Anda di halaman 1dari 2

PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Selain itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi. Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.
Cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk menjaga kesihatan.

Pengenalan - Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. - Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. - Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. - ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. - Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik. Isi-isi 1. Pengambilan makanan atau diet yang seimbang - memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. - Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang merupakan kata-kata hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. - Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. - tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang. 2. aktiviti luar harus dilakukan. - Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu - mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. - Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. - Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. - Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. - Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden terutama di negara ini. 3. menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. - Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan - pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. - sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. - kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk. - slogan mencegah lebih baik daripada mengubati Kesimpulan - menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang. - Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. - Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. - Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang. -peribahasa sudah terhantuk baru tengadah.

Anda mungkin juga menyukai