Anda di halaman 1dari 6

CERPEN HIPERTENSI

1. Jelaskan perubahan fizikal Aiman ? (m/s 59)


2. Mengapakah Aiman tiba-tiba teringat kepada Isaac Newton ? (m/s 59)
3. Siapakah nama guru Aiman ? (m/s 60)
4. Siapakah nama sebenar Aiman ? (m/s 60)
5. Apakah maksud namanya itu ? (m/s 60)
6. Apakah keistimewaan Aiman ? (m/s 61)
7. Berapa orangkah adik Aiman dan siapakah nama mereka ? (m/s 61-62)
8. Mengapakah Aiman selalu ponteng sekolah semasa di sekolah rendah ? (m/s 62)
9. Apakah bukti-bukti Aiman budak genius? (m/s 62)
10. Apakah yang sering dibayangkan oleh Aiman dalam halusinasi futuristiknya ? (62-66)
11. Apakah hukuman yang sering dilakukan oleh ayah Aiman terhadapnya dan apakah kesan
tindakan tersebut ? (m/s 66)
12. Apakah bidang kemahiran ayah dan ibu Aiman ? (m/s67)
13. Buat sinopsis.

Cari maksud perkataan di bawah.

1. Kompetitif (m/s 62) 3. Halusinasi (m/s62) 5. Momen (m/s 62)


2. Aeroangkasa (m/s62) 4. Futuristik (m/s62) 6. Geruh (m/s66)

LATIHAN PENGUKUHAN CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)


PERISTIWA PENGAJARAN NILAI

Ibu Aiman bersabar dengan sikap


garang suaminya dalam mendidik anak-
anak terutamanya Aiman.

Aiman boleh menyelesaikan latihan


matematik murid tingkatan lima walhal
umurnya ketika itu baru lapan tahun.

Bapa Aiman berusaha merawat masalah


kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan
latihan terapi.

Guru kelas Aiman berfikiran rasional


dengan memberikan amaran keras
kepada Aiman supaya dia tidak
mengganggu murid-murid lain
menyiapkan latihan.

Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori


Graviti dengan bersungguh-sungguh
kepada Aiman dan kawan-kawannya.
LATIHAN PEMAHMAN CERPEN HIPERTENSI

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861
itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih
penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa
diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang
dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur,
biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu
akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada
bidang geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan
melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk
kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan
intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya
sendiri.

i) Berikan maksud frasa diksi yang berisi seperti yang digunakan dalam petikan di atas.
[2 markah]
ii) Apakah nasihat suara ghaib kepada Aiman? [3 markah]

iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakan
Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen [3 markah]

iv) Pada pandangan anda, mengapakah Aiman berpendapat bahawa dia tidak memerlukan latihan
intensif dan terapi untuk memulihkan percakapannya yang gagap ? [4 markah]

PERSOALAN

1._______________________________________________Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap


pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)

2_______________________________________________Aiman Aqil bangga akan nama yang


diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik. (m/s:44)

3.______________________________________________Aiman cepat-cepat membetulkan


jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang
diberikannya. (m/s: 45)

4.______________________________________________Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya


Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)
HIPERTENSI
Illias Zaidi

Sinopsis

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi.Cerita
dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit
yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini
berkisar tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang perjalan hidupnya. Aiman
teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan
dengan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut,
berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu
menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintarannya. Dia juga
mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Dia
juga sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan
dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan
kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk
mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus
pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia
mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai.
Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah
program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri
sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah
dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang
dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.

Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang adik
perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-
adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah,
Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat rasa bosan dan jelak dengan
silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar
pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya terfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-
kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik.
Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan
Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa
Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan
Aiman pada bahagian pinggul sehingga lebam.

Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu
digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas. Dalam
imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di
penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah
kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas dengan
menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya.
Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di
dalam hati sahaja.

Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang telah diberi peluang
mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia. Aiman
membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang akan mendarat di bulan dengan menaiki
kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu
membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum dia meneroka
bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di
ruang bulan tanpa udara. Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri
fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.

Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas
itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar
Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi
masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk
menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar
berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang realiti dan lebih
mendekatkan diri kepada Tuhani. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya
untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang
terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Tuhan
Persoalan
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah
menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)
2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang
baik. (m/s:44)
3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah
berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)
4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan
tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)
5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)
6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. (m/s:
46)
7. Persoalan kepentingan prinsip hidup
Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang
angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)
8. Persoalan kasih sayang seorang ibu
Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s: 48)
NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan
Azilah Atiqah.
2. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal
umurnya ketika itu baru lapan tahun.
3. Nilai belas kasihan/bersimpati.
Contohnya, ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
4. Nilai dedikasi.
Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan kawan-kawannya.
5. Nilai tanggungjawab.
Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin
dan Azilah Atiqah.
2. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Aiman boleh
menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru
lapan tahun.
3. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Cikgu
Faridahmenerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
kawan-kawannya
4. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, bapa
Aiman berusaha merawat kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan
intensif dan latihan terapi.
5. Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah.

Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak utama Aiman Aqil.

2. Watak sampingan bapa Aiman, ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah Fatnin, Azilah Atiqah dan
sebagainya.

AIMAN AQIL - berumur hampir 20 tahun. / anak sulung / mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu
Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. / bercakap gagap - mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar
kata-kata./ mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. /
murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains / bercita-cita tinggi,
iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil
Armstrong. / gemar menyakat orang lain - selalu merayau dan menyakat rakan-rakan sekelasnya
sehingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya. / suka memberontak dan marah-marah terhadap
suasana persekitarannya - Aiman akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya. / pendendam -
menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dan menamparnya. / insaf. -
Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke
hadrat Ilahi.

BAPA AIMAN - mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. /
seorangjurutera mekanikal. / dipanggil dengan gelaran babah oleh Aiman dan anak-anaknya. /
bertanggungjawabdengan membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah. / bengis dan garang - dia
pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu. / penyayang
- berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif
dan terapi.

IBU AIMAN - Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. /
bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi./ penyayang - berasa kasihan setiap kali melihat
Aiman dirotan oleh suaminya. / isteri yang taat dan patuh akan suami - tidak melawan apabila suaminya
merotan Aiman. /penyabar - tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.

CIKGU FARIDAH - guru Sains di sekolah Aiman. / dedikasi - menerangkan ilmu Teori Graviti secara
bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. / cepat marah. - wajahnya segera berubah
apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang diajarinya dengan kuasa Tuhan. / bijak melihat
potensi murid -menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

LATAR

LATAR TEMPAT - Sekolah - Aiman dan rakan-rakannya belajar mata pelajaran Sains daripada Cikgu
Faridah di sekolah. / banglo keluarga Aiman. - Aiman sekeluarga tinggal di sebuah rumah banglo. /
Stesen Angkasa Antarabangsa - tempat permulaan kapal angkasa Soyuz ke bulan adalah di Stesen
Angkasa Antarabangsa. / Ruang udarakasa bulan - Aiman terapung-apung di ruang udara itu dengan
berpakaian sebagai seorang angkasawan. / Pohon kelapa dara di penjuru banglo.- Aiman mengandaikan
pohon itu sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal angkasa Soyuz.

LATAR MASA - Waktu siang - peristiwa Aiman belajar di sekolahnya berlaku pada waktu siang. /
Waktupagi - peristiwa Aiman Aqil dilahrikan di bilik bersalin berlaku pada waktu pagi. / Zaman sekolah
rendah -Aiman kerap ponteng kelas semasa di sekolah rendah kerana sikapnya yang mudah bosan dan
jelak terhadap pengajaran gurun. / Zaman remaja. - Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh
berimaginasi dan kembali ke dunia realiti.

Anda mungkin juga menyukai