Anda di halaman 1dari 2

Peringkat 1- Pendedahan dan Orientasi

Peringkat permulaan ini bertujuan untuk ahli-ahli kelompok dan ketua kelompok
atau kaunselor menyesuaikan diri dalam kelompok dan juga dengan ahli yang lain.
Biasanya, ia melibatkan pengenalan diri yang ringkas. Namun bagitu, disebabkan
hubungan erat belum dibina, penglibatan ahli-ahli kelompok adalah rendah dan
pasif. Ketua kelompok atau kaunselor perlu menggalakkan dan memberi bimbingan
kepada ahli-ahli yang kurang melibatkan diri semasa sesi dijalankan. Contohnya,
kaunselor boleh membuat teka-teki, bergurau senda, atau bercerita untuk menarik
perhatian ahli-ahli, menenangkan emosi dan fikiran mereka, dan seterusnya
membimbing ahli-ahli untuk memberi pendapat, berkongsi pengalaman, atau
meluahkan perasaan.

Peringkat 2- Konflik dan Konfrantasi


Pada peringkat ini, konflik atau masalah kesulitan mungkin berlaku disebabkan
ketidakpercayaan sesama ahli-ahli dan ahli dengan kaunselor. Selain itu, perbezaan
gaya hidup akan menyebabkan perbezaan dalam cara pemikiran, cara menangani
masalah, dan sebagainya. Ketua kelompok mesti sentiasa memantau dan memberi
bantuan pada masa yang sesuai bagi mengelakkan perselisihan faham terus
berlaku atau memburuk.

Peringkat 3- Perkembangan Hubungan Integrasi


Hubungan ahli mula menjadi erat selepas konflik dalam kelompoh diselesaikan.
Pada tahap ini, ahli-ahli lebih melibatkan dirinya dalam sesi kaunseling dan lebih
sanggup meluahkan perasaan serta berkongsi pengalaman.

Peringkat 4- Penyelesaian Masalah


Penyelesaian masalah merujuk kepada masalah ahli tertentu yang tersendiri. Ahliahli kelompok akan memberi cadangan atau kritikan dengan terus terang kerana
kepercayaan sesama ahli telah berjaya dibina, dan juga menerima cadangan serta
kritikan dengan hati dan minda yang terbuka. Walaupun begitu, kaunselor perlu
memerhati proses kaunseling agar cadangan atau kritikan yang diberi tidak agresif
dan menyinggung perasaan ahli lain.

Peringkat 5- Penamatan

Kaunselor akan menilai dan membuat keputusan sama ada masalah ahli tertentu
sudah dapat diselesaikan. Ahli yang mendapat kelulusan tersebut dapat
meninggalkan kelompok tersebut. Biasanya, tempat kosong asal tersebut akan
diberi kepada ahli baru yang memerlukan bantuan kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai