Anda di halaman 1dari 4

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi stres dalam kehidupan yang

berkaitan dengan pelbagai faktor. Hal ini bertepatan dengan maksud pribahasa, ‘bumi

mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora’. Mereka yang

mengalami stres biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti bersikap murung, suka

menyendiri dan tiada selera makan. Bagaimanapun, stres yang dihadapi itu berbeza-

beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat

memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula

tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan

atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, stres mungkin

membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula

menganggap stres sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan sehingga stres yang

dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Hal yang demikianlah telah

membuatkan saya bersetuju bahawa gejala stres dalam masyarakat kita kini sudah

mencapai tahap yang membimbangkan.

Ini kerana kajian pada tahun 2007 menunjukkan bahawa stres merupakan

penyakit yang ke-4 tertinggi di negara ini. Faktor persekitaran seperti situasi ekonomi,

faktor sosial manakala faktor dalaman pula merupakan harapan dan cita-cita tinggi,

kurang daya tahan emosi, psikologi dan biologi seperti penyakit kronik, tidak cukup

rehat dan pemakanan yang tidak seimbang, boleh menyebabkan masalah kesihatan

mental seperti stres, kemurungan dan keresahan mempengaruhi kesejahteraan hidup

seseorang yang membawa kepada cubaan membunuh diri.

Saya juga bersetuju kerana stres adalah punca gejala bunuh diri, malah ia

seperti satu fenomena yang sudah biasa berlaku. Mengikut pungutan data yang
dikeluarkan dari Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan mendapati sekurang-kurangnya

dua orang membunuh diri setiap hari dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan.

Fenomena bunuh diri di Malaysia kini didapati menyamai trend bunuh diri di Amerika

Syarikat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati setiap tahun, satu juta orang

meninggal dunia kerana membunuh diri, dengan anggaran purata sebanyak 3,000

kejadian setiap hari.

Bunuh diri adalah kelakuan spontan yang timbul apabila seseorang itu putus asa

dan beranggapan kehidupan tidak lagi berguna. Bagi mereka, kematian adalah satu-

satunya jalan penyelesaian. Contoh kes bunuh diri, lelaki 38 tahun yang telah terjun dari

Jambatan Pulau Pinang pada bulan Oktober lalu disebabkan oleh stres akibat faktor

luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran ialah persekitaran yang dihadapi oleh lelaki itu

adalah situasi ekonomi sekarang yang menyebabkan beliau mengalami desakan hidup

serta faktor dalaman iaitu kurang daya tahan emosi menyebabkan beliau mengambil

jalan pintas yang membawa kepada pengakhiran kehidupan. Mereka merasakan

meneruskan kehidupan bukan idea yang baik, sebaliknya lebih menambah

kesengsaraan. Justeru, bunuh diri jalan terakhir sebagai penyelesaian.

Saya juga bersetuju kerana baru-baru ini kita dikejutkan oleh cerita seorang

kanak-kanak berusia 7 tahun menjadi gila akibat stres berlajar. Menurut doktor yang

merawat, kanak-kanak malang tersebut terlalu aktif dalam pembelajaran serta ditambah

dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji pelajaran tanpa merehatkan otak

dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan

otaknya letih. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah

perlu diambil bagi menangani masalah stres.


Menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang

dihadapi. Setiap hari kita perlu mendirikan solat, kerana solat merupakan tiang agama.

Apabila kita tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama. Sesungguhnya,

solat memberikan ketenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Solat

yang khusyuk akan menjadikan kita melupakan semua stres yang hadapi, malah kita

dapat merasakan betapa dekatnya diri dengan Allah. Jiwa juga akan merasa tenang

dan damai, hati pula menjadi bersih. Solat merupakan senaman yang paling ampuh

untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita. Ketika rukuk dan sujud,

darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika kita

duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-

jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Berzikir mampu

membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Lantaran itu,

jadikanlah ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan

stres yang dihadapi.

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang kita perlu lakukan untuk

menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau

tidak, kita terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup

yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan

sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang

tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran kita menjadi lebih matang dan dewasa.

Di sebalik ketabahan kita menghadapi tekanan itu, kita masih memerlukan insan lain

untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, ibu bapa dan pasangan

hidup akan menjadi sumber rujukan kita di samping rakan-rakan yang rapat.
Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu

kita menghadapi semua tekanan dengan tenang.

Anda mungkin juga menyukai