Anda di halaman 1dari 27

Kerjaya????

• Apa kerjaya ?
• Apa pentingnya kerjaya ?
• Di mana disiplin psikologi kaunseling dan
kerjaya bersatu?
• Bagaimana dengan kepentingan
kaunseling terhadap kerjaya masa kini?
Apa yang berlaku?
Apa kerjaya ?
• Satu rangkaian perkerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu
mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya
sementara indivdu yang lain mungkin akan bertukar-tukar perkerjaan.
Tolbert (1994)
• Satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang
dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas (Rohany & Fatimah
(1987).
• Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu
gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan,
dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu
realiti ( Super (1981.)
• Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta
kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan
dan sebagainya).
• Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan
dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian .
Apa pentingnya kerjaya ?

• Kemajuan negara begitu pesat. Kadar pertumbuhan


ekonomi negara dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi
dunia secara global. Pembangunan negara yang
menyerlah ini memerlukan pelbagai jenis pekerjaan bagi
menampung pertumbuhan dalam bidang industri
pengeluaran dan perkhidmatan.
• Kesedaran tentang kerjaya penting untuk meningkatkan
kesedaran terhadap potensi perkembangan diri supaya
individu menceburi masa depan alam pekerjaan yang
diminatinya.
Di mana disiplin psikologi
kaunseling dan kerjaya bersatu?
Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap
pertumbuhnan dan perkembangan kerjaya yang akan dilalui oleh
seseorang individu.
~ Menurut Super (Osipow, 1973) terdapat 3 unsur penting dalam
pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada
perkembangan kerjaya seseorang individu iaitu;
• Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu
melihat perbezaan dirinya dengan orang lain.
• Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal
pasti peranan orang-orang yang signifikan dan sedar akan
kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.
• Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional
bagi satu-satu kerjaya yang dipilih.
Konsep dan kepentingan kaunseling kerjaya masa kini?
• Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar
dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam
Gibson & Mitchell (1981), individu akan mencari persekitaran kerja yang selaras
dengan minat mereka; keselarasan pekerjaan dengan minat akan memberi kepuasan
yang lebih.
• Oleh itu, asas kaunseling kerjaya bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan
kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien
menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara
meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.
• Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa
perancangan kerjaya adalah perlu.
• Kaunseling kerjaya berhadapan dengan beberapa cabaran utama;
Perubahan tenaga kerja dan tempat kerja telah mencipta sejumlah keperluan yang
berkaitan untuk masyarakat hari ini yang akan terus berlanjutan di abad ke-21.
