Anda di halaman 1dari 25

Unit Prasekolah dan Rendah, Aras Bawah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik,

Off Jalan Bako, 93050 Kuching. No. Tel: 082-473473 (ext:426). Email: uppra2020@gmail.com

Kriteria
Pertandingan

1 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-

Salinan Kepada Peserta : Murid, PPM dan Guru Prasekolah


Objektif & Kumpulan
Sasaran

Objektif penganjuran Karnival Prasekolah adalah untuk membantu dan


memberi peluang kepada murid seawal usia 4 – 6 tahun untuk menyerlahkan
bakat dan potensi mereka serta menggalakkan mereka berinteraksi melalui
hubungan interpersonal.

Karnival ini perlu diadakan sebagai bahan bukti kepada


masyarakat betapa pentingnya pendidikan awal sebelum memasuki tahun
satu dan perlu diadakan untuk menghargai kebolehan, bakat dan
kemahiran generasi baru yang mempunyai potensi berbeza-beza yang perlu
dibimbing ke arah kecemerlangan. Matlamat utama program ini adalah;

4.1) Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid semasa


menjalankan aktiviti selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
4.2) Menghargai dan menampilkan bakat istimewa dan potensi dalam
pelbagai aspek perkembangan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek,
Sosial) dalam kalangan murid-murid prasekolah.
4.3) Menggalakkan dan memperkembangkan daya kreativiti dan inovasi
dalam kalangan murid-murid prasekolah dengan kerjasama guru, PPM,
waris, pihak sekolah dan komuniti luar.
4.4) Memberi pengalaman muzikal, kesedaran estetika dan memupuk
budaya disiplin dalam kalangan murid.
4.5) Meningkatkan kreativiti guru serta PPM dalam mencipta inovasi baru
dalam PdPc, menu makanan sihat dan keceriaan di kelas prasekolah.

Kumpulan sasaran adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah


termasuk suku Penan, guru-guru Prasekolah dan pembantu pengurusan murid
prasekolah (PPM) seluruh Sarawak.

Penyertaan karnival secara maya ini melibatkan pegawai, guru besar, guru
prasekolah, pembantu pengurusan murid dan murid-murid prasekolah dari seluruh
Sarawak.

2 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Pelaksanaan / Format

Karnival Prasekolah Peringkat Negeri 2022 akan bermula secara rasmi pada
17 Jun 2022 (Jumaat) dan berakhir pada 19 September 2022 (Isnin). Penetapan
tarikh pertandingan peringkat PPD akan ditetapkan oleh PPD masing-masing.
Format Pertandingan :

1) Rakaman video penyertaan dihantar ke pautan berikut:

Rakaman Video : Alamat link diberikan kepada


PPD

2) Rakaman video boleh menggunakan aplikasi yang bersesuaian.


3) Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan.
4) Format Video: Landskap (melintang) dalam *mov. atau *.mp4 atau *.avi
5) Format penyimpanan karya: Setiap video perlu dilabelkan (tagging) seperti
berikut;
INDIVIDU BETONG:Joshua_PembacaBeritaCilik_SJKCBetong
KUMPULAN DARO: SenamTariSihat_SKDaro
6) Link pendaftaran peserta yang terpilih mewakili PPD dihantar dalam
pautan berikut dan link akan ditutup pada 19 September 2022 (Isnin), 5.00
petang.

Alamat link diberikan kepada


Pendaftaran Peserta : PPD

QR Code
Pendaftaran: :

7) Semua video penyertaan yang diterima oleh Urusetia (Unit Prasekolah &
Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNS) menjadi hak milik JPNS dan
boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa
tujuan.

