Anda di halaman 1dari 17

Bab 1: Asas Kepada Keusahawanan

Ciri-ciri Usahawan

1. Keinginan bertanggung jawab


Seseorang usahawan mempunyai rasa tangung jawab kendiri untuk
mendapatkan kembali pulangan atas pelaburan yang mereka lakukan ke
atas perniagaan mereka. Mereka lebih suka untuk mengawal sumber
mereka sendiri dan menggunakan sumber tersebut untuk mencapai
matlamat kendiri (self-determined goal)

2. Keutamaan kepada risiko yang sederhana


Usahawan bukan seorang pengambil risiko yang tidak terkawal tetapi
mereka pengambil risiko terhitung (calculated-risk). Risiko yang dianggap
akan menguntungkan untuk diambil. Pada pandangan orang lain usahawan
mungkin mempunyai matlamat yang tinggi- dan tidak tercapai. Namun
begitu usahawan sebenarnya membuat matlamat yang sepadan dengan
peluang yang ada, pengetahuan, latar belakang dan pengalaman yang
mereka ada. Ini dapat meningkatkan lagi peluang untuk Berjaya.

3. Berkeyakinan terhadap kebolehan untuk berjaya


Seorang usahawan mempunyai keyakinan yang banyak akan kebolehan
mereka untuk Berjaya. Mereka juga yakin yang mereka telah memilih
kerjaya yang betul. 76% peratus pemilik perniagaan dari kalangan Generasi
Y menyatakan bahawa pemilihan mereka untuk menjadi usahawan adalah
tepat.

4. Inginkan maklumbalas yang segera


Usahawan sukakan cabaran apabila mereka menjalankan perniagaan dan
mereka inginkan maklum balas yang cepat bagaimana kemajuan mereka.

5. Bertenaga
Usahawan mempunyai tenaga yang lebih sedikit dari orang kebiasaan.
Berkerja dalam waktu yang panjang merupakan satu peraturan bukan satu
pengecualian. Kelajuan kerja sangat memenatkan.

1
6. Orientasi masa hadapan
Usahawan sentiasa mencari peluang. Mereka sentiasa pandang kehadapan,
dan kurang memikirkan perkara yang berlalu.

7. Kemahiran untuk mengurus


Kemahiran mengurus penting bagi usahawan. Usahawan perlu mempunyai
kemahiran memimpin untuk memastikan pekerja boleh kerja bersama
untuk mencapai matlamat.

8. Menghargai pencapaian lebih dari “wang


Pencapaian merupakan motivasi utama bagi seorang usahawan. Pencapaian
mencerminkan kejayaan kepada seseorang pengusaha.

9. Tahap komitmen tinggi


Usahawan menunjukkan usaha bekerja bersungguh-sungguh. Sebagai
contoh, apabila seseorang usahawan melancarkan syarikat, mereka perlu
berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk pastikan syarikat tersebut
terus berkembang.

10. Bertoleransi dengan ketidakpastian


Seorang usahawan perlu mempunyai toleransi tinggi untuk berurusan
dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Kebolehan untuk
mengurus ketidakpastian penting kerana seorang usahawan perlu membuat
keputusan berdasarkan pelbagaian maklumat baru.

11. Fleksibel
Usahawan perlu mempunyai kebolehan untuk sesuaikan diri dengan
perubahan permintaaan pelanggan dan perniagaan. Keenganan untuk
berubah boleh membuatkan usahawan gagal dalam perniagaan.

Faedah Keusahawanan

1. Peluang untuk mewujudkan masa hadapan sendiri.


Memiliki perniagaan membolehkan usahawan mempunyai peluang untuk
mencapai apa yang mereka cita-citakan.

2
2. Membuat perbezaan
Menjadi seorang usahawan membolehkan mereka membuat sesuatu yang
berbeza dari orang lain. Mereka ini juga dikenali dengan nama “social
entrepreneus”, iaitu mencari solusi inovatif terhadap masalah social yang
mengganggu orang ramai. Sebagai contoh, menyediakan rumah berkos
rendah, atau rumah yang mengambilkira teknologi hijau.

