JABATAN PSIKOLOGI TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA MP25233 LAPORAN KERJA KURSUS KUMPULAN TAJUK : PERSONALITI PEKERJAAN & MINAT KERJAYA SIDEK AHLI KUMPULAN : MEXNUEL PINUS (TP04103009) JASNI UMIN (TP04103007) NURUL FATIHA BT KHAMZAH (TP04103027) NURUL MASTURAH BT MOHD SAFIE (TP04103028) RINA BT HASHIM (TP04103030)
PENGHARGAAN PENGENALAN MASALAH PEMILIHAN KERJAYA BIODATA SAMPEL ALAT KAJIAN TEORI YANG DIGUNAKAN DAPATAN KAJIAN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI
PENGHARGAAN
Salam 1Malaysia, Kami merafakkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nurul Azwin Bt
PENGENALAN
Tiada dua manusia yang dilahirkan serupa tetapi setiap satunya berbeza antara satu sama lain terutama dari segi pembawaan semulajadi (personaliti, minat, nilai, pencapaian, motivasi, sikap), seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan sementara yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Oleh sebab itu bukan semua orang boleh menjadi misalnya jurutera, doktor, arkitek, kaunselor, usahawan dan akauntan yang berjaya dan cemerlang. Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan kepada kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat ketidakselarasan ini boleh dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan, 2004). Perkara ini juga boleh melangkau keluar alam pekerjaan dan memberi impak kepada kehidupan keluarga dan kesihatan mental pelbagai individu yang terbabit. Ini merupakan liabiliti yang mungkin ditanggung oleh masyarakat dan negara dalam jangka masa panjang akibat ketidakselarasan yang boleh ditangani. Menurut Holland (1998), keselarasan antara personaliti dan minat dengan kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Penentuan individu yang betul untuk kerjaya yang betul perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon (Parson, 1908 dalam Sidek Mohd Noah, 2005). Sehubungan itu, keselarasan antara pekerjaan yang dipilih individu dengan personaliti, minat, nilai dan potensi sebenar pelajar amat penting dan perlu diambil kira dalam pemilihan pekerjaan. Oleh itu tugasan ini bertujuan mengkaji kecenderungan personaliti dan dikaitkan dengan signifikan pekerjaan. Subjek di ambil daripada kalangan ahli kumpulan dengan menggunakan Inventori Personaliti dan Minat Kerjaya Sidek.
Pencapaian akademik seseorang dianggap sebagai kunci atau faktor utama bagi menentukan rancangan kerjaya individu sepertimana yang dikehendaki oleh pendidikan tinggi. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, personaliti mahasiswa/i perlu diketahui supaya pemilihan kerjaya mereka sesuai dan mengurangkan masalah-masalah yang akan timbul. Hal ini pasti akan membuka minda mereka untuk merancang kerjaya yang bakal mereka tempuhi apabila tamat pengajian kelak.
BIODATA SAMPEL
Nama Sampel Jumlah Sampel Kaedah Persampelan Taraf Pendidikan Sampel Bangsa Pencapaian Akademik (CGPA )
Nurul Fatiha Bt Khamzah 1 Terdiri daripada salah seorang ahli kumpulan pengkaji Diploma Psikologi Melayu 3.56
ALAT KAJIAN
-
Self Directed Search ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya SDS ia boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan seseorang individu. Misalnya, jika seseorang individu termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R ) maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan individu tersebut , manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntan atau Juru akaun. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:
i. Realistik atau agresifJenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. Contoh pekerjaan Realistik ialah: Jurutera Awam, Jurutera Keratapi, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan dan Tukang Kayu ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.
iv. Sosial
Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat kebajikan. Contoh pekerjaan Sosial ialah: Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya dan Kaunselor Peribadi.
Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002). Search (SDS), Vocational Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory
KESIMPULAN
Profesion merupakan satu aktiviti penting dalam kehidupan seseorang. Profesion
juga mempengaruhi konsep kendiri seseorang, perasan nilai dalam diri dan identiti peribadi. Profesion merupakan sesuatu aktiviti yang menjadi impian setiap pelajar setelah menamatkan pengajian. Menurut Holland, hampir setiap individu mempunyai profesion idaman mereka yang tersendiri. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut seperti hendak jadi cikgu, doktor, polis, peguam, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang juga, yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran. Kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerja. Contohnya, orang yang bercitacita tinggi untuk menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri. Kebiasaannya profesion yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperolehi semasa sekolah. Apa yang menyedihkan masih terdapat lagi masalah pelajar yang tidak dapat menentukan minat mereka terhadap sesuatu profesion. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti akan mempengaruhi gaya kehidupannya di mana dalam kehidupan harian, ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar akan menentukan cara penyelesaian masalah hidupnya. Masalah-masalah ini termasuklah masalah dengan pemilihan kursus yang bersesuaian dengan personaliti pelajar. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri personaliti sendiri adalah penting bagi setiap pelajar supaya dapat membantunya memahami diri sendiri. Hal ini berlaku kerana semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu profesion, maka semakin besar seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
11
Holland juga menyatakan bahawa keselarasan antara personaliti-persekitaran itu amat penting untuk mencapai tahap kepuasan, motivasi dan pencapaian akademik yang baik. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Holland telah memperkenalkan teori Tipologi Holland berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan ciri-ciri individu. Isu ketidakselarasan personaliti dan minat dengan bidang pengajian diikuti mungkin tidak dapat diselesaikan walaupun pelajar berjaya memperoleh ijazah. Ketidakselarasan ini akan membawa masalah dalam pekerjaan seperti prestasi yang kurang memuaskan, produktiviti yang rendah, dan berpotensi besar untuk bertukar kerjaya yang diceburi. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan university atau institusi dipersalahkan kerana tidak dapat melatih graduan dengan baik. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang sering berlaku kepada para pelajar dalam menentukan profesion mereka. Ini kerana terdapat pelajar-pelajar yang masih keliru untuk menentukan profesion mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan mereka tidak dapat memastikan ke manakah kecenderungan minat yang mereka ada, yang menyebabkan mereka keliru dan tiada hala tuju. Mereka sering kali berhadapan dengan konflik antara kehendak ibu bapa, kehendak mereka sendiri dan pengaruh rakan sebaya dalam memilih jurusan yang boleh menjejaskan pemilihan profesion.
12
BIBLIOGRAFI
Mustafa bin Zakaria (2008). Profil Personaliti dan Faktor Pemilihan Profesion
http://ms.wikipedia.org/wiki/Personaliti
http://hairilhazlan.com/2012/personaliti-kerjaya/
13