Anda di halaman 1dari 34

KKC 3013 BIMBINGAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA

TEORI BERFOKUSKAN PROSES

AHLI KUMPULAN: NURUL SYAKILA BT MOHAMED DARUSSALAM NUR HEIDA SHAMIRA BT HAIDZIR PUTERI YUHANIS BT MOHD NOR NUR ARFAH BT RAIL AA16: BACHELOR OF PSYCHOLOGY D20121057643 D20121057636 D20121057615 D20121057703

KUMPULAN: A

PENSYARAH DR. NORAINI BINTI HJ. ISMAIL FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

ISI KANDUNGAN ISI 1.0 Pengenalan 2.0 Teori Super 2.1 Latar Belakang Teori Super 2.2 Konsep Teori Super 2.3 Teori Perkembangan Kerjaya Super 2.4 Elemen Asas dan Faktor-faktor Mempengaruhi Kerjaya Teori Super 2.5 Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri dalam Memilih Kerjaya 2.6 Tugas-tugas Perkembangan Kerjaya 2.7 Pelangi Kerjaya Kehidupan 2.8 Model Pintu Penentu Kerjaya 3.0 Teori Ginzberg 3.1 Latar Belakang Teori Ginzberg 3.2 Konsep dan Maksud Teori Ginzberg 3.3 Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya 3.4 Peringkat Perkembangan Kerjaya 3.5 Perbezaan di antara Teori Super dan Ginzberg 3.6 Persamaan antara Teori Super dan Ginzberg 4.0 Teori Gottfredson 4.1 Latar Belakang Teori Gottfredson 4.2 Konsep Utama Teori Gottfredson 4.3 Teori Individual oleh Gottfredson 5.0 Rumusan Bibliografi MUKA SURAT 1

2 3 4-5 6-8 8-12 13 14-15 16-17

18 19 20 21-22 23 23

24 25-27 28-30 31

1.0 PENDAHULUAN Proses pemilihan kerjaya ini mempunyai tiga teori yang boleh dirujuk dan digunapakai dalam aspek memilih kerjaya di mana teori tersebut adalah teori Super, Ginzberg dan Gottfredson. Teori-teori ini merupakan satu peringkat perkembangan kerjaya yang digunakan sebagai panduan dan sokongan kepada masyarakat masa kini untuk memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan diri seseorang individu. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga teori ini membawa maksud yang sama iaitu merujuk kepada perkembangan individu dari kecil sehinggalah ia membesar walaupun ada sedikit perbezaan dari sudut pandangan pelopornya. Antara kandungan teori Super yang akan dibincangkan adalah maksud atau konsep yang tepat serta pendekatan yang digunakan beserta unsur yang dikemukakan seperti kematangan vokasional dan corak kerjaya itu sendiri. Seterusnya penjelasan tentang elemen-elemen yang mempengaruhi kerjaya seseorang seperti faktor sosioekonomi,status dan faktor ekonomi dan lain-lain akan diterangkan, kemudian penjelasan mengenai peringkat-peringkat

perkembangan pemilihan kerjaya seseorang bermula daripada kecil sehinggalah ia membesar dimana terdapat 5 peringkat iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengekalan, penstabilan dan penurunan. Selain itu dalam teori Super kita akan dapat memahami tentang elemen-elemen asas pembentukan teori super dan juga tugas-tugas perkembangan kerjaya mengikut Super. Teori Ginzberg pula adalah hasil idea daripada empat orang pakar dari bidang yang berbeza dan mementingkan aspek ekonomi disebabkan oleh pelopornya iaitu Gizberg ialah ahli ekonomi. Dalam teori Ginzberg, sama seperti teori Super yang mana proses pemilihan kerjaya bermula sejak kecil dan dalam satu jangkamasa yang lama. Individu tidak boleh berpatah balik setelah membuat pemilihan muktamad mengenai kerjaya mereka kerana jangkamasa yang lama telah diberikan untuk membuat pilihan. Terdapat tiga peringkat di dalam teori Ginzberg iaitu fantasi, percubaan dan realistik. Selain itu, teori Gottfredson pula mengfokuskan kepada perspektif individu itu sendiri terhadap pilihan kerjayanya. Faktor penting dalam teori ini yang melibatkan pemilihan kerjaya seseorang individu ialah persekitarannya. Teori ini percaya bahawa untuk memilih sesuatu bidang kerjaya, kesesuaian antara individu dengan persekitaran dan pekerjaan yang dipilih harus wujud. Tetapi, teori ini jarang digunakan di antara teori proses yang lain kerana tidak mampu memberikan kenyataan yang pasti mengenai pemilihan kerjaya dari sudut persekitaran.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER 2.1 Latar Belakang Teori Super Teori Super telah diasaskan oleh Donald E. Super yang merupakan pengkaji yang memperkenalkan teori kerjaya. Donald Super dilahirkan pada 10 Julai 1910 di Honolulu, Hawaii. Bapanya merupakan seorang yang pakar dalam kakitangan kerja manakala ibunya seorang penulis. Super dan abangnya mengikuti sebuah sekolah rendah di Upper Montclair, New Jersey apabila ayahnya ditempatkan di pejabat YMCA di New York. Keluarga Super berpindah ke Warsaw, Poland semasa dia berusia 12 tahun. Super mengalami peristiwa sedih apabila beliau kehilangan abangnya yang menderita penyakit yang membawa maut. Komitmen dan sumbangan Super kepada Gerakan Bimbingan Vokasional, Psikologi Kaunseling termasuk Kaunseling Kerjaya dan Perancangan Hidup diiktiraf oleh ahli akademik. Rentetan itu, Super memulakan kerjayanya sebagai kaunselor YMCA sepanjang tahun 1930-an sehingga 1940-an. Super juga merupakan pengasas dan pengarah Cleveland Perkhidmatan (Ohio) Bimbingan dan pengarah Biro Pelajar Clark Universiti Personel sepanjang kariernya. Disebabkan minat yang mendalam Super dalam menyusun maklumat, ianya membawa Super kepada integrasi pengetahuan yang sedia ada tentang bimbingan vokasional. Semasa gabungan beliau dengan YMCA, Super mengumpul maklumat tentang pekerjaan di Cleveland dalam Projek Penyusunan beliau. Super menerbitkan buku pertamanya tentang Bimbingan Vokasional, dan Dinamik Pelarasan Vokasional pada tahun 1942. Naskahnya dibentangkan dan menjadi bukti bahawa pilihan pekerjaan sebagai satu proses dan bukannya satu acara dalam kehidupan individu. Super juga dilantik menjadi presiden Bahagian APA Psikologi Kaunseling. Pada tahun 1983, beliau menerima Anugerah Persatuan Psikologi Amerika untuk Sumbangan Cemerlang Saintifik menerusi Permohonan Psikologi. Beliau juga merupakan penerima Doktor Muda Sains dari Universiti Oxford.hSuper meninggal dunia pada 21 Jun 1994 pada usia 83 tahun.

2.2 Konsep Teori Super Teori Super memfokuskan kepada konsep kendiri dalam pemilihan kerjaya dan hala tuju hidup. Menurut teori ini, individu membuat pilihan vokasional melalui pemahaman diri sendiri yang berkembang dari semasa ke semasa. Kepuasan bekerja dapat diekspresikan melalui komitmen dan peranan individu tersebut dalam melaksanakan kerjayanya dan membangunkan konsep kendiri mereka. Teori ini bermula dengan usaha penambahbaikan dan pembangunan oleh Super daripada hasil kerja rakan sekerja Eli Geinzberg. Menurut Super (Isaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman. Dimensi-dimensi ini mewujudkan perbezaan dan persamaan antara individu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai. Perkembangan kerjaya individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluan,

kebijaksanaan, minat, nilai, sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan sekolah.

Konsep kendiri melalui pertumbuhan fizikal dan mental merujuk kepada keadaan biologi dan psikologi seseorang itu dari sudut fizikal termasuklah keadaan persekitaran sama ada baik atau pun buruk kemudian merujuk kepada keupayaan,kebolehan dan sebagainya. Manakala mental pula akan berfungsi dalam membantu individu tersebut untuk membentuk kendiri ke arah memilih kerjaya. Seterusnya ialah aspek pemerhatian kerjaya. Ianya merujuk kepada individu yang melakukan pemerhatian dalam semua kerja yang wujud, kemudian mengambil maklumat dan mengintepresikan nilai kerja tersebut dalam diri mereka sehingga terbentuk konsep kendiri yang memberi rangsangan kepada individu tersebut. Kemudian individu yang mengenal pasti sesuatu karier melalui kerjaya orang dewasa akan dipengaruhi dan seterusnya individu tersebut mula untuk membuat pertimbangan dan mengambil iktibar sehingga membina satu konsep kendiri dalam diri iaitu mahu mendapatkan kerjaya tersebut. Disamping itu pengalaman-pengalaman umum akan mendorong individu dalam membina konsep kendiri apabila sesuatu situasi itu memberi inspirasi,dorongan,motivasi dan juga semangat dalam diri untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

2.3 Teori Perkembangan Kerjaya Super Super lebih gemar menggunakan pendekatan berbanding menggunakan teori. Super mencadangkan pendekatan yang dibawanya boleh diberikan dalam kategori differential iaitu perbezaan, development iaitu perkembangan dan social phenomenological psychology iaitu fenomena psikologi sosial. Maksud differential (pembezaan) adalah melihat kepada kebolehan, potensi, keupayaan, kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh seseorang secara semula jadi, dimana ia akan mempengaruhi pemilihan kerjaya di masa hadapan dan faktor pembezaan ini merupakan cara mengukur kesepadanan individu dalam mencari kerjayanya. Seterusnya adalah development (perkembangan) dimana ia merujuk kepada peringkat-peringkat perkembangan individu dalam pemilihan kerjaya dimana setiap tahap peringkat ini mempunyai beza dan berkembang mengikut urutan. Kemudian social phenomenogical phychology (fenomena psikologikal sosial) pula merujuk kepada keadaan biologi dan sikologi seseorang. Dalam biologi akan dilihat dari segi latar belakang, status sosioekonomi dan faktor politik dan juga melihat kepada ilmu yang dimiliki dalam diri seseorang dan semua ini akan membantu proses memilih kerjaya dalam teori ini. Super juga telah mengambil kira empat unsur utama dalam pendekatannya iaitu peringkat hidup semasa mencari vokasional, kematangan vokasional, pemindahan konsep kendiri kepada konsep kendiri vokasional dan corak kerjaya itu sendiri. Peringkat hidup semasa mencari vokasional merupakan tahap seseorang individu untuk menguasai dan mencari segala kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seseorang dalam

memperkembangkan kemahiran yang sedia ada selain menguasainya untuk persediaan sebelum memasuki ke alam kerjaya mengikut urutan setiap peringkat-peringkat iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, penstabilan dan penurunan. Selepas memperolehi segala ilmu kemahiran dalam diri, kematangan vokasional merupakan aspek penting dalam membolehkan kemahiran yang telah dikuasai itu dikembangkan lagi ataupun ditingkatkan lagi tahap kualitinya agar, individu tidak ada masalah dalam membuat pemilihan kerjaya setelah karier yang dipilih itu bersesuaian dengan dirinya. Seterusnya pemindahan konsep kendiri kepada konsep kendiri vokasional adalah salah satu cara untuk mempastikan kerjaya yang dipilihnya tidak menimbulkan sebarang masalah oleh individu berkenaan.Konsep kendiri iaitu penilaian terhadap diri sendiri seperti kebolehan, potensi dan bakat akan

diaplikasikan dalam konsep kendiri vokasional yang dimiliki oleh seseorang dalam kerjaya yang dipilihnya. Seperti yang diterangkan oleh pelapor teori ini iaitu Super E Donald, konsep kendiri merupakan satu penilaian individu terhadap dirinya sendiri dalam kehidupan seharian,dan dalam penilaian ini ada cara dan aspek yang perlu ditekankan. Individu akan membuat penilaian dengan mencari segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam dirinya untuk bertindak balas terhadap persekitarannya iaitu memilih bidang kerjaya dengan syarat seseorang itu tanpa bergantung kepada orang persekitaran. Dalam membuat penilaian sendiri iaitu (secara semulajadi) terdapat dua aspek yang dilihat untuk mendapatkan nilai yang ada dalam dirinya iaitu pertama sekali ialah sedar dimana kita menilai dengan sendiri apa yang kita rasa,segala kekuatan,kelemahan,bakat dan potensi dalam diri melalui interaksi terhadap persekitaran. Manakala bagi perkara yang tidak disedari adalah sesuatu nilai yang ada dalam diri kita,tidak dapat dikenalpasti secara peribadi,namun dengan penilaian orang lain melalui penglibatan aktiviti sosial,maka disitu orang akan melihat kelebihan.potensi,bakat dan sebagainya. Menurut kajiannya lagi individu akan mencari dirinya sendiri, memahami dirinya, kemudian mengambil tindakan mengikut kemampuan diri untuk memperkembangkan vokasional dan juga nilai yang ada dalam dirinya. Jika peringkat perkembangan konsep kendiri tidak berjalan dengan lancar, maka individu akan menghadapi kesukaran dalam menentukan proses pemilihan kerjaya pada peringkat seterusnya yang menyebabkan individu sukar untuk memperolehi kepuasan dalam kerjayanya.

2.4 Elemen Asas dan Faktor-Faktor Mempengaruhi Keputusan Kerjaya Teori Super Super mengklasifikasikan elemen asas dalam pembentukan teorinya berdasarkan pembezaan individu, potensi yang berlainan, corak kebolehan bekerja, identifikasi dan model peranan, peringkat kehidupan, dan corak kerjaya. a) Pembezaan individu. Menurut Super (dlm Brown & Brocks) pembezaan individu merujuk kepada perbezaan konsep kendiri seseorang secara realitinya dimana kita boleh melihat melalui minat terhadap kerjaya yang bermula dari peringkat awal pertumbuhan oleh seseorang,kemudian kebolehan yang ada dalam diri individu secara luar biasa boleh dinilai sebagai langkah menceburi dalam bidang kerjaya dan juga potensi seseorang yang meliputi aspek fizikal,emosi dan mental,jasmani dan rohani. b) Potensi yang berlainan Seseorang individu mempunyai potensi yang berbeza terutamanya dalam aspek kemampuan dan keupayaan untuk bertindak dalam menentukan apa jenis kerjaya yang diceburi. Aspek ini penting dalam kaunseling kerjaya untuk membuat penilaian terhadap individu, kerana setiap individu mempunyai potensi yang berlainan dan sudah tentu bidang kerjaya adalah berbeza yang ingin diceburi. c) Corak kebolehan bekerja Setiap kerjaya yang diceburi oleh individu mempunyai corak dan ciri tertentu yang merujuk kepada kebolehan, minat dan tret-tret personaliti seseorang. Justeru itu individu akan membuat pertimbangan terhadap pekerjaan yang dapat dilakukan pada satu masa dan sebaiknya boleh membuat kerja yang berlainan dalam satu-satu masa. d) Identifikasi dan model peranan Berdasarkan identifikasi dan model peranan, pihak pengamal psikologi dan kaunseling boleh mengenal pasti tahap perkembagan individu dengan cara soal selidik,atau menggunakan kaedah inventori serta temu bual keluarga dan remaja yang lain atau individu yang signifikan dalam kehidupanya untuk mengenalpasti apakah model-model dan perkara yang boleh mendorong,memberi semangat dan motivasi dalam proses pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupannya.

f) Peringkat kehidupan Elemen ini menekankan tentang proses perkembangan kerjaya seseorang bermula dari usia awal sehinggalah mencapai kerjayanya dan ini dinamakan sebagai satu edaran mini dan edaran maksi atau dikenali sebagai edaran jangka pendek atau jangka panjang yang berlaku kepada personaliti individu tersebut secara berperingkat-peringkat mengikut tahap perkembangannya. f)Corak kerjaya Dalam menceburi alam pekerjaan, corak kerjaya yang dipamerkan oleh seseorang akan ditentukan oleh tahap sosioekonomi ibubapa, kebolehan mental, pendidikan, kemahiran, ciriciri personaliti, kehendak nilai, minat, tret dan konsep kendiri serta kematangan kerjaya dan ini merupakan faktor utama dalam mempengaruhi prestasi kerjaya . Menurut Super lagi dalam (Weinrach 1979) megatakan bahawa sesuatu keputusan kerjaya dalam kehidupan seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor penentu iaitu penentu ekonomi, penetu sosial, dan penentu psikologi. Dalam penentu ekonomi,terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang seperti perdangangan, perubahan teknologi dan peperangan. Apabila

keadaan keseluruhan perdangangan dalam negara tidak stabil berlanjutan ini akan menjejaskan pendapatan rakyat dan sudah tentu mengalami masalah kewangan. Apabila berlaku sedemikian maka berlakulah migrasi penduduk ke satu tempat baru semata-mata mencari keadaan ekonomi yang baik. Manakala perubahan teknologi turut mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang, melalui teknologi yang semakin canggih, moden dan hebat, maka individu akan lebih tertumpu kepada keadaan kecanggihan teknologi untuk mencari peluang pekerjaan dan seterusnya berubah kerjayanya. Selain itu, peperangan yang berlaku juga menyebabkan pemilihan kerjaya dipengaruhi dimana ia membahayakan keselamatan awan dan menganggu perjalanan ekonomi dalam negara. Untuk penentu sosial ia melibatkan beberapa aspek yang menyebabkan pemilihan kerjaya seseorang terganggu seperti jantina, agama, kewarganegaraan, pelajaran dan sosioekonomi. Sekirannya individu mengalami satu daripada keadaan yang dinyatakan ,misalnya tahap pelajaran rendah dan sosioekonomi rendah, menyebabkan proses memilih kerjaya akan terganggu dan keputusan yang diambil oleh individu tersebut juga dalam keadaan yang rendah berbanding dengan orang lain.

Penentu psikologi ini merupakan penentu yang utama dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Sekirannya individu memiliki warisan keluarga yang berstatus tinggi atau berprofail tinggi maka secara amnya anak berpotensi untuk menjadi orang yang berstatus tinggi. Selain itu aspek kebolehan,bakat dan kecerdasan minda seseorang akan mempengaruhi proses memilih kerjaya dalam hidupnya.

2.5 Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri dalam Memilih Kerjaya Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamumudin Hj. Ismail, 1997) telah menekankan wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti peringkat perkembangan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan peringkat penurunan.

pengukuhan

pengekalan

penerokaan

penurunan perkembangan

Peringkat perkembangan menjelaskan mengenai pembentukan konsep kendiri oleh seseorang individu dengan mengenal pasti orang-orang yang signifikan dalam keluarga dan sekolah. Dalam peringkat perkembangan, peringkat umur yang terlibat ialah dalam lingkungan baru lahir sehingga 14 tahun. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat perkembangan fizikal dan psikologikal. Pada peringkat ini, individu akan membentuk sikap, mekanisme tingkah laku, pengamatan berdasarkan pengalaman, latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pilihan terakhir dalam kerjaya. Individu juga semakin sedar bahawa pekerjaan adalah aspek dalam kehidupan. Mereka pada peringkat ini akan menonjolkan minat dan kebolehan dengan

menceburi dirinya dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah atau di rumah. Super telah membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu: Bahagian fantasi - 4 hingga 10 tahunh Bahagian minat - 11 hingga 12 tahun Bahagian kebolehan - 13 hingga 14 tahun

Peringkat penerokaan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu: Bahagian tidak tetap - 15 hingga 17 tahung Bahagian peralihan - 18 hingga 21 tahun Bahagian percubaan - 22 hingga 24 tahun

Dalam peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga dan sekolah adalah amat penting. Di peringkat ini, individu akan cuba-cuba untuk bekerja secara sambilan untuk menerokai dunia pekerjaan yang sebenar. Ketika ini jugalah individu mencari kerjaya yang sesuai dan yang mereka minati. Peringkat ini pula terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa tentatif dan realistik. Pada fasa tentatif, individu akan menghadapi beberapa ketidakpastian tentang keupayaan, latihan yang disediakan, peluang pekerjaan dan senarai pemilihan yang mungkin juga menjadi sempit dan terhad. Fasa relatif pula, individu akan lebih menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat memberikan peluang-peluang yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya. Peringkat pengukuhan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam lingkungan 25 hingga 44 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada dua bahagian, iaitu; Bahagian percubaan - 25 hingga 30 tahun Bahagian kestabilan 31 hingga 44 tahun

Bahagian percubaan dikenali sebagai fasa percubaan. Semasa fasa percubaan, individu mula memperlihatkan hubungan antara pertemuan awal dengan pengalaman bekerja. Ketika ini individu akan sentiasa mencuba, meninjau dan menilai untuk memastikan pilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan. Bahagian kestabilan pula dikenali sebagai fasa stabil. Pada peringkat ini, individu sudah mempunyai pegangan

dan pendirian yang kukuh dalam pemilihan kerjayanya. Individu mula yakin bahawa kerjaya yang dipilih olehnya adalah bersesuaian dengan dirinya kerana pelbagai pengalaman telah ditimba sepanjang pengukuhan kerjayanya yang menjadikannya cekap dalam melakukan tugas serta memberi kepuasan dalam hidupnya. Tahun-tahun sepanjang fasa stabil merupakan tahun yang paling kreatif bagi individu kerana individu sudah mahir dan stabil dalam bidang yang diceburi dan mampu mencurahkan pelbagai bakti dan idea untuk terus maju. Peringkat pengekalan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Pada peringkat ini, individu akan cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Dalam pada masa yang sama, individu akan terus melakukan pekerjaan yang memberikan kepuasan kepadanya serta melakukan refleksi diri untuk memperbaiki dirinya. Peringkat penurunan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam lingkungan 65 tahun ke atas. Ketika ini, individu menghampiri waktu pencen. Semasa peringkat ini individu melaksanakan tugas dengan output yang minimum disebabkan oleh faktor daya kekuatan fizikal dan mental menurun. Maka, aktiviti kerja mula bertukar dari atas ke bawah. Produktiviti menurun tergambar melalui kerja-kerja tersangkut, bentuk kerja bertukar dan kebolehan diri turut merosot. Jadual 1 Tahap Perkembangan: Lingkungan Umur 0 sehingga 14 tahun Ciri-ciri Memperoleh pemahaman kendiri serta pemahaman keseluruhan 1. Fantasi 2. Minat 3. Kebolehan mengenai dunia pekerjaan 4 hingga 10 tahun 11 hingga 12 tahun 13 hingga 14 tahun Main peranan fantasi mengenai dunia pekerjaan. Kegemaran kanakkanak mempengaruhi aspirasi kerjaya. Mempunyai pandangan realistik mengenai dunia pekerjaan. Memberi pertimbangan terhadap kebolehan dan keperluan pekerjaan.

Penerokaan:

14 hingga 24 tahun

Melibatkan diri dengan kerja sambilan. Mengenalpasti bidang kerja yang

1. Tentatif 2. Transisi 3. percubaan

15 hingga 17 tahun 18 hingga 21 tahun 22 hingga 24 tahun

sesuai dengan diri. Memperoleh kelayakan akademik atau latihan ikhtisas berhubung dengan sesuatu bidang kerjaya atau mula bekerja. Menceburi diri dalam pekerjaan pertama.

Pengukuhan:

25 hingga 44 tahun

Telah mengenalpasti bidang kerja yang ingin diberi komitmen. Sama ada kekal dengan sesuatu

1. percubaan 2. kestabilan

25 hingga 30 tahun 31 hingga 44 tahun

pekerjaan atau cuba menerokai bidang kerjaya yang lain. Mula berasa stabil dalam bidang kerjaya yang diceburi.

Pengekalan

45 hingga 64 tahun

Menikmati kestabilan dalam pekerjaan dan berusaha mengekalkan status sebagai seorang ahli professional yang senior.

Penurunan

Mula pada umur 64 tahun

Menyesuaikan diri dengan persaraan. Menerima kemerosotan dari segi kebolehan dan kemahiran mental dan fizikal.

Gambar rajah peringkat perkembangan konsep kendiri dalam memilih kerjaya.

2.6 Tugas-Tugas Perkembangan Kerjaya Berdasarkan peringkat perkembangan kerjaya seseorang, tugas perkembangan kerjaya seperti dalam jadual akan menerangkan tentang sifat-sifat manusia yang lebih spesifik. Tugas-tugas perkembangan kerjaya Umur Sifat-sifat umum

Proses membentuk 1 matlamat umum kerjaya menerusi nilai-nilai dalam diri sendiri:

Kristalisasi 14 ahun- 18 tahun

Kesedaran Minat Nilai-nilai Perancangan kerjaya individu

Penerokaan

18 ahun- 21 tahun

Pemilihan cadangan kerjaya dengan membuat pemilihan satu kerjaya tertentu sahaja dengan memulakan penerokaannya dari pelbagi sumber maklumat.

Pelaksanaan

21 tahun- 24 tahun

Memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki bidang pekerjaan

Kestabilan

24 tahun -35 tahun

Menetapkan pemilihan kerjaya berdasarkan pengalaman kerja.

Pilihan kerjaya yg dipilih adalah tepat.

Pengukuhan

35 tahun ke atas

Kemajuan dlm kerjaya Status Senioriti @ kekananan

Sumber: Mohd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar(1989)

2.7 Pelangi Kerjaya Kehidupan Super telah memperkenalkan konsep pelangi kerjaya kehidupan atau life-stage model sebelum kematiannya. Rajah grafik dua dimensi ini membentangkan satu dimensi membujur jangka hayat yang dikenali sebagai maxicycle dan sejajar dengan peringkat kehidupan utama iaituminicycles. Dimensi yang lain pula mempamerkan ruang kehidupan atau peranan yang dimainkan oleh individu sepanjang peringkat perkembangan.

Super terus membangunkan idea-idea beliau dalam tempoh lima puluh tahun, dengan memperkenalkan pelangi hidup kerjaya (1980, p289) dan menunjukkan kemajuan yang ketara. Ia menekankan kepentingan yang berbeza serta peranan yang dimainkan oleh individu pada pelbagai peringkat umur kehidupan mereka (khususnya kanak-kanak, pelajar,ibu bapa ,warganegara, pekerja, suami, suri rumah dan pesara) dan konsep ruang kehidupan (iaitu empat teater kehidupan utama: rumah, komuniti, pendidikan dan kerja).

Super menggunakan konsep peranan untuk menggambarkan banyak aspek kerjaya di seluruh jangka hayat seseorang individu. Sesetengah idea-idea utama termasuk: bilangan peranan bermain seorang individu akan berbeza-beza; semua peranan tidak `dimainkan' oleh semua orang; peranan masing-masing mempunyai perbezaan kepentingan pada masa yang berlainan bagi individu (contohnya pelajar); dan kejayaan peranan dalam sesuatu kerja cenderung untuk memperoleh kejayaan.

Pembangunan idea-idea beliau mengenai konsep kendiri dan pelarasan vokasional mengakibatkan bimbingan vokasional berkembang sebagai: proses membantu seseorang

untuk membangunkan bersepadu dan gambaran yang mencakupi dirinya dan peranannya dalam dunia kerja, untuk menguji konsep ini terhadap realiti dan menukarkan ia menjadi kenyataan, dengan kepuasan kepada dirinya dan faedah kepada masyarakat (Super, 1988, p357)

2.8 Model Pintu Gerbang Penentu Kerjaya

Super (1990) membangunkan Model Archway kerana beliau mahu menggambarkan dengan lebih jelas faktor-faktor biologi, psikologi dan sosio-ekonomi dalam pilihan kerjaya dan pembangunan. Tiang kanan dan kiri Model Archway mencerminkan asas biografi dan geografi perkembangan manusia (Super, 1990). Lajur masyarakat pada tiang geografi mencerminkan pembolehubah seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, ekonomi, pasaran

kerja dan dasar sosial. Lajur personaliti pada tiang biografi mencerminkan pembolehubah seperti nilai, keperluan, minat, kecerdasan, kebolehan am dan kebolehan khas. Ia menerangkan tentang pembolehubah dalam setiap lajur akan berinteraksi antara satu sama lain. Model Archway adalah wakil perkembangan pemilihan kerjaya seseorang termasuk peringkat pembangunan, peranan diri konsep, pembelajaran sosial, dan membuat keputusan.

Kaunselor tahu ia adalah penting untuk memahami orang holistik (Arredondo et al., 1996). Model Archway bertujuan untuk menangani pembolehubah dalam pembangunan kerjaya, tetapi ia tidak mengenal pasti orientasi seksual sebagai pembolehubah berpotensi. Ramai ilmuan mengakui bahawa orientasi seksual merupakan satu ciri penting biografi dalam pembangunan kerjaya (Dunkle, 1996; Fassinger, 1995; Morgan & Brown, 1993; Nauta, Saucier, & Woodard, 2001).

3.0 TEORI GINZBERG 3.1 Latar Belakang Teori Teori Ginzberg merupakan teori kedua yang memberi fokus utama kepada pemilihan kerjaya seseorang dan teori ini mempunyai persamaan yang nyata dan mempunyai sedikit perbezaan dengan teori Super dan Gottfredson. Secara khususnya, teori ini masih kurang dari segi maklumat, ulasan dan penerangan yang mendalam dan luas berbanding dengan teori Super. Buktinya, pelapor teori super mengatakan bahawa teori Ginzberg masih lemah dan banyak fakta serta maklumat yang kurang kerana pada asalnya teori ini diambil daripada teori Super. Namun, penyataan ini tidak boleh menghalang teori Ginzberg daripada dirujuk dalam proses pemilihan kerjaya. Antara kandungan di dalam teori Ginzberg yang dibincangkan termasuklah konsep dan maksud teori ini secara mendalam. Kemudian penerangan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupan misalnya nilai yang dipegang oleh individu tersebut, keadaan persekitaran dan sebagainya. Kemudian, peringkat perkembangan kerjaya diterangkan sehinggalah kepada perbezaan dan persamaannya. Teori Ginzberg menyatakan bahawa pemilihan kerjaya berlaku sejak kecil dan di dalam jangka masa yang lama melebihi 10 tahun. Proses pemilihan kerjaya menurut teori ini akan berakhir dan menemui jalan penyelesaiannya apabila wujudnya kompromi di antara nilai, minat, kelebihan dan peluang-peluang pekerjaaan yang ada. Kajian mereka juga terdiri daripada temu duga antara pelajar dan melalui kajian literatur. Memandangkan kajian mereka khusus untuk remaja dan kanak-kanak, mereka membahagikan kepada tiga peringkat dalam proses pemilihan. Secara umumnya, Ginzberg (1984) melihat proses memilih pekerjaan sebagai satu langkah optimum, satu keperluan dan keinginan terhadap kekangan dan peluang yang terdapat dalam persekitaran kerja. Pandangan ini menunjukkan keluasan model beliau walaupun perbincangan hanya tertumpu kepada perkembangan minat, kebolehan dan nilai.

3.2 Konsep dan Maksud Teori Teori Ginzberg merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam jangka masa yang panjang iaitu lebih daripada 10 tahun dalam membantu mengembangkan dan membentuk nilai yang ada pada seseorang dalam pemilihan kerjaya dan terdapat beberapa konsep yang digunakan untuk menjelaskan teori ini. Teori gagasan dan hasil penelitian Ginzberg merupakan teori yang berbeza daripada teori tret dan faktor yang bersifat statis, teori Ginzberg merupakan teori perkembangan kerjaya. Teori karier dari Ginzberg merupakan yang pertama memfokuskan proses pemilihan karier berdasarkan tahap perkembangan individu. Idea dasar teori ini mencul apabila ada anggapan bahawa proses pemilihan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan individu itu sendiri. Dalam teori

Ginzberg,mengikut kajiannya proses perkembangan dalam individu memilih kerjaya sehinggalah memperolehinnya adalah tidak boleh berpatah balik. Ginzberg mengatakan bahawa dalam proses perkembangannya ia akan berakhir apabila wujud kompromi antara minat,kebolehan,nilai dan peluang-peluang yang ada dalam diri individu dan ianya memberi tindak balas kepada karier seseorang. Teori Ginzberg dikembangkan pada tahun 1951 iaitu teori awal yang dikembangkan terdiri dari tiga konsep utama iaitu proses, irreversibility (ketetapan) dan kompromi (compromise). Konsep proses yang dimaksudkan merupakan proses penetapan pemilihan karier yang muncul semenjak awal masa remaja hingga akhir masa remaja, atau menginjak masa pada individu mencecah usia 20 tahun. Pada usia ini, dimana individu mulai meyakini harus membuat komitmen terhadap pemilihan karier atau pekerjaan. Komitmen terhadap pemilihan karier yang harus dilakukan oleh inidividu bersifat kekal yang difahamkan berkerja untuk kehidupan. Irreversibility atau ketetapan pemilihan karier didasarkan pada satu anggapan bahawa proses pendidikan atau pelatihan yang pernah dialami oleh individu dapat mengantarkan individu pada suatu keadaan dimana individu dapat memperoleh kesempatan untuk mengubah pilihan kariernya. Konsep lain dalam pilihan karier menurut Ginzberg didasarkan berkaitan dengan kompromi individu yang berhubung rapat melalui minat dan kemampuan dan kesesuaiannya dengan reality dan alam pekerjaan. Pemilihan pekerjaan oleh Ginzberg diklasifikasikan dalam tiga tahap utama iaitu peringkat fantasi, peringkat percubaan dan peringkat realistik.

3.3 Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Menurut Ginzberg (Weinrach 1979) telah merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupannya iaitu nilai yang dipegang oleh individu. Nilai yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada kebolehan,bakat,potensi dan keupayaan seseorang dalam memilih pekerjaan yang dipilihnya dan dengan nilai inilah individu akan bertindak balas terhadap persekitaran untuk mendapatkan keperluan diri. Seterusnya keadaan persekitaran sebenar. Merujuk kepada keadaan persekitaran yang sebenar, individu akan mengintepresikan dirinya dengan keadaan persekitarannya sama ada persekitaran itu mengalakkan seseorang ataupun sebaliknya dalam memberi gambaran terhadap kerjaya yang akan dipilihnya. Selepas itu, atribut psikologi seperti personaliti, minat, kecerdasan, sikap dan konsep kendiri. Bagi atribut psikologi ini, sama ada semua atribut ini saling bertolak ansur ataupun sebaliknya ia tetap memberi pengaruh terhadap pemilihan kerjayanya,kerana kesemua atribut inilah merupakan faktor utama individu memilih kerjaya. Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya ialah peluang pendidikan yang ada. Peluang pendidikan ini bergantung kepada nasib seseorang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat antarabangasa dalam pelbagai bidang demi menentukan pemilihan kerjaya dan sekirannya seseorang itu dapat melanjutkan pendidikan maka peluang untuk memperolehi kerjaya adalah besar dan kualitinya akan diiktiraf. Pencapaian individu juga turut menyumbang kepada faktor ini. Pencapaian individu pula merujuk kepada tahap penglibatan dan penyertaan dalam kesemua program,seminar,atau pertandingan yang dianjurkan yang berunsurkan kerjaya akan menetukan nilai seseorang dalam pemilihan kerjayanya,misalnya seseorang individu menghadiri kursus di peringkat kebangsaan akan menjadi rebutan dan petunjuk dalam memasuki alam kerjaya.

3.4 Peringkat Perkembangan Kerjaya Teori Ginzberg ini bermula dengan peringkat fantasi. Peringkat fantasi berlaku pada zaman kanak-kanak yang berumur diantara 6 hingga 11 tahun dimana golongan kanak-kanak ini mengaplikasikan persekitaran dengan berorientasikan permainan semata-mata dan banyak dipengaruhi oleh orang dewasa sehingga mereka terpengaruh untuk melakukannya,misalnya main cikgu-cikgu,masak-masak dan sebagainya. Pada perinkat ini, proses pemilihan pekerjaan masih bersifat asal pilih, tanpa didasarkan pada pertimbangan yang rasional dan objektif mengenai kenyataan yang ada. Pemilihan pekerjaan pada masa ini hanya didasari atas kesan yang dapat melahirkan kesengangan semata, dan diperolehnya daripada orang yang bekerja atau dalam lingkungan kerjaya. Peringkat ini juga boleh dikatakan bahawa golongan kanak-kanak tidak berdasarkan minat terhadap sesuatu perkara tetapi lebih kepada meniru apa yang dilihat dari persekitarannya. Pelbagai perannan pekerjaan yang tercermin dalam kegiatan bermain yang menghasilkan pertimbangan nilai dalam dunia kerjanya. Seterusnya, diikuti dengan peringkat percubaan berlaku diantara umur 11 hingga 17 tahun. Segala minat dan kebolehan di dalam diri akan dinilai untuk membuat pemilihan dan biasanya tidak tetap dan kabur serta sentiasa berubah-ubah kemudian disini merupakan proses transisi atau peralihan berlaku,dan mula memikirkan sama ada kerja itu sesuai atau sebaliknya terhadap dirinya. Selain itu, individu akan bersedia ke arah realiti untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan cita-citanya dan seterusnya mempunyai empat faktor iaitu minat, kebolehan, nilai dan peralihan. Individu mula memasuki aspek minat dalam pemilihan kerjaya. Pilihan pekerjaan atau bidang pengajian yang benar-benar diminati dapat melahirkan rasa puas kerana mampu mencapai apa yang diinginkan. Pertimbangan kerier juga didasari atas kesenangan, ketarikan atau minat individu tanpa mempertimbangkan banyak faktor. Peringkat percubaan juga merangkumi aspek kebolehan. Kerjaya berdasarkan

kebolehan dan pilihannya yang sentiasa berubah kerana kebolehan mereka tidak lengkap. Individu mulai melakukan pekerjaan mengikut kemampuan masing-masing. Orientasi pilihan pekerjaan pada masa ini berbentuk daya upaya yang sepadan dengan kemampuan yang dimiliki dengan minat dan kesukaannya. Dari tahap nilai pula, individu memilih kerjaya berdasarkan nilai yang dimiliki dalam dirinya. Peringkat ini merupakan tahap dimana minat itu diinterpretasikan secara sederhana oleh individu yang mula menyedari bahawa terdapat suatu nilai-nilai tertentu dari sesuatu pekerjaan. Nilai tersebut baik yang bersifat peribadi mahupun serangkaian nilai yang bersifat kemasyarakatan. Kesedaran terhadap kandungan

nilai ini mampu membuat individu dapat membezakan nilai sesuatu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain. Contohnya, seseorang itu suka membantu orang lain, individu itu akan lebih cenderung memilih kerjaya sebagai guru, jururawat atau doktor. Tahap peralihan pula berlaku apabila individu mula sedar implikasi daripada kerjaya yang dipilihnya pada masa depan kelak. Keadaan ini dimana individu akan mengabungkan orentasi-orentasi pilihan yang dimiliki sebelumnya seperti minat, kebolehan dan nilai untuk dapat direalisasikan dalam kehidupannya. Tahap in juga membawa kepada tahap pengenalan secara gradual terhadap persyaratan kerja, pengenalan minat, kemampuan, imbalan kerja, nilai dan perspektif waktu. Keputusan yang menjadi pilihan itu sudah melambangkan suatu bentuk tanggungjawab dan corak pola karier yang dipilih. Pemilihan kerja yang dipengaruhi beberapa tahap dalam peringkat percubaan ini menunjukkan perkembangan pemilihan kerjaya kepada individu. Peringkat yang ketiga ialah peringkat realistik yang berlaku semasa individu berumur 17 tahun dan ke atas. Pada peringkat realistik ini, individu akan mengetahui tentang maklumat, pengalaman dan dapat membezakan keperluan kerja dengan faktor peribadi dan ianya terbahagi kepada 3 iaitu peringkat penjelajahan, pembentukan dan penentuan. Semasa di peringkat penjelajahan, individu sudah meneliti setiap kerjaya yang dipilih dan cuba untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan diri individu terbabit. Peringkat pembentukan pula berlaku apabila seseorang individu sudah tahu akan kebolehan untuk memilih kerjaya dan hamper dapat memilih jalan akhir. Di peringkat penentuan pula, sesorang individu itu hanya perlu mengambil langkah untuk melaksanakan kerjaya tersebut kerana sudah ada kerjaya yang dipilih setelah kompromi wujud dari pelbagai sudut.

3.5 Perbezaan di antara Teori Super dan Ginzberg Teori Super i) Satu proses perkembangan yang mengambil masa yang lama untuk merealisasikan pemilihan kerjaya. ii) Proses yang berterusan (tidak boleh berpatah balik dan terus ke hadapan). Teori Ginzberg i) Tumpuan hanya kepada perkara apa yang diutamakan dan bukan pilihan bebas. ii)Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya. iii)Membuat penyesuaian dalam memilih kerjaya.

iii)Proses tersebut berakhir apabila wujud iv)Secara keseluruhan latar belakangnya keserasian minat,kebolehan,nilai dan peluang yang ada. penjelasan teori dipengaruhi oleh sosiekonomi. (Sumber: Ginzberg et al. (dlm. Weinrash 1979)

3.6 Persamaan Antara Teori Super dan Ginzberg Teori Super Merujuk kepada perkembangan individu dalam pemilihan kerjaya. Menerangkan tentang tahap sosioekonomi. Teori Ginzberg Mengenalpasti proses pemilihan kerjaya perkembangan seseorang . Melihat kepada sosioekonomi. (Sumber: Ginzberg et al. (dlm. Weinrash 1979)

4.0 TEORI GOTTFREDSON 4.1 Latar Belakang

Teori Gottfredson telah diasaskan oleh Dr. Linda Gottfredson pada tahun 1981. Linda Gottfredson ialah seorang professor pendidikan di Universiti Delaware. Beliau mempunyai BA dalam bidang psikologi dari University of California di Berkeley dan PhD dalam bidang sosiologi dari The Johns Hopkins University.

Teori ini telah memfokuskan kepada perspektif individu terhadap pilihan kerjaya yang didapati. Teori Gottfredson ini percaya kepada bahawa pemilihan kerjaya seseorang individu itu dipengaruhi oleh persekitaran kehidupan individu tersebut.

Hal ini bermakna, apabila persekitaran seseorang individu itu dikelilingi dengan pekerjaan ataupun kerjaya yang berstatus tinggi. Maka, individu disekitarnya juga turut dipengaruhi untuk berada dalam sektor pekerjaan yang berstatus yang sama ataupun yang hampir sama statusnya.

Begitu jugalah sekiranya persekitaran seseorang individu itu dikelilingi dengan individu yang bekerja ataupun kerjayanya berstatus rendah, individu tersebut juga akan dipengaruhi untuk terlibat dalam sektor pekerjaan yang seperti itu.

Teori ini sangat menekankan bahawa persekitaran sangat memainkan peranan dalam penentuan kerjaya seseorang individu. Persekitaran di sini bukanlah hanya persekitaran masyarakatnya tetapi juga dalam kalangan ahli kelurga. Persekitaran bermaksud dunia luar yang hampir dengan seseorang individu.

Teori ini juga telah memberi penekanan mengenai kepuasan seseorang individu terhadap kerjaya ataupun pekerjaannya apabila individu tersebut telah mula bekerja dan membentuk kerjayanya. Kepuasan yang dimaksudkan ialah berasa selesa dan bersemangat dalam melaksanakan kerja yang dilakukan dengan penuh rasa minat dan komitmen. Kepuasan ini juga berkait rapat dengan konsep diri seseorang individu dengan pekerjaan yang dilakukan.

4.2 Konsep utama Teori Gottfredson

Dalam teori Gottfredson, terdapat lima konsep yang utama. Lima konsep tersebut ialah konsep kendiri, imej pekerjaan, lakaran pemikiran tentang pekerjaan, ruang sosial dan batasan.

Konsep kendiri

Konsep kendiri ialah mengenai pandangan seseorang tentang diri seperti berkaitan dengan penampilan, kebolehan, personaliti, status dan gaya.

Dari sudut psikologi, konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu tanggapan diri seseorang terhadap dirinya sendiri dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan psikologikal dalam diri seseorang individu.

Kombinasi antara fizikal dan psikologikal itu ialah kombinasi yang unik dalam diri seseorang individu. Looking glass shelf adalah istilah bagi menunjukkan bahawa seseorang individu itu akan memahami mengenai dirinya sepertimana orang lain yang berada di persekitarannya bergerak balas terhadap dirinya.

Konsep kendiri berlaku pada saat dan waktu di mana seseorang bertanya yang berkaitan dengan dirinya. Segala persoalan yang timbul adalah berkaitan dengan diri sendiri. Pembentukan konsep kendiri adalah penting kerana ia berperanan sebagai pengukuhan kendiri serta pembentukan dalaman dan luaran seseorang individu.

Konsep kendiri bukanlah bersifat statik tetapi ia bersifat dinamik. Ia mempunyai hubung kait antara individu dengan hidupan luar. Pada waktu pembentukan konsep kendiri, self-esteem iaitu harga diri seseorang individu turut terbentuk. Self-esteem ialah bagaimana seseorang individu memahami mengenai dirinya dan ia amat penting bagi memastikan kejayaan seseorang dalam kehidupan yang akan datang.

Terdapat dua konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Konsep kendiri positif ialah apabila seseorang individu itu percaya dan yakin dengan diri

mereka sendiri. Individu tersebut lebih mempunyai minat yang cenderung ke arah yang baik dan mereka juga tidak terlalu sensitif.

Individu yang mempunyai konsep diri positif juga lebih bersikap terbuka dan mudah memberi pandangan apabila wujudnya keadaan yang kurang stabil dan tidak baik. Antara ciri-ciri yang ada pada seseorang individu yang mempunyai konsep diri positif ialah mereka seorang yang mudah menghargai orang lain, berpuas hati dengan pencapaian dirinya, bersikap murah hati, mudah berkawan dengan semua orang, seorang yang peramah, sentiasa menerima seadanya dirinya dan barang kepunyaannya.

Konsep diri negatif pula ialah berkenaan dengan individu yang tidak yakin dan percaya dengan diri mereka sendiri. Individu yang mempunyai konsep diri negatif ini akan lebih cenderung kepada perkara yang kurang sihat dan tidak baik.

Individu seperti ini mempunyai cirri-ciri seperti mudah merasa bersalah, sangat takut kepada kegagalan, sering merasa bimbang, cepat berkecil hati walaupun pada masalah yang remeh, pencapaian yang rendah, tidak minat kepada aktiviti yang mencabar, tidak yakin dengan diri sendiri dan sentiasa melihat diri mempunyai personaliti yang kurang menarik.

Kesimpulannya, konsep kendiri amat penting bagi setiap individu. Ia penting bagi pembentukan diri seseorang dan amat mempengaruhi dalam penentuan masa depan seseorang individu.

Imej pekerjaan

Menurut Holland, imej pekerjaan merujuk kepada streotaip pekerjaan. Dalam konsep ini, Gottfredson menekankan bahawa personaliti memainkan peranan yang penting dalam kesesuaian memilih pekerjaan.

Imej pekerjaan ini berkaitan dengan personaliti seseorang dengan pekerjaan yang berbeza, pekerjaan yang telah dilakukan dan kesesuaian sesuatu pekerjaan tersebut dengan seseorang individu. Imej pekerjaan ini ialah pemikiran ataupun tanggapan awal seseorang mengenai sesuatu pekerjaan. Tanggapan ini adalah tanggapan yang wujud hasil daripada pengalaman

ataupun orang sekeliling mengenai kesesuaian personaliti seseorang individu dengan sesuatu kerjaya.

Lakaran pemikiran tentang pekerjaan

Teori ini adalah berkaitan dengan pembentukan remaja dan orang dewasa dalam berfikir membezakan pekerjaan ke dalam dimensi utama. Dimensi utama ini ialah mengenai maskuliniti dan feminiti, tahap pekerjaan berprestij dan bidang pekerjaan.

Pada waktu ini, di dalam pemikiran adalah sama ada pekerjaan ini sesuai untuk seorang perempuan ataupun lelaki. Individu juga berfikir mengenai tahap prestij sesuatu pekerjaan. Sama ada sesuatu pekerjaan ataupun kerjaya itu adalah berada dalam bidang yang high class, medium ataupun low class.

Ruang sosial

Ruang sosial ini merupakan zon alternatif daripada dalam setiap lakaran pemikiran yang telah wujud. Ia merupakan pandangan seseorang individu di mana dia patut berada.

Malahan, ia bukanlah sahaja berkenaan dengan tanggapan individu itu sendiri di mana dia patut berada tetapi juga tanggapan orang lain iaitu masyarakat di mana dia patut berada, bekerja dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Batasan

Batasan ini merupakan batasan yang wujud apabila seseorang individu berfikiran sempit dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan ruang sosial ataupun penerimaan alternatif.

4.3 Teori Individual oleh Gottfredson

Dalam teori individual ini terdapat lima konsep yang utama iaitu cognitive growth, selfcreation, circumscription, stages of circumscription dan compromise.

Cognitive growth

Konsep pertama ialah cognitive growth. Pada waktu ini kapasiti seseorang individu untuk belajar itu meningkat selama proses perkembangan seseorang individu itu bermula daripada kecil hinggalah ke usia remaja.

Sepanjang tempoh itu, individu akan belajar mengenai pekerjaan dan kerjaya. Cara pembelajaran bukanlah hanya berfokus dalam bentuk formal sahaja tetapi juga dalam bentuk non-formal iaitu mungkin daripada penceritaan dan pengalaman orang lain yang didengari ataupun daripada pengalaman diri sendiri.

Terdapat dua produk dalam cognitive growth ini iaitu peta kognitif dan konsep diri. Kedua-dua produk ini akan mempengaruhi pemahaman mereka terhadap dunia kerja dan kerjaya pada waktu yang akan datang kelak.

Self-creation

Konsep ini adalah mengenai pembentukan diri bagi setiap individu. Individu telah bertindak sebagai karakter utama dalam perkembangan dirinya sendiri. Ini bermakna, mereka menjadi watak utama dalam pembinaan dan pembentukan diri mereka sendiri.

Semenjak daripada lahir, individu akan mengarahkan diri mereka sendiri dan mencipta sikap tersendiri. Ini bermakna, mereka bertindak sebagai watak utama serta pengarah dalam pembentukan diri.

Namun begitu, batas-batas dalam diri serta dikuti dengan proses kompromi telah menyebabkan seseorang individu mengambil jalan alternatif bagi sesuatu perkara. Seterusnya menghindari jalan yang terlalu banyak halangan dalam mencapai kerjaya yang diinginkan.

Circumscription

Konsep ini menerangkan bahawa pada waktu ini, individu akan mula berubah pemikirannya daripada konkrit kepada abstrak. Pemikiran konkrit ini ialah pemikiran yang berasaskan hanya kepada pemahaman dan ingatan.

Manakala pemikiran abstrak ini ialah pemikiran yang berdasarkan kepada pemikiran kreatif dan kritis. Pada waktu ini cara berfikir individu itu akan berubah sedikit demi sedikit tanpa disedari.

Seterusnya, proses perkembangan diri seseorang itu akan akan terikat dengan pekerjaan ataupun kerjaya yang dipilih. Maksudnya, jika seseorang itu telah pun menetapkan kerjaya impiannya, dia akan berusaha membentuk jiwanya dan dirinya supaya sesuai dengan kerjaya tersebut.

Pada waktu ini, konsep diri seseorang akan jelas tergambar. Individu akan mula berfikir mengenai kesesuaian gender dengan kerjaya yang dipilih ataupun berkenaan dengan status sosial seseorang. Sampailah pada satu tahap, seseorang individu itu mampu untuk mengekspresskan pilihan kerjaya mereka yang sebenar. Stages of circumscription

Ada empat tahap dalam konsep ini iaitu tahap pertama, tahap kedua, tahap ketiga dan tahap keempat.

Tahap pertama ini berlaku pada lingkungan umur tiga hingga lima tahun. Pada tahap ini, individu mula mengenal dirinya dan perbezaan antara dirinya dengan persekitaran seperti perbezaan orang dewasa dan kanak-kanak.

Tahap kedua ini berlaku bermula daripada umur enam tahun. Pada waktu ini konsep peranan gender baru difahami. Individu baru mengenali dirinya dan peranan gendernya seperti cara berpakaian, bermain dan bercakap.

Tahap ketiga ini bermula daripada umur sembilan hingga 13 tahun. Pada waktu ini orentasi terhadap penilaian sosial berlaku. Pada waktu ini ialah kanak-kanak mula

mengetahuinya wujudnya status rendah dan tinggi dalam masyarakat. Mereka akan mula berfikir untuk mempunyai kerjaya yang berstatus tinggi.

Tahap keempat berlaku bermula pada umur 14 tahun. Waktu ini dipanggil waktu krisis identiti kerana waktu ini individu mula memilih, menetapkan dan mencari alternatif mengenai perancangan kehidupan masa depan serta pekerjaannya.

Compromise

Konsep ini berkaitan dengan proses mencari jalan alternatif yang sesuai dengan persekitaran individu. Hal ini kerana persekitaran turut mempengaruhi seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang tertentu. Ia berkaitan ruang dan peluang. Konsep ini berkenaan dengan individu terpaksa melepaskan pilihan kerjayanya yang asal dan memilih kerjaya lain yang lebih realistik untuk dicapai. Proses kompromi ini berlaku apabila terdapatnya halangan dan kekangan pada pilihan yang pertama.

5.0 RUMUSAN Teori Super memberi kesan yang mendalam kepada kerjaya pendidikan dan program kaunseling kerjaya. Pendek kata, perkembangan kerjaya dilihat sebagai satu proses berterusan yang melibatkan peranan dari pelbagai aspek. Konsep kendiri adalah utama dalam pendekatan Super. Individu dikatakan akan berkembang mengikut masa dan persekitaran serta proses ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Individu akan mengalami fasa perkembangan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan penurunan. Fasa-fasa ini akan memantapkan konsep kendiri individu dalam pemilihan vokasional. Perkembangan dalam peringkat kehidupan boleh dibimbing sebahagiannya dengan mempercepat proses kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan membantu pengujian realiti dan perkembangan konsep individu. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehannya, minat, tret-tret personaliti serta nilai-nilai: juga bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan yang membolehkannya untuk memainkan beberapa peranan yang dianggap sepadan dan sesuai dengan pertumbuhan dan pengalaman-pengalaman hidup. Selain itu, teori Ginzberg telah membuka lembaran baru dalam teori perkembangan kerjaya kerana berjaya membawa satu idea baru iaitu kepentingan proses pemilihan kerjaya selepas teori Super dihasilkan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kelemahan dalam teori ini kerana konsep-konsep utama yang dihasilkan lebih bercorak falsafah serta kurang kajian yang mendalam. Namun, secara keseluruhannya teori ini masih lagi relevan digunakan dalam pemilihan kerjaya kerana teori ini menjadi perintis ke arah penghasilan teori perkembangan kerjaya Super yang mempunyai pengikut yang ramai hingga hari ini. Tambahan pula, teori Gottfredson sangat menekankan persekitaran individu. Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerjaya seseorang individu. Persekitaran di sini bukanlah hanya persekitaran masyarakatnya tetapi juga dalam kalangan ahli keluarga. Persekitaran bermaksud dunia luar yang hampir dengan seseorang individu. Jika persekitaran sesorang individu itu bertaraf tinggi, pemilihan kerjayanya juga akan bertaraf tinggi.

Bibliografi Puteri Hikayat Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur: Dewan Besar dan Pustaka. Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sapora Sipon, Ruhaya Hussin (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi ke-3). Penerbit USIM, Nilai. Schreiner. M (2012). Donald Super Theory of Carier Development. Diperoleh pada September 29, 2013 daripada http://www.evolutioncounseling.com/donald-super- career-counseling-theory.html Zunker, V.G. (2006). Career counseling: Applied concepts of life planning (7th. ed.). Pacific Grove, CA: Brooks Cole.

Anda mungkin juga menyukai