3 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
AJK Induk

Datu Dr. Azhar bin Hj Ahmad


Penaung Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Omar bin Haji Mahli
Penasihat Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
Nor Fardillah binti Hamni
Pengerusi Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah

Penyelaras/ Jaime Muering John


Setiausaha Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah

Pembantu Amir Ikhsan bin Madian


Penyelaras Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah

Zaharah binti Ismail


Bendahari Pegawai Tadbir, Sektor Pengurusan Sekolah

Danggat ak Chabo, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan


Sekolah (Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli &
AJK
Peribumi)
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP)
DARO: En. Ayub bin Hassim, SARATOK: Pn. Christina Ensingan,
JULAU: En. Badi ak Seli & Cik Faustina Peter, MIRI: En. Abdullah
Kumpulan bin Morshidi, SARIKEI: Pn. Sepus ak Janggok, SONG: En.
1 (Murid) Stephen Anthony Ero dan TATAU/SEBAUH: Cik Intan Juita binti
Julaihi
BELAGA: En. Jimmy Aran, BETONG: Pn. Marylyne ak Aji,
Kumpulan BINTULU: Pn. Wong Lian Sin, DALAT: Pn. Nonita Mohd Jidi,
2 (PPM) KAPIT: En. Jimmy Ajak, LAWAS: Cik Noradila binti Yusuf dan
SUBIS: En. Bakri bin Mohamad
BARAM: En. Peter Landy dan Cik Yap Joong Joong, KANOWIT:
Pn. Nancy Tadong, LUBOK ANTU: Pn. Anita Sumbi,
Kumpulan MARADONG: Cik Rosetha Teo, MUKAH: Pn. Syuhada binti
3 (GURU) Long, SELANGAU: En. Walter Naing, SIBU: En. Abdul Manap
Mohd Jamli dan SRI AMAN: Cik Amelia Rosly
BAU: En. Daniel Willy ak Ritang, SERIAN: Pn. Sopi James, LUNDU:
En. Mohammad Hj Ameran, KUCHING: Pn. Rebecca Lau Li Paca
Kumpulan
4 (Majlis LIMBANG: En. Rozaidi bin Salim, PADAWAN: Pn. Rohani Paee
Karnival) dan Pn. Susanna Thong, SAMARAHAN: En. Naser bin Ramli dan
Pn. Haniza binti Hossen, SIMUNJAN: En. Jail ak Ligam

4 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Hakim & Penilaian

Hakim pertandingan akan ditentukan kemudian oleh Unit Prasekolah dan


Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

Cadangan Tarikh Penilaian oleh Hakim Pertandingan bermula pada 26


September 2022 dan tamat pada 7 Oktober 2022. Sembilan (9) hakim akan dipilih
untuk mengadili setiap kategori untuk Murid (6), Guru (5) dan PPM (3).

Hari Tarikh Bidang Penilaian Hakim


Isnin 26/9/2022 Taklimat bersama semua
hakim pertandingan
Selasa 27/9/2022 MURID: Bercerita
MURID: Pengucapan
Awam
Rabu 28/9/2022 MURID: Nyanyian Solo
MURID: Tarian
Khamis 29/9/2022 PPM: Menu Sihat
PPM: Keceriaan akan
PPM: Cipta Banner ditentukan
ePrasekolah kemudian

Jumaat 30/9/2022 MURID: Pengacaraan


MURID: Bakat
Isnin – 3-4 /10/2022 GURU: Inovasi BBM
Selasa GURU: Lagu Tema
GURU: Kuiz
Rabu – 5-6 /10/2022 GURU: Kreativiti
Khamis GURU: Multimedia (Back To
School)
Jumaat 7/10/2022 Rumusan Penjurian

5 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kategori

PERTANDINGAN UNTUK MURID - 6 kategori (16 acara)


1) Bercerita (2)
i – Bercerita Bahasa Melayu
ii – Bercerita Bahasa Inggeris
2) Pengucapan Awam (2)
i – Pengucapan Awam Bahasa Melayu
ii – Pengucapan Awam Bahasa Inggeris
3) Nyanyian Solo (4)
i – Nyanyian Solo Bahasa Melayu
ii – Nyanyian Solo Bahasa Inggeris
iii – Nyanyian Solo Bahasa Cina
iv – Nyanyian Solo Bahasa Iban
4) Tarian (2)
i – Tarian Tradisi / Etnik
ii – Tarian Senam Tari Sihat
5) Bakat (3)
i – Bakat Terbuka (kelas normal)
ii – Bakat Istimewa (kelas PPKI/Integrasi)
iii – Bakat Penan (murid suku PENAN sahaja)
6) Pengacaraan (3)
i – Pengacara Cilik
ii – Pembaca Berita Cilik
iii – Wartawan Lapangan

