Anda di halaman 1dari 5

PERANCANGAN KELOMPOK

1. Persediaan sebelum memulakan kaunseling kelompok dan semasa sedang


memulakan
2. Kenalpasti isu yang akan dijalankan (nama kelompok)
3. Kumpulan sasaran (saringan, tapisan)
4. Aktiviti yang akan dijalankan
5. Modul yang sesuai kepada peserta dan mencapai matlamat
6. Tindakan susulan

PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Pembukaan

 Pada peringkat ini kaunselor memutuskan bersama-sama ahli kelompok untuk


mengadakan kaunseling kelompok serta mengenalpasti akan matlamat, dasar-dasar
peraturan, dan pengalaman masing-masing secara umum.
 Pada peringkat ini juga ketua atau kaunselor akan membuat hubungan yang mesra,
terbuka, bebas dan ikhlas serta jujur. Penglibatan kedua-dua pihak akan
Menambahkan lagi kejelekitan sesama mereka.
 Kaunselor juga hendaklah menjadi model kepada rasa perkongsian maklumat serta
buah fikiran sesama ahli kelompoknya.

Perlaksanaan

 Apabila seseorang itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukan oleh
kelompoknya, maka ahli pasti tahu apa yang hendak dilakukannya sebagai salah
seorang daripada ahli serta faham bagaimana dia menyertainya.
 Kelompok akan memperlihatkan peranan masing-masing dengan sejelas-jelasnya.
 Masalah yang ditemui mestilah diperjelaskan dan harus diterima baik serta diambil
berat oleh seluruh ahli kelompok.
 Pada tahan ini, penilaian dan pemahaman mengambil tempat dan peranan yang
penting sekali sebelum sesuatu rancangan itu diputuskan.

Penutup dan penamatan

 Diakhir peringkat perlaksanaan dahulu dikatakan semua ahli memberikan perhatian


dan tumpuan mereka terhadap kelompoknya.
 Penamatan hanya boleh dilakukan apabila matlamat-matlamat individu kelompok
dengan matlamat kelompok itu sendiri sudah dipenuhi
 Seperti ahli sudah benar-benar puas hati dan mencapai matlamatnya
 Menjadi tugas ketua kelompok memberitahu ahli-ahlinya bahawa masa penamatan
sudah tiba dan mereka dikehendaki menilai sejauh mana perkembangan masing-
masing selama berada dalam kelompoknya.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM KAUNSELING KELOMPOK

1. Peringkat awal
2. Peringkat peralihan
3. Peringkat bekerja
4. Peringkat akhir

1. Peringkat awal

o Bagaimana seorang ahli yang baru itu mencuba menyesuaikan diri, belajar
mendapatkan pengalaman barunya dalam kelompok tersebut.
o Pelbagai pertanya dan persoalan mula timbul dipemikiran ahli-ahli

2. Peringkat peralihan

o Peringkat kedua ini dikata kebimbangan semakin memuncak. Ahli sudah berkenalan
itu mulai membuat prasangka dan persepsi yang bukan-bukan terhadap diri ahli-
ahlinya yang lain.
o Takut juga berlaku, dalam bentuk takut dia disingkirkan, sama ada penyertaannya
ditolak, ataupun buah fikirannya ditolak, tentulah ahli-ahli yang lain itu tidak mahu
menerimanya lagi.

3. Peringkat bekerja

o Peringkat ini dikenali sebagai peringkat perlaksanaan.


o Kerjasama dan kejelekitan dalam kelompok di peringkat ini memperlihatkan
kesediaan ahli-ahli menjadi semacam sekata.
o Konflik sesama peribadi ahli yang memerlukan lebih penerokaan yang mendalam.
o Peningkatan empati, kasih mesra, penglibatan dan sebagainya membuatkan perpaduan
dalam kelompok diperingkat ini semakin matang dan ahlinya menimba pengalaman
itu dengan rasa megah dan bangga kepada kelompoknya.

4. Peringkat penamatan

o Peringkat akhir ini adalah penetapan dan pengukuhan pembelajaran seseorang itu
daripada kelompoknya dulu.
o Penamatan sesi kaunseling itu berlaku sebagai satu kelumrahan.
o Ahli mesti disedarkan, satu masa, satu ketika, penamatan atau pengakhiran sesi
kelompok, atau kaunseling itu pasti tiba juga.
o Mereka juga digalakkan memberikan reaksinya terhadap penamatan, rasa kesepian
dan kesunyian disebabkan perpisahan, rasa yakin dan percaya yang telah mereka bina
dahulu, serta kasih mesra yang tinggal kekal yang akan mereka bawa bersama
hidupnya.
o Peringkat ini dilatihkan ahli-ahli bercakap tentang sesuatu isu berkaitan dengan rahsia
mereka tetapi tidak pula membocorkan, atau merosakkan kerahsiaan itu sendiri.
KEPELBAGAIAN AHLI DALAM KELOMPOK

Kaunselor berhadapan dengan beberapa orang individu yang mempunyai personality dan
pembawakan yang berbeza. Contoh cabaran yang dihadapi:

1. Pengawalan kelompok
2. Pembahagian tanggungjawab tidak ditentukan
3. Keserasian kelompok (kejelekitan)
4. Komunikasi secara terus

Perlakuan mereka ini menjadi bahan bagi kaunselor dan ahli bekerjasama menghadapinya
dengan tujuan mencapai objektif kelompok. Trotzer (1977) memberikan 4 jenis perlakuan
yang biasa ditunjukkan oleh ahli-ahli iaitu:

 Perlakuan menentang
 Perlakuan manipulatif
 Perlakuan menolong
 Perlakuan emosional

1. Perlakuan menentang
 Biasanya tingkah laku menentang dinyatakan atau dilakukan dengan lantang
dan berani pada awal-awal kelompok bertemu.
 Punca datang dari ahli itu sendiri.
 Sesetengah ahli kelompok menentang proses kelompok dari berjalan dengan
licin beberapa sebab.
 Merasakan ahli lain memandang serong apabila menceritakan masalah sendiri
dan juga takut jika berkongsi masalah dengan kelompok masalah lain pula
akan timbul serta takut menghadapinya.

2. Perlakuan manipulative
 Tingkah laku ini dilakukan oleh ahli kelompok untuk mengawal orang lain,
dengan cara menahan ahli keahli kelompok supaya tidak menimbulkan soalan
yang tidak disukai.
 Seseorang itu berupaya memutar belitkan ahli kelompok supaya memenuhi
kehendak dan keperluannya.
 Antara contoh manipulatif adalah (scapegoat) lempar salah, terlalu
bergantung, mengkritik, berkira.

3. Perlakuan menolong
 Kaunselor akan mengajar ahli kelompok kemahiran dalam proses menolong
dengan cara ini ahli akan berasa puas hati dan proses terapi berfungsi dengan
lebih berkesan.
 Kaunselor akan mengalakkan ahli menghayati kemahiran ini diluar mahupun
di dalam sesi antaranya kemahiran mendengar dan menyimpan rahsia.

4. Perlakuan emosional
 Kaunselor dan ahli lain didapati sukar berhadapan dengan situasi sebegini
dengan lebih berkesan.
 Kesannya, interaksi menjadi tegang dan dirundum perasaan syak wangsaka
serta takut.
 Apabila perkara ini terjadi kaunselor sebagai ketua kelompok bersama-sama
dengan ahli lain memainkan peranan dengan memberi peluang kepada beliau
melepaskan serta meluahkan perasaan itu, memahami dan mengatasi emosi
itu.

AHLI-AHLI YANG BERMASALAH

1. Monopoli/membolot
o Seorang ahli itu mungkin menggunakan peluang yang ada untuk bercakap ini
berkemungkinan menjadi penghadang atau melindungi diri supaya dapat
mengelak daripada perkara yang peribadi yang merunsingkannya dan tidak
mahu mengetengahkannya.
o Kaunselor harus menyedarkan ahli tindakkan tersebut tidak menolong individu
yang membolot.

2. Dingin/bermusuh
o Ahli-ahli yang menunjukkan sikap dingin dan seolah-olah bermusuhan sukar
didampingi. Biasanya disebabkan oleh pengalaman-pengalaman yang telah
melukakan dan menghancurkan hati individu tersebut.
o Kesan sikap individu dingin ini sangat besar kepada ahli kelompok, mereka
berasa terancam, takut, bimbang, tertekan dan tidak senang Dengan cara
menggunakan teknik menggambar kembali adalah cara terbaik untuk menarik
perhatian individu dingin

3. Mendiamkan diri
o Tindakkan mendiamkan diri adalah kurang merosakkan kelompok tetapi ianya
menjadi cabaran kepada ketua dan kaunselor. (Kaunselor harus bijak
mengawal situasi)

4. Tidak hadir
o Kesepaduan kelompok tergugat jika terdapat ahli yang kerap ponteng
walaupun dengan alasan yang munasabah.
5. Kelakar/lucu
o Kelucuan menjadi topeng penahan supaya ahli lain tidak nampak dan sedar
tentang kebimbangan seseorang individu.
6. Membosankan
o Dalam kaunseling kelompok jika terdapat ahli yang sifatnya membosankan,
tidak dapat berkembang dengan cepat. Individu akan memberi alasan tidak
pandai berbual, tidak tahu menarik perhatian, tiada orang yang suka padanya,
selalu berasa kesepian, tidak yakin pada diri sendiri dan sebagainya.
o Kaunselor haruslah bijak memberi perhatian, galakkan serta sokongan bagi
menyediakan suasana yang selamat dan tidak terancam kepada individu
tersebut.

7. Lempar salah(scapegoat)
o Perakuan mengarahkan perhatian kepada individu lain dengan tujuan supaya
tumpuan beralih kepada orang lain dan dirinya terlepas dari menghadapi hal-
hal yang tidak menyenangkan.
o Apabila melihat seseorang dijadikan sasaran, kaunselor bolehlah
menggunakan teknik menggambarkan kembali perasaan orang yang dijadikan
sasaran itu. Dengan cara ini, orang yang dijadikan sasaran berpeluang
menceritakan perasaan luka apabila dia diperlakukan demikian.

8. Mengkritik
o Orang yang mengkritik menjadikan orang lain berasa defensif
o Disebabkan orang yang mengkritik menimbulkan rasa defensif, ahli yang lain
lari dan membina hubungan dengannya dan menyembunyikan perasaan yang
sebenar kerana takut dikritik.
o Peraturan yang jelas boleh mengurangkan sifat mengkritik ini. Misalnya
mengajar ahli yang suka mengkritik mengalami sendiri bagaimana rasanya
apabila diri sendiri dikritik supaya dia sedar kesan tingkah lakunya terhadap
orang lain.

9. Ramah mesra (sociable)


o Ahli seperti ini pandai menyambung perhubungan sesi kaunseling di luar dan
membina suasana beramah mesra, berkenal-kenalan, membina perhubungan
rapat diantara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai