Anda di halaman 1dari 7

Faktor pemilihan kerjaya

1.Upah wang
Daya tarikan yang penting iaitu semakin tinggi kadar uoah semakin banyak individu ingin
menceburinya.Kadar upah bergantung pada jenis pekerjaan, tarat kelayakan, pengelaman,
kecekapan, kemahiran, latihan, tanggungjawab, dan peranan kesatuan sekerja.
2.Faedah sampingan
Contoh faedah sampingan ialah bonus, perkhidmatan perubatan, kemudahan pinjaman, dan
subsidi.
3.Minat
Minat atau kecenderungan individu dalam bidang tertentu boleh mempengaruhi pemilihan
pekerjaan.
4.Suasana tempat kerja
Suasana tempat kerja yang diambil kira meliputi ciri-ciri keadaan seperti keadaan pekerjaan
yang bersih, nyaman, selesa, dan sebagainya.
5.Kelayakan akademik dan kemahiran
Individu yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi mempunyai prospek pekerjaan yang
baik.
Individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu pekerjaan akan lebih
mudah untuk mendapat sesuatu peluang pekerjaan.
6.Jarak
Lokasi pekerjaan mempengaruhi pemilihan pekerjaan. Individu akan cenderung memilih
pekerjaan yang berdekatan dengan rumah kerana dapat menjimatkan masa dan wang.
7.Prospek Pekerjaan
Faktor ini berkaitan dengan masa hadapan pekerjaan seperti peluang kenaikan pangkat,
kenaikan gaji, dan sebagainya.
8.Keadaan ekonomi semasa
Semasa ekonomi melambung, peluang pekerjaan akan bertambah dan begitulah sebaliknya
9.Waktu bekerja
Faktor ini mengambil kira sama ada bekerja dalam waktu pejabat ataupun shift.
10.Pengaruh keluarga

Kebiasaanya seseorang individu akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam
pemilihan pekerjaan.
Kerjaya usahawan
Kebaikan
1. Boleh Berdikari
Keinginan

untuk

berdikari

boleh

menjadi

faktor

yang

mendorong

seseorang

menceburkan diri dalam keusahawanan. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki sendiri. Ini
bermakna seorang usahawan bebas membuat keputusan dan berusaha sendiri ke arah masa
depan kehidupannya. Ini menurut Teal dan Carrol, 1999, mengatakan usahawan sebagai satu
kumpulan individu yang mampu mempamerkan tahap keyakinan yang tinggi dalam membuat
keputusan. Berdikari juga membolehkan seseorang itu menentukan garis panduan peraturan
dan masa bekerjanya sendiri.
2. Memupuk Bakat Kepimpinan Dan Disiplin Diri Yang Tinggi
Bakat kepimpinan dan disiplin diri dapat dibentuk melalui pengalaman mengurus dan
mengendalikan usaha niaga sendiri. Bakat kepimpinan terbina setelah dia sendiri menjadi
majikan yang menentukan perjalanan kerjaya yang diceburi.
3. Nilai Estetik Tersendiri
Menurut Yep Putih (1985), keusahawanan adalah tenaga atau kualiti manusia yang
bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan
faktor-faktor pengeluaran Seorang usahawan bukan sahaja boleh mendatangkan faedah
kepada dirinya sendiri, tetapi juga dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta
memberikan sumbangan kepada orang lain. Beliau mengaitkan keusahawanan sebagai satu
bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai keindahan, kemegahan, kemuliaan dan keunikan
yang tersendiri. Penglibatan seseorang individi dalam k eusahawanan seharusnya dianggap
sebagai satu bidang yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri.. Nilai tersebut telah
membawa kepada kemakmuran masyarakat dan negara bukan sahaja dari segi ekonomi
bahkan juga kemajuan negara.
4. Kepuasan Bekerja

Ramai yang berpendapat bahawa bekerja untuk orang lain tidak memberi kepuasan
dalam kehidupan mereka. Antara alas an yang diberikan termasuklah terpaksa melakukan
kerja-kerja yang tidak digemari atau diminati, peluang kenaikan pangkat terbatas, jangka masa
kerja ditetapkan, pengurusan tidak cekap, ketidakadilan dalam kenaikan pangkat, terlalu banyak
kerenah birokrasi dan jumlah pendapatan yang rendah. Kesemua faktor ini boleh menimbulkan
kekecewaan dan melemahkan semangat bagi golongan yang inginkan pembaharuan dan
mempunyai daya kreatif tinggi. Menurut Khairuddin, 1996, menjalankan usaha niaga sendiri
membolehkan mereka menentukan corak pengurusan dan kepimpinan yang diyakini sebagai
yang terbaik. Mereka juga bebas mengamalkan corak pengurusan yang diinginkan dan
meninggalkan amalan-amalan yang tidak sesuai.
Keburukan
1. Jadual dan masa bekerja yang tidak menentu
Jadual bekerja sebagai usahawan tidak menentu dan tetap. Ada kalanya bila timbul
masalah yang diluar jangka perlu ditangani segera dan kadangkala mengambil masa
yang lama untuk diselesaikan. Bagi perniagaan yang baru bermula, ia memerlukan
masa kerja yang tidak menentu dan kadang-kadang menyebabkan usahawan tersebut
terpaksa bekerja lebih masa dan pulang lewat malam.Keadaan akan menjadi buruk jika
isteri atau suami tidak memahami tugas dan komitmen pasangan mereka sebagai
usahawan. Perbalahan dan pertelingkahan kadang-kadang berlaku.

2.

Kesukaran Memperoleh Pinjaman


Masalah begini sering dihadapi oleh usahawan yang baru dalam bidang
perniagaan. Menurut Lee-Gosselin & Grise (1990), masalah yang kerap dihadapi oleh
usahawan wanita semasa memulakan perniagaan ialah kekurangan keyakinan daripada
pihak bank, pembekal dan pelanggan, kekurangan modal permulaan dan masalah
keluarga.

3.

Risiko Kegagalan
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan sesuatu perniagaan.
Dalam bidang keusahawanan, keberangkalian untuk gagal dalam perniagaan tidaklah

mustahil. Kegagalan mungkin berpunca dari kekurangan modal pusingan, persaingan


pasaran, kurang pengalaman dan latihan yang mencukupi.

Apabila seseorang

usahawan berhadapan dengan risiko sebegini, dan tidak dapat menjana pendapatan
seperti yang diharapkan, maka akan timbul pula konflik pada diri usahawan tersebut.
Apabila berlaku kurkurang modal atau aliran wang tunai, gaji pekerja, bayaran sewa
premis, pinjaman dari pihak bank perlu diselesaikan.
Pekerja pula akan mengabaikan tugas dan tanggungjawab apabila menyedari
kebajikan mereka tidak dipedulikan. Begitu juga dengan pihak bank. Kegagalan
menjelaskan pinjaman mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan usahawan
berkenaan berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh pihak bank. Usahawan
seterusnya akan disenaraihitamkan dan kesannya beliau sukar menerima mana-mana
pinjaman atau pembiayaan dari institusi kewangan lain.
4.

Pemasaran Produk
Grazely

(1990)

memberi

nasihat

bahawa

kejayaan

dalam

perniagaan

memerlukan latihan yang rapi. Latihan yang dimaksudkan adalah seperti pemasaran
produk perniagaan. Tanpa pemasaran, lambakan produk mungkin berlaku. Usahawan
perlu berkemahiran memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
5.

Pengurusan
Sebagai pemilik perniagaan, semua keputusan perlu dibuat sendiri oleh
usahawan. Kesilapan memberi keputusan yang tepat akan mengakibatkan kerugian
kepada perusahaannya sendiri.

Sikap usahawan sebagai pengurus banyak

mempengaruhi perjalanan pengurusannya. Sebagai contoh, pengurus yang perihatin


akan masalah dan kebajikan pekerjanya akan melahirkan pekerja atau tenaga kerja
yang setia. Sebaliknya sikap pengurus yang panas baran, mementingkan diri, akan
menyebabkan pekerja terbaik berpaling tadah atau mengkhianati majikannya. Justeru,
usahawan perlu mempelajari teknik mengawal emosi.