3. Mencapai pontensi penuh


Memiliki perniagaan menyebabkan seseorang usahawan merasakan mereka
mempunyai kuasa. Perniagaan yang mereka miliki menjadi alat sebagai
penghakikian diri (self-actualization) dan pernyataan kendiri (Self-
expression).

4. Mendapat keuntungan menarik


Walaupun wang bukan pendorong utama untuk menjadi seorang usahawan,
keuntungan yang didapati menjadi pengerak untuk melancarkan perniagaan.

5. Menyumbang kepada masyarakat dan diiktiraf atas usaha


Seorang pengusaha kecil sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Pemilik perniagaan ini gembira apabila mereka mendapat kepercayaan dan
pengiktirafan daripada pelanggan dan masyarakat setempat yang telah
diberi perkhidmatan bertahun lamanya.

6. Melakukan apa yang disukai dan berseronok


Kebanyakan usahawan ynag Berjaya memilih untuk memasuki sesuatu
perniagaan kerana minat dan gembira dengan kerja yang dijalankan.

Kelemahan Usahawan

1. Ketidakpastian pendapatan
Menjalankan perniagaan tidak memberi jaminan akan mendapat pulangan
yang mencukupi untuk bertahan dalam perniagaan.

2. Risiko kehilangan keseluruhan pelaburan


Gagal dalam perniagaan boleh menyebabkan usahawan hilang sejumlah
wang. Kegagalan perniagaan kecil agak tinggi
3. Kerja dalam masa yang panjang dan kerja berat

3
Perniagaan yang baru dilancarkan perlukan usahawanbekerja dalam masa
yang panjang. Secara purata pemilik perniagaan kecil sederhana bekerja
52 jam seminggu. Usahawan juga bekerja 7 atau 6 hari seminggu tanpa
mengambil cuti rehat.

4. Kualiti kehidupan rendah sehingga perniagaan sudah mantap.


Masa kerja yang panjang untuk melancarkan perniagaan menyebabkan
usahawan terpaksa berkorban dalam kehidupan mereka. Pemilik perniagaan
mendapati mereka terpaksa korbankan masa bersama keluarga untuk
memastikan kelancaran dalam perniagaan mereka.

5. Tahap Stress tinggi


Memulakan dan mengurus perniagaan boleh menjadi satu pengalaman
menarik. Namun begitu ia juga boleh menyebabkan stress yang tinggi. Hal
ini kerana dalam menjalan perniagaan seorang usahawan akan membuat
pelaburan dari segi kewangan dan asset. Sekiranya perniagaan mereka
gagal mereka juga akan kehilangan wang yang telah dilaburkan dalam
perniagaan. Hal ini boleh mewujudkan ketegangan dan kebimbangan kepada
seorang usahawan.

6. Bertanggungjawab sepenuhnya
Usahawan perlu bertanggung jawab sepenuhnya dalam perniagaan mereka.
Namun begitu usahawan merasa agak sukar untuk mencari penasihat
kepada perniagaan mereka. Hal ini menyebabkan banyak keputusan kritikal
yang perlu dibuat oleh usahawan itu sendiri.

7. Tawar hati (discouragement)


Menjalankan perniagaan perlukan dedikasi, disiplin dan ketabahan. Ada
masanya usahawan terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan. Dalam
keadaan ini, usahawan biasanya berhadapan dengan kekecewaan dan tawar
hati.

Faktor Membawa Pertumbuhan Usahawan

1. Usahawan sebagai hero

4
Mereka menjadi hero dan model peranan di mata masyarakat. Sebagai
contoh; Oprah Winfrey ( Harpo Production), Bill Gates (Microsoft
corporation).

2. Pendidikan dalam keusahawanan


Universiti dan kolej mula menyedari kursus keusahawan sangat popular
dikalangan pelajar. Disamping itu kemerosotan ekonomi menyebabkan
ramai pelajar mendapati pemilikan perniagaan boleh menjadi karier
terbaik.

3. Faktor demografi dan ekonomi


Faktor demografi memainkan peranan dalam meningkatkan usahawan. 2/3
dari umur usahawan dalam lingkungan 25-44 tahun di Amerika.

4. Peralihan kepada ekonomi perkhidmatan


Sektor perkhidmatan menghasilkan 80% dari tenaga kerja dan 68%
Keluaran Negara kasar di Amerika. Peralihan kepada ekonomi
perkhidmatan menyediakan peluan perniagaan yang banyak kepada ahli
perniagaan, daripada jagaan kesihatan sehingga pembaikan ipod.

5. Kemajuan teknologi
DEngan adanya kemajuan teknologi perniagaan boleh berjalan dengan
lancae. Pada satu ketika dahulu, harga teknologi agak tinggi menyebabkan
syarikat kecil sukar untuk bersaing dengan syarikat besar. Dengan
kemajuan teknologi seorang usahawan boleh menjalankan perniagaan dari
rumah.

6. Gaya hidup bebas


Kebebasan gaya hidup menjadi punca kenapa orang memilih untuk menjadi
seorang usahawan. Mereka mempunyai kebebasan untuk memilih waktu
bekerja, dan apa yang mereka ingin lakukan.

7. E-commerce dan the World Wide Web


Pertumbuhan pesat WWW, rangkaian besar yang menghubungkan
computer melalui internet telah membuka pintu kepada usahawan untuk
usahaniaga. Banyak perniagaan boleh dijalankan melalui WEB.

5
8. Peluang Internasional
Peluang perniagaan tidak terhad hanya kepada pasaran tempatan. Peralihan
kepada ekonomi global membolehkan peluang perniagaan terbuka di
pasaran luar Negara. Dengan adanya perjanjian perdagangan antarabangsa
membolehkan usahawan mencari pelanggan baru.

8 Elemen pelbagaian budaya yang membawa kepada pertumbuhan keusahawanan

1. Usahawan Muda
Ramai dikalangan orang muda memilih menjadi seorang usahawan sebagai
karier mereka. Menjadi seorang usahawan membolehkan mereka mengawal
takdir mereka.

2. Usahawan Wanita
Kaum wanita masih lagi berhadapan dengan diskriminasi di tempat kerja.
Perniagaan kecil telah memberi peluang kepada kaum wanita untuk menjadi
ketua. Sebilangan kaum wanita mula menyedari dengan membuka
perniagaan mereka boleh mencapai impian untuk menjadi pemimpin.

3. Pemilikan perniagaan minoriti


Terdapat pertumbuhan populasi perniagaan kecil yang terdiri daripada
pemilik perniagaan minoriti. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, orang
Asian, Afrika-Amerika merupakan kaum minoriti yang menceburkan diri
dalam perniagaan.Begitu juga dengan Kaum Cina dan India di Malaysia.

4. Usahawan imigran
Kebanyakan pendatang yang pergi ke negara asing disebabkan kebebasan
dalam ekonominya. Kebanyakan kaum pendatang masa kini mempunyai
pendidikan tinggi dan mempunyai cadangan untuk membuka perniagaan
mereka sendiri. Kebanyakan kaum pendatang yang datang ke Amerika,
mempunyai cadangan untuk membuka perniagaan mereka sendiri jika
dibandingkan dengan penduduk asal. Di Malaysia, kita boleh dapati kaum
pendatang, seperti orang kemboja yang mempunyai pernigaan mereka
sendiri.

5. Usahawan sambilan

6
Memulakan perniagaan secara sambilan membuka peluang menjadi
usahawan. Menjadi usahawan secara sambilan menjadi kerjaya popular
kerana seseorang itu dapat bekerja (tanpa kehilangan pendapatan bulanan
tetap) dan menjalankan perniagaan pada masa yang sama. Sebagai contoh;
perniagaan secara on-line, atau bekerja sebagai guru dan pada masa yang
sama menjadi pengedar barangan kecantikan. Kelebihan utama menjadi
usahawan sambilan ialah kurang risiko sekiranya perniagaan gagal.

6. Perniagaan Dari rumah


Perniagaan dari rumah menjadi semakin popular di Amerika
Syarikat.Begitu juga dengan scenario di Malaysia. Terdapat beberapa
factor yang menjadikan perniagaan dari rumah semakin popular iaitu;
a) Menjalankan perniagaan dari rumah mengurangkan kos permulaan
perniagaan dan kos operasi.
b) Peniagaan dari rumah membenarkan pemilik untuk kekalkan gaya
hidup fleksibel
c) Teknologi, yang telah mengubah kebanyakan rumah menjadi “kotej
elektronik” membenarkan usahawan menjalankan pelbagai
perniagaan dari rumah.
d) Ramai usahawan menggunakan internet untuk menjalankan
perniagaan e-dagang dari rumah.

7. Perniagaan keluarga
Perniagaan keluarga melibatkan 2 atau lebih ahli keluarga yang mengawal
kewangan. Perniagaan keluarga menjadi sebagian penting dalam ekonomi
Negara. Perniagaan keluarga di Malaysia merupakan perniagaan kecil
sederhana dan diurus oleh pengasas. Aktiviti perniagaan yang terlibat
seperti perkilangan, peruncitan atau sektor pembinaan.

8. Copreneurs
“copreneurs” merupakan usahawan berpasangan yang kerja bersama-sama
sebagai pemilik perniagaan. Sebagai contoh, suami dan isteri yang
menjalankan perniagaan bersama-sama. Sebagai contoh lihat;
http://www.umnojeli.net/Default.aspx?tabid=72&EntryID=1249. Pasangan suami isteri
yang Berjaya dalam perniagaan di Malaysia.

7
9. Corporate castoff
Pengurangan tenaga kerja (downsizing) akibat dari persaingan
menyebabkan ramai tenaga kerja peringat pengurusan beralih kerjaya
kepada usahawan. Ahli-ahli korporat yang meninggalkan jawatan mereka
dalam organisasi memilih untuk membeli franchise.

10. Corporate dropout


Pengecutan saiz (down sizing) organisasi menyebabkan satu kesan lain
timbul dikalangan pekerja setelah penstrukturan semula iaitu jurang
kepercayaan. Kehilangan kepercayaan terhadap organisasi setelah
penstrukturan semula menyebabkan ramai yang membuat keputusan untuk
berhenti kerja. Mereka membuat keputusan untuk menyertai sektor
perniagaan dan menjadi usahawan.

11. Usahawan sosial


Usahawan sosial ini menggunakan kemahiran mereka bukan sahaja untuk
mendapat keuntungan perniagaan malah mereka juga ingin mencapai
matlamat sosial dan persekitaran untuk keseluruhan masyarakat.
Perniagaan mereka berobjektifkan ekonomi, social dan persekitaran.
Usahawan ini melihat perniagaan mereka sebagai mekanisma untuk
mencapai matlamat social. Pada pendapat mereka penting matlamat ini
penting untuk kepentingan individu. Contoh; syarikat kitar semula.

12. Persaraan Generasi “baby Boomers”


Generasi “baby Boomers” yang mencapai usia lewat menceburi bidang
perniagaan kerana mereka masih lagi aktif. Mereka juga mempunyai
pengalaman.

Kegagalan sebagai satu perspektif

Usahawan melihat kegagalan merupakan sebahagian asas dari proses


kreatif. Mereka melihat kegagalan sebagai satu peluang pembelajaran
untuk mencapai kejayaan. Usahawan yang berjaya melihat kegagalan
sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Mereka yang tidak pernah
gagal merupakan mereka yang tidak pernah mencuba apa-apa.

8
Salah satu petunjuk kepada usahawan berjaya ialah kebolehan mereka
untuk gagal dengan bijak, belajar dari kesilapan supaya mereka boleh
mengelak dari melakukan kesilapan yang sama. Mereka belajar dari
kesilapan, dan kesilapan itu membawa mereka lebih semakin dekat dengan
kejayaan.

Bagaimana untuk mengelak kegagalan

1. Ketahui perniagaan anda dengan mendalam


Sebelum menceburi dalam bidang perniagaan, pengalaman berkait dengan
perniagaan yang hendak dijalankan diperlukan. Anda perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup. Perlu juga berhubung dengan pembekal,
pelanggan, rakan dagang untuk mendapatkan pengetahuan.

2. Bangunkan pelan perancangan yang mantap


Sebagai seorang usahawan, pelan perniagaan yang baik sangat penting
untuk kejayaan perniagaan. Tanpa pelan perniagaan sebuah firma
perniagaan tidak mempunyai arah sebenar perniagaan mereka.

3. Urus sumber kewangan


Langkah pertama untuk mengurus kewangan adalah mempunyai modal
permulaan yang mencukupi. Sumber kewangan yang paling bernilai adalah
tunai. Walaupun mendapat keuntungan itu penting bagi tujuan “survival”
tetapi tunai mencukupi diperlukan untuk membayar bil.

4. Faham penyata kewangan


Setiap pemilik perniagaan bergantung kepada rekod dan penyata kewangan
untuk mengetahui keadaan perniagaan. Penyata kewangan yang ditafsir
dengan baik boleh menjadi pentunjuk yang boleh dipercayai akan kekayaan
firma perniagaan. Penyata kewangan boleh juga menunjukkan sekiranya
terdapat masalah. Sebagai contoh, kemerosotan jualan, peningkatan
hutang.

5. Belajar untuk mengurus manusia dengan berkesan


Setiap perniagaan bergantung kepada tenaga pekerja yang terlatih. Tidak
ada perniagaan yang boleh berjalan dengan sendirinya. Pekerja yang

9
diambil bekerja oleh sesebuah firma perniagaan akan menentukan jatuh
bangun perniagaan tersebut.

6. Bersaing
Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada persaingan yang
diberikan syarikat kepada syarikat pesaingnya. Firma perniagaan perlu
menjadi terbaik dari kalangan pesaing yang menjual produk atau
perkhidmatan yang sama. Untuk syarikat kecil, pembezaan boleh dibuat
melalui khidmat kepada pelanggan, kemudahan, kelajuan, kualiti dan apa
sahaja yang boleh mengembirakan pelanggan.

7. Kekalkan sikap positif


Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, usahawan perlu mempunyai
sikap positif. Sumber paling bernilai bagi seorang ushawan ialah masa, oleh
itu mereka perlu mengurus masa dengan cekap. Seorang penulis berkata,
untuk membangunkan sebuah perniagaan yang Berjaya, seseorang
usahawan perlukan keyakinan diri dan yakin kepada idea mereka, kerja
yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan impian sebagai realiti.

Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga kecil


Usahawan merupakan individu yang mencari peluang yang menguntungkan
dan hanya mengambil risiko yang diperlukan dan menjalankan perniagaan.
Keutamaan peniaga kecil adalah untuk membangukan perniagaan. Usahawan
juga perlu dibezakan dari seorang pengurus kerana pengurus menggunakan
sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Terdapat beberapa ciri yang sering digunakan untuk membezakan antara


usahawan dan ahli perniagaan iaitu;

1. Masa
Ahli perniagaan banyak menghabiskan masa mereka dengan membeli dan
menjual produk. Usahawan pula menggunakan masa tanpa had untuk belajar
untuk memuaskan pelanggan, sentiasa keluar dengan idea baru dan
meningkatkan produk.

10
2. Jenis kerja
Peniaga kecil behadapan dengan persaingan sebagai cabaran biasa yang
menjadikan mereka agak tegas dalam penyesuaian terhadap perubahan.
Bagi seorang usahawan persaingan dipasaran merupakan cabaran yang
perlu di nilai secara menyeluruh untuk terus beroperasi dalam industri.
Oleh itu seorang usahawan lebih fleksibel dalam perubahan dan
menambahbaik produk.

3. Pembuatan keputusan
Peniaga kecil biasanya akan mengikut keputusan yang telah dibuat oleh
orang lain dan membuat pelaburan dan pasaran yang telah diuji dan telah
dibuktikan. Maka, peniaga kecil mempunyai tingkat komitmen yang rendah
terhadap pembangunan produk baru atau perkhidmatan. Mereka juga
menjual produk yang sedia ada dipasaran. Berlainan dengan seorang
usahawan, mereka akan membuat keputusan sendiri dan menggunakan
kreativiti mereka bagi menghasilkan produk, mewujudkan produk dan
perkhidmatan yang inovatif supaya boleh menembusi pasaran yang belum
diuji.

4. Usaha dan tanggung jawab


Peniaga kecil tidak begitu mengambil perhatian terhadap perubahan dan
kecermelangan teknologi. Sebaliknya seorang usahawan sentiasa
mengemaskini diri mereka dengan maklumat tentang teknologi semasa dan
akan datang untuk tingkatkan produktiviti dan kreativiti.

5. Pengambilan risiko.
Seorang usahawan mengambil risiko terhitung (calculated risk) atau risiko
sederhana untuk memulakan dan menjalankan perniagaan. Mereka akan
mengira kos dan keuntungan dalam apa keputusan yang diambil. Berlainan
dengan peniaga kecil yang membeli produk sedia ada di pasaran pada harga
murah dan menjual kembali dengan harga yang mahal. Oleh itu peniaga
kecil mengambil risiko yang rendah berbanding dengan usahawan.Hal ini
kerana peniaga kecil lebih mementingkan keuntungan.

6. Matlamat

11
Matlamat utama peniaga kecil adalah untuk mendapat keuntungan untuk
menyara kehidupan. Matlamat utama bagi usahawan ialah untuk memulakan
usaha perniagaan untuk mencapai matlamat dan pencapaian kendiri. Peniaga
kecil selalu bersusah payah untuk mendapatkan keuntungan , namun
seorang usahawan lebih menitik beratkan untuk mendapat kejayaan dan
kepuasan kendiri.

Pembangunan Usahawan Di Malaysia


Dengan perlaksanaan polisi ekonomi baru (NEP) dalam tahun 1970,
perkataan “usahawan” diguna secara meluas. Keusahawanan wujud di
Malaysia sejak zaman pemerintahan Melaka. Apabila Melaka berurus dagang
dengan pedagang luar. Apabila British memerintah semenanjung, mereka
telah mengubah struktur masyarakat. British telah mengamalkan sistem
“pecah dan perintah” (divide and rule system) iaitu orang melayu terlibat
dengan pentadbiran dan pertanian, kaum cina memberi fokus kepada
perlombongan dan perniagaan. Kaum India pula di ladang getah. Hasil dari
sistem ini mengakibatkan kaum cina lebih kehadapan dalam perniagaan
berbanding kaum melayu dan India.

Polisi ekonomi baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000)


dan wawasan 2020, merupakan program-program yang menyokong kepada
pembangunan keusahawan di Malaysia. Bagi memantapkan lagi pembangunan
keusahawanan di Malaysia 8 kementerian baru telah diwujudkan iaitu;

1. Pembangunan dan penggalakan system franchais dan pembagunan skim


vendor di letakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan
hal Ehwal Pengguna
2. Pembagunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut
Keushawanan Negara (ISNKEN) dan Bank SME ke Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
3. Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab
Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal pengguna.
4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana
Menteri
5. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Jaya

12
6. Perbadanan- perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank
Rakyat ke Kementerian Kewangan.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Kemneterian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah.
8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Jepun Universiti (MAJU) ke
Kementerian Pengajian Tinggi
9. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian
Pertanian dan Industri Asas tani.

Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Malaysia

Industri Kecil dan sederhana merupakan syarikat yang terlibat dalam industri
tempatan. Mereka bertanggung jawab membekalkan peralatan dan komponen
kepada syarikat tempatan dan multinasional.

Industri kecil dan sederhana tidak mempunyai definisi tertentu. Hal ini kerana
setiap agensi mempunyai kriterianya tersendiri, pada kebiasaannya pusing
ganti jualan tahunan akan menjadi penanda aras. Selain dari itu faktor seperti
bilangan pekerja sepenuh masa atau dana pemegang saham juga akan di
ambilkira.

Klasifikasi Industri kecil dan sederhana berdasarkan bilangan pekerja


sepenuh masa.
Saiz/sektor Pertanian Pengilangan perkhidmatan
Mikro < 5 pekerja < 5 pekerja < 5 pekerja
Kecil Antara 5 & 19 Antara 5 & 50 Antara 5 & 19
pekerja pekerja pekerja
Sederhana Antara 20 & 50 Antara 51 & 150 Antara 20 & 50
pekerja pekerja pekerja

13
Klasifikasi Industri kecil dan sederhana berdasarkan pusing ganti jualan
tahunan
Saiz/sektor Pertanian Pengilangan perkhidmatan
Mikro < RM200 000 < RM200 000 < RM200 000
Kecil Antara RM200 Antara RM250 Antara RM200
000 & < 1 juta 000 & < 10juta 000 & < 1 juta
Sederhana Antara RM1 juta Antara RM10 juta Antara RM1 juta
& RM 5 Juta & RM 25 Juta & RM 5 Juta

Peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Industri kecil dan sederhana memainkan peranan penting dalam pembagunan


ekonomi Negara. Ia menjadi tulang belakang. Terdapat 3 peranan utama Industri
kecil dan sederhana iaitu;

1. Tempat ujian kepada usahawan


Industri kecil dan sederhana menjadi tapak pengujian kepada usahawan.
IKS menyediakan asas usahawan sebelum mereka memasuki industri
tertentu. Bekerja dalam IKS membantu usahawan untuk menilai kemahiran
dan kepakaran dalam perancangan, kawalan, kepimpinan dan mengurus
syarikat. Pengalaman yang didapati boleh membantu menyediakan
usahawan kepada cabaran yang lebih kompleks dalam industry yang
kompetitif.

2. Sumber kepada inovasi dan kreativiti


Walaupun syarikat kecil tidak mempunyai bahagian penyelidikan dan
pembagunan, namun begitu mereka masih lagi boleh menghasilkan produk
baru berdasarkan kreativiti mereka. IKS menekan beratkan kehendak
pelanggan. Pemilik syarikat itu sendiri juga inovatif dan kreatif yang boleh
menyesuaikan produk dengan kehendak pelanggan

3. Peluang karier untuk individu yang produktif


Setiap individu berbeza dari segi personaliti dan cara mereka melakukan
pekerjaan. Hanya mereka yang sukakan cabaran dan melakukan sesuatu
berbeza sesuai untuk perniagaan tidak berstruktur seperti IKS.
Persekitaran perniagaan yang tidak formal dalam IKS mewujudkan banyak
peluang untuk individu mengaplikasi kreativiti mereka.

14
Sumbangan Industri Kecil dan Sederhana

1. Menyokong proses industri Negara


Proses peindustrian Negara bergantung kepada industry kecil dan
sederhana terutama yang terletak di kawasan luar Bandar. Dalam
rancangan Malaysia ke enam (1991-1995), IKS diberi peranan yang lebih
besar untuk membantu proses peindustrian Negara.

2. Membantu pembangunan ekonomi Negara


Pada hari ini, kita tidak dapat menyangkal peranan sector industri dalam
mengekalkan perkembangan dan kestabilan ekonomi Negara. Sektor
industry dijangka berterusan untuk menyumbang kepada keluaran Negara
kasar (GNP). Sebagai contoh; industri elektronik yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapat impot Negara dan GNP.

Industri kecil dan sederhana menjadi tulang belakang kepada syarikat ini
dengan menjadi sub kontraktor dalam penghasilan komponen dan barang
gantian. Sebagai contoh, sesetengah dari komponen kereta proton seperti
tayar, tempat duduk dan tali pinggang keledar dibuat oleh industri kecil
dan sederhana melalui program vendor.

3. Menyumbang kepada pembangunan kawasan luar Bandar


Industri kecil dan sederhana tidak perlukan kemudahan tambahan. Mereka
boleh membina kilang di kawasan luar Bandar. Kilang yang dibina di luar
Bandar membantu menyediakan pekerjaan kepada penduduk luar Bandar.
IKS juga memasarkan produk hasil ladang. Hal ini boleh membantu
pembangunan kawasan luar Bandar kerana pembinaan kilang menyebabkan
kemudahan seperti jalan raya, utiliti dan infrastruktur akan dibina di
kawasan tersebut.

4. Bertindak sebagai asas kepada industri lebih besar


Di Malaysia, IKS memberi sokongan kepada indusri besar dengan menjadi
pembekal komponen kepada industri tersebut. Wujud perhubungan
kesalingbergantungan antara IKS dan industri besar iaitu IKS
membekalkan bahan mentah, bahagian komponen dan kepakaran kepada
industri besar.

15
5. Menyediakan peluang untuk latihan keusahawanan
Pelbagai latihan telah dibangunkan untuk usahawan IKS. Program latihan
ini telah meningkatkan penyertaan usahawan tempatan dalam industri
berbeza. Kemahiran yang telah mereka dapati digunakan untuk mencuba
penghasilan produk baru.

6. Membantu tingkatkan imbangan pembayaran Negara


IKS telah dikenal pasti membantu negara dalam mempertingkatkan
imbangan pembayaran dan keluaran Negara kasar (GNP). Hal ini kerana
IKS dimiliki oleh industri berasaskan eksport. Industri ini cuba untuk
mengantikan industri import. IKS menggunakan teknologi setempat.
Pengurangan bahan mentah dan barang modal yang diimport akan
mengurangkan perbelanjaan Negara. Oleh itu sumber yang tidak digunakan
boleh digunakan untuk tujuan pembangunan Negara.

7. Memberi impak positif kepada taburan pendapatan


IKS memberi impak positif kepada taburan pendapatan Negara. Walaupun
operasi perniagaan usahawan IKS berskala kecil, modal kecil, dan
kemahiran yang kurang, IKS memainkan peranan untuk mengimbangi
taburan pendapatan dalam masyarakat. IKS wujudkan pendapatan tinggi,
bagi kelas pertengahan yang terlibat dalam perniagaan kecil.

8. Tingkatkan simpanan dalam ekonomi


Dalam kebanyakan kes, usahaean IKSbergantung kepada sumbagan ahli
keluarga dan rakan untuk sumber kewangan. Mereka tidak perlu
kebanyakan tabung yang telah disediakan oleh kerajaan dan agensi
kewangan. Maka tabung ini boleh digunakan untuk peluang pelaburan lain.

9. Membantu penghasilan barangan industri dengan efisyen


Pada kebiasaanya IKS memberi tumpuan kepada produk separuh siap dan
untuk industry besar. Konsep pengkhususan ini meningkatkan kecekapan
dalam menghasilkan produk yang lebih besar pada kos yang rendah kerana
IKS menggunakan kos operasi, sewa dan bayaran gaji yang rendah. Maka
mereka boleh menghasilkan produk yang lebih besar kepada industri.

16
10. Menghalang pembaziran dan mengalakkan simpanan
Usahawan IKS menghalang pembazirandan menggalakan simpanan dengan
mengitar semula asset industry besar seperti mesin dan peralatan. IKS
menggunakan peralatan terpakai untuk menjimatkan kos.

11. Membantu pembangunan social Negara.


IKS membantu pembangunan social Negara dengan menghubungkan
penduduk luar Bandar dengan masyarakat lain. IKS mempunyai keupayaan
untuk menstruktur semula masyarakat dalam kawasan luar Bandar.

Rujukan:
1. Sarimah Hanim Aman Shah dan Abd Rahman Mohd Ali.
Entrepreneurship. Oxford Fajar bakti.
2. Dr. Syed Zamberi Ahmad. Keusahawanan.Teori, Proses dan
Amalan.Leeds Publication

17

Anda mungkin juga menyukai