Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAAN DAN KEBURUKAN SISTEM EKONOMI SOSIALIS ATAU

PERANCANGAN PUSAT
Setiap Sistem Ekonomi mempunyai kebaikan dan juga keburukan yang tersendiri. Bagi Sistem
Sosialis, terdapat berberapa kebaikan terhadap sistem tersebut iaitu agihan pendapatan dan
kekayaan yang setara, guna tenagah penuh tercapai, wujud kestabilan ekonomi dan kebajikan
rakyat diutamakan. Sistem ini juga mempunyai beberapa keburukan iaitu Tidak ada kebebasan
memilih pekerjaan,keagungan pengguna tidak wujud,pilihan terbatas dan melemahkan daya
usaha.
KEBAIKAN
Agihan pendapatan dan kekayaan yang setara
Semua rakyat adalah sama dan setiap individu dalam Negara diberi apa yang diperlukan sahaja.
Ini menyebabkan masalah ketidaksetaraan pendapatan tidak wujud.
Guna tenagah penuh tercapai
Kerajaan dapat menjamin penggunaan tenaga penuh dalam ekonomi. Ini kerana semua factor
pengeluaran dipengaruhi oleh kerajaan. Kerajaan yang menentu dan mengarahkan factor-faktor
pengeluaran ke tempat pekerjaan tetentu.
Wujud kestabilan ekonomi
Masalah kitaran niaga tidak wujud dalam system ekonomi dan hal ini adalah kerana kerajaan
menjalankan perancangan jangka panjang dan juga dapat menentukan sumber-sumber ekonomi
mengikut perubahan semasa.
Kebajikan rakyat diutamakan
Kerajaan mementingkan kebajikan rakyat dan kerajaan juga menyediakan barang yang penting
untuk kegunaan rakyat.

KEBURUKAN
Tidak ada kebebasan memilih pekerjaan
Tiada kebebasan memilih pekerjaan. Individu tiada kebebasan untuk memilih pekerjaan kerana
semua jenis pekerjaan ditentukan oleh kerajaan.
Keagungan pengguna tidak wujud
Para pengguna tidak dapat menentukan corak peruntukan sumber kerana setiap keputusan
ekonomi dibuat oleh kerajaan.
Pilihan terbatas
Barangan yang dikeluarkan adalah terbatas dan para pengguna tidak mempunyai banyak pilihan.
Melemahkan daya usaha
Daya usaha individu dilemahkan kerana usahanya tidak setimpal dengan upah yang diterima.
Dalam system ini, kadar upah telah ditetapkan oleh kerajaan

Anda mungkin juga menyukai