Anda di halaman 1dari 16

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

BIL

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Penulis dan Novel Ranjau Sepanjang Jalan 2 3-4

2.0

ANALISIS PEMIKIRAN ( TEORI PERSONALITI WAJA DIRI ) 2.1 Definisi Resilience (Daya Tahan) 2.2 Definisi Personaliti 2.3 Definisi Waja Diri dan ciri-ciri personaliti waja diri Lahuma

5 - 13

3.0

RUMUSAN BIBLIOGRAFI

14 - 15 16

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 1

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Ranjau Sepanjang Jalan membawa tema kemiskinan petani di pedalaman yang disebabkan oleh faktor kekurangan tanah, modal, kekurangan tenaga dan juga tiadanya teknologi moden ketika itu.Traktor yang adapun hanyalah digunakan oleh penghulu kerana sewanya mahal. Kegiatan pertanian itu juga dihalangi oleh unsurunsur bencana alam dan musuh-musuh padi , penyerahan petani dan kelemahan wanita menambahkan lagi kesusahan di Banggul Derdap. Tema yang dipaparkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan memaparkan kemiskinan dan keperitan Lahuma dan keluarganya seolah-olah mengimbas kembali zaman kanak-kanak serta sejarah kehidupan saya sekeluarga suatu ketika dahulu. Berlatar belakang sebagai anak seorang petani, sedikit sebanyak apa yang dilalui oleh Lahuma sekeluarga pernah juga dirasai oleh saya sekeluarga. Pengalaman dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai iaitu tujuh adik beradik, melihat penat jerih ayah dan ibu serta abang-abang mengusahakan bendang yang tak seberapa. Melihat mereka membuat bekas semai, menarik badai, menanam, mengetam, memukul dan menumbuk padi membolehkan saya merasai dan menghayati betapa peritnya hidup sebagai seorang petani. Realitinya isu-isu kemiskinan petani, kesukaran menghadapi bencana alam dan musuh-musuh padi sememangnya wujud dalam kehidupan kami ketika itu. Bagi yang pernah merasai situasi sebegini, erti kesyukuran, menghargai, kasih sayang, keazaman dan ketabahan amat besar nilainya dalam kehidupan. Bertepatan dengan tajuk yang saya pilih Lahuma... Optimistik Menongkah Arus Kehidupan dan garapan Lahuma sebagai watak utama dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan menjadi pilihan saya dalam membincangkan ciri-ciri personaliti waja diri. Sepatah kata Shahnon Ahmad dalam novel ini ... adalah bencana-bencana yang tidak bisa langsai selagi jantung berdegup, nadi berdenyut, dan Ranjau Sepanjang Jalan cuma dapat dirasai kalau bertafakur sejenak menginsafi perjuangan hidup pak-pak tani.

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 2

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH 1.2 Latar Belakang Penulis dan Novel Ranjau Sepanjang Jalan.

SHAHNON AHMAD dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan. Kemudian beliau menjadi guru di Grammar English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954, kemudian menjadi Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956). Beliau kembali bertugas sebagai guru dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959). Pada tahun 1960, beliau menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963. Kemudian beliau mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim hingga tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Australian National University dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (1971). Beliau kemudian menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada 1975, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dan dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) (1979). Beliau adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Shahnon Ahmad merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober 1982. Beliau telah dilabelkan sebagai Anak Kreatif Malaysia Merdeka semasa menerima anugerah tersebut.. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh Shahnon Ahmad. Kesinambungan dan penerimaan baik masyarakat terhadap novel ini membuatkan Adibah Amin menterjemahkannya ke bahasa Inggeris dengan judul No Harvest A Thorn. Novel ini juga pernah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh dan diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983 oleh Dato Jamil Sulung. Ranjau Sepanjang Jalan, karya sasterawan negara kita Shahnon Ahmad. Ia satu gabungan bahasa, emosi, sejarah dan pengalaman yang amat sempurna dan berjaya membongkar isi sebenar satu kehidupan dan fahaman kemanusiaan di dunia ini. Novel ini berkisar mengenai sebuah keluarga petani, Lahuma, isterinya Jeha bersama tujuh orang anak perempuan mereka Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah mengharungi hidup yang penuh dengan kemiskinan di Banggul Derdap Ranjau Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga Lahuma adalah kehendak Yang Maha Esa. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya kepada mereka kerana merupakan sumber rezeki. Keredhaan mereka dengan apa saja yang berlaku berpegang teguh pada satu iaitu Mati hidup, susah dan senang dipegang oleh Allah Azzawajalla Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak duri nibung. Setelah ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula yang memikul beban mengerjakan sawah. Namun, kederat Jeha dan anak-anaknya tidak mampu menggantikan tenaga Lahuma bagi melawan anasiranasir pemusnah padi mereka seperti banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Malangnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya tanpa Lahuma dan akhirnya dia menjadi gila. Beban mengusahakan sawah
FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 3

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH ditinggalkan pula kepada anak-anaknya. Pengorbanan perlu ada untuk hidup. . Ranjau Sepanjang Jalan dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan adalah sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai konflik yang berlaku dan juga peristiwa yang menyayat hati para pembaca.

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 4

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH 2.0 ANALISIS PEMIKIRAN ( TEORI PERSONALITI WAJA DIRI ) 2.1 Definisi Resilience (Daya Tahan)

Mengikut takrifan Wikipedia, resilience atau daya tahan adalah satu proses dinamik di mana individu mempamerkan penyesuaian perlakuan yang positif apabila mereka menghadapi kesukaran yang bermakna seperti trauma, tragedi, ancaman dan juga tekanan. Ini menyebabkan seseorang individu bangkit untuk melawan atau menghadapi kesukaran-kesukaran tersebut. Beberapa pengertian resilience telah ditemui. Antaranya Shatte dan Reivich (2002) menyebut bahawa resilience adalah kemampuan untuk berespon secara sihat dan produktif ketika menghadapi rintangan atau trauma. Menurut Papalia, Olds dan Feldman (2003), resilience adalah sikap tabah atau tidak mudah putus asa dan cekal yang dimiliki seseorang ketika menghadapi keadaan yang sukar. Menurut Grotberg (1999) pula, resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi, mengatasi dan menjadi kuat ketika menghadapi rintangan dan halangan. Setiap individu mampu untuk belajar bagaimana untuk menghadapinya. Dr. Galen Buckwalker, Pengarah Penyelidikan Institut Headington (30 Nov 2011) pula mentakrifkan resilience adalah jelas apabila seseorang individu berhadapan dengan tekanan dan trauma yang ketara. Berdasarkan beberapa pengertian di atas, maka dapat disimpulkan bahawa resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi rintangan, halangan dan kesulitan dalam hidup sehingga individu tersebut menjadi lebih kuat.

2.2

Definisi Personaliti

Personaliti merupakan satu perkataan yang selalu kita gunakan apabila menggambarkan diri kita atau orang lain. Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan seseorang. Personaliti berasal daripada perkataan Latin iaitu persona yang merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon dalam pementasan drama. Satu definisi awal tentang personality telah diberikan oleh Menninger (1930). Menurut beliau, personality ialah apa-apa yang sebenarnya menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren & Carmicheal (1930). Menurut mereka, personality ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaianya kepada persekitaran. Noran (1997) mengatakan teori personaliti yang diketemukan oleh ahli psikologi bergantung kepada peristiwa penting dalam kehidupan peribadi individu dan budaya yang ada di persekitaran mereka.

2.3

Definisi Waja Diri

Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (ms 1795), perkataan waja bermaksud semangat yang amat kuat dan mempunyai cita-cita tinggi dalam sesuatu perkara. Personaliti waja diri boleh dianggap sebagai pemantul kepada sebarang risiko persekitaran yang negatif. Istilah waja diri pula mengandungi unsur
FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 5

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH potensi dan kekuatan dalaman atau psikologi. Tanpa potensi dan kekuatan dalaman ini, seseorang individu akan gagal dalam usaha menghadapi semua risiko yang merintanginya. Kekuatan dalaman ini sangat penting untuk membekalkan tenaga dalam proses penyesuaian diri. Sebagai contoh watak Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan yang sanggup berkorban jiwa dan raga mempertahankan bendangnya daripada ancaman dan serangan musuh-musuh padi hingga ke akhir hayatnya. Oleh itu, saya memilih tajuk Lahuma... Optimistik Menongkah Arus Kehidupan bagi menggambarkan ciri-ciri personaliti waja diri Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Optimistik bermaksud penuh harapan dalam menghadapi sesuatu dan menongkah pula bermaksud melawan atau menentang. Di antara ciri-ciri personaliti waja diri yang terdapat pada Lahuma ialah: A. Kegigihan. Gambaran sebagai seorang insan yang gigih ialah bagaimana Lahuma tetap berusaha walaupun dalam kesakitan. Lahuma terpaksa menanggung kesakitan kaki akibat tertusuk duri nibung menyebabkan kakinya membengkak, mengeluarkan nanah dan menyebabkan dia sukar untuk berjalan. Namun, kesakitan itu tidak dihiraukan dan dia masih turun ke sawah untuk bekerja. Berikut petikan yang menunjukkan kegigihan Lahuma. Aku boleh turun pagi ini. Tapi bengkak kakimu melarat sekarang. Biar dia melarat. Bendang kita tak boleh dibiar saja. Tapi kata kau suruh aku saja bersama Sanah dan Milah. Aku tak sakit lagi. (RSJ: Bab 5: ms 72) Contoh di atas memberi gambaran jelas tentang nilai kegigihan dalam menempuh rintangan untuk mencapai matlamat hidup. Gambaran ini sewajarnya dijadikan contoh kepada kita bagaimana perlunya kita memiliki kegigihan untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang mendatang.

B. Beriman dan bertakwa kepada Penciptanya. Golongan manusia yang mementingkan kedudukan dan pengaruh agama dalam kehidupan, lebih-lebih lagi yang berpegang kepada agama sebagai satu cara hidup akan meletakkan elemen kerohanian sebagai atribut personaliti waja diri yang tertinggi (Shahabudin Hashim dan Rohizami Yaakub, 2002a). Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon Ahmad melukiskan watak dan perwatakan Lahuma sebagai seorang yang menyerahkan susah dan senang kehidupannya semata-mata kepada Allah SWT. Digambarkan Lahuma seorang petani gigih yang dibelengggu kemiskinan dan sentiasa ditimpa nasib malang. Walaupun demikian, Lahuma menganggap segala yang berlaku adalah
FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 6

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH kehendakAllah Azzawajalla. Contoh keimanan Lahuma yang tidak lupa memohon keizinan daripada Allah sebelum melakukan pekerjaanya : Oh Tuhanku Yang Maha Besar,Yang Maha Agung. Benarkan aku mula bekerja besok dan biarlah selama itu aku dilindungi oleh-Mu. Jauhkan aku dari segala bencana alam, dari segala penyakit, dari lipan-lipan dan ularular dank ala jengking yang bisa-bisa. Singkirkan segala banjir yang besar yang boleh melimpah padiku. Singkirkan kemarau panjang yang mengeringkan tanah bendangku. Jauhkanlah segala malapetaka yang menghalang kami. Jauhkanlah segala ketam-ketam putih yang mematahkan anak-anak padi kami selama ini. Jauhkanlah segala rebut dan taufan. Jauhkanlah dari tikus dan babi dan juga manusia-manusiayang mencuri padi kami. Lanjutkan usia aku, biniku Jeha dan anak-anakku Senah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Jauhkan kami dari segala malapetaka. (RSJ: Bab 1: ms 10 dan 11) Dalam gambaran di atas,bolehlah disimpulkan bahawa sebagai hamba yang taat dan beriman kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengingati dan berserah kepada Allah dalam menempuh kehidupan seharian. Keredhaan terhadap pemberian Allah dan bersyukur atas qadak dan qadar Tuhan merupakan satu pegangan kukuh. Pegangan beginilah yang menjadikan insan miskin harta benda seperti Lahuma, berasa kaya dengan ketabahan dan keikhlasan.

C. Kecekalan. Hidup yang terpaksa bergelumang dengan selut di bendang , hidup kais pagi makan pagi dan membanting tulang bermandikan keringat di bawah mentari menjadikan Lahuma seorang insan yang cekal. Kecekalan Lahuma bergelut melawan anasir-anasir alam semulajadi yang memusnahkan sawah bendangnya seperti banjir, kemarau, burung tiak dan ketam serta bagaimana pentingnya padi dalam kehidupan mereka sekeluarga. Segalanya dihadapi dengan penuh keazaman, tekad dan bersemangat. Perasaan amarah pada anasir-anasir pemusnah ini menjelaskan bahawa tanpa padi mereka akan kebuluran. Betapa pentingnya padi dalam kehidupan mereka. Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. ...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung pada sawah. Makan bergantung pada sawah. Pakaian bergantung pada sawah. Sakit segar bergantung pada sawah. Mati hidup bergantung padasawah. Sawah nadi besar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar siapa datang mengacau, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti melawan. Itulah hidup kita. Hidup anak-anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dulu hingga sekarang. Tak ada yang lain. Tak ada yang lain. (RSJ: Bab 8: ms 144)
FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 7

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, Lahuma dengan cekalnya terpaksa mengutip ketam itu tanpa mengira siang dan malam. Jika dibiarkan bermakna mereka sekeluarga akan kebuluran. Petikan-petikan berikut menggambarkan kecekalan Lahuma: Siang malam, pagi petang Lahuma akan memungut. Lepas seguni, seguni lagi kalau sudah bakul tidak cukup untuk mengisi ketam-ketam itu. Dituangnya ketam-ketam itu terus ke kawah. (RSJ: Bab 10: ms 140) Tuk Penghulu teringat kepada Lahuma dahulu yang bekerja tanpa menghiraukan hujan panas. Mati hidup hanya bergantung kepada padi sahaja. (RSJ: Bab 11: ms 154) Lahuma tidak pernah membiar balak menindih padi-padi dalam petaknya. Balak, dahan kayu dan ranting kayu itu ditolak hingga masuk parit. Dan dari parit ditolak lagi hingga terjun ke kuala. Petak padi yang sedang menghijau itu mesti bersih dari segala sampah sarap. ...Lahuma tidak pernah beralah walau sebanyak mana air menimpa datang pun. Biar bah seminggu, biar bah sepuluh hari, Lahuma tetap juga dalam petak menunggu kedatangan banjir yang membawa sampah-sampah yang berat bahaya itu. (RSJ: Bab 11: ms 181)

D. Sifat patriotik. Lahuma mempunyai sifat waja diri seorang patriot kerana sanggup mempertahankan tanah semainya daripada berubah ke tempat lain biar pun diserang beribu ular tedung senduk sekalipun. Sanggup berjuang habis-habisan menebas dan merantas semak- semak belukar. Ketegasan dan semangat mempertahankan hak dan tanah pusakanya harus diteladani oleh generasi masa kini iaitu memperjuangkan hak bangsa dan tanah air yang tercinta. Berikut merupakan gambaran Lahuma yang bersifat patriotik. Lahuma terdongak. Hatinya terasa pedih. Tanah itu tanahairnya sendiri.Dia tidak akan mengubah mengubah ke tempat lain kalau seribu ular tedung senduk menyerangnya sekalipun. Aku takkan mengubah ke mana-mana,jawabnya. Tapi ular betina itu akan menetas telur-telurnya. Aku takkan berubah ke tempat lain.

