Anda di halaman 1dari 27

TIPS PEMILIHAN KERJAYA

Pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang kompleks dalam kehidupan


terutamanya kepada mereka yang masih lagi tercari-cari apa yang mereka
kehendaki di dalam kehidupan dan kerjaya. Berikut adalah beberapa tips bagi
memudahkan ataupun bagi menjadi penduan kepada individu dalam membuat
pemilihan kerjaya.

Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.


Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki.
Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau
keluarga.
Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)
Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan dating
dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah
serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan
Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin
terlebih dahulu.
Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang
relevan kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka
yang pakar
Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam m
menjamin kejayaan anda
Lakukanlan Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja
yang maha mengetahui dan penentu segalanya

TEORI KERJAYA
Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan mereka perlu
menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya kerana kerjaya
merupakan kegiatan utama dan menentukan cara serta gaya hidup seseorang. Dalam
dunia pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan kerjaya telah menjadi masalah
utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri,
mengenal

dunia

pekerjaan

dan

memadankan

diri

dengan

pekerjaan.

Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan kejayaan individu dalam sesuatu
kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang meliputi aspek personaliti, minat dan
pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan dan mempunyai
keupayaan peribadi untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara
sebab mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan .
Selain itu, pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti seseorang
amat penting untuk menjamin seseorang individu itu kekal dalam bidang yang
diceburinya. Pemilihan kerjaya yang tepat pada peringkat awal lagi berdasarkan kepada
minat, bakat,personaliti dan kemahiran yang ada amat penting agar sesuatu kerja yang
dilakukan

itu

memuaskan

dan

berada

pada

tahap

cemerlang.

Oleh itu, alat ukuran SDS yang merupakan alat ukuran minat kerjaya yang berformatkan
Ya atau Tidakboleh digunakan umtuk melihat keselarasan antara personaliti dan
pemilihan kerjaya yang dibuat. Gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung
dalam

ujian

tersebut

digunakan

untuk

menentukan

bidang

minat/personaliti.

Menurut Holland (1973), tingkah laku vokasional mempunyai kaitan dengan interaksi
anatara enam jenis personaliti, iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E), Conventional (C).

1. Realistik (R)
Jenis personaliti realistik ialah individu yang mempunyai kemahiran atletik atau
mekanikal. Individu ini menghadapiersekitaran secara konkrit dan fizikal. Digambarkan
sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak bersifat sosial. Contoh pekerjaan:
Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun. Contoh
pekerjaan: Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun.
2. Investigatif (I)
Jenis Investigatif ialah jenis individu yang mempunayi kemahiran saintifik dan
matematik. Mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kecerdasan,
memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-lambang. Digambarkan
sebagai individu yang mengelak daripada situasi sosial dan bersifat introvert. Contoh
pekerjaan: Ahli Kaji Cuaca, Doktor Perubatan, Ahli fizik, Penyelidik Sains
3. Artisitik (A)
Jenis Artistik ialah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
Menghadapi persekitaran dengan kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang
tidak atau kurang berstruktur. Digambarkan sebagai individu yang bersifat asli, tidak
gemar berkawan dan bersifat kewanitaan Contoh pekerjaan: Penyair, Penyanyi, Pelukis,
Pengarang, Arkitek.
4. Sosial (S)
Jenis Personaliti Sosial ialah jenis yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
Mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya
dalam berkomunikasi. Digambarkan sebagai individu berimej positif mengenai dirinya,
suka bersosial, gemar mengasuh, riang dan bertanggungjawab. Contoh pekerjaan: Ahli
Sosiologi, Guru, Pegawai Perhubungan Awam, Kaunselor.
5. Enterprising (E)
Jenis personaliti Enterprising ialah jenis individu yang suka berkerja dan berinteraksi
dengan manusia. Mengendalikan persekitaran dengan memperlihatkan ciri-ciri
memujuk, bijak berbahasa, ekstrovert,penuh keyakinan. Digambarkan sebagai individu
yang pandai dan mahir memanipulasi orang lain dan matlamat akhir mereka untuk

mencapai keuntungan. Contoh pekerjaan Esksekutif Pegiklanan, Pengarah Publisiti, Ahli


Politik, Jurujual Insurans.
6. Conventional (C)
Jenis personaliti Conventional ialah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan
nombor.Menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat dan kegiatan yang direstui
oleh masyarakat. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut
arahan.Digambarkan sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli, sentiasa
kemas,dan konservatif.Contoh pekerjaan Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan,
Akauntan, Jurutrengkas.

SAINS AKTUARI
Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans
dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun,
kepakaran di bidang ini masih berkurangan.
Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan
yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian,
perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam
masyarakat.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
1. Meminati bidang ini.
2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.
3. Mahir di bidang komputer
4. Mempunyai kemahiran menganalisis.
.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
SYARAT-SYARAT UMUM
Kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.
Selain itu, kementerian Pendidikan juga menawarkan program-program matrikulasi
sains hayat dan fizik yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan
mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, Matematik tambahan serta kepujian
sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain.

ARKITEK
TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan
kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undangundang dan akta perancangan setempat.
Seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan
sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir
SYARAT-SYARAT
Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus
Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang
diiktiraf.
Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia
dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek
bertauliah.
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:
Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan
yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata
pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian
selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan
melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.
.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.
Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan
Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa
Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.
Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus
dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.
Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam
mata pelajaran Matematik dan Fizik.

BIOPERUBATAN
BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan
mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan
perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.
Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia
(UPM),

yang

menawarkan

kursus

ini

di

peringkat

ijazah

sarjana

muda.

Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam
bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu
pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan
berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan
dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan
serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.
Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia,
fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan
sains kesihatan persekitaran.
Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian
peralatan

makmal

berteknologi

tinggi

di

dalam

tugas

seharian

mereka.

Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana
permintaan sumber manusia agak banyak.
Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains
Syarat Melanjutkan Pengajian.
Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran
sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain.
Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau
asasi

sains

Kementerian

Pendidikan

untuk

tempoh

satu

setengah

tahun.

Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat


sarjana

muda

berdasarkan

peperiksaan

matrikulasi/asasi

sains.

Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu.
Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat

gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.
Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti
Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes
khas.
Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara
ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu,
kimia, biologi dan Matematik.
Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun
sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan,
jururawat dan guru sains.

BIOTEKNOLOGI
Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau
tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini
memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan
kejuruteraan proses.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam
pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia,
sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan
kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat
yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk
sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas
(Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya
dan mengambil masa setahun.
Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam
mata pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa
universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.
Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan
STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam
pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred
E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.
Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang
dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi
Makanan.

DIETETIK
Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.
Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan
individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Syarat Melanjutkan Pengajian


Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan
mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk
melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan.
Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran
bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurangkurangnya gred D mata pelajaran biologi.
Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua.
Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik.
Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai
pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau
pembantu
Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu
diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.

KEDOKTORAN VETERINAR
Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan
berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.
Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit,
merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan
menjalankan pembedahan haiwan.
Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri
ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo,
makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan
banyak lagi.
Syarat Melanjutkan Pengajian:
Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga
perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian
mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia
peringkat STPM dan kepujian biologi.

JURUTERBANG
Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan
berisiko.
Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan
optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus
latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam
dan luar negara.
Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara
teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan
jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan
mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik
dan bahasa Inggeris.

SAINS NUKLEAR
Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor
industri.
Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam
bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas.
Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan
pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam
dan swasta.
Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu,
penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut
Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.
Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta
institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan
teknologi sinaran.

KERJAYA
KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan
yang akan membenarkan ekspresi diri.
Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu
berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan
dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk
berjaya dalam bidang berkenaan.
Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada
darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan
persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA


Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya
kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada
mempunyai minat.
Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya,
nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciriciri dirinya.
Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan
dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA


Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai,
dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali
dunia pekerjaan.
Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan
kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND

REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL


(KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal,
materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap,
cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.
SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit
(wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran
hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua,
tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan
pam minyak, tukang kayu, tukang paip.

BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan,
penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan
penternakan.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan
benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.

2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN


TEKNIKAL)

CIRI-CIRI

Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat,
pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak
popular.

SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan,
penyelesaian masalah, bekerja sendirian.

TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja
dengan orang lain, kepimpinan.

ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang,
optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik
perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.

BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer,
psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains
Geoinformasi.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena
secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)


CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel,
tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan
perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.

SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa,
muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja
bersendirian.

TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem
pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.

ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.

PEKERJAAN
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip,
kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair,
penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.

BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina,
pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan
tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara
kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)


CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin,
bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif,
memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.

SUKA

Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan
kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan,
menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.

TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur,
bidang mekanikal dan saintifik.

ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.

PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai
kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi

BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama,
sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati,
menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan
individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguhsungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah,
manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin,
menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.

SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan,
suka mengambara, bersosial, suka cabaran.

TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan
simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.

ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.

PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli
politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat,
pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.

BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan,
penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri,
pengurusan personal.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang
lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan
matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi
kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK


( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka
mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas,
praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid,
bergantungan.

SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun
maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.

TIDAK SUKA

Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran
seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.

ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.

PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai,
kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan
mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.

BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan,
sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau
bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu
melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.

APAKAH KERJAYA PILIHAN ANDA?

AHLI PERNIAGAAN

GURU/PENSYARAH

PENGURUS PEMASARAN

JURUTERA KOMPUTER

PERUNDING KECANTIKAN

ARKITEK

DOKTOR

JURUTERBANG

WARTAWAN

EKSEKUTIF

PENGHIBUR

AHLI SUKAN

CHEF

JURUTERA

PEREKA FESYEN

AHLI POLITIK

MODEL

Anda mungkin juga menyukai