Anda di halaman 1dari 17

PASARAN MONOPOLI

CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI


Penjual tunggal
Dalam pasaran monopoli, hanya terdapat satu firma sahaja
yang menjual sesuatu barang yang tidak mempunyai
pengganti hampir.
Ini bermakna, firma dan industri adalah sama.

Keluaran tidak mempunyai pengganti hampir


Barang yang dikeluarkan firma tidak dapat dikeluarkan oleh
firma lain kerana halangan tertentu.
Ini bermakna hanya sebuah firma sahaja yang mengeluarkan
sesuatu barang yang tiada pengganti hampir.
Jika pengguna ingin membeli barang tersebut, ia haruslah
dibeli dari firma berkenaan sahaja.
Firma merupakan penentu harga
Firma merupakan pengeluar tunggal yang tiada pengganti hampir
sesuatu produk.
Ciri ini menyebabkan firma mempunyai kuasa untuk
mempengaruhi harga keluarannya.
Kuasa ini ditunjukkan dengan keluk permintaannya yang cerun ke
bawah dari kiri ke kanan yang menunjukkan kawalan harga
dengan jumlah keluarannya.

Pengiklanan tidak penting


Pengeluar mungkin tidak akan menjalankan aktiviti pengiklanan.
Jika ada, ia bergantung barang apa yang dihasilkan.
Pengiklanan mungkin akan dijalankan untuk meningkatkan
permintaan atau memaklumkan pelanggan tentang keluaran
mereka.
Ini bermakna, iklan untuk tujuan persaingan tidak diperlukan.
Tiada kebebasan

Dalam pasaran monopoli, kebebasan keluar masuk tidak mungkin


berlaku.
Ini kerana sekatan yang menghalang firma baru daripada
memasuki pasaran.
Halangan ini seperti perlindungan undang undang, pemilikan
faktor pengeluaran tertentu, dan keperluan teknologi yang tinggi.
Pendekatan jumlah kos dan
jumlah hasil

Seperti dalam PPS, firma monopoli akan


menghasilkan tingkat keluaran yang
membawa keuntungan maksimum dengan
perbezaan positif terbesar antara TR dengan
TC.
Menurut jadual di atas, kita mendapati bahawa
apabila tingkat keluaran bertambah daripada 0
sehingga unit ke-4, tingkat keuntungan semakin
meningkat. TR mencapai tahap keuntungan
maksimum apabila firma mengeluarkan 4 unit.
Selepas itu, keuntungan akan merosot, dan firma
monopoli akan mengalami kerugian mulai tingkat
keluaran ke-7.
Maka, firma monopoli akan memaksimumkan
keuntungan dengan mengeluarkan 4 unit keluaran
dengan mengenakan harga RM35 ke atas keluaranya.
keuntungan
Melalui rajah dia atas, keluk TR dan TC
menentukan tingkat keluaran yang membawa
keuntungan maksimum pada unit ke-4, iaitu
apabila perbezaan tegak antara keluk TR dan TC
adalah terbesar. (TR>TC)
Apabila TR sama dengan TC (TR=TC), firma
berada dalam keadaan pulangan modal.
Keadaan ini ditunjukkan oleh keluk TC bersilang
dengan keluk TR pada titik A dan B.
Bagi keluaran yang kurang daripada titik A dan
melebihi titik B, TC melebihi TR (TC>TR), maka
firma sedang mengalami kerugian.
Pendekatan kos sut dan hasil Sut
Seperti PPS, firma monopoli akan memaksimumkan tingkat
keuntungan apabila menghasilkan keluaran pada MC = MR
di titik E seperti rajah di bawah.
Pada output yang kurang daripada Q1, MR melebihi MC
(MR>MC) iaitu sebarang tambahan output akan
meneyebabkan tambahan dalam TR melebihi tambahan TC,
maka pengeluar akan terus menambahkan output sehingga
MC=MR.
Bagi output yang lebih daripada Q1, MC melebihi MR
(MR<MC) iaitu sebarang tambahan dalam output akan
menyebabkan tambahan dalam TC melebihi tambahan TR,
maka pengeluar akan mengurangkan output sehingga
MC = MR.
KESEIMBANGAN PASARAN MONOPOLI
DALAM JANGKA PENDEK
UNTUNG LEBIH NORMAL
Pasaran monopoli
akan menikmati
untung lebih normal
jika AR melebihi AC
pada tingkat keluaran
keseimbangan.
Daripada rajah di
sebelah, firma
monopoli mencapai
keseimbangan di E
apabila MC=MR pada
tingkat keluaran Q
dan harga
keseimbangan P.
Pada tingkat keluaran Q, AR sebesar AQ,
maka TR ialah OPAQ. Manakala AC ialah BQ,
maka TC ialah OCBQ. Ini menunjukkan
untung perunit keluaran ialah AB dan jumlah
keuntungan sebesar CPAB yang diwakili oleh
kawasan berlorek.
Kesimpulanya, firma monopoli akan
menikmati untung lebih normal dalam jangka
pendek dengan syarat MC=MR dan AR>AC.
UNTUNG NORMAL

Daripada rajah, firma monopoli


mencapai tingkat keseimbangan
di E apabila keluk MC=MR pada
tingkat keluaran Q dan harga
keseimbangan P.
Pada keseimbangan ini, AR
adalah sebesar AQ, maka TR
ialah OPAQ. AC juga adalah
sebesar AQ, maka TC juga
OPAQ. Ini ditunjukkan oleh
keluk AC yang menyentuh keluk
AR di titik A. Oleh yang
demikian, TR sama dengan TC.
Ini menyebabkan firma
monopoli hanya memperoleh
untung normal sahaja.
Kesimpulannya, firma monopoli
akan menikmati untung normal
dalam jangka pendek dengan
syarat MC=MR dan AR=AC.
UNTUNG KURANG NORMAL
Monopoli akan mengalami untung
kurang normal jika AR kurang
daripada AC pada tingkat
keseimbangan seperti rajah di atas.
Daripada rajah diatas, firma
monopoli mencapai keseimbangan
apabila MC=MR di titik E, pada
tingkat keluaran Q dan harga
keseimbangan P.
Pada keluaran Q, AC ialah BQ, maka
TC sebesar OCBQ. AR pula ialah AQ,
maka TR adalah sebesar OPAQ. Oleh
sebab TC melebihi TR, maka firma
mengalamai untung kurang normal
sebanyak PCBA yang diwakili oleh
kawasan berlorek.
Kesimpulanya, firma monopoli akan
mengalami untung kurang normal
dalam jangka pendek dengan syarat
MC=MR dan AR<AC.
Jawapan
1.a) Pasaran monopoli merupakan pasaran
yang mengandungi seorang penjual (firma
tunggal) yang mengeluarkan barang-barang
yang tidak mempunyai pengganti hampir dan
wujudnya halangan keluar masuk firma baru
dalam pasaran. [2]
(b) Perbezaan antara Pasaran Monopoli (PM) dengan Pasaran Persaingan
Sempurna (PPS). [8]

Aspek Pasaran Monopoli Pasaran Persaingan Sempurna


Dalam pasaran monopoli, hanya terdapat satu Bilangan penjual dan pembeli
Bilangan
firma sahaja yang menjual sesuatu barang yang adalah sangat banyak.
Firma tidak mempunyai pengganti hampir
Barang yang dikeluarkan firma tidak dapat Barang yang dihasilkan oleh
dikeluarkan oleh firma lain kerana halangan setiap firma adalah homogen
Jenis tertentu. Jika pengguna ingin membeli barang (sama). Ini bermakna, firma
Keluaran tersebut, ia haruslah dibeli dari firma berkenaan merupakan pengganti sempurna
sahaja antara satu sama lain.

Dalam pasaran monopoli, kebebasan keluar masuk Tiada halangan untuk keluar
Kebebasan tidak mungkin berlaku. untuk menyertai industri yang
keluar masuk Ini kerana sekatan yang menghalang firma baru membawa keuntungan apabila
daripada memasuki pasaran mengalami kerugian.

Kuasa Firma mempunyai kuasa untuk mempengaruhi Firma menerima harga yang
Penentu harga keluarannya. ditentukan pasaran atau
Harga Kuasa ini ditunjukkan dengan keluk permintaannya mekanisme harga iaitu melalui
yang cerun ke bawah dari kiri ke kanan yang kuasa permintaan dan
menunjukkan kawalan harga dengan jumlah penawaran.
keluaranya.

Anda mungkin juga menyukai