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 8

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH (RSJ: Bab 3: ms 33) Lahuma tidak berganjak dari tanah bekas semainya, malah dari bendang empat belas relung itu pun dia tidak akan berganjak. Sesungguhnya tidak boleh dia berganjak ke mana-mana. Tanah itu tanahnya. Itulah satu-satu tanahnya. Samalah seperti tanahairnya yang baru merdeka ini. Tak ada tanah lain baginya. Tak ada tanah air lain baginya dan bagi keluarganya. Hidup mati di tanahairnya sendiri. (RSJ: Bab 3: ms 34) Dalam konteks kehidupan sekarang, masih terdapat lagikah insan-insan yang sanggup mempertahankan tanah bendang mereka? Jika Lahuma sampai ke hujung nyawa bermati-matian mempertahan dan mengusahakan sawahnya yang semakin sedikit, masyarakat kita sewenang-wenangnya menjual tanah sawah untuk dijadikan projek-projek perumahan dan tapak kilang. Habuan pampasan yang lumayan menyebabkan mereka tiada perasaan bersalah atau sayang kerana menjual sawah bendang harta peninggalan ibu bapa, nenek moyang mereka yang telah bertahun-tahun diusahakan dengan titik peluh dan jerik-perih. E. Kasih sayang Dalam keperitan hidup sebagai keluarga petani, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Lahuma tidak pernah pudar dan berbelah bahagi. Lahuma menyayangi isterinya, Jeha dan anak-anak perempuannya yang seramai tujuh orang. Memiliki anggota keluarga yang ramai sememangnya menjadi suatu kebiasaan bagi keluargaMelayu apatah lagi mereka memegang kepercayaan agama bahawa anak itu adalah rezeki dari Allah yang mesti dipelihara dengan penuh kasih sayang. Lahuma tidak membenarkan Jeha dan anak-anaknya menolong di bendang. Malah ketika Jeha diserang ular tedung senduk, Lahumalah yang menghapuskan binatang itu. Kasih sayangnya kepada Jeha sangat mendalam sehingga sanggup berkorban untuk orang yang tersayang. Berikut merupakan situasi bagi menggambarkan perlakuan kasih sayang Lahuma bagi menyelamatkan Jeha. Jangan bergerak! Jangan bergerak! tempik Lahuma. Dan dengan tempikan itu Lahuma menyerbu macam angin hala kepada ular yang melenggok-lenggok kepalanya itu. Ular itu mematuk dengan deras tetapi hanya udara yang menjadi sasarannya. Lahuma dengan pantas mencekik leher itu sesungguh-sungguh hatinya. (RSJ: Bab 1: ms 28) Selain itu, Lahuma juga menganggap Jeha adalah anugerah yang terbaik dalam hidupnya. Tanpa Jeha seolah-olah tidak akan lengkap hidupnya. Jeha merupakan tulang belakangnya. Lahuma susah hati. Bininya sakit seperti tangan kanannya patah terkulai.

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 9

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH Jeha sudah jadi bininya sejak mula-mula lagi, malah Jeha tidak boleh lagi dianggap sebagai bini. Jeha sudah jadi sebahagian dari nyawanya. Jeha akan lumpuh kalau Jeha tidak sama-sama turun ke sawah. Lahuma lemah semangat kalau Jeha tidak sama-sama mengharung baruh yang jenuh dengan lintah kerbau yang ganas-ganas itu. (RSJ: Bab 4: ms 40)

F. Semangat perjuangan yang tinggi. Bukan semua orang rela hidup dalam serba kekurangan. Namun ramai pula menjadikan kemiskinan dan kemelaratan hidup itu sebagai cabaran. Kemiskinan dijadikan sebagai dorongan dan motivasi untuknya terus berjuang. Keinginan dan kemahuan dalaman begini membawa satu nilai murni iaitu nilai perjuangan dalam hidup. Perjuangan Lahuma hanyalah semata-mata untuk menyiapkan nasi untuk seluruh keluarganya. Berjuang menghadapi segala bencana alam untuk mengisi perutnya, perut bininya dan perut anak-anaknya yang tujuh orang itu. Besok akan bermulalah perjuangan, fikir Lahuma. Perjuangan yang maha hebat setiap tahun. Besok akan bermulalah perjuangan, fikirnya lagi tak putus-putus sambil kakinya melangkah ke arah bendang yang samar-samar nampak itu. Lahuma hendak bermesra dulu dengan gelanggang yang akan menjadi arena perjuangannya itu nanti. (RSJ: Bab 1: ms 14) Dia juga sanggup membunuh musuh-musuh padi yang menyerang sawahnya. Kau akan ku bunuh kalau kau mengamuk batang-batang padi mudaku nanti. Akan kuhenyak dengan tumit kasarku ini. Akan ku tumbuk dengan hulu parangku ini.Akan ku tangkap dan akan ku rebus sampai terkoyak-koyak perut dan kulitmu. (RSJ: Bab 1: ms 16) G. Ketabahan. Faktor persekitaran seperti bencana alam banjir dan kemarau, serangan ketam dan burung-burung tiak menjadikan Lahuma seorang yang tabah. Tabah menghadapi segala rintangan yang ada demi sawah yang disayanginya dan menyambung nyawa anak-anaknya dengan nasi yang dihasilkan daripada sawahnya itu. Ini dapat dibuktikan daripada petikan berikut: Lahuma memungut ketam. Melawan kemarau. Melawan banjir. Melawan burung tiak. Melawan ulat padi. (RSJ: Bab 9: ms 118)
FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 10

