Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PANITIA CEMERLANG

ACADEMIC FUN DAY


(AFD 2022)

TARIKH : 5 – 9 DISEMBER 2022


HARI : ISNIN -JUMAAT
MASA : 10.30 PAGI – 12.50 TENGAHARI

PROGRAM PANITIA CEMERLANG -ACADEMIC FUN DAY 2022


1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Kecemerlangan akademik di sesebuah sekolah bertunjangkan kepada keupayaan bagi meningkatkan


kekuatan panitia mata pelajaran. Pemerkasaan panitia adalah satu proses berterusan yang melibatkan PGB, SLT,
MLT dan guru-guru. Ini bagi memastikan objektif utama seperti PBS berada di landasan yang betul dan dipatuhi
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Program Panitia pada tahun ini bertemakan ACADEMIC FUN DAY
(AFD 2022) dijalankan selama 5 hari dan melibatkan 8 panitia. Program pada tahun ini dibuat secara bergabung
antara semua panitia bagi menjimatkan masa pelaksanaan dan memberi nafas baharu kepada program-program
panitia sebelum ini. Program ini diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang lebih berkeyakinan dan
berketrampilan bagi memastikan kualiti kemenjadian murid terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

2. OBJEKTIF PROGRAM
 Program ini adalah bertujuan memberi panduan dan kemahiran kepada murid-murid khususnya
dalam pengurusan masa, mencungkil potensi dan kualiti kemenjadian.
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam semua mata pelajaran mengikut DSKP yang ditetapkan.
 Memupuk dan membina sifat bekerjasama, bertanggungjawab, menghargai masa dan menghargai
anugerah tuhan.
 Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan pemikiran terbuka.
 Menyerlahkan bakat guru dan murid.
 Memastikan garis panduan pelaksanaan akademik dipenuhi.

3. KUMPULAN SASAR
3.1.1 Semua murid Tahun 1 -6 seramai 72 orang.
3.1.2 Semua guru

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 05.12 – 09.12.2022
Hari : ISNIN -JUMAAT
Masa : 10.30 PAGI – 12.50 TENGAHARI
Tempat : SK DATUK NAN KAYA

Pelaksanaan program adalah di Lampiran A.


5. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : En. Izanudin bin Ismail Guru Besar

Naib Pengerusi : Pn Nur Syahirah binti Abdullah Guru Kanan Pentadbiran


En. Mohamad Hanizam bin Hashim Guru Kanan HEM/KP BM

Ahli Jawatankuasa:
En. Mohamod Fahmir bin Mat Amin - Penyelaras/KP Pendidikan Islam
En. Khairul Anuar bin Abdul Rajab - KP Bahasa Inggeris/KP Pendidikan Muzik
Pn Zulaidah binti Mat Isa - KP Matematik
Pn Nor Laila binti Harun - KP Sains
Pn.Khairunnisaa’ binti Shafie - KP Bahasa Arab
Pn Norasmah bt Ahmad - KP Reka Bentuk Dan Teknologi
En. Jalaluddin bin Ahmad Nuri - KP Pendidikan Seni Visual
Pn. Fazreena Aryanni binti Abu Bakar - Pengurusan Aktiviti

6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber Kewangan

PCG Panitia Terlibat : RM 2088.00

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci adalah seperti di Lampiran B


7. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Program Panitia Cemerlang dan Academic Fun Day 2022 dapat dijalankan dengan
cemerlang dan menepati objektif. Kerjasama daripada para guru, ibu bapa dan murid adalah tunjang utama dalam
usaha menjayakan hasrat murni pelaksanaan program ini. Semoga program ini dapat direalisasikan mengikut tarikh
yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

Tarikh: 23.11.2022 Tarikh: 25.11 2022

KERTAS CADANGAN

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai