Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI KERJAYA.

Menurut Zunker(2006,p.9) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan
tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.

Omar Awang(2008,p.1)menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan di dalam
kehidupan seseorang.

Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang


individu.Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya
sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

DEFINISI PENDIDIKAN KERJAYA.

Terdapat pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh individu dan organisasi mengikut
bidang masing-masing.Berikut diterangkan perkara tersebut.

Pendidikan kerjaya merupakan program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokus kepada
kerjaya.Perkara ini bermula dari peringkat awal,mungkin pada peringkat rendah dan berlanjutan hinnga ke
peringkat dewasa.pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang dengan
maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran,tetapi pendidikan pendidikan kerjaya juga membantu
indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi
peribadi,psikologi,social mahupun ekonomi.

Dari sudut lain pula pendidikan kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang
memberi penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar
mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan.

Pendidikan kerjaya merangkumi semua usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk
memotivasi,melatih,memberi kaunseling, dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman
perkerjaan.Ia juga memberi penekanan kepada nilai instrumental semua jenis , pendidikan dalam
menolong individu melibatkan diri, menyumbang dan memenuhi tuntutan sebagai warganegara.
Pendidikan ini mempunyai misi agar setiap individu memiliki aras optima kemahiran kerja dalam konteks
social,individu, dan sistem kerja.

1
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KERJAYA.

Pendidikan kerjaya bertujuan untuk member makna kepada semua pendidikan dengan
menghubungkaitkan kandungan pelajaran dengan dunia pekerjaan. Melalui pendidikan kerjaya,semua
pelajar mestilah meninggalkan sistem persekolahan dengan atribut yang menarik kepada bakal majikan
atau kebolehan-kebolehan yang boleh digunakan untuk berkerja sendiri.

Sekolah tidak sepatutnya di pertanggungjawab menyediakan pekerjaan,tetapi sekolah mestilah


bertanggungjawab memastikan bahawa setiap produk pelajar keluaran mereka memiliki kemahiran yang
sesuai ddengan sesuatu pekerjaan . Walaubagaimana pun pendidikan kerjayaialah satu konsep yang bukan
sahaja di tujukan kepada remaja malahan juga kepada orang dewasa yang berminat untuk mempertingkat
kemahiran,mengemas kini pengetahuan dan jika perlu atau bersesuaian mendapatkan latihan semula
untuk pekerjaan yang baru.

Pendidikan kerjaya tidak boleh di anggap sebagai pendidikan akedemik atau vokasional kerana perkara ini
memerlukan kedua duanya untuk menyediakan sikap,pengetahuan, dan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk kejayaan sesuatu kerjaya. Pendidikan awal kanak-kanak,pendidikan menengah dan
pendidikan tinggi adalah tempat dimana remaja dan orang dewasa boleh memperolehi ilmu yang
bersesuaian dengan dunia kerja.

Pendidikan kerjaya juga dapat mengembangkan semangat pelajar untuk terus berusaha mendapat
keputusan yang baik dalam pembelajaran. Hal ini kerana kerjaya yang cemerlang memerlukan kualiti
pelajar yang baik supaya dapat mengimbangi diantara keperluan kerjaya dengan kemahiran pelajar.

Pendidikan kerjaya sepatutnya menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar sejak memasuki alam
persekolahan dan seharusnya mengaitkan pembacaan,penulisan dan pengiraan dalam pelbagai cara
kehidupan dewasa dan mendapatkan sumber pendapatan.selari denganperkembangan pelajar melalui
pembelajaran di sekolah,kemahiran-kemahiran,pengetahuan dan sikap yang perlu untuk Berjaya dalam
sesuatu kerjaya mestilah ditekan dan diterap dalam semua matapelajaran di sekolah,bukan semata-mata
melalui kelas berasingan yang khusus untuk mereka yang ingin memulakan kerja.

