Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

SCHOOL OF GLOBAL EXCELLENCE

KERTAS KERJA KARNIVAL PBS

2019

BIDANG : AKADEMIK

TARIKH : 11 OKTOBER 2019


TEMPAT : DEWAN PUTRA PERDANA SAS
KERTAS KERJA KARNIVL PBS
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH TAHUN 2019

1.0 NAMA PROGRAM


Program Karnival PBS Sekolah Sultan Alam Shah Tahun 2018.

2.0 TUJUAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Pelaksanaan PBS memberi fokus utama
terhadap perkembangan pembelajaran murid di dalam dan di luar bilik darjah bagi
membangunkan potensi murid secara menyeluruh agar mereka dapat menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan nilaiyang telah dikuasai dalam kehidupan seharian dan pada masa
hadapan.
Pentaksiran Sekolah (PS) yang kini dikenali dengan Pentaksiran Bilik darjah (PBD)
adalah pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan PdPc untuk mentaksir
perkembangan
pembelajaran murid iaitu:
• Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)
• Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning)
PBD juga merangkumi pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid:
• Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning)
Cabaran PBD menekankan kepada kepentingan untuk mendapatkan maklumat dan
meyampaikannya dengan cara yang menarik dan kreatif. Ia juga adalah berdasarkan kepada
keupayaan murid berkolaborasi, menstrategi dengan kritis, menyatukan idea dari pembacaan
dan pengalaman seharian dan berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah taktikal. PBD
turut menuntut supaya sesi PdPc dapat menggabungkan kemahiran inkuiri, penaakulan,
kolaborasi dan penerokaan bagi membangunkan keupayaan murid sepenuhnya dalam
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran murid.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program termasuklah:
• Memberi platform kepada murid untuk mempamerkan bahan yang telah mereka
hasilkan bagi setiap subjek yang terlibat dengan PBD
• Memberikan ruang kepada murid untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT)
• Merangsang daya pemikiran secara kreatif dan kritis
• Menerapkan budaya untuk membuat kajian ilmiah ringkas dan mengintegrasikan
maklumat merentasi mata pelajaran
• Meningkatkan kemahiran menganalisis dan menilai secara kritikal dalam
membentangkan dapatan serta mampu mempertahankan idea atau pandangan.
• Mewujudkan persekitaran pembelajaran aktif
• Mengetengahkan pengaplikasian ilmu dalam kehidupan seharian melalui pelbagai
medium program dan pertandingan.
• Meneroka kreativiti peserta dalam pengaplikasian dalam sesuatu program dan
pertandingan.

• Mengaplikasikan penggunaan teknologi seperti peranti Ipad, Apple TV , dalam


pembentangan

• Meningatkan keyakinan para pelajar untuk membuat pembentangan umum [dalam


Bahasa Inggeris] sebagai usaha meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

• Memberi penjelasan dan kefahaman kepada ibu bapa berkaitan konsep Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.

• Memberi penjelasan dan kefahaman kepada ibu bapa berkaitan konsep Pembelajaran
Abad ke 21 dan penggunaan teknologi untuk proses PdPc.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


Tarikh : 11 Oktober 2019
Tempoh : 5 jam

5.0 TEMPAT PROGRAM


Tempat : Dewan Putra Perdana, SAS

6.0 SASARAN DAN BILANGAN PESERTA TERLIBAT :


Sasaran : semua murid tingkatan 1, 2 dan 3
Bilangan peserta : Tingkatan 1 = 178 murid
Tingkatan 2 : 168 murid
Tingkatan 3 : 172 murid
Jumlah Besar : 518 peajar

7.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi – Pendaftaran peserta
8.30 pagi – Taklimat pertandingan / pameran
9.00 pagi – Pertandingan / pameran bermula
Taklimat PBS kepada ibu bapa
12.00 pagi – Persediaan untuk Majlis Penutup/ Ketibaan VIP
- Ucapan Pengarah Projek
- Ucapan Tuan Pengetua
- Ucapan VIP
- Tayangan Video
- Penyampian Hadiah
1.00 tgh – Majlis Tamat
- Jamuan makan tengah hari (VIP)

8.0 ANGGARAN PERINCIAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Jumlah
Bahan pembentangan murid bagi setiap subjek
RM 100 X 11 panitia = RM 1650 RM 1100.00
1. MATEMATIK
2. SAINS
3. REKABENTUK TEKNOLOGI
4. PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
1. 5. BAHASA MALAYSIA
6. BAHASA INGGERIS
7. BAHASA CINA/ARAB/JEPUN/PERANCIS
8. PENDIDIKAN ISLAM
9. PENDIDIKAN SENI VISUAL
10. PENDIDIKAN MUZIK
11. ASAS SAINS DAN KOMPUTER
Hadiah pemenang (Hamper)
Hamper : RM 30.00 X 11 subjek X 3 tingkatan = RM
2 990.00 RM 990.00

Jumlah keseluruhan
RM 2090.00

9.0 SUMBER KEWANGAN


RM 2090.00 peruntukan khas SBP untuk program Karnival PBS.

10.0 JAWATANKUASA PROGAM


Pengerusi : En Salleh Bin Ismail

Nalb Pengerusi : Pn Hjh Zaini Binti Razak

Setiausaha : Pn Farah Asnida Bt Che Shariff

Persiapan Tempat : En Sharul Nizam Bin Abu Juhari, En. Mohd khalis Bin Khalid

Siaraya & live streaming pertandingan/pameran : Pn Norjahan Bt Besar, Pn Norsyidah Bt


Abdullah,En. Mohd Firdaus Bin Alias, En. Faizzurahman B Hasan,En Zainal Atin
Buku Atur Cara: Pn Zairulhusni Wan Zin
Penyediaan & Penyampaian hadiah dan cenderamata : Pn Iza Shah Riana Bt Idris

Hakim Pertandingan : Pn Hjh Samsiah Radiman, semua ketua panitia subjek PBD

Pengacara Majlis : Pn Nurul Aini Zainuddin

11.0 PENUTUP
Saya berharap program yang dirangka akan mampu memberikan input yang baik
kepada semua murid terlibat. Para peserta boleh menjadikan ilmu dan pengalaman yang
diperolehi daripada program Karnival PBS ini dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... .........................................
(FARAH ASNIDA BINTI CHE SHARIFF) (HJH ZAINI BT RAZAK )
No Telefon : 012-2166418 Pemangku Penolong Kanan Akademik
Sekolah Sultan Alam Shah

Disahkan oleh,

...............................................
(SALLEH BIN ISMAIL)
Pengetua,
Sekolah Sultan Alam Shah
Putrajaya

Anda mungkin juga menyukai