Tempat kerja akan menjadi lebih pelbagai dalam abad ke-21. Lebih banyak wanita
akan memasuki pasaran kerja, dan tenaga kerja akan menjadi lebih berbeza-beza
dari segi budaya. Perhubungan bekerja akan diuji di dalam persekitaran kerja yang
berubah yang akan berkembang malah lebih pelbagai pada masa akan datang.
Cabaran Masa Kini
• Globalisasi
• Perkembangan Teknologi
• Keadaan ekonomi
• Peluang pendidikan
• Peningkatan kerjaya wanita & kepupusan
semangat kerjaya lelaki
• Peningkatan jangka hayat (umur persaraan 58
tahun)
• Budaya
• Peningkatan pengangguran
Cabaran khusus kepada kaunselor
1. Adakah teori Holland masih relevan ?
2. Perubahan pola dan bentuk kerjaya
3. Perubahan proses perkembangan
kerjaya
4. Pendekatan yang lebih kompleks
5. Amalan kaunseling kerjaya masa kini
6. Pelbagai budaya dan individu yang
berbeza (wanita, OKU, warga emas,
tenaga buruh daripada negara asing dll).
Kesan kepada individu dan kerjaya
1. Tekanan kerja dan burnout
2. Dilema pengganguran
3. Dilema pekerja pertengahan umur
4. Dilema pekerja lanjut usia
5. Ketidakpuasan kerja
6. Pemberhentian kerja
7. Kemurungan
8. Konflik kerja keluarga
9. Masalah rumah tangga
10. Masalah pemilihan kerjaya
11. Masalah Perancangan kerjaya
12. Penghargaan diri kaum lelaki
Apa perlu dilakukan?
1. Praktis kaunseling berdasarkan zaman – penilaian daripada
masa ke semasa penting
2. Menuju scientist practitioner bukan sahaja kaunselor tradisional.
3. Menilai program latihan kaunselor
4. Peka kepada isu pelbagai budaya
5. Celik kerjaya (pengumpulan dan penyebaran maklumat)
6. Meningkatkan strategi dan kemahiran kaunseling
7. Meningkatkan kemahiran dalam pelbagai jenis kaunseling
8. Celik teknologi maklumat
9. Berupaya meramal kerjaya akan datang (bervisi)
10. Sentiasa bermotivasi
11. Melaksanakan program kesedaran kerjaya dalam kalangan
pelajar lelaki
12. Mempelajari kemahiran dalam menangani golongan pekerja yang
sudah lanjut usia dan juga pesara.
Perkembangan Kerjaya
Kerjaya adalah satu ciri keadaan yang
berlaku secara berturutan dalam
kehidupan seseorang yang berkaitan
dengan pemilihan kerjaya, peranan yang
dimainkan serta status seseorang
sepanjang kehidupan (Super 1957, 1971,
1972)
Perkembangan Kerjaya
Apa berlaku?
• Masalah dalam pemilihan kerjaya
• Keselarasan kerjaya
• Isu-isu dalam keselarasan kerjaya
• Kerumitan dalam memilih kerjaya
• Peranan ujian dalam pemilihan kerjaya
• Teori Perkembangan Kerjaya (Super & Ginzberg)
• Teori Pemilihan Kerjaya (Tret & Faktor, Holland,
Anne Roe, Bordin)
• Teori Membuat Keputusan Kerjaya (Teori
pembelajaran sosial, Tiedman & O’Hara).
Penyelidikan Kerjaya
• Kuantitatif vs kualitatif
• Mixed Method
• Eksperimen
• Ex-post facto
• Survey
• Kajian kes
• Delphi Metod
• Ethnografi
• Fenomenologi
• Grounded Theory
• Meta-analisis
• Historikal
Syed Sofian SS, PhD
Grounded Theory.pptx
Pendidikan Kerjaya
• Pendidikan komprehensif yang
memfokuskan kepada kerjaya daripada
aspek peribadi, psikologi, sosial, ekonomi
bermula dari kecil sehinggalah dewasa.
• Kepentingan
• Konsep pendidikan kerjaya
• Mempunyai kurikulum tersendiri
Bimbingan Kerjaya
• Penggunaan teknik psikometrik
• Modul Bimbingan
• Maklumat kerjaya
• Cara menngunakan kamus kerjaya
(Dictionary of Occupational Titles)
• Keputusan dalam kerjaya
Kaunseling Kerjaya