Pendidikan kerjaya tidak seharusnya dilihat secara sempit,iaitu mengaitkan dengan pekerjaan semata-
mata,tetapi seharusnya mampu mengintegrasikan segala ilmu yang dirperolehi melalui proses

2
pembelajaran kea rah suasana rumah,komuniti,sekolah dan tempat kerja agar lebih mencabar dan
produktif.pendidikan kerjaya juga seharusnya mampu menggalakkan individu untuk membuat pemilihan
kerjaya sementara member makna dan motivasi kepada pembelajaran dan pengalaman.pendidikan ini juga
seharusnya mampu menggalakkan mereka supaya menangguhkan pemilihan kerjaya yang kekal
sehinggalah segala fakta tentang diri dan pekerjaan diperoleh.

Pendidikan kerjaya seharusnya mampu meningkatkan kepentingan sekolah dengan member focus kepada
tanggapan pelajar terhadap kerja dan dirinya sebagai pekerja.pendidikan kerjaya mestilah mengiktiraf
kewujudan kepelbagaian kaedah pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar dengan lebih baik
melalui pengalaman sendiri dan yang lain pula melalui pendekatan yang lebih teoritikal.berasaskan
ini,pendidikan kerjaya seharusnya tidak dihadkan kepada pembelajaran dalam bilik darjah semata
mata.pendidikan kerjaya adalah berkaitan dengan keseluruhan persekitaran dan pengalaman
pembelajaran sejak dari kanak-kanak sehinggalah tahun-tahun produktif seseorang individu.

Pada zaman kanak-kanak,pendidikan kerjaya seharusnya memberikan kesedaran tentang keadaan dunia
pekerjaan di samping kepentingan pekerjaan itu sendiri dalam sesebuah masyarakat.apabila kanak-kanak
bergerak melalui zaman persekolahan,ia seharusnya memiliki pengetahuan yang lebih mendalam tentang
dunia pekerjaan dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk menjawat jawatan tersebut
apoabila meninggalkan dunia persekolahan.Mereka sepatutnya berkebolehan untuk kembali ke sekolah
pada bila-bila masa sepanjang kehidupannya bagi mempertingkatkan keupayaan supaya sesuai dengan
keperluan kerja yang sentiasa berubah atau untuk memperkeya keperibadiannya.

PENGENALAN.

Setiap manusia telah diciptakan tuhan untuk memjadi khalifah di muka bumi tuhan yang indah ini.Setiap
manusia mesti mempunyai cita-cita yang dirancang untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.Untuk
memiliki kehidupan yang lebih baik manusia itu mestilah menuntut ilmu serta mengamalkan ilmu tersebut
kea rah yang betul.Melalui ilmu personality manusia dapat dibezakan dengan seseorang personaliti
lain.Menurut sabda Nabi Muhammad SAW,Baginda bersabda ‘Barangsiapa yang melangkah di jalan
pencarian ilmu Allah akan membawanya terus kejalan syurga’.Selain itu Islam juga menggalakkan umatnya
untuk bekerja bagi memenuhi tuntutan dan tanggungjawab kehidupan di dunia. . Firman Allah SWT dalam
surah At-Taubah ayat ke 105, maksudnya "Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya
serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah
3
kamu kerjakan". Pekerjaan itu sendiri sebenarnya merupakan suatu ibadat yang akan dihitung oleh Allah
SWT di hari akhirat kelak. Firman-Nya di dalam surah Az-Zalzalah ayat ke 7 - 8 , maksudnya; "Barangsiapa
yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa
yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula".

Daripada firman dapatlah kita ketahui bahawa setiap pekerjaan di muka bumi akan dihitung di hari
pembalasan kelak.Dalam konteks,kajian saya amatlah berkait rapat dengan kewajiban menunutut ilmu bagi
memperolehi kerjaya yang cemerlang.Melangkah kealam pekerjaan bukanlah suatu perkara yang mudah
kerana ia memerlukan ilmu yang cukup untuk meronai kehidupan di alam pekerjaan ini.Oleh itu pendidikan
mula ditekankan di peringkat sekolah lagi bagi membekalkan murid dengan pengetahuan tentang kerjaya.

Pendidikan kerjaya ialah program pengajaran yang menyeluruh dan tersusun yang membolehkan pelajar
memperoleh ilmu pengetahuan,kemahiran dan atribut-atribut lain bagi membina rancangan peribadi yang
bersesuain dengan dan kebolehan mereka.Pendidikan kerjaya sebahagian daripada proses pendidikan yang
member focus kepada kejayaan penyesuaian diri individu dalam dunia pekerjaan.Perancangan kerjaya yang
terbaik dapat menyediakan individu yang terbaik dalam duni pekerjaan.Kertas ini akan membincangkankan
aspek kerjaya secara lebih teperinci seperti definisi kerjaya dan pendidikan kerjaya,kepentingan,komponen
utama,contoh pelaksanaan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti proram kerjaya dengan lebih effektif

Komponen pendidkan kerjaya ini perlu dikenalpasti kerana ia akan menentukan kandungan pendidikan
kerjya itu sendiri.Kandungan pendidikan kerjaya dibentuk daripada lima komponen asas yang penting yang
membantu individu berkembang di sepanjang kehidupannya.

KOMPONEN PERTAMA.

MENGENAL POTENSI DIRI.

Kaunselor akan menerangkan kepada pelajar tentang asas utama dalam pendidikan kerjaya iaitu mengenal
potensi diri.Antara aspek-aspek yang penting dalam menilai kebolehupayaan diri,kaunselor akan
membantu pelajar untuk menjalankan ujian minat kerjaya,ujian ,ujian personality,dan ujian nilai
pekerjaan.Pelajar akan diminta kaunselor untuk menerangkan tentang cita-cita dan kehendak kerjaya yang
mereka ingini di masa hadapan.Kaunselor akan memantau pencapaian akademik pelajar dan akan menilai
sama ada kerjaya yang dicitakan bersesuian atau tidak dengan pencapaian akademik.

4
KOMPONEN KEDUA;

PENETAPAN MATLAMAT

Dalam komponen kedua ini,kaunselor akan meminta pelajar supaya membina matlamat dalam diri
sendiri.Proses pembinaan matlamat ini terbahagi kepada dua iaitu proses mendapat kan maklumat
kerjaya,dalam proses ini kaunselor akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kerjaya yang bersesuain dengan kemampuan akademik mereka melalui pengedaran risalah-risalah
yang berkaitan dengan kerjaya supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kerjaya yang
dicitakan selepas tamat alam persekolahan.Proses kedua ialah membuat keputusan kerjaya,iaitu kaunselor
akam meminta pelajar untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan kemampuan diri dan melihat tahap
pencapaian akademik sama ada sesuai atau tidak dipadankan dengan kerjaya yang diingini.

KOMPONEN KETIGA:

MOTIVASI DIRI

Dalam komponen ketiga,terdapat dua langkah motivasi diri.Pertama,kaunselor akan meminta pelajar untuk
memuhasabah diri untuk member motivasi dalam diri sendiri supaya kerjaya yang ingin dicapai dapat
dihasilkan dengan baik.Dalam hal ini kaunselor akan menerangkan maksud motivasi diri,jenis
motivasi,formula kejayaan,tabiat berjaya,dan cerita-cerita motivasi yang sangat mempengaruhi dalam
pemilihan kerjaya individu.Kedua sekiranya pelajar merupakan seorang pelajar yang cemerlang di
sekolah,kaunselor akan meminta mereka berkongsi kejayaan mereka dengan pelajar lain supaya mereka
lebih bermotivasi untuk terus berjaya mencapai cita-cita yang mereka inginkan dalam hidup.

KOMPONEN KEEMPAT;

TEKNIK ASAS

Dalam komponen keempat,kaunselor akan membantu pelajar untuk berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan penting seperti SPM atau STPM yang menjadi salah satu syarat kelayakan
untuk melanjutkan pelajaran ke university.Antara teknik-teknik asas pembelajaran yang berkesan
dipengaruhi oleh teknik membuat nota,teknik mengingat,teknik menghadapi peperiksaan,pengurusan
masa dan teknik mengurus tekanan psikologi.

5
KOMPONEN KELIMA:

TEKNIK LANJUTAN

Bahagian akhir komponen pendidikan kerjaya yang akan diterangkan oleh kaunselor ialah teknik lanjutan
yang terdiri daripada teknik menghadiri temuduga yang melibatkan proses sebelum,semasa dan selepas
temuduga serta teknik menulis resume yang mengandungi jenis dan cara menulis resume yang baik untuk
rujukan pelajar.

PELAKSANAAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH SAYA.

Terdapat pelbagai program pendidikan kerjaya yang telah dijalankan di sekolah lama saya dahulu.

Pertama,sekolah menengah Kebangsaan Mutira Impian telah menjalankan program pameran


kerjaya.Pameran kerjaya di sekolah saya telah diuruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling smk mutiara
impian.Perancangan untuk program pameran kerjaya ini melibatkan pelajar yang akan menduduki
peperiksaan awam iaitu pelajar sijil pelajaran malaysia dan sijil tinggi pelajaran malaysia yang lebih
mengkhususkan pelajar tingkatan 5 dan 6.Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang
kerjaya dan peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan.Terdapat banyak badan
awam dan swasta dalam kementerian pengajian tinngi terlibat.Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang,Universiti Malaya,Universiti Malaysia Malaysia Pahang,Universiti Teknologi Mara Pulau
Pinang,KDU Kolej,Olimpia kolej,Shahputra Kolej dan banyak lagi.pameran dari pusat pengajian tinggi ini
bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar syarat untuk memasuki universiti dan pusat pengajian tinngi
yang lain.Dengan ada nya program sedemikian ia dapat menyuntik semangat pelajar untuk mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan yang mendatang.Selain itu pelajar yang lebih berminat kepada
bidang kemahiran telah diberi taklimat oleh badan pendidikan kemahiran seperti Giatmara Pongsu
Seribu,institut latihan perindustrian,Kolej komuniti dan lain.program kemahiran ini memberi semangat
bahawa pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran juga mempunyai peluang untuk melanjutkan
pelajaran.Program ini juga mendedahkan tentang jurusan –jurusan yang ada di setiap pusat pengajian
tinggi tersebut serta peluang yang bakal menanti mereka selepas mengikuti proram tersebut.Program ini
telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik sekolah kerana ,selepas pelajar mengikuti
program kerjaya ini,mereka lebih bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk
memasuki pusat pengajian tinggi yang mereka kehendaki.

6
Kedua,Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Mutiara Impian juga menjalankan ceramah dan bengkel kerjaya
khas untuk semua pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 6.Bengkel ini telah dijalankan selama dua hari pada
waktu lepas rehat pelajar iaitu pada pukul 10:30 pagi hinga 2 petang berturut sehingga hari yang
seterusnya.Pengisian bengkel kerjaya ini telah menjemput kaunselor dari Sekolah Menengah Agama
Nibong TebalEncik Mohammad Zaili bin Idris untuk menyampaikan motivasi.Bengkel dimulakaan dengan
penerangan terhadap aspek kerjaya dan slot (APA YANG AKU CITA-CITAKAN).Kaunselor memberi gambaran
awal tentang bidang kerjaya pilihan yang akan ditempuhi pelajar selepas tamat alam persekolahan.Selepas
itu,kaunselor membahagikan kumpulan dan membuat latihan dalam kumpulan bagi slot mengenal
personaliti dan kerjaya yang sesuai.Pada hari kedua,kaunselor memberi ceramah untuk memperbaiki
kelemahan diri dengan ceramah yang bertajuk ‘SIAPA AKU PADA HARI AKAN DATANG’.Pelajar diberi
pemahaman yang jelas berkenaan cara-cara menetapkan matlamat hidup dan memuhasabah diri untuk
menjadi lebih baik.Ceramah ini telah memberi suntikan semangat kepada pelajar yang terlibat untuk
belajar dan menjadi personaliti tertentu selepas tamat persekolahan.

Ketiga, Pertandingan Melukis Peringkat Sekolah yang bertemakan “CITA-CITAKU”.Pertandingan ini terbuka
kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori menengah rendah dan kategori
menengah atas.Lukisan dinilai oleh guru pendidikan seni visual sekolah dan pemenang ditentukan melalui
lukisan terbaik.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh pengetua sekolah pada perhimpunan
mingguan sekolah tersebut.Pertandingan ini bertujuan untuk menyemaikan dalam diri pelajar tentang cita-
cita pelajar perlu ditanam sejak awal lagi bertepatan dengan matlamat unit bimbingan dan kerjaya SMK
Mutiara Impian iaitu berusaha berusaha membantu pelajar untuk mencapai cita-cita murni mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pelajar.

Keempat,Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Mutiara impian,menjalankan Program Pemantapan Kerjaya
yang dikenali sebagai program “Masih Ada Yang Sayang”.Program ini memfokuskan pelajar yang
bermasalah di sekolah berpandukan buku rekod pemantauan sekolah.Program ini bertujuan untuk
membentuk tingkahlaku pelajar bermasalah ini kepada yang lebih baik.Guru kaunselor menerangkan
tentang peluang pekerjaan yang berkaitan unit awam seperti kerjaya sebagai pegawai polis,pegawai
tentera,pegawai bomba dan lain –lain unit keselamatan sera bagaimana untuk menyertai pasukan tersebut
dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.Program ini amat berkesan,setelah mendapat respon positif
daripada pelajar yang banyak ingin memilih berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.Program ini
diadakan di dewan sekolah tersebut yang disertai oleh badan disiplin dan badan kaunseling sekolah.

7
CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH.

Terdapat beberapa cadangan saya yang agak sesuai untuk menambahkan keberkesanan yang lebih
menyeluruh terhadap program kerjaya di sekolah antaranya ialah;

Pertama,Program Pendidikan Kerjaya perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah lagi dan tidak hanya
tertumpu kepada pelajar sekolah menengah sahaja.Hal ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang
kerjaya sejak di bangku sekolah rendah lagi.Hal ini akan lebih memudahkan pembentukan terhadap pelajar
di peringkat menengah kerana mereka sudah mempunyai asas di peringkat rendah.

Kedua,pengajaran subjek kerjaya sebagai subjek teras dalam kokurikulum.Pelajar diwajibkan mengikuti
kelas kerjaya pada setiap kali program kokurikulum.Ianya perlu dijalankan di setiap kali program
kokurikulum dijalankan pada jangka masa tertentu.Subjek ini boleh dikelolakan oleh Unit Pembimbing
Rakan Sebaya Sekolah yang dipandu oleh kaunselor sekolah dalam satu sesi kerjaya ringkas sebelum
memulakan aktiviti kokurikulum.Selain itu juga penubuhan kelab kerjaya juga diperlukan bagi
meningkatkan keberkesanan program kerjaya di sekolah.Kelab ini perlu sentiasa peka terhadap sumber-
sumber kerjaya yang sediada dan yang terkini untuk disampaikan kepada semua pelajar.Kelab ini boleh di
anggap sebagai media kepada pelajar untuk mengetahui tentang hal-hal kerjaya.

Ketiga,Menubuhkan makmal kerjaya di setiap sekolah.Makmal kerjaya ini perlu disediakan dengan
kelengakapan yang lengkap untuk membantu pelajar dalam bidang kerjaya seperti dipenuhi maklumat-
maklumat kerjaya,terdapat borang penilaian personaliti yang dapat membantu pelajar memilih kerjaya
yang sesuai,dan terdapat seorang penjaga makmal yang mahir tentang ilmu kerjaya untuk membantu
pelajar yang menggunakan makmal tersebut.

8
PENUTUP

Pendidikan kerjaya adalah sangat penting kerana bermatlamat untuk merangsang dan menggalakkan
individu dalam mencari maklumat,memproses maklumat dan mengintegrasikan maklumat.Pendidikan
kerjaya juga mampu mempertingkatkan keupayaan individu dalam membuat keputusan,memberi alternatif
untuk membuat tindakan melalui program yang terancang bagi melengkapkan individu dengan kemahiran-
kemahiran yang berguna untuk memulakan sesuatu kerjaya.

Pendidikan kerjaya juga berperanan memberi maklumat yang berterusan, membuat keputusan dan
tindakan melalui latihan semula dan peningkatan kemahiran.Umumnya,pandidikan kerjaya sama penting
dengan bimbingan kerjaya dan kaunseling kerjaya.

Dengan memiliki pendidikan dalam bidang kerjaya,ia akan dapat memudahkan pelajar lebih bersedia untuk
menerokai bidang kerjaya.Pendidikan kerjaya amat penting untuk diterapkan dalam diri setiap pelajar agar
mereka dapat memaksimakan potensi diri di tahap yang optima berdasarkan pengetahuan yang mereka
miliki.Oleh itu,pendidikan dari hari ke hari akan meningkat keperluannya dalam diri setiap individu,jesteru
itu seharunya kita bersama-sama sentiasa memperkembangkan pendidikan kerjaya ke arah pembangunan
yang positif.

9
Apa itu Kerjaya @ Pekerjaan @ Profesion ?
Salam hormat kepada semua pembaca. Semoga anda semua sentiasa gembira dan diberi ilham terbaik
dalam melalui apa sahaja peristiwa yang sedang anda lalui pada hari ini. Topik yang akan dibincangkan
dengan terperinci pada kali ini ialah definisi kerjaya. Apabila disebut tentang kerjaya, pelbagai persepsi dan
pandangan yang pastinya terbayang dalam minda setiap orang.

Kerjaya juga diambil dari kata kunci kerja yang didefinisikan sebagai pekerjaan atau sesuatu yg dilakukan
oleh seseorang untuk mencari nafkah atau pencarian dengan contoh ayat ada yang kerjanya berladang
dan ada pula yang berniaga. Kerja juga memberi banyak maksud lain antaranya sesuatu yngg mesti
dilaksanakan atau tugas. Ini digunakan dengan contoh ayat, tiap-tiap orang hendaklah menjalankan kerja
masing-masing. Makna ketiga perkataan kerja ini pula ialah kegiatan atau usaha melakukan sesuatu
dengan contoh ayat, kerjanya tiap-tiap hari tiada lain daripada membaca surat khabar.

Perkataan kerjaya dalam kamus dewan edisi keempat mendefinisikan bahawa, kerjaya ialah perjalanan
atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan dengan contoh ayat kerjaya Churchill
sebagai ahli politik. Kerjaya juga didefinisikan dengan profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara
mencari nafkah.

Namun jika difokuskan kepada perkataan pekerjaan, pekerjaan didefinisikan dengan sesuatu yg dilakukan
untuk mencari nafkah hidup atau pencarian. Dengan contoh ayat, pekerjaan mereka ialah bercucuk
tanam dan menangkap ikan. Selain itu pekerjaan juga didefinisikan sebagi sesuatu yang dikerjakan atau
yang dibuat dengan contoh ayat demikianlah pekerjaannya setiap hari. Kamus dewan juga memperincikan
perkataan kerja kepada pekerja. Pekerja ditafsirkan sebagai orang yang bekerja untuk memperoleh
pendapatan dengan contoh ayat tiga orang pekerja syarikat itu telah dipecat.

Jelas bahawa perkataan kerja, kerjaya dan pekerjaan merupakan perkataan yang sangat berkait rapat
dengan isu dan topik yang sedang dikupas. Umumnya, definisi dan makna kerja atau pekerjaan dikaitkan
juga dengan istilah profesion dan perjalanan atau kemajuan dalam sesuatu lapangan. Kamus dewan
mendefinisikan kerjaya sebagai profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
Apabila perkataan profesion atau pekerjaan itu dikupas, kamus dewan edisi kedua pula memaknakan
sebagai profésion atau pekerjaan yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yang melalui latihan
khusus dan berterusan. Dapat dirumuskan bahawa, terdapat dua kata kunci yang digunakan untuk definisi
istilah kerjaya dalam kamus dewan edisi keempat ini iaitu profesion atau pekerjaan dan nafkah.

Seterusnya, istilah kerja, pekerja dan pekerjaan juga dengan istilah nafkah. Istilah nafkah pula diperincikan
dengan makna wang (makanan) yang diperlukan untukk hidup atau sara hidup dengan contoh ayat, siapa
yg menanggung nafkah anak yatim itu?. Definisi istilah nafkah yang seterusnya ialah makanan sehari-hari
atau rezeki dengan penggunaan contoh ayat mencari nafkah atau mencari rezeki (bekerja untuk
mendapatkan rezeki). Makna istilah nafkah yang lain pula ialah perbelanjaan yang wajib diberikan oleh
suami kepada isterinya dengan contoh penggunaan ayat suami wajib menanggung nafkah isterinya.
Definisi keempat bagi istilah nafkah ialah pendapatan atau gaji atau menafkahi atau memberi nafkah atau
menyarai hidup seseorang atau menafkahkan atau mengeluarkan (wang) untuk makanan sehari-hari atau
membelanjakan (wang).

10
Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua Nafkah juga diertikan sebagai wang, makanan yang diperlukan untuk
hidup atau sara hidup atau perbelanjaan yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya atau makanan
sehari-hari atau rezeki. Contoh penggunaan ayat istilah nafkah pula seperti, mencari nafkah atau bekerja
untuk mendapatkan rezeki. Definisi lain pula ialah menafkahi atau memberikan nafkah kepada atau
menyara hidup seseorang dengan contoh penggunaan ayat ayah bekerja keras untuk nafkah kami
sekeluarga.

Dengan penerangan-penerangan istilah kerja, pekerjaan,kerjaya dan nafkah, jelas bahawa, perkaitannya
begitu ketara dan sangat memberi impak kepada kehidupan seseorang manusia. Tambahan lagi, istilah-
istilah ini juga dikaitkan dengan perjalanan dan kemajuan seseorang dan menyara kehidupan. Ini
bermakna, sesuatu pekerjaan, profesion yang ingin disandang memerlukan tempoh masa yang tertentu
dan seseorang itu perlu melalui proses tertentu untuk mencapai sesuatu profesion. Tambahan lagi, ia juga
dikaitkan dengan kelayakan atau pendidikan berkaitan atau latihan ikhtisas tertentu. Dalam erti kata lain,
jika dikatakan sebagai perjalanan ini pastinya merupakan satu proses dan perubahan tahap perkembangan
seorang manusia dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang baharu atau lebih baik.

Ini bermakna, profesion atau pekerjaan yang ingin disandang haruslah hadir dengan pengetahuan atau
kemahiran berkaitan dengan sesuatu profesion. Pastinya, pengetahuan dan kemahirann yang berkaitan itu
dibuktikan dengan pengiktirafan dari badan –badan yang disahkan atau dokumen tertentu. Bukti
pengiktirafan yang disahkan ini sangat penting untuk menjamin kualiti dan pengendalian yang tepat dan
betul oleh seseorang. Jika dilihat secara umum juga, terlalu banyak firma atau institusi yang melatih
profesion atau pekerjaan sama ada berbayar atau tidak berbayar dan pastikan peserta akan mendapat
pengiktirafan diperingkat sijil, diploma, ijazah dan sarjana.

Dengan penjelasan-penjelasan yang dikupas dari akar kata diatas, dapat disimpulkan bahawa kerjaya
merupakan pekerjaan yang dilakukan atau ditadbir oleh pekerja yang bertauliah melaui proses dan tempoh
masa tertentu sebagai sebagai sumber pendapatan. Semoga penjelasan ini dapat memberi gambaran
secara umum berkaitan definisi kerjaya.

Sekian terima kasih.

AzizahSidi

Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016.

11

Anda mungkin juga menyukai