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH Selain itu, ketabahan Lahuma juga dapat dilihat semasa dia ditusuk oleh duri nibung. Ketabahan Lahuma menahan kesakitan tidak menghalang niatnya untuk terus turun ke sawah. Gambaran Lahuma seorang yang tabah menghadapi kesakitan ialah seperti petikan berikut: Dia tidak pernah kalah lagi dalam perjuangan hidupnya. Sejak belum dapat anak lagi pun dia sentiasa menang. Sakit pening dilupakan begitu saja. Demam kura yang hinggap dulu hilang begitu saja bila turun berjemur di tengah sinar matahari. Bisul yang tumbuh dip aha dulu pecah begitu sajawaktu dia sedang menolak jerami padi. Kesakitan hanya ujian hidup. Kesakitan hanya mainan hidup. Dia tidak boleh diberi diberi hati walau sedikit pun. Lagi merasa sakit,lagi kesakitan akan mengamuk. Lagi dibiar bermanja dengan bengkak cabuk itu, lagi bermaharajalelalah dia. Cabuk itu tidakboleh diberi manja. Tidak boleh didemah dengan lembut. Tidak boleh dicelur dengan ramuan. Tidak boleh mengeram kesakitan. Biar dia sakit, fikir Lahuma. Biar dia sakit setakat mana yang disukainya. (RSJ: Bab 6: ms 82)

H. Bertanggungjawab. Setiap insan perlu menjalankan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Sebagai ketua keluarga, Lahuma telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan juga ayah kepada tujuh orang anaknya. Lahuma merupakan seorang yang kuat bekerja dan mementingkan kebajikan anak-anaknya. Walaupun hidup dalam kemiskinan, keperluan asas seperti makanan dapat disediakannya. Kegigihannya dalam mencari rezeki dengan mengerjakan sawah dapat dilihat sehingga kakinya tercucuk duri nibung. Dia bertanggungjawab memastikan anakanaknya dapat makan dan juga menyekolahkan mereka. Selain itu , dia juga bertanggungjawab memastikan keluarganya dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman dan malapetaka. Petikan di bawah menggambarkan Lahuma sebagai seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab bekerja kuat untuk menyara mereka sekeluarga. Kini empat belas relung itu boleh juga untuk mengisi perut keluarganya. Dia dan Jeha tidak pernah kebuluran lagi. Anak-anaknya belum pernah disulam dengan ubi kayu rebus atau bubur jagung. (RSJ: Bab 1: ms 4) I. Kesabaran Tahap kesabaran individu menerima kemiskinan sebagai ujian adalah satu sifat yang terpuji. Justeru, setiap orang yang sabar mesti menerima pelbagai halangan dan rintangan. Hanya mereka yang dapat menghayati dan menerima kemiskinan sahaja yang mampu dan dapat menerima ujian-ujian itu dengan hati yang terbuka dan pasrah. Setiap orang yang sabar itu memiliki sifat ketabahan yang kuat dalam dirinya. Lazimnya mereka juga tidak mudah putus asa atau pun kesal atas keadaan diri mereka yang miskin itu.
FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 11

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH Lahuma cukup percaya. Tuhan tidak akan menebus nyawanya semata-mata kerana duri nibung yang seinci panjangnya itu. Tuhan sedar tentang jumlah anaknya itu. Tujuh orang semuanya. Mereka perlukan makan. Dan padilah makanan Lahuma turun menurun. Dengan ingatan seumpama itu Lahuma dapat menahan sakitnya... (RSJ: Bab 6: ms 75) Lahuma cuba melupakan kesakitan yang amat sangat itu. Denyutan cabuknya cuba dikikis dari ingatannya. (RSJ: Bab 7: ms 94) Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan Lahuma seorang yang sabar menempuh kesakitan yang dialaminya dan cuba untuk terus berusaha menghabiskan kerja-kerja di sawah dengan bantuan Jeha dan anak-anaknya. Kesabaran itu separuh daripada iman dan berpantang maut sebelum ajal.

J. Optimis Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi, memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan. Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kurniaan Allah SWT pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Surah Ar-Radu: Ayat 11) Bagi menggambarkan Lahuma seorang yang optimis ialah daripada pengakuan Lahuma sendiri: Tahun ini tidak akan ada apa-apa bencana. Tuhan melindungi kita dan anak-anak kita, Lahuma meyakinkan hati bininya. Jelapang kita akan sendat sampai tertampan bumbung. Bencana tahun ini akan dilindungi oleh AllahAzzawajalla, (RSJ: Bab 7: ms 48 dan 49)

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 12

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH Lahuma rasa tahun ini padinya akan bertambah kerana tenaga empat orang itu tentu sanggup melawan sebarang bencana. Datanglah ketam seribu ekor pun. Mereka akan merebus dan membakar binatang itu hingga rentung. Datanglah kemarau sepanjang musim pun. Mereka akan membawa air dengan timba, dengan pancur buluh dari paya. Datanglah banjir setinggi lutut pun. Mereka akan menentang banjir itu dengan tembok batas yang lebih tinggi. Mereka akan membuka gelung sedepa luas. Biar air bah itu deras tercurah masuk ke parit dan ke sungai besar. Datanglah tiak ratus ribu ekor pun. Lahuma rasa dia dan keluarganya akan bertempik dan menakutkan burung.burng itu............. Biar Tuk Penghulu dan orang-orang lain sedar bahawa Lahuma mempunyai banyak askar untuk melawan musuh. Biar askarperempuan semuanya. Lahuma ingin mengejar segala musuh-musuh ketatnya selama ini. (RSJ: Bab 7: ms 96)