PERTANDINGAN UNTUK GURU - 5 kategori


1) Inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM)
2) Kreativiti Pengajaran & Pembelajaran (PDPC)
3) Multimedia: Kembali Ke Sekolah (Back To School)
4) Cipta lagu tema prasekolah negeri Sarawak
5) Kuiz Pengurusan Prasekolah

PERTANDINGAN UNTUK PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) – 3 kategori


1) Menu Kreatif
2) Keceriaan Sudut
3) Banner ePrasekolah

6 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Sijil

SIJIL PENYERTAAN akan diberi kepada semua peserta (murid, guru, PPM),
SIJIL PENCAPAIAN kepada semua PPD terlibat, SIJIL PENGHARGAAN kepada
semua juri undangan manakala JUARA akan menerima SIJIL PEMENANG bagi
setiap kategori yang dipertandingkan.

Selain itu, bagi pertandingan yang melibatkan Guru Prasekolah, pengiktirafan


adalah berdasarkan pingat (akan dicatat dlm sijil penyertaan);

SKOR MARKAH PINGAT


85-100 Emas
70-84 Perak
50-69 Gangsa
0-49 Sijil Penyertaan

Manakala, bagi pertandingan yang melibatkan PPM, pengiktirafan adalah


berdasarkan bintang (akan dicatat dlm sijil penyertaan;

SKOR MARKAH BINTANG


85-100 5
70-84 4
65-74 3
55-64 2
0-54 1

7 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

1) MURID: BERCERITA BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur


antara 4 – 6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Hanya seorang peserta bagi setiap pilihan Bahasa: Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
iii. Pilihan Tema ada BEBAS tetapi hendaklah mempunyai unsur pengajaran
atau nilai murni.
iv. Peruntukan masa setiap pengucapan adalah antara 3 – 5 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
vi. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Masa diambil kira sebaik sahaja peserta mula mula berucap.
viii. Penggunaan TEKS dalam rakaman video adalah TIDAK DIBENARKAN.
ix. Pengucapan TIDAK BOLEH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR POLITIK,
NEGATIF & MENYENTUH SENSITIVITI ANTARA KAUM yang boleh
menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
x. Pakaian peserta hendaklah sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan
ucapan.
xi. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta sendiri.
xii. Dua (2) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri (seorang wakil
Bahasa Melayu dan seorang wakil Bahasa Inggeris)
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Kelancaran Bahasa 30 %
2) Intonasi Nada 20 %
3) Kreativiti 20 %
4) Gaya Persembahan 20 %
5) Isi Ucapan 10 %
JUMLAH SKOR : 100 %

8 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

2) MURID: PENGUCAPAN AWAM BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur


antara 4 – 6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Hanya seorang peserta bagi setiap pilihan Bahasa: Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris.
iii. Pilihan Tema ada BEBAS tetapi hendaklah mempunyai unsur
pengajaran atau nilai murni.
iv. Peruntukan masa setiap pengucapan adalah antara 3 – 5 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
vi. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Penggunaan TEKS dalam rakaman video adalah TIDAK DIBENARKAN.
viii. Pengucapan TIDAK BOLEH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR POLITIK,
NEGATIF & MENYENTUH SENSITIVITI ANTARA KAUM yang boleh
menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
ix. Pakaian peserta hendaklah sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan
ucapan.
x. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta sendiri.
xi. Dua (2) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri (seorang wakil
Bahasa Melayu dan seorang wakil Bahasa Inggeris)
xii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Kelancaran Bahasa 30 %
2) Intonasi Nada 20 %
3) Kreativiti 20 %
4) Gaya Persembahan 20 %
5) Isi Ucapan 10 %
JUMLAH SKOR : 100 %

9 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

3) MURID: NYANYIAN SOLO BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, BAHASA CINA


