Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP

PROGRAM SUIT
(Sahsiah Unggul Individu Terbilang)
SJK (T) KAMPONG PANDAN

1.0 PENGENALAN

Pemerhatian dan dapatan data menunjukkan bahawa sahsiah murid di Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur semakin menipis sehingga menimbulkan kebimbangan
dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Antaranya, sahsiah murid yang
tidak menunjukkan pengamalan adab bersopan, malah kadar kehadiran ke
sekolah menunjukkan trend penurunan yang mengakibatkan kadar ponteng semakin di
meningkat. Bagi mengekang gejala negatif ini dari berterusan, JPWPKL telah merangka
satu program yang dinamakan Program SUIT, iaitu Sahsiah Unggul Individu Terbilang.
Sehubungan dengan itu, pihak SJK(T) Kampong Pandan telah mengambil tindakan
dengan melaksanakan program tersebut di sekolah. Pelaksanaan program ini adalah
melalui beberapa kaedah yang dicadangkan oleh JPWPKL ditambah dengan program
sedia di sekolah ada bagi merealisasikan matlamat program tersebut.

2.0 RASIONAL

Keperibadian dan etika yang tinggi seiring dengan pencapaian akademik yang
baik mampu hasilkan Individu untuk berjaya. Program ini bertujuan mencari pelajar
holistik yang dikenalpasti oleh warga guru serta warga pelajar sendiri dan memberi
peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kendiri.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid sekolah yang unggul dan holistik.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.


4.2 Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar.
4.4 Memantapkan ciri kepimpinan pelajar.
4.5 Menghargai pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau
perubahan sikap dari negatif kepada positif.
4.6 Memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pelajar contoh dalam kalangan mereka
serta membuat penilaian kendiri.
5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Mac sehingga Oktober

6.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini bahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu :


a) Kategori The Ultimate
b) Kategori The Butterfly
c) Kategori The Ant

6.1 Kategori The Ultimate

Kategori ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang paling layak untuk
dijadikan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tiga orang terbaik akan dipilih dari
sesi pagi. Cara penilaian dilakukan sebanyak sekali setiap penggal berdasarkan
kriteria-kriteria berikut:

Pencapaian akademik
Pencapaian kokurikulum
Ciri-ciri kepimpinan
Disiplin
Sifat peribadi

6.2 Kategori The Butterfly

Kategori The Butterfly untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling
banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.

Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha
dan bimbingan yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta
disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru. (Maksimum seramai 3 orang akan dipilih).

Penilaian untuk pelajar dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulanberdasarkan kriteria-
kriteria berikut:
Peningkatan dalam pencapaian akademik
Perubahan dalam penglibatan kokurikulum
Perubahan dalam aspek disiplin
Perubahan dalam sifat peribadi
6.3 Kategori The Ant

Untuk mengenalpasti dan menghargai pelajar-pelajar yang sentiasa menunjukkan


peribadi yang cemerlang tetapi tidak tergolong dalam dua kategori di atas. Tiga
orang yang terbaik akan dipilih bagi setiap kelas. Penilaian untuk kategori ini boleh
dibuat setiap tiga bulan dan dilihat dari aspek:
Ketaatan
Kesopanan
Kerjasama
Kerajinan

7.0 CARA PENILAIAN KATEGORI MURID

Cara penilaian untuk menentukan kategori murid The Ultimate, The Butterfly dan The
Ant, akan dibuat melalui dua kaedah seperti yang sarankan oleh JPWPL, iaitu :

Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.


dilihat dari segi pelaksanaan, pencalonan dan pemilihan murid contoh dan
keberkesanan program serta masalah yang dihadapi serta cadangan-cadangan
penambahbaikan program.

Pemantauan ke atas murid akan dilakukan melalui penggunaanInstrumen Penilaian


Kendiri SUIT dan Instrumen Penilaian Guru Terhadap Murid.

8.0 CARA PENGIKTIRAFAN

Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti mengikut kategori The Ultimate, The Butterfly
dan The Ant akan diberi pengiktirafan dan penghargaan melalui cara berikut :

Brooch dan hadiah iringan


9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

9.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Supaletchumi


Timbalan Pengerusi : Pn. Pama
Naib Pengerusi : Pn.Tamilselvi
: Pn. Puspavalli

Setiausaha : Cik.Jeevitha
AJK Program SUIT : Guru Kelas
: Guru Bimbingan dan Kaunseling
: Guru Disiplin
: Guru Pendidikan Islam
: Guru Pendidikan Moral
: Setiausaha Kokurikulum

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber
Bil Senarai Anugerah Harga Jumlah
Kewangan

a) The Ultimate (Cemerlang)


- 3 x RM10 RM30.00 PCG

b) The Butterfly (Peningkatan Sahsiah)


- 3 x RM5 RM15.00 PCG

c) The Ant (Sahsiah Terpuji) 3 x RM5 RM15.00 PCG


-

d)
JUMLAH KESELURUHAN RM60.00

11.0 PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan
sifat dan sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong
pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian
murid yang hebat, iaitu Individu Terbilang. Program ini pada akhirnya dapat memenuhi
Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan
keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid yang
mempunyai sahsiah unggul dan holistik.
Disediakan oleh Disemak oleh

.. .
CIK.M.JEEVITHA
Setiausaha Program SUIT

Diluluskan oleh

..

Anda mungkin juga menyukai