana program

Jawatan Nama

Penyelaras Puan Hajah Saleena binti Mohamad Sukor

Pengarah program Mohamad Shahmizan bin Sajali

Penolong pengarah program Alya binti Adli

Nur Syafawatie Binti Abdullah Mohd


Setiausaha
Syahrulnizam

Penolong setiausaha Cleveland Raymond


1. Susanti Seliman
Pengacara Majlis
2. Andrysen Daud
1. Ridzuan Mujan
JK Teknikal
2. Keyumase Ayub
JK Pendaftaran Arlyina Maya Agust
JK Kehakiman Evelyn Zakaria
1. Nashoda Sarai
JK Publisiti
2. Jessy Benny ak Rosy
JK Penjaga Masa 1. Haironesa Herny Bala
1. Susiza Andrew
JK Penyelia Peserta 2. Nur Syafawatie Binti Abdullah Mohd
Syahrulnizam
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

10. Anggaran perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan berikut dipohon daripada kumpulan pengelola “Pertandingan


Sayembara Puisi (Sajak, Syair, Gurindam)” :-

10.1 Sijil akan disediakan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam
mana-mana kategori Pertandingan Sayembara Puisi (Sajak, Syair,
Gurindam).

10.2 Tiga hadiah berbentuk hamper akan disediakan untuk para pemenang bagi
setiap kategori iaitu :-

Tempat Ke-1 : RM25

Tempat Ke-2 : RM20

Tempat Ke-3 : RM15


PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

11. Tentatif program

MASA PERKARA
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

12. Penutup

Jawatankuasa Pertandingan Sayembara Puisi (Sajak, Syair, Gurindam) peringkat IPG


Kampus Batu Lintang 2022 berharap agar program ini akan berjaya dilaksanakan dengan
kerjasama warga institut. Pengelolaan pertandingan ini juga diharapkan dapat memberi
pelbagai pengalaman dan pengetahuan berguna kepada siswa-siswa guru IPG Kampus Batu
Lintang. Keputusan bersama oleh pihak penganjur dan keputusan panel penilai adalah
muktamad.
PERTANDINGAN APRESIASI (SAJAK, SYAIR, GURINDAM) 2022

Disediakan oleh,

(NUR SYAFAWATIE BINTI ABDULLAH MOHD


SYAHRULNIZAM)
Setiausaha,
Pertandingan Apresiasi Puisi 2022,
PISMP Bahasa Melayu,
IPG Kampus Batu Lintang ,
Kuching, Sarawak.

Disemak oleh,

(PUAN SALEENA BINTI MOHAMAD SUKOR


Penyelaras,
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2022
Pensyarah IPG Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai