Anda di halaman 1dari 5

Definisi Kelompok

Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan


bagi kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah.
Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah
yang sama dalam satu masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk
permasalahan yang normal. Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan disertai oleh
tujuh hingga dua belas, orang mengikut kesesuaian, yang terdiri daripada seorang
ketua atau kaunselor dan ahli-ahlinya, (Zuraidah,2010).

Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang


individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek
permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi-
fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Rogers
(1970), mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan
proses pemulihan dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai.
Hal ini jelas menyokong penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling
kelompok.
Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu
proses membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari
aspek tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang
bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini,
pelaksanaan kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform yang amat berkesan
dalam membantu ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan
isu yang dibangkitkan oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi
dalam menemui solusi yang paling sesuai dan tepat.
Jenis-jenis Kelompok

Jenis-jenis Kelompok

Kelompok berdasarkan perawatan

Kelompok yang dibentuk berdasarkan perawatan atau dipanggil juga kelompok


pemulihan atau pendidikan dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama iaitu :

1. Kelompok tugasan

2. Kelompok Psikoterapi

3. Kelompok Perkembangan ataupun pengalaman

4. Kelompok kaunseling ataupun teraputik

5. Kelompok Bantu diri

6. Kelompok Bimbingan

1. Kelompok Tugasan

Kelompok tugasan adalah merupakan kelompok yang dibentuk dengan tujuan untuk
mencapai sesuatu matlamat yang telah disasarkan. Kelompok jenis ini adalah
memfokuskan pencapaian tugasan bagi kumpulan dan tidak menfokus kepada
pencapaian individu.

2. Kelompok Psikoterapi

Kelompok Psikoterapi adalah merupakan satu pendekatan kaunseling yang bersifat


merawat dan memulihkan. Ia memberi tumpuan kepada ahli yang mengalami gangguan
psikologi yang kronik bagi memperbetulkan emosi dan tingkah laku binormal sehingga
menyebabkan disfungsi diri. Matlamat utama kelompok ini adalah perubahan personaliti
individu sama ada kecil atau besar.

3. Kelompok Perkembangan dan pengalaman

Kelompok jenis ini adalah bertujuan membantu individu-individu yang sihat dari segi
psikologinya. Kelompok jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kelompok
latihan atau T-Group, kelompok pertembungan dan kelompok marathon.

A. Kelompok Latihan atau T-Group

Kelompok latihan atau T-Group adalah berorientasikan latihan bagi


memperkembangkan sensitivity dan kemahiran interpersonal klien. Ahli belajar
berkaitan diri sendiri dan orang lain. Ahli-ahli bebas menentukan apa yang mereka
mahu pelajari dan mereka boleh menguji perlakuan mereka, menganalisa maklumat
dan membuat keputusan.

B. Kelompok Pertembungan

Kelompok pertembungan pula adalah bermula dari kelompok latihan dan ia berasaskan
penyelesaian masalah. Namun ianya menggabungkan peluang supaya dapat
berkembang dalam setting yang berbeza. Dalam kelompok ini ahli akan diproses untuk
menjadi setulen yang mungkin melalui kaedah konfrantasi dan ini akan menjadikan
keadaan kelompok lebih intensif dan emosional. Keadaan ini akan mewujudkan kurang
selesa kepada ahli dalam kelompok dan ini memerlukan pemimpin kelompok bijak
untuk menggunakan kemahiran-kemahiran mereka.
C. Kelompok Maraton

Kelompok ini adalah merupakan jenis kelompok yang bercirikan perjalanan sesi yang
agak panjang sehingga berminggu-minggu. Perjalanan sesi yang panjang ini adalah
bagi membina hubungan yang efektif melalui interaksi yang mendalam. Ahli kelompok
akan menjalankan aktiviti bersama sepanjang hari sehingga tempoh kelompok tamat.

4. Kelompok Kaunseling atau Teraputik

Kelompok kaunseling adalah merupakan kelompok yang dibentuk bagi mewakili


keadaan sebenar sebaik mungkin. Dalam kelompok ini, ahli-ahli akan memainkan
peranan untuk membantu ahli yang mengalami masalah. Kelompok ini lebih
berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan
mampu menghalang masalah yang bakal berlaku.

5. Kelompok Bantu Diri

Kelompok ini berbeza dengan kelompok kaunseling. Ianya tidak memerlukan pemimpin
yang pakar kerana setiap ahli memainkan peranan untuk berkongsi pengalaman-
pengalaman mereka, memberikan sokongan emosi dan social antara satu sama lain.
Fungsi utama kelompok ini adalah sebagai system sokongan kepada setiap ahli dan
ahli dengan bantuan kumpulan bertanggungjawab kepada dirinya dan juga sebarang
keputusan yang dibuat.

6. Kelompok Bimbingan

Kelompok bimbingan kebiasaannya banyak dijalankan di sekolah-sekolah dalam proses


membimbing para pelajar. Ianya lebih berkisar kepada menyampaikan maklumat dan
tidak melibatkan penerokaan yang mendalam. Dalam kelompok ini Thompson &
Poppen (1979) menyatakan focus dan kandungan kelompok bimbingan di sekolah
adalah perkembangan konsep kendiri, disiplin kendiri pelajar, hubungan rakan sebaya,
hubungan interpersonal dengan individu lain, kemahiran belajar, perkembangan kerjaya
dan mengembangkan suasana perkembangan yang efektif.

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK

Pemimpin membantu
akan terciptanya
suatu illim sosial yang
baik.

Pemimpin Pemimpin membantu


bertanggung jawab kelompok dalam
dalam mengambil menetapkan
keputusan sama prosedur-prosedur
dengan kelompok kerja

Pemimpin memberi
Pemimpin membantu
kesempatan kepada
kelompok untuk
kelompok untuk
mengorganisasikan
belajar dari
diri
pengalaman.

Anda mungkin juga menyukai