& BAHASA IBAN

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4 –


6 tahun (3+, 4+, 5).
ii. Hanya seorang peserta bagi setiap kategori pilihan Bahasa: Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Iban.
iii. Pemilihan lagu adalah BEBAS dan bersesuaian dengan kanak-kanak.
iv. Peruntukan masa: 3 – 5 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
vi. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Lagu TIDAK BOLEH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR NEGATIF yang boleh
menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
viii. Pakaian sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan lagu.
ix. Bagi pilihan lagu Bahasa Iban, lagu mestilah bersesuaian dengan
kanak-kanak dan mempunyai nilai-nilai murni dalm lirik lagu.
x. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-bapa/
penjaga/ sekolah sendiri.
xi. Setiap PPD boleh menghantar maksimum empat (4) orang penyertaan
(1 wakil Bahasa Melayu, 1 wakil Bahasa Inggeris, 1 wakil Bahasa Cina
dan 1 wakil Bahasa Iban)
xii. Peserta boleh mempersembahkan sebuah lagu atau medley dalam
bahasa yang sama. Muzik iringan secara minus one dari CD/MP3 atau
iringan kugiran yang disediakan oleh peserta sendiri.
xiii. Rakaman video boleh menggunakan aplikasi yang bersesuaian.
xiv. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xvi. Skema Pemarkahan;
Items Pemarkahan Markah
1) Pic 20 %
2) Tempo 10 %
3) Sebutan 15 %
4) Ton Suara 10 %
5) Dinamik 10 %
6) Penghayatan 10 %
7) Gaya Persembahan 10 %
8) Kreativiti (Props Pakaian/ 15 %
Penampilan/Olahan Muzik)
JUMLAH SKOR : 100 %

10 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

4) MURID: TARIAN (ETNIK/TRADISI & SENAM TARI SIHAT)

4.1 – TARIAN ETNIK/TRADISI

i. Penyertaan berkumpulan dan terbuka kepada murid prasekolah


berumur 4 – 6 tahun (3+, 4+, 5)
ii. Terdiri daripada 6 – 10 orang murid dalam satu kumpulan tarian.
iii. Tema pilihan: ETNIK/TARIAN RAKYAT (Contoh: Joget, Sumazau, Ngajat,
Kipas, Gamelan, Tarian Orang Ulu, Tarian Melanau, Tanglong, Tarian
Kuda Kepang, Tarian Ulik Mayang, Inang).
iv. Peruntukan masa: 4 – 5 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
vi. Jika masa kurang daripada empat (4) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Tarian TIDAK BOLEH gabung/medley. HANYA pilih SATU (1) tarian
etnik/tarian rakyat sahaja.
viii. Muzik tanpa suara (minus one) dibenarkan.
ix. Tatacara persembahan bebas mengikut tarian etnik yang dipilih.
x. Pakaian bersesuaian/berkaitan dengan konsep tarian.
xi. Penyediaan muzik dan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-
bapa/penjaga/sekolah sendiri.
xii. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Daya Cipta, Koreografi & Kreativiti 35 %
2) Persembahan Keseluruhan 40 %
3) Pakaian/Aksesori 20 %
4) Bonus (Keceriaan, Kebersahajaan) 5%
JUMLAH SKOR: 100 %

11 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

4.2 – SENAM TARI SIHAT

i. Penyertaan berkumpulan (antara 2 hingga 5 orang) dan terbuka


kepada murid prasekolah berumur di antara 4 - 6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Peruntukan masa: 3 – 5 minit.
iii. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
iv. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
v. Pakaian kemas dan seragam serta menunjukkan kesukanan /
bersesuaian dengan konsep yang ingin ditunjukkan.
vi. Persembahan senam tari perlu mempunyai aktiviti ‘warming up’, aktiviti
kecergasan dan aktiviti ‘cooling down’
vii. Unsur tarian perlu diselitkan ke dalam persembahan senam tari
viii. Muzik tanpa suara (minus one) atau dengan suara atau medley
dibenarkan.
ix. Penyediaan muzik dan prop adalah atas tanggungan peserta/ guru/
pihak sekolah dan ibu bapa.
x. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xi. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian dibenarkan dalam rakaman video.
xii. Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD
xiii. Skema Pemarkahan:

Items Pemarkahan Markah


1) Penampilan dan Kreativiti 20 %
2) Keseragaman Pergerakan 25 %
3) Koreografi 25 %
4) Kesesuaian pergerakan dengan lagu 20 %
5) Bonus (Keceriaan, Kebersahajaan, 10 %
Kerjasama, Props)
JUMLAH SKOR: 100 %

12 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

5) MURID: BAKAT (TERBUKA/ISTIMEWA/PENAN)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid kelas normal, kelas PPKI
atau Integrasi yang mempunyai kad OKU dan murid Penan berumur 4 -
6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Pilihan Tema: BEBAS.
iii. Peruntukan masa: 3 – 5 minit.
iv. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
v. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vi. Mempunyai bakat yang unik @ istimewa.
vii. Tatacara persembahan bebas mengikut tema pilihan.
viii. Pakaian sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan persembahan.
ix. Penyediaan muzik dan prop adalah atas tanggungan peserta / guru /
ibu-bapa / penjaga / sekolah sendiri.
x. Setiap PPD boleh menghantar satu (1) penyertaan untuk kategori Bakat
Normal. Manakala bagi kategori Bakat PPKI/Integrasi dan Bakat Penan,
PPD boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dan tidak
melebihi daripada tujuh (7) penyertaan ke peringkat Negeri.
xi. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian
ii. adalah dibenarkan dalam rakaman video.
iii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
iv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Keunikan bakat 25 %
2) Kreativiti 30 %
3) Gaya Persembahan 25 %
4) Kualiti bakat/projek 15 %
5) Alatan/props 5%
JUMLAH SKOR: 100 %

13 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

6) MURID: PENGACARAAN (PENGACARA CILIK, PEMBACA BERITA CILIK &


WARTAWAN LAPANGAN)

6.1 – PENGACARA CILIK

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4 –


6 tahun (3+, 4+, 5+)..
ii. Murid bebas memilih bahasa pengantar sama ada menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
ii. Pilihan Tema: KESIHATAN DIRI DAN KEBERSIHAN.
iii. Peruntukan masa: 3 – 5 minit.
iv. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
v. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vi. Pemilihan bidang pengacaraan adalah bebas sama ada berbentuk
dokumentari pematuhan SOP COVID-19, rancangan masakan atau
sukan dan rekreasi.
vii. Murid boleh membaca skrip (mengikut kreativiti guru/ppm/ibubapa
yang membantu murid semasa rakaman).
viii. Paparan visual atau video hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-
ciri nilai murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya,
agama, politik dan tidak menghina mana-mana individu lain.
ix. Pakaian yang sopan dan besesuaian dengan kanak-kanak.
x. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-bapa/
penjaga/ sekolah sendiri.
xi. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Kelancaran bahasa 35 %
2) Isi penyampaian / Jalan cerita 15 %
3) Gaya Persembahan 15 %
4) Ton suara 15 %
5) Kreativiti 10 %
6) Ketrampilan / pakaian 10 %
JUMLAH SKOR: 100 %

14 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

6.2 – PEMBACA BERITA CILIK

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4 –


6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Murid bebas memilih bahasa pengantar sama ada menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iii. Pilihan Tema: BEBAS.
iv. Peruntukan masa: 3 – 5 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
vi. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Murid boleh membaca skrip (mengikut kreativiti guru/ ppm/ bubapa
yang membantu murid semasa rakaman.
viii. Pemilihan bahan berita adalah dari mana-mana sumber berita sama
ada media bercetak (surat khabar) atau media elektronik.
ix. Pemilihan bahan berita, paparan visual atau video hendaklah
bersesuaian dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya,
agama, politik dan tidak menghina mana-mana individu atau pihak
lain.
x. Pakaian peserta perlulah yang sopan dan besesuaian dengan peranan
yang dipegang.
xi. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/ guru/ ibu-bapa/
penjaga/ sekolah sendiri.
xii. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Kelancaran bahasa 40 %
2) Intonasi suara 30 %
3) Gaya Persembahan 5%
4) Kreativiti 10 %
5) Ketrampilan / pakaian 15 %
JUMLAH SKOR: 100 %