Keburukan yang dihadapi

usahawan selaku pengurus apabila beliau mengaji pekerja yang bersikap seperti
gunting dalam lipatan. Sikap terlalu mempercayai pekerja akan mengundang padah
kepada usahawan itu sendiri.
6.

Karenah Birokrasi

Sebagai usahawan mereka akan berhadapan dengan berbagai kerenah birokrasi


dan prosidur yang adakalanya rumit dan kurang releven. Ini masalah begini sering
dihadapi semasa memohon bantuan perniagaan dan sebagainya. Selain itu, usahawan
yang tidak mengikut latihan keusahawanan tidak memahami prosidur-prosidur yang
perlu diikuti semasa membuat permohonan. Kesilapan yang sedikit ini akan
menyebabkan mereka gagal mendapat sebarang bantuan.

Kerjaya Doktor
Kebaikan
1.Pekerjaan yang mulia.
Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan
kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada
doktor.Doktor menghabiskan sepanjangan masa di hospital untuk mengubati pesakit merawat
mereka sehingga sembur.

2.Mendapat pendapatan yang baik


Doktor menghabiskan sepanjangan masa mereka di hospital untuk
menjaga,mengubati,merawat,buat pembedahan dan lain-lain.Oleh kerana pekerjaan ini susah
and meletihkan mereka wajib mendapat pendapatan yang baik.

3.Dijunjungi oleh orang


Disebabkan pekerjaan ini mulia,susah dan meletihkan orang yang menjadi doktor selalu
dijunjungi oleh masyarakat.Malahan untuk menjadi seorang doktor tidak begitu mudahnya
kerana hendak menjadi doktor perlu mempelajari pengetahuan doktor yang banyak.

Keburukan
1.Pekerja yang mencabarkan
Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan
nyawa manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman
menyaman berlaku ke atas seseorang doktor. Cabaran yang kedua, kekurangan doktor
menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam bidang tertentu terpaksa berkhidmat
dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan prestasi mereka dalam melakukan

sesuatu displin. Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat
untuk diri sendiri. Oncall bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.
Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2
doktor di sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah
doktor yang berkhidmat di sektor swasta. Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran
hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan doktor2 di hospital seperti tidak boleh
membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, jabatan kecemasan dan kemalangan
hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan perubatan yang mempunyai 5 orang
doktor. Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai
pakar dalam bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang
terbabit. Namun, jika dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan
kemalangan sepatutnya diberi keutamaan.

2.Masalah keluarga
Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu memahami. Usah
bermegah kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar penceraian bagi kerjaya ini adalah
tinggi. Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil bilamana berlaku
kecemasan, ada juga perlu berkhidmat selama 7 hari seminggu di hospital bila mana keadaan
memerlukan. Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak kerana kerjaya isteri anda
seorang doktor. Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga sepanjang ketiadaan
isteri anda. Maka anda adalah seorang ayah/ibu kepada anak2 anda. Usah bercita-cita untuk
mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak berkemampua untuk menguruskan perkara2
tersebut. Jika ditakdirkan, itu jodoh, maka bersedialah dengan mental dan fizikal untuk
mengurus rumahtangga. Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat
beraya dengan sanak saudara jika isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai seorang doktor,
isteri/suami perlu bekerja di hospital manakala anda mungkin beraya berseorangan ataupun
bersama2 dengan anak. Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga
anda. Jika tidak, rumahtangga yang dibina mungkin rosak binasa.

3.Pekerjaan yang susah dan meletihkan.


Doktor perlu bekerja 24 jam sehari untuk megubati,menjaga pesakit.Sudah tentu pekerjaan ini
meletihkan.Tambahan pula cuti yang sedikit.Sebelum menjadi doktor kita perlu mempelajari
ilmu pengetahuan doktor yang banyak sebelum lakyak menjadi seorang doktor.

Anda mungkin juga menyukai