Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022

UBK/KK/PPS/2022

SMK SERI MUTIARA


JALAN 31/ 119,
TAMAN TAYTON VIEW, CHERAS,
56000 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG
(SUIT) 2022

TARIKH CADANGAN :

APRIL 2022 - FEBRUARI 2023

TEMPAT CADANGAN :

SMK SERI MUTIARA

KELOLAAN :

UNIT HAL EHWAL MURID SMK SERI MUTIARA


UNIT DISIPLIN SMK SERI MUTIARA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SERI MUTIARA

1.0 PENDAHULUAN
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022

Pemerhatian dan dapatan data menunjukkan bahawa sahsiah murid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
semakin menipis  sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah.
Antaranya, sahsiah murid yang tidak  menunjukkan pengamalan adab bersopan, malah kadar kehadiran ke
sekolah  menunjukkan trend penurunan yang mengakibatkan kadar ponteng semakin meningkat. Bagi mengekang
gejala negatif ini dari berterusan, JPWPKL telah merangka satu program yang dinamakan Program ‘SUIT’
iaitu Sahsiah Unggul Individu Terbilang. Sehubungan dengan itu, pihak SMK Seri Mutiara telah mengambil
tindakan dengan melaksanakan program tersebut di sekolah. Pelaksanaan program ini adalah melalui beberapa
kaedah yang dicadangkan oleh JPWPKL ditambah dengan program sedia di sekolah ada bagi merealisasikan
matlamat program tersebut.

2.0 MATLAMAT

Keperibadian dan etika yang tinggi seiring dengan pencapaian akademik yang baik mampu melahirkan individu
untuk berjaya. Program ini bertujuan mencari pelajar holistik yang dikenalpasti oleh warga guru serta warga murid
dan memberi peluang kepada para murid untuk membuat penilaian kendiri.

3.0 TARIKH/TEMPAT

PROGRAM TARIKHMA MASA TEMPAT

Sebaran Maklumat Mengenai Sepanjang April Mengikut kesesuaian SMK Seri Mutiara
Program SUIT

Pengisian Amalan Baik Di Dalam Sistem April 2022 - Januari 2023 - SMK Seri Mutiara
SSDM
“Jom Amalan Baik”
April ( 9 Mei 2022 ) Sesi Pagi SMK Seri Mutiara
Penyampaian
Sijil Bulanan The Ant Mei ( 13 Jun 2022 ) 7.30 pagi - 8.00 pagi
Jun ( 4 Julai 2022 ) Sesi Petang
Julai ( 1 Ogos 2022 ) 12.30 tengah hari -
September ( 3 Oktober 2022 ) 1.00 petang
Oktober, November, Disember
( 5 Disember 2022 )

Penyampaian Anugerah 11 Januari 2023 9.00 pagi SMK Seri Mutiara


“The Ant / The Butterfly / The Ultimate
Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum

4.0 SASARAN
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022
Program ini disasarkan kepada tiga kategori utama, iaitu :
1. Kategori ‘The Ultimate’
 Untuk mengenalpasti pelajar yang paling layak untuk dijadikan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain.
 Penilaian sekali setahun atau sekali setiap penggal berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
 Pencapaian akademik
 Pencapaian kokurikulum
 Ciri-ciri kepimpinan
 Disiplin
 Sifat peribadi

2. Kategori ‘The Butterfly’


 Untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif
kepada tingkahlaku yang positif.
 Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan
yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-
guru.
 Penilaian untuk pelajar dalam kategori ini dibuat sekali setahun atau sekali setiap penggal berdasarkan
kriteria-kriteria berikut:
 Peningkatan dalam pencapaian akademik
 Perubahan dalam penglibatan kokurikulum
 Perubahan dalam aspek disiplin
 Perubahan dalam sifat peribadi

3. Kategori ‘The Ant’


 Untuk mengenalpasti dan menghargai pelajar-pelajar yang sentiasa menunjukkan peribadi yang
cemerlang tetapi tidak tergolong dalam dua kategori di atas.  
 Penilaian untuk kategori ini boleh dilihat dari aspek:
 Ketaatan
 Kesopanan
 Kerjasama
 Kerajinan

5.0 OBJEKTIF
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022
Program ini diharapkan akan dapat :

 Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.


 Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berketrampilan.
 Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid.
 Menghargai murid-murid yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau perubahan sikap dari negatif
kepada positif.

6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

OUTPUT 100% warga sekolah melibatkan diri dalam program ini.

OUTCOME Meningkatkan penghargaan kendiri murid-murid SMK Seri Mutiara.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Hadiah The Ultimate : RM 50 X 1 orang = RM 50


Hadiah The Butterfly : RM 25 X 10 orang = RM 250
Hadiah The Ant : RM 5 X 100 orang = RM 500
Jumlah : = RM 800

SUMBER KEWANGAN
PCG Bimbingan dan Kaunseling = RM 800
JUMLAH = RM 800
(Dalam Perkataan Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sahaja)

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Hajah Aziah binti Ahmad (Pengetua SMKSM)


Pengerusi : Pn. Foong Peik Chow (GPK Hal Ehwal Murid SMKSM)
Naib Pengerusi : Pn. Noorliza binti Abd. Khair (GPK Pentadbiran SMKSM)
En. Saiful Bahri bin Muhammad (GPK Kokurikulum)
Pn. Sabariah binti Yusoff (GPK Petang SMKSM)
Penyelaras : Pn. Rashidah binti Ramlan (GBKSM SMKSM)
Setiausaha : Pn. Siti Shahirah binti Azman
Bendahari : Pn. Salmi binti Mohd Razif

AHLI JAWATANKUASA : Guru Bimbingan dan Kaunseling Setiausaha Kokurikulum


Setiausaha Peperiksaan Semua guru
Penyelaras SSDM

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022
9.1 CARA PENILAIAN
Cara penilaian untuk menentukan kategori murid The Ultimate, The Butterfly dan The Ant, akan dibuat
melalui dua kaedah seperti yang disarankan oleh JPWPKL, iaitu :
 Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah
 Pemantauan ke atas murid akan dilakukan melalui penggunaan Instrumen Penilaian Kendiri SUIT dan
Instrumen Penilaian Guru Terhadap Murid.
 Menyemak nama dalam sistem SSDM.

9.2 CARA PENGIKTIRAFAN

Murid-murid yang telah dikenalpasti mengikut kategori The Ultimate, The Butterfly dan The Ant akan
diberi pengiktirafan dan penghargaan melalui cara berikut :

 Nama murid akan ditampal pada papan kenyataan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
 Sijil dan hadiah iringan

9.3 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

AKTIVITI TARIKH

Sebaran Maklumat Mengenai Program SUIT Sepanjang April

Pengisian Amalan Baik Di Dalam Sistem SSDM April 2022 - Januari 2023

“Jom Amalan Baik”

April ( 9 Mei 2022 )


Penyampai Sijil Bulanan The Ant
Mei ( 13 Jun 2022 )
Jun ( 4 Julai 2022 )
Julai ( 1 Ogos 2022 )
September ( 3 Oktober 2022 )
Oktober, November, Disember ( 5 Disember 2022 )

Penyampaian Anugerah 11 Januari 2023


“The Ant / The Butterfly / The Ultimate
Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum

10.0 PENGURUSAN RISIKO


PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022
RISIKO PUNCA PENYELESAIAN TANGGUNGJAWAB
Murid-murid tidak berminat untuk Sikap kurang cakna dengan Hebahan secara GBKSM
mengambil tahu. program yang dianjurkan oleh berterusan semasa
pihak sekolah. perhimpunan.

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

Pemantauan Pelakanaan Program /Aktiviti


Pemantauan akan dijalankan oleh GPK Hal Ehwal Murid sepanjang program berlangsung.

Pemantauan Pencapaian Outcome


Pemantauan ke atas murid akan dilakukan menggunakan Instrumen Penilaian Kendiri SUIT dan Instrumen
Penilaian Guru Terhadap Murid.

12.0 PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan sikap murni dan
mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek yang dapat
diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat iaitu Individu Terbilang. Program ini pada akhirnya dapat
memenuhi Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan keperluan sosial,
penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid yang mempunyai sahsiah unggul dan
holistik.

Disediakan oleh,
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG 2022

(RASHIDAH BINTI RAMLAN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKSM Tarikh :

Disemak oleh,

(YUSASLINDA BINTI MOHD YUNUS)


Guru Kanan Kemanusiaan SMKSM Tarikh :

Disokong oleh,

(FOONG PEIK CHOW )


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSM Tarikh :

Ulasan :
___________________________________________________________________________________

Diluluskan/ Tidak diluluskan

(HAJAH AZIAH BINTI HAJI AHMAD)


Pengetua SMKSM Tarikh :

___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai