Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH KESIHATAN MENTAL

Terdapat beberapa faktor berlakunya masalah kesihatan mental yang dapat dikenal pasti
antaranya gaya hidup, persekitaran dan kurang kesedaran tentang kesihatan fizikal dan
mental. Gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif menjadi faktor kepada pelbagai penyakit.
Hal ini demikian kerana gaya hidup yang pasif akan memberi impak yang besar terutamanya
terhadap jantung kita. Misalnya, kita mengambil enteng soal bersenam dan memandang
rendah tentangnya walhal ia memberi kebaikan kepada kesihatan diri dari segi fizikal dan
juga emosi. Pakar psikologi yang mengkaji bagaimana aktiviti fizikal dapat mengurangkan
kemurungan dan tekanan menyarankan bahawa jogging selama 10 minit adalah sebagus
melakukan senaman fizikal selama 45 minit. Terdapat kajian menunjukkan senaman boleh
menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu. Walaupun ia hanya kesan
sementara, tetapi berjalan cepat atau sebarang aktiviti fizikal mudah yang lain dapat
memberikan kelegaan selama beberapa jam, sama seperti pengambilan aspirin untuk
melegakan sakit kepala. Penyelidikan saintifik turut membuktikan bahawa individu yang
aktif secara fizikal mempunyai kadar tekanan dan kemurungan lebih rendah berbanding
individu yang tidak aktif. Dengan melakukan aktiviti fizikal dapat meningkatkan kesihatan
mental dengan membantu otak untuk mengatasi tekanan dan kemurungan.

Melalui aspek persekitaran, ia memainkan peranan untuk kesihatan fizikal dan mental.
Persekitaran yang tidak kondusif memberi kesan kepada kesihatan mental sesorang individu.
Di era globalisasi ini, manusia perlu bergerak cepat untuk berjalan seiring dengan
pembangunan yang kian meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi tekanan yang hebat
kepada seseorang individu. Pelbagai masalah yang akan timbul seperti masalah dalam
ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Sebagai contoh, dalam persekitaran seorang pelajar,
7masyarakat. Sebagai contoh, dalam persekitaran seorang pelajar,
pelajar ini akan mendapat pengaruh daripada rakan sebaya
atapun tekanan yang diberikan oleh ibu bapa dan guru dalam aspek
pembelajaran. Hal ini jika tidak dihadapi dengan bijak akan menyebabkan
tekanan yang besar kepada seseorang individu. Tuntasnya, semua pihak berperanan untuk
mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa demi kesejahteraan kesihatan mental dan
fizikal seseorang.

Untuk mencapai tahap kesejahteraan hidup, adalah penting bagi seseorang individu
untuk menerapkan kesedaran mereka tentang kesihatan dan ia perlu dipupuk bermula dari
kecil seperti pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hampir separuh masyarakat di
Malaysia tidak memahami kepentingan mendapatkan pemeriksaan kesihatan setiap dua tahun
atau setiap enam bulan. Ini untuk memastikan tahap kesihatan kita dan kita boleh tahu kaedah
untuk mengimbangi tahap kesihatan kita. Sementara itu, ibu bapa berperanan penting untuk
menyepadukan pendidikan kesihatan ke dalam kehidupan seharian mereka. Fenomena ini
dilihat dalam industri penjagaan kanak-kanak. Kini, kebanyakan ibu bapa terlalu memanjakan
anak-anak mereka. Ibu bapa tidak menjejaki diet dan kesihatan anak-anak mereka kerana
kanak-kanak selalu disogokkan dengan makanan ringan dan makanan manis. Oleh yang
demikian, pendidikan yang mencukupi boleh menyedarkan seseorang untuk memperolehi
kesihatan yang seterusnya membawa kepada penjagaan yang baik.
Rujukan :

https://skincode.my/articles/bersenam-untuk-kesihatan-mental

https://www.researchgate.net/publication/
315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL

Anda mungkin juga menyukai