15 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: MURID

6.3 – WARTAWAN LAPANGAN

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4 –


6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Murid bebas memilih bahasa pengantar samada Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris.
iii. Pilihan tema laporan: BEBAS.
iv. Peruntukan masa: 3 – 5 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
vi. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Pemilihan bidang wartawan lapangan adalah bebas sama ada
berbentuk liputan di tempat semasa kejadian atau selepas kejadian.
Contohnya; pencemaran sungai, penganiayaan binatang, sukan,
kemalangan, bencana dan lain-lain berkaitan.
viii. Murid boleh membaca skrip (mengikut kreativiti guru/ ppm/ ibubapa
yang membantu murid semasa rakaman).
ix. Paparan visual atau video hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-
ciri nilai murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya,
agama, politik dan tidak menghina mana-mana individu lain.
x. Pakaian yang sopan dan besesuaian dengan kanak-kanak.
xi. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-bapa/
penjaga/ sekolah sendiri.
xii. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Kelancaran bahasa 35 %
2) Isi penyampaian/ Jalan cerita 15 %
3) Gaya Persembahan 15 %
4) Ton Suara 15 %
5) Kreativiti 10 %
6) Ketrampilan / pakaian 10 %
JUMLAH SKOR: 100 %

16 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: GURU

1) GURU: INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua guru prasekolah.


ii. Peserta boleh memilih samada menghasilkan inovasi BBM teknologi
ATAU inovasi BBM Maujud.
iii. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan
Guru Besar sekolah masing-masing.
iv. Peserta bebas menentukan rekabentuk dan saiz yang hendak
digunakan.
v. Inovasi BBM Maujud yang dihasilkan mestilah bersifat mudah alih.
vi. Inovasi BBM Teknologi yang dihasilkan mestilah berfungsi semasa diuji
(dalam rakaman video).
vii. Jenis dan bahan-bahan menggunakan kos yang minima dan selamat
digunakan sepanjang pertandingan.
viii. Sebarang bahan kimia dan alat yang merbahaya TIDAK dibenarkan.
ix. Pembentangan dalam bentuk RAKAMAN VIDEO berdurasi 5 – 10 minit.
Ini termasuk slaid power point, video hasil penuh, rakaman pengujian
(bergantung kepada kreativiti/cara persembahan pembentangan)
x. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke sepuluh (10).
xi. Jika masa kurang daripada lima (5) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
xii. Kos bahan dan peralatan adalah di atas tanggungan peserta/PPD.
xiii. Hasil ciptaan hendaklah ASLI (tidak ditiru/ diciplak daripada mana-
mana sumber) serta didokumentasikan dalam bentuk persembahan
multimedia power point dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
xiv. SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xv. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xvi. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xvii. MARKAH BONUS diberikan kepada penyertaan yang menyediakan
LAPORAN dalam bentuk slaid power point yang mengandungi elemen-
elemen berikut (tidak melebihi 15m/s):

 Nama Guru
 Kod & Nama Sekolah
 Nama Kelas
 Tajuk Inovasi
 Pengenalan
 Latar Belakang
17 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: GURU

 Objektif
 Penyataan Masalah
 Bahan/Sumber/Kos
 Kumpulan Sasaran
 Tunjang & Standard Pembelajaran (SP) KSPK *yang berkaitan*
 Kaedah Pelaksanaan / Penggunaan
 Video pengujian (boleh ditunjukkan dalam rakaman PDPC)
 Kelebihan dan Kekurangan
 Penambahbaikan
 Lampiran Bergambar
 Rumusan / Penutup

xviii. Skema Pemarkahan;


Items Pemarkahan Markah
Kebolehfungsian peralatan (user friendly) 30 %
Rekabentuk praktikal dan mempunyai ciri-ciri mudah alih serta
25 %
praktikal dalam PDPC
Persembahan Penerangan perlulah jelas dengan
35 %
pengaplikasian Kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
Dekorasi kekemasan, kesempurnaan rekaan dan
10 %
kesungguhan guru
JUMLAH SKOR: 100 %

18 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: GURU

2) GURU: KREATIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PDPC)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua guru prasekolah.


ii. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan
Guru Besar sekolah masing-masing.
iii. Tema: BEBAS (samada berdasarkan tema ataupun tunjang).
iv. Peruntukan masa: 4 – 8 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lapan (8).
vi. Jika masa kurang daripada empat (4) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Bahasa Instructional boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris atau Bahasa Cina.
viii. Setiap video adalah merupakan hasil karya sendiri.
ix. Karya plagiat (ciplak) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya didapati
video yang dihantar BUKAN KARYA ASLI, maka penyertaan peserta
akan DIBATALKAN SERTA-MERTA.
x. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana
pertandingan filem/video.
xi. Peserta boleh menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada
menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video
di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti
masing-masing adalah dibenarkan.
xii. Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
xiii. SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xiv. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xvi. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Keaslian Idea 30 %
2) Kreativiti Persembahan 50 %
3) Kesesuaian dengan tema 20 %
JUMLAH SKOR: 100 %

