Anda di halaman 1dari 49

1.

0 PENGENALAN
MAKROEKONOMI
OBJEKTIF PENGAJARAN

Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1. Mentakrif dan menghuraikan maksud


makroekonomi.
2. Menerangkan pemboleh ubah makroekonomi.
3. Menghuraikan matlamat makroekonomi.
4. Menerangkan dasar-dasar makroekonomi.
5. Menerangkan hubungkait kegiatan ekonomi
menggunakan rajah aliran pusingan pendapatan
dan perbelanjaan.
1.1 DEFINISI MAKROEKONOMI
 Menjelaskan kegiatan ekonomi secara
menyeluruh (agregat) iaitu mengkaji kegiatan
dan interaksi sektor isi rumah, sektor firma,
sektor kerajaan dan sektor luar negara yang
menentukan tingkat pencapaian ekonomi.

 Kegunaannya untuk mengukur tingkat


pencapaian ekonomi sesebuah negara, melalui
beberapa petunjuk atau pembolehubah
ekonomi iaitu pendapatan negara, guna
tenaga dan pengangguran, inflasi, imbangan
pembayaran dan pertumbuhan ekonomi
1.2 Gambaran Umum Kegiatan
Makroekonomi

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN NEGARA

- Menunjukkan aliran aktiviti ekonomi dalam


sesebuah negara yang wujud antara
sektor-sektor ekonomi yang ada.

 Aliran fizikal
 Aliran wang (pendapatan dan perbelanjaan)
a. Aliran pusingan pendapatan negara ekonomi dua
sektor

tanah, buruh, modal & usahawan

sewa, upah/gaji, bunga & untung (Y)

pebelanjaan
penggunaan (C)
Sektor Isi Rumah Sektor Firma
barang/
perkhidmatan
Tabungan (S)
{bocoran} Pelaburan (I)
{suntikan}
pinjaman
Institusi kewangan

ALIRAN WANG
ALIRAN FIZIKAL
b. Aliran pusingan pendapatan negara ekonomi tiga
sektor

Cukai (T) Cukai (T)


Sektor Kerajaan

sewa, upah/gaji, bunga & untung ( Y)

pebelanjaan
Sektor Isi Rumah penggunaan (C) Sektor Firma

Pelaburan(I)
Tabungan (S)
{suntikan}
{bocoran}
pinjaman
Institusi kewangan
c. Aliran pusingan pendapatan negara ekonomi empat
sektor

Cukai (T) Cukai (T)


Sektor Kerajaan

sewa, upah/gaji, bunga & untung (Y)

pebelanjaan
Sektor Isi Rumah penggunaan (C) Sektor Firma
Import (M)

SLN Pelaburan (I)


Tabungan (S) Import (M) Eksport (X) {suntikan}
{bocoran}
pinjaman
Institusi kewangan
1.3 ISU MAKROEKONOMI

1.Inflasi
2.Pengangguran
3.Pertumbuhan ekonomi
4.Imbangan pembayaran
1. INFLASI
Definisi
- Kenaikan tingkat harga umum secara
berterusan dan tidak terbatas.
- Tingkat Harga umum ialah harga purata
semua barang dan perkhidmatan yang
dipasarkan dalam negara.

Fenomena inflasi
- Terlalu banyak wang mengejar sedikit
barang
Inflasi mesti diatasi kerana:
1.Inflasi menaikkan kos sara hidup
rakyat.
2.Inflasi menurunkan taraf hidup rakyat
3.Inflasi menurunkan nilai mata wang
tempatan
Inflasi boleh diatasi dengan:
1.Kerajaan menaikkan cukai dan
menurunkan perbelanjaan kerajaan
2.Bank pusat mengurangkan bekalan
wang.
2. PENGANGGURAN

- Jumlah tenaga buruh yang tidak digunakan


oleh pelbagai sektor ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam
sebuah negara.
- Tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan
tetapi gagal mendapat pekerjaan.
- Pengangguran merupakan pembaziran sumber
ekonomi
- Kadar pengganguran merupakan nisbah antara
jumlah pengangguran dan jumlah tenaga buruh
pada satu masa tertentu.
3. PERTUMBUHAN EKONOMI

- Peningkatan & perkembangan dalam


kegiatan ekonomi yang menyebabkan
pertambahan jumlah pengeluaran
barang–barang yang sebenarnya
berbanding tahun sebelumnya.
- Pertumbuhan ekonomi yang positif
menunjukkan peningkatan
kemakmuran
- Pertumbuhan ekonomi yang negatif
menunjukkan kemelesetan ekonomi
4. IMBANGAN PEMBAYARAN

- Merupakan satu penyata kewangan yang


menunjukkan nilai semua urus niaga dan
aliran wang yang dilakukan antara
sebuah negara dengan negara lain dalam
tempoh setahun.

- Dapat menunjukkan aliran mata wang


asing yang masuk ke dalam negara dan
aliran wang keluar negara.
3 keadaan Imbangan Pembayaran:

1. Imbangan lebihan
- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara
melebihi jumlah nilai pembayaran negara tersebut.

2. Imbangan seimbang
- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara sama
dengan jumlah nilai pembayaran negara tersebut.

3. Imbangan kurangan (defisit)


- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara kurang
drp jumlah nilai pembayaran negara tersebut.
1.4 PETUNJUK MAKROEKONOMI
 Data statistik mengenai kegiatan ekonomi yang
digunakan sebagai alat pengukur prestasi
ekonomi dan kecekapan ekonomi sesebuah
negara:
 Terdapat 4 PEMBOLEHUBAH yang utama:
1. Pendapatan Negara dan Pertumbuhan
Ekonomi
2. Guna Tenaga dan Pengangguran
3. Tingkat harga umum dan Inflasi
4. Imbangan Pembayaran
1.4.1 PENDAPATAN NEGARA / KELUARAN
NEGARA
- Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara
dalam tempoh masa satu tahun.

- Jumlah pendapatan faktor yg diterima oleh


sesebuah negara dalam tempoh masa satu
tahun.
Pendapatan faktor meliputi sewa (tanah), kadar faedah
@ kadar bunga (modal), upah (buruh) & untung
(usahawan)
Konsep Keluaran Negara Kasar (KNK)

- KNK mengikut harga semasa ialah jumlah nilai


barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh sesebuah negara yang dihitung berdasarkan
harga pasaran pada tahun berkenaan.

- KNK mengikut harga tetap ialah jumlah nilai


barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh sesebuah negara yang dihitung berdasarkan
harga pada satu tahun asas yang dipilih.
Konsep Keluaran Negara Kasar (KNK)

- KNK potensi ialah jumlah nilai barang akhir


dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan
jika semua faktor pengeluaran digunakan
sepenuhnya @ (pada tingkat guna tenaga penuh)

- KNK sebenar ialah jumlah nilai barang akhir


dan perkhidmatan yang sebenar dikeluarkan oleh
sesebuah negara sesuatu tahun.
1.4.2 Kitaran Perniagaan
 Kitaran perniagaan merujuk kepada keadaan
melambung atau meleset dalam ekonomi.

Ekonomi pada GTP


Inflasi

Pemulihan
ekonomi
Kemelesetan
ekonomi
1.4.3 Kadar Inflasi
RUMUS:

Kadar Inflasi = IHP1 – IHP0 x 100%


IHP0

di mana,
IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa
IH0 = indeks harga pengguna tahun sebelum
Contoh:

Jadual dibawah menunjukkan indeks harga


pengguna (IHP) bg tahun 2010 dan 2011.

Butiran / tahun 2010 2011


Indeks harga
102.5 103.8
pengguna

Berdasarkan jadual,
1. Hitung kadar inflasi bagi tahun 2011
Penyelesaian:
kadar inflasi bagi tahun 2011

= IHP 2011 – IHP 2010 x 100%


IHP 2010

= 103.8 – 102.5 x 100%


102.5

= 1.27 %
• Menunjukkan harga telah meningkat sebanyak 1.27% atau
• Kos sara hidup meningkat 1.27%
1.4.4 GUNA TENAGA & PENGANGGURAN

i. GUNA TENAGA
- Jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh
pelbagai sektor ekonomi untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan dalam sebuah negara.

- Jumlah tenaga buruh adalah jumlah


penduduk yang berumur 15 hingga 64 thn yg
sedang bekerja & aktif mencari pekerjaan tetapi
tidak termasuk pelajar, pesara, suri rumah
tangga dan pengganggur sukarela.
RUMUS:

1. Jumlah Tenaga Buruh


= Jum. Guna Tenaga + Jum. Pengangguran

2. Jumlah Guna Tenaga


= Jum. Tenaga Buruh – Jum. Pengangguran

3. Jumlah Pengangguran
= Jum. Tenaga Buruh – Jum. Guna Tenaga
RUMUS :

4. Kadar Guna Tenaga


= Jum. Guna Tenaga x 100%
Jum. Tenaga Buruh

5. Kadar Pengangguran
= Jum. Pengangguran x 100%
Jum. Tenaga Buruh
Contoh 1:
Jadual dibawah menunjukkan jumlah tenaga buruh
dan jumlah guna tenaga di malaysia bg tahun 2006
dan 2007.
Butiran / tahun 2006 2007
Tenaga buruh
11 544.5 11 781.0
(‘000 orang)
Guna tenaga
11 159.1 11 409.6
(‘000 orang)

Berdasarkan jadual,
1. Hitung jumlah pengangguran bagi tahun 2006
dan 2007.
2. Kadar pengangguran bagi tahun 2006 dan 2007.
3. Kadar guna tenaga bagi tahun 2006 dan 2007.
Penyelesaian 1:
Butiran / tahun 2006 2007
(‘000 orang) (‘000 orang)
1. Jumlah pengangguran
= Jum TB – Jum GT = 11 544.5 – 11 159.1
371.4
= 385.4

2. Kadar pengangguran
= Jum. Pengangguran x 100% = 385.4 x 100%
Jum. Tenaga Buruh
11 544.5 3.15 %
= 3.34 %

3. Kadar guna tenaga


= Jum. Pengangguran x 100% = 11 159.1 x 100%
Jum. Tenaga Buruh 11 544.5 96.85 %
= 96.66 %
GUNA TENAGA PENUH (GTP)

- Mengikut konsep ekonomi, GTP merupakan


satu keadaan di mana kadar pengangguran
berada kurang atau pada 4%.
- Semua faktor2 pengeluaran digunakan
sepenuhnya.
- Semakin tinggi kadar Guna Tenaga, semakin
rendah kadar pengangguran, Maka semakin
tinggi keluaran negara. Begitu juga sebaliknya.
1.4.5 Kadar Bunga

- Kadar bunga meruju kepada kadar faedah


pinjaman yang dikenakan oleh bank
perdagangan terhadap peminjam.
- Penurunan kadar bunga akan meningkatkan
seterusnya meningkatkan pelaburan firma. Begitu
juga sebaliknya.
1.4.6 Kadar Pertumbuhan Ekonomi
- Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada pertambahan
output yang dihitung mengikut harga tetap (KDNK
benar)

Kadar pertumbuhan ekonomi = KNK benar t – KNK benar t-1 X 100%


KNK benar t-1

KNK benar t = keluaran negara kasar tahun semasa


KNK benar t-1 = keluaran negara kasar tahun sebelum
Contoh :

Jadual dibawah menunjukkan KNK benar Malaysia


bagi tahun 2000 dan 2001.

Butiran / tahun 2000 2001


KNK (RM juta) 424 295 454 625

Berdasarkan jadual,
1. Hitung kadar pertumbuhan ekonomi bagi tahun
2001
Penyelesaian :

1. kadar pertumbuhan ekonomi bagi tahun


2001
= KNK 2001 – KNK 2000 x 100%
KNK 2000

= 454 625 – 424 295 x 100%


424 295

= 7.15 %
1.5 Matlamat & Dasar Makroekonomi

Empat (4) matlamat dasar makroekonomi:


1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh
2. Mencapai kestabilan tingkat harga
umum
3. Memperbaiki imbangan pembayaran
(mengatasi defisit)
4. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
1. MENCAPAI TINGKAT GUNA TENAGA
PENUH

 GTP merujuk kepada keadaan di


mana kadar pengangguran berada
di bawah atau pada 4%.

Semua faktor pengeluaran


digunakan sepenuhnya tanpa
pembaziran sumber.
Kepentingan mencapai guna tenaga
penuh
1. Ekonomi mencapai tingkat keupayaan dan
tingkat kebajikan masyarakat maksimun.
2. Mengatasi masalah pengangguran.
3. Mengelakkan pembaziran atau kehilangan
modal manusia.
4. Mengelakkan masalah yang disebabkan
oleh pengangguran seperti perpecahan
keluarga dan jenayah.
5. Mencapai kecekapan ekonomi.
2. MENCAPAI KESTABILAN TINGKAT HARGA
UMUM

- Ekonomi tidak mengalami masalah


turun naik harga
- Kenaikan tingkat harga umum
secara berterusan menyebabkan
inflasi.
- Kejatuhan tingkat harga umum
secara berterusan menyebabkan
deflasi / kemelesetan ekonomi.
Kepentingan mencapai kestabilan tingkat harga
umum

1. Menjamin kuasa beli masyarakat tidak merosot


dan taraf hidup tidak terjejas.
2. Kadar inflasi yang rendah menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Mengelakkan kesan buruk inflasi seperti
i. kemerosotan tingkat kebajikan masyarakat
ii. Kenaikan harga barang eksport dan kejatuhan
harga barang import serta imbangan
perdagangan bertambah buruk.
iii. Kemerosotan nilai RM di dalam dan luar negara
3. MEMPERBAIKI IMBANGAN PEMBAYARAN

- Kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki


imbangan pembayaran defisit atau
menambah baik imbangan pembayaran
lebihan bagi mengukuhkan kedudukan
kewangan negara dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.
Kepentingan memperbaiki imbangan
pembayaran
1. Imbangan pembayaran lebihan akan
meningkatkan rizab antarabangsa negara.
2. Mengelakkan aliran keluar pertukaran asing
dan emas serta pengurangan rizab
pertukaran asing akibat pembayaran defisit.
3. Kerajaan tidak perlu membuat pinjaman
dari luar negara untuk mengatasi masalah
imbangan pembayaran defisit.
4. Mengelakkan kemerosotan nilai RM
berbanding nilai mata wang negara lain.
4. MENINGKATKAN PERTUMBUHAN
EKONOMI

- Pertumbuhan ekonomi menyebabkan


peningkatan & perkembangan dalam
kegiatan ekonomi yang menyebabkan
pertambahan jumlah pengeluaran
barang berbanding tahun
sebelumnya.
Kepentingan meningkatkan pertumbuhan
ekonomi
1. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
bagi menampung peningkatan penawaran
TB.
2. Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat
melalui peningkatan pendapatan dan jumlah
keluaran negara.
3. Mengurangkan kadar kemiskinan
4. Mengurangkan jurang pendapatan
5. Mempercepatkan penyediaan kemudahan
perumahan, kesihatan, pendidikan dll.
1.3.2 Dasar-dasar Makroekonomi

1. Dasar fiskal atau belanjawan Dasar Sebelah


Permintaan
2. Dasar kewangan - Mempengaruhi
Permintaan
3. Dasar kawalan langsung agregat (AD)

4. Dasar sebelah penawaran Mempengaruhi


Penawaran agregat
(AS)
a. Dasar Fiskal / Dasar Belanjawan

 Dasar kerajaan yang mengubah cukai (T)


dan mengubah perbelanjaan kerajaan (G)
untuk mempengaruhi perbelanjaan agregat
dalam ekonomi.
 Dasar ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu
1. Dasar Fiskal menguncup
2. Dasar Fiskal mengembang
- Apabila berlaku inflasi,
Kerajaan menjalankan dasar fiskal menguncup
iaitu mengurangkan perbelanjaan kerajaan
(G ) dan meningkatkan cukai ( T ).

- Apabila berlaku kemelesetan ekonomi


(deflasi),
Kerajaan menjalankan dasar fiskal
mengembang iaitu meningkatkan perbelanjaan
kerajaan (G ) dan mengurangkan cukai ( T )
b. Dasar Kewangan

 Dasar kerajaan melalui bank pusat


mengubah bekalan wang (Ms) dan kadar
bunga (r) untuk mempengaruhi
perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

 Dasar ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu


1. Dasar Kewangan menguncup
2. Dasar Kewangan mengembang
- Apabila berlaku inflasi,
Kerajaan menjalankan dasar kewangan
menguncup iaitu mengurangkan bekalan wang
(Ms ) dan meningkatkan kadar bunga ( r ).

- Apabila berlaku kemelesetan ekonomi


(deflasi),
Kerajaan menjalankan dasar kewangan
mengembang iaitu meningkatkan bekalan
wang (Ms ) dan mengurangkan kadar bunga
(r )
c. Dasar Kawalan Langsung

- Kawalan kerajaan terhadap kegiatan


ekonomi melalui undang-undang dan
peraturan.
- Seperti dasar harga minimum, harga
maksimum, dasar upah dan tarif.
- Semasa inflasi, kerajaan melaksanakan dasar
harga maksimum & dasar upah maksimum supaya
harga & upah tidak akan naik lebih tinggi daripada
yang ditetapkan.

- Semasa deflasi, kerajaan melaksanakan dasar


harga minimum & dasar upah minimum supaya
harga dan upah tidak akan turun lebih rendah
daripada yang ditetapkan.

- Kawalan eksport dan import oleh kerajaan melalui


tarif untuk memperbaiki imbangan pembayaran
defisit.
d. Dasar Sebelah Penawaran

- Mempengaruhi penawaran agregat (AS)


melalui dasar percukaian, galakan
pelaburan dan undang-undang.

- Bertujuan menambahkan keluaran negara,


menggalakan pertumbuhan ekonomi,
mengurangkan penawaran barang tertentu
bagi mengatasi inflasi yang berpunca
daripada kenaikan kos pengeluaran.

Anda mungkin juga menyukai