Anda di halaman 1dari 7

Tajuk 7 EDU 3107

KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK


Pelbagai jenis kelompok telah dikemukakan sebagai satu pendekatan spesifik bagi
menangani masalah yang boleh dirawat melalui kaunseling kelompok. Antaranya ialah
Terapi Kelompok Alderian yang telah digunakan oleh Rudolf Dreikus bagi menangani
masalah kanak-kanak. Carl Rogers pula telah mengenengahkan Kaunseling Kelompok
yang mengguna pendekatan terapi Pemusatan Perorangan. Albert Ellis dengan
kelompok terapinya telah menerapkan Terapi Rasional Emotif Perlakuan. Robert
Carkhuff pula jalankan Latihan Perkembangan Sumber Insan dan Arnold Lazarus
menerapkan

Teknik Terapi Pelbagai Modal dalam Kelompok Terapi Perlakuan
Asas Pengendalian Kelompok
Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti dalam
pengendalian kelompok. Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang bersungguh-
sungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga dikehendaki agar boleh
dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan cabaran yang dihadapi semasa
mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan pengendalian yang bersifat terbuka
dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan yang terselindung.

Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari
dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan secara
mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang dibentuk itu.
Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan bergantung kepada
keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan menganggotai kelompok
tersebut.

Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan
kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian setiap
KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK
Tajuk 7 EDU 3107
kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah mesti
mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok ke arah
pencapaian matlamat.
Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai
fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. Dalam keadaan demikian
ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya
dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan.

Kemahiran Dalam Mengendalikan Kaunseling Kelompok
Untuk memimpin sesuatu kumpulan Kaunseling Kelompok memerlukan beberapa
kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan itu tercapai. Kaunselor atau
fasilitator menjadi penggerak utama dalam perkembangan tiap-tiap ahli dalam
kumpulan. Memimpin Kaunseling Kelompok adalah lebih sukar daripada menjadi
kaunselor dalam Kaunseling Individu. Kaunselor memerlukan persediaan yang lebih
rapi kerana interaksi dalam kumpulan lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai dan
personaliti yang berbeza-beza. Dengan lain perkataan kaunselor perlu menguasai
beberapa kemahiran tertentu.

Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas
Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menerangkan kembali maklumat yang
telah diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan
secara terus atau tidak langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan
dikeluarkan oleh ahli kelompok iaitu berkenaan dengan perasaan dan emosi,
perlakuan dan kognitif. Kaunselor perlu sedar tentang maklumat-maklumat yang
kurang jelas pada dirinya dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk mengelak dari
berbincang tentang hal-hal sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan
menggalakkan proses mengenalpasti, menjelas dan menggambarkan kembali
perasaan supaya ahli faham dan sedar apa yang sedang berlaku di antara
mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat dengan jelas peranan kaunselor dalam
aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada proses terapi
kumpulannya.
Tajuk 7 EDU 3107

Namun kaunselor juga perlu prihatin untuk mempertimbangkan perkara yang
perlu dihormati dan tidak wajar diluahkan oleh ahli sebagai klien dalam kelompok
bagi menjaga martabat dan kehormatannya, melainkan ahli yang terlibat benar-
benar bersetuju dan berani mengambil risiko kesan pada dirinya

Corey dan Corey (1977) mengatakan, seseorang ketua harus dapat bertindak
balas secara sensitif dan simpati terhadap setiap individu dalam kelompoknya
serta berkomunikasi dengan reaksi ahli-ahlinya. Mereka juga seharusnya
menyaksikan kelompok dinamik melalui kemahiran-kemahirannya memproses
interaksi yang kompleks dalam kelompoknya. Seorang ketua kelompok yng
berkesan adalah benar-benar diasuh dan dilenturkan mengikut mesej kliennya
dan bertindak balas cepat daripada cuma berkata-kata tentang dunia luas sahaja
atau tidak fokus.

Dalam menguasai kemahiran ini kaunselor harus mempunyai daya memerhati
yang kuat serta nampak apa yang sedang berlaku dalam kumpulannya.
Pemerhatian yang dibuat haruslah diterangkan kepada ahli-ahli supaya mereka
sedar tentang perlakuan dan reaksi mereka dalam kumpulan. Kaunselor tidak
dapat menolong ahli mengubah perlakuan jika kaunselor sendiri tidak sedar apa
yang berlaku dalam kumpulannya. Kaunselor juga mesti faham tentang budaya
berinteraksi antara berlainan jantina dan umur.

Kemahiran mendengar
Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah
kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran
mudah tetapi perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar
maklumat yang dikeluarkan oleh beberapa orang. Dari proses mendengar
kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti kaunselor yang berkesan iaitu dengan
mendengar dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli dan tidak membuat
Tajuk 7 EDU 3107
prejudgemental. Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli
menceritakan pandangan mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka.

Kaunselor menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati
serta menunjukkan minat terhadap pendapat dan pandangan ahli. Menurut
Mahler (1969) dan Dinkmeyer (1971) ketua kelompok berinteraksi sesama
ahlinya dengan berkongsi pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ia juga
membantu penyertaan menjadi lebih rancak, bermoral dan perasaan yang positif,
di mana penyertaan ahli-ahli akan mewujudkan penerimaan perasaan ahli oleh
ketua itu.

Mewujudkan Suasana Teraputik
Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku
percanggahan pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Akhirnya perselisehan
faham atau pergaduhan akan berlaku di antara ahli. Kaunselor harus berhati-hati
supaya keadaan yang tidak menyenangkan tidak berlaku. Namun kaunselor
tidak seharusnya menyekat dan mengenepikan keinginan ahli untuk
mengeluarkan pendapat. Suasana tegang tidak dibiarkan dan kaunselor harus
masuk campur terutama apabila ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif
semasa berinteraksi. Perhatikan sekiranya ada ahli yang menjadi sasaran
kumpulan atau tedapat ahli yang menjadi tertekan atau tegang dan kaunselor
perlu mewujudkan suasana teraputik dengan mengawal situasi atau
mengunakan strategi masuk campur. Strategi ini harus diibuat dengan diplomasi
supaya ahli-ahli tidak menjadi ragu-ragu terhadap keberkesanan kaunselor
dalam sesi itu.

Walau bagaimanapun kaunselor jangan keterlaluan sehingga terlihat terlalu
memuji atau mengkritik ahli atau menasihat ahli. Walaupun usaha ini mungkin
untuk mententeramkan suasana tetapi ahli-ahli akan menjadi tidak puas hati.
Kaunselor harus menjadi penghubung kepada perbincangan supaya setiap ahli
dapat mengeluarkan pendapat dan interaksi mereka bertambah meluas.
Tajuk 7 EDU 3107

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan
Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan
kaunselor perlu memahami dan bersedia menghadapi keadaan tersebut.
Kesenyapan lebih baik daripada ahli berbual kosong dalam kumpulan.
Memahami mengapa kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-
ahli dalam kumpulan tidak biasa bercakap tentang diri mereka. Mereka
memerlukan masa untuk berfikir samada mereka telah sedia untuk menghadapi
pendedahan diri. Kaunselor harus membebaskan diri dari rasa terdesak dan
panik apabila kumpulan menjadi senyap.

Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang yang
mula-mula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan bertanya,
mengeluarkan komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk
memerhati gerak laku ahli-ahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin
bercakap tetapi takut dan reaksi-reaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk
memerhati dan dan mengumpul data tanpa bahasa dari ahli. Sekiranya
kaunselor tidak yakin menghadapi kesenyapan mungkin menyebabkan
kaunselor mengeluarkan komen yang menjejaskan penerimaan ahli.

Kemahiran Berkomunikasi Dengan Jelas
Kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting. Kaunselor perlu
memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan menggunakan
bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Menunjukkan diri sebagai
seorang yang terlalu intelektual akan menakutkan ahli. Tanda-tanda ahli tidak
memahami atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik
ialah apabila terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-
ulang. Jika ini berlaku ahli mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau
mungkin bosan dan akhirnya ahli menjadi pengikut tanpa soal jawab.

Tajuk 7 EDU 3107
Satu cara yang baik untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mengetahui
sedikit bahasa sehari-hari ahli supaya perbincangan tidak menjadi terlalu formal.
Elakkan dari bercakap terlalu panjang dan berbelit-belit. Tentangan mata juga
adalah sebahagian daripada komunikasi yang menunjukkan anda memberi
perhatian dan berminat


Kemahiran Konfrantasi
Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang
mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik
ini harus berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersdia
untuk menerima hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk
memperbetulkan dalih atau ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang
diberi oleh ahli. Dengan cara ini ahli akan menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap peranan dan tindakan mereka.

Teknik ini berkesan digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai
kepercayaan dan keyakinan di antara ahli. Masalah timbul kepada kaunselor
untuk menggunakan teknik ini kerana budaya dan cara hidup masyarakat
khususnya Melayu mengajar bahawa bersemuka dan berterang-terangan adalah
tidak sopan dan tidak bertimbang rasa. Kaunselor dalam masa yang sama harus
mengekalkan rasa penerimaan dan rasa hormat daripada ahli. Untuk itu
kaunselor perlu mengenal pasti perlakuan-perlakuan yang bercanggah samada
dari segi tingkah laku, perasaan dan pemikiran. Percanggahan ini hendaklah
dibentangkan supaya ahli nampak dan sedar tetapi tidak sampai menunjukkan
rasa menghukum, menyalah atau menuduh.

Kemahiran Intervensi
Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor
untuk mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk
perkembangan proses Kaunseling Kelompok menuju matlamat kumpulan
Tajuk 7 EDU 3107
seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses perkembangan kelompok ahli-ahli
memberi maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan untuk mencapai
matlamat, kaunselor perlu menghalang dan mengalihkan kembali perbincangan
kepada tajuk yang berkaitan. Teknik ini jika digunakan dari awal pada masa-
masa yang sesuai dapat memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang
untuk faedah bersama


Kaunselor perlu mempunyai keyakinan untuk menghalang atau intervensi
apabila berlaku keadaan-keadaan tersebut. Apabila ini berlaku perkembangan
kelompok akan terbantut dan menjadi lembab. Kaunselor harus sentiasa sedar
hala tuju kelompoknya dan sentiasa menjalankan peranannya.

Kemahiran Meneroka
Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih
mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli
sebenarnya ragu-ragu untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan
aktif dari kaunselor. Namun kaunselor jangan memaksa ahli memberi respon
sebaliknya memberi kebenaran kepada ahli mendiamkan diri jika dilihat ahli
merasa terancam. Teknik ini perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli tidak
menganggap kaunselor busy body. Kaunselor boleh mengemukakan soalan-
soalan terbuka dan tertutup. Sebutkan nama mereka ketika memberi respon.

Anda mungkin juga menyukai