19 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: GURU

3) GURU: MULTIMEDIA KEMBALI KE SEKOLAH (Back to School)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua guru prasekolah.


ii. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan
Guru Besar sekolah masing-masing.
iii. Tema: KEMBALI KE SEKOLAH (Back to School).
iv. Peruntukan masa: 3 – 6 minit.
v. Rakaman yang KURANG 3 minit dan MELEBIHI 6 minit TIDAK AKAN
DINILAI.
vi. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke enam (6).
vii. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
viii. Bahasa pengantar boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris atau Bahasa Cina.
ix. Paparan visual atau video hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-
ciri nilai murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya,
agama, politik dan tidak menghina mana-mana individu lain.
x. Setiap video adalah merupakan hasil karya sendiri.
xi. Karya plagiat (ciplak) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya didapati
video yang dihantar BUKAN KARYA ASLI, maka penyertaan peserta
akan DIBATALKAN SERTA-MERTA.
xii. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana
pertandingan filem/video.
xiii. Peserta boleh menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada
menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video
di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti
masing-masing adalah dibenarkan.
xiv. Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
xv. SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xvi. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xvii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xviii. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


Keaslian Idea 50 %
Kreativiti Persembahan 30 %
Kesesuaian dengan tema 20 %
JUMLAH SKOR: 100 %

20 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: GURU

4) GURU: CIPTA LAGU PRASEKOLAH NEGERI SARAWAK

i. Penyertaan secara kumpulan (maksimum 5 orang) dan terbuka kepada


semua guru prasekolah dan PPM Prasekolah.
ii. Lagu hendaklah ciptaan asal.
iii. Karya plagiat (ciplak) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya didapati
lagu yang dihantar BUKAN KARYA ASLI, maka penyertaan peserta akan
DIBATALKAN SERTA-MERTA.
iv. Penyertaan adalah tidak terhad.
v. Penciptaan lagu didefinisikan sebagai ‘muzik’ dan ‘lirik/suara’.
vi. Durasi lagu: 2 - 5 minit.
vii. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
viii. Jika masa kurang daripada dua (2) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
ix. Tema, rentak dan irama lagu adalah BEBAS.
x. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi.
xi. Lirik hendaklah bersesuaian tanpa menyentuh sensitiviti perkauman,
agama dan politik.
xii. Penyertaan mestilah dalam bentuk MP3 (softcopy) dengan rakaman
suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan
dengan menggunakan apa-apa instrumen muzik.
xiii. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam bentuk power point (pdf).
xiv. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xv. Lagu ciptaan yang terpilih akan menjadi HAK MILIK JPNS. JPNS
mempunyai hak untuk menyunting, mengubah suai, menghasilkan
semula, mengedar atau menyiarkan lagu dalam mana-mana platform.
xvi. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xvii. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Keaslian Idea 30 %
2) Kreativiti Melodi 30 %
3) Intonasi Suara 20%
4) Kelancaran bahasa / muzik 10 %
5) Nilai murni 10 %
JUMLAH SKOR: 100 %

21 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: PPM

1) PPM: MENU SIHAT

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua PPM Prasekolah.