Zunker (2006) menjelaskan bahawa


kaunseling kerjaya melibatkan semua
pemilihan kerjaya sepanjang hidup yang
merangkumi aspek keperluan kerjaya,
membuat keputusan kerjaya dan
perancangan kerjaya.
Kaunseling Kerjaya
Kaunseling kerjaya mengandungi aktiviti yang
dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan
untuk bekerja secara individu dan kumpulan
berkaitan pekerjaan, kerjaya dalam kehidupan,
membuat keputusan kerjaya, merancang
kerjaya, tindakan kerjaya atau pembangunan
kerjaya berkait dengan persoalan atau pun
konflik.

(National Vocational Guidance Association 1982)


Kaunseling Kerjaya
Muhd Mansur (2001) kaunseling kerjaya
termasuk semua aktiviti kaunseling
bersekutu dengan pemilihan kerjaya
melalui jarak masa. Dalam proses
kaunseling kerjaya semua aspek
kemahuan individu termasuk keluarga,
pekerjaan dan masa lapang dikenali
sebagai pelengkap pemilihan dalam
membuat keputusan kerjaya dan
perancangan kerjaya.
Kaunseling Kerjaya
1) Suatu proses menolong klien berdasarkan aspek
kehidupan seperti kerjaya, peribadi, akademik, mengenali
minat, personaliti, keupayaan dan keistemewaan,
perkongsian maklumat kerjaya, penempatan klien dalam
bidang pengajian, latihan serta pekerjaan.
2) Satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor
dengan seorang individu atau lebih berusaha bersama-
sama meneroka tentang diri dan bidang pekerjaan.
3) Fokus kepada permasalahan;
i) Penyesuaian kerja
ii) Tekanan kerja
iii) Kepuasan kerja
• Proses kaunseling kerjaya yang
berkesan melibatkan langkah-langkah
seperti berikut:
– Menilai diri sendiri melalui ujian kerjaya yang
disediakan
– Mengkaji bidang-bidang pekerjaan dan
mengetahui kesesuaian pekerjaan tersebut
dengan ciri peribadi manusia.
– Membuat keputusan pemilihan sesuatu
pekerjaan.
Menurut Brown dan Brooks (1991),sesi kaunseling kerjaya
boleh dipraktikkan dalam 2 keadaan:
1) Sesi pertemuan dengan klien yang aktivitinya lebih
cenderung kepada penilaian dan ujian kerjaya seperti :
i. Perhubungan dengan klien
ii.Penilaian dan ujian berkaitan dengan kerjaya
iii.Penerokaan Kerjaya
iv. Penyatuan maklumat dan pemilihan kerjaya
2) Pertemuan dalam sesi kaunseling kerjaya yang melibatkan
langkah-langkah yang lebih kompleks kerana melibatkan
penerokaan ciri keperibadian klien.
1) Kaedah kaunseling yang dijalankan di sekolah menengah
biasanya sama dengan kaedah kaunseling kerjaya yang
digariskan oleh National Career Development Guidelines
(Hodgkinson,1992)
2) Kaedah yang dijalankan
i.kaunseling kerjaya(individu dan kelompok)
ii.pengendalian ujian pengetahuan kendiri pelajar
iii. menyebarkan maklumat berkaitan dengan kerjaya dan
organisasi.
Panduan Teori Kaunseling Kerjaya
1. Teori Pemilihan Tret dan Faktor (Parsons, Hull
dan Kitson)
Fokus : Pemilihan kerjaya adalah keselarasan
langsung antara keupayaan individu dan minat
dengan peluang pekerjaan.

2. Teori Pemilihan John Holland (RIASEC)


Fokus : Kesepadanan antara personaliti dengan
persekitaran kerja seseorang individu
menyebabkan individu berprestasi baik dan
mendapat kepuasan kerjaya yang tinggi.
3.Teori Perkembangan Super
Fokus : Pilihan kerjaya adalah implementasi
konsep kendiri kepada kerjaya dan proses
kerjaya adalah berlaku secara
berperingkat.
Penting kepada kaunselor dalam
memahami proses perkembangan kerjaya
dan menentukan kematangan kerjaya.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim(1992)
menyatakan langkah-langkah yang
boleh dilakukan dalam sesi kerjaya
adalah seperti berikut:
a) Mewujudkan hubungan yang mesra dan saling memahami antara
kaunselor dengan klien atau pelajar. Melalui kaedah ini kaunselor boleh
mendapatkan maklumat tentang masalah kerjaya yang dihadapi oleh
pelajar.
b) Kaunselor menilai masalah tersebut.Seterusnya kaunselor bersama
pelajar meneroka untuk mendalami dan menganalisis masalah yang
dibangkitkan. Punca masalah cuba dikenalpasti untuk diselesaikan
bersama.
c) Kaunselor membantu klien menetapkan matlamat kerjayanya dan cara-
cara untuk mencapai matlamat berkenaan. Ini diikuti dengan tindakan
kaunselor menggunakan beberapa alat atau media dan meminta
pelajarnya mendapatkan maklumat,memotivasikan pelajar, memberikan
galakan serta pengukuhan semasa merancang untuk masa depan
kerjaya mereka.
d) Langkah terakhir ialah melaksanakan refleksi terhadap sesi yang telah
dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai