Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN HARI GURU 2014

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang


berbahagia__________________________________________________________
___________________________________________________________________.

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia
ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah,
bagi Tahun 2014, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. GURU :
PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI itulah tema perayaan hari guru pada
tahun ini.
menjadi contoh, mencurah ilmu,
tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan
hari guru. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari
Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Tema Hari Guru tahun ini Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi sangat
bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat
dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21
untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa
meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang
semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah
ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan
idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang
diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang
baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan
yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend
baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem yang
penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya
sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai
maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak
mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan
untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan
penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru.
Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi
terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah
pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari
Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan
yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk
menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru
yang tidak ternilai.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan
cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan
sangat disanjung tinggi.

Anda mungkin juga menyukai