ii. Pemilihan tema – MENU KPM (rujuk jadual, dan boleh pilih berdasarkan
menu tersebut. Nama menu boleh diubahsuai mengikut kreativiti PPM).
iii. Menu boleh diberikan nama mengikut kreativiti dan kesesuaian.
iv. Peruntukan masa: 7-10 minit.
v. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke sepuluh (10).
vi. Jika masa kurang daripada tujuh (7) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vii. Bahasa pengantar boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris atau Bahasa Cina (jika Bahasa Cina hendaklah dengan
terjemahan – senikata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris).
viii. Mempunyai bakat kreatif dalam penyediaan makanan.
ix. Tatacara persembahan BEBAS mengikut tema.
x. Muzik dan props dibenarkan semasa rakaman.
xi. Rakaman wajib di ruang makan/dapur prasekolah.
xii. Satu (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik & ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Persembahan Makanan
40%
- bersih, menarik & praktikal
2) Komposisi makanan, kreativiti & inovasi
- kombinasi, kesederhanaan & keaslian dalam 40%
komposisi makanan & hidangan yang menarik
3) Bonus
- Kaedah memasak yang betul dan 20%
penggunaan bahan yang mencukupi
JUMLAH SKOR: 100 %

22 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: PPM

2) PPM: KECERIAAN SUDUT

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua PPM Prasekolah.


ii. Pemilihan tema: BEBAS.
iii. Peruntukan masa: 3-5 minit.
iv. Penilaian tidak akan dikira selepas minit ke lima (5).
v. Jika masa kurang daripada tiga (3) minit akan dikenakan penalti dari
segi pemberian markah.
vi. Mempunyai bakat kreatif dalam keceriaan sudut dalam kelas
prasekolah.
vii. Bahasa instructional boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris atau Bahasa Cina (jika Bahasa Cina hendaklah dengan
terjemahan – senikata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris).
viii. Tatacara persembahan bebas mengikut tema masing-masing.
ix. Boleh memilih lokasi sudut keceriaan mengikut citarasa sendiri (WAJIB
DALAM KAWASAN PRASEKOLAH). Memasukkan pelbagai ruang
keceriaan dalam kelas adalah satu bonus.
x. SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xi. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiii. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Suasana/Mood keceriaan 40%
2) Sudut Kreatif 40%
3) Gaya persembahan 20%
JUMLAH SKOR: 100 %

23 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pertandingan: PPM

3) PPM: BANNER ePRASEKOLAH

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua PPM Prasekolah.


ii. Tema: ePRASEKOLAH.
iii. Saiz banner berukuran 3” x 6” kaki persegi secara landskap (disediakan
dalam bentuk pdf).
iv. Mempunyai bakat kreatif dalam menghasilkan banner untuk kelas
prasekolah.
v. Boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa
Cina.
vi. Paparan visual hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri nilai
murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama,
politik dan tidak menghina mana-mana individu lain.
vii. Setiap ciptaan adalah merupakan hasil karya sendiri.
viii. Karya plagiat (ciplak) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya didapati
video yang dihantar BUKAN KARYA ASLI, maka penyertaan peserta
akan DIBATALKAN SERTA-MERTA.
ix. Peserta boleh menggunakan apa-apa aplikasi yang sesuai.
x. Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
xi. Banner TIDAK PERLU DICETAK, penyertaan hanya dalam bentuk VISUAL
sahaja.
xii. SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Skema Pemarkahan;

Items Pemarkahan Markah


1) Kesesuaian tema 10%
2) Pengisian 30%
3) Keaslian idea (originality) 30%
4) Rekabentuk & kreativiti 30%
JUMLAH SKOR: 100 %

24 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Penutup

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat menyediakan pengalaman


ke arah pertumbuhan dan perkembangan komunikasi, fizikal (koordinasi motor
halus dan kasar), kecerdasan (kreativiti, kecerdasan emosi, kecerdasan rohani),
dan sosioemosi (sikap, nilai dan kerohanian) bersesuaian dengan keunikan dan
tahap perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak berumur antara empat
hingga enam tahun.

Kerjasama semua pegawai prasekolah di PPD dan sekolah amatlah penting


bagi mencapai objektif program ini. Dengan pertambahan aktiviti yang
melibatkan guru dan PPM, diharap akan mewujudkan budaya kreativiti dan
inovasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

Dengan itu, kita berharap melalui program seumpama ini dapat


meningkatkan kecerdasan dan kecergasan pemikiran kognitif murid
prasekolah. Justeru dapat melahirkan insan yang terdidik, mempunyai jati diri,
berketerampilan dan bakal menjadi generasi baru yang boleh kita banggakan.

-All The Best -


25 | -Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022, Unit Prasekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-

Anda mungkin juga menyukai