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 13

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH 3.0 RUMUSAN Ciri-ciri personaliti waja diri yang terdapat dalam diri Lahuma sekurangkurangnya membuktikan bahawa seseorang individu dapat bangun melawan segala rintangan yang ada dalam hidupnya dan bertahan selagi mampu bagi memenuhi keperluan hidup yang lebih baik dan sempurna. Dalam keadaan yang penuh sedar, seseorang yang hidup dalam kemiskinan itu akan merasakan dirinya serba kekurangan. Kemiskinan dan kemelaratan itu membuatkan individu tersebut sedar atas kekurangan dirinya. Sikap begini akan membuatkan individu itu berusaha untuk melepaskan dirinya dari cengkaman kemiskinan. Inilah watak Lahuma yang telah digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Walaupun Lahuma mempunyai personaliti waja diri yang jitu, namun akhirnya Lahuma terpaksa mengalah dengan kesakitan dan penderitaan yang dialaminya akibat tertusuk onak nibung hampir lebih sebulan. Kesakitan itu tidak dapat ditentang lagi dengan semangat. Tragedinya berakhir dengan kematian yang berpunca daripada kecederaan remeh yang tidak dapat dirawat kerana kezaliman kemiskinan. Lahuma sudah kalah dengan semangatnya. Dia sudah tidak dapat memandang sawahnya lagi. Sedikit demi sedikit gambaran tajaknya hilang. Sedikit demi sedikit lumpur di bendangnya hilang. Lahuma tidak teringat lagi kepada hutan menerung dan rumput-rumput landak yang menangkup petak-petak sawahnya. Kesakitan memadamkan segala ingatan yang lunak itu. (RSJ: Bab 7: ms 97) Kemiskinan yang mencerminkan realiti kehidupan petani miskin seperti Lahuma dan penyerahan diri kepada Allah semata-mata merupakan satu kritikan Shahnon Ahmad pada sesetengah masyarakat Melayu. Sebenarnya, pemikiran mereka pada masa itu masih lagi dibelenggu oleh persekitaran yang serba kekurangan. Jika dilihat dewasa kini, ramai masyarakat Melayu yang rajin dan cekal boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan suatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Namun, sebagai kontras kini cicit Lahuma masih berhadapan dengan kehidupan yang susah di kampung-kampung yang berpecah-belah. Masih menjadi orang yang terus mengemis untuk hidup seperti mengharapkan bantuan daripada kerajaan, meminta cebisan ekonomi daripada golongan bukan Melayu dan mengharapkan penghormatan daripada orang lain. Mereka masih terperangkap dengan kebudayaan Lahuma, di mana mereka dilumpuhkan dengan fatalisme keagamaan mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. Terdapat hanya seseorang yang memahami rintihan Lahuma dan nasib yang menimpa kaum petani iaitu Tun Abdul Razak. Beliau telah dapat menghasilkan dasardasar imaginatif dan berkesan seperti pembangunan luar bandar. Peluang-peluang pendidikan (Gerakan Lampu Suloh) yang besar di bawah pentadbiran Tun Razak telah memberikan cahaya kepada keluarga-keluarga Lahuma, membolehkan mereka melepaskan diri daripada perangkap kemiskinan. Kemudahan kesihatan di kawasan luar Bandar (Klinik Desa) sekurang-kurangnya memberi jaminan bahawa mereka tidak mudah mati kerana penyakit-penyakit yang mudah dirawat.

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 14

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH Tun Razak tidak memperkecilkan atau mengejek kepercayaan budaya dan warisan biologi orang-orang kampung itu. Sementara mereka bersungguh-sungguh mempercayai bahawa nasib mereka berada di tangan Allah,Tun Razak telah menunjukkan bahawa banyak yang boleh dilakukan bagi mengubah nasib mereka itu. Beliau cukup percaya dengan rangkap Al-Quran yang menyebut Allah tidak akan mengubah keadaan satu bangsa melainkan mereka berusaha mengubahnya. Sebagai pemimpin, Tun Razak merasakan satu kewajipan besar baginya membantu rakyat mengubah keadaan diri mereka dengan membawa peluang pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi ke kampung-kampung. Dengan menjaga tiga keperluan asas itu, perkara-perkara lain akan terbela dengan sendirinya. Kini, zaman telah berubah. Jentera-jentera pertanian telah banyak digunakan untuk mengusahakan sawah bendang. Musuh utama Lahuma suatu ketika dahulu seperti lintah kerbau yang pernah dikutip setimba penuh dan dibunuh olehnya kini sebaliknya telah menjadi satu sumber pendapatan pula. Kini lintah-lintah tersebut diternak untuk dijadikan sebagai minyak urut dalam bidang perubatan menjadi satu kegiatan ekonomi yang lumayan kepada para penternak-penternak lintah. Sebagai kesimpulannya, Ranjau Sepanjang Jalan mengajar kita maksud rasa membanting tulang para petani tidak semudah yang diucapkan. Maksud rasa menanam padi tidak semudah memakan nasi. Maksud rasa beratnya kerjayang bergantung kepada tulang empat kerat. Nilai sebutir nasi adalah sama keringat peluh pak-pak tani.

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 15

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

BIBLIOGRAFI

Azlina Abu Bakar@Mohd. Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma Publication. 2002 Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub, Psikologi Personaliti, Ampang/Hulu Kelang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997 http://en.wikipedia.org/wiki/Psychologica-resilience http://eprints.utm.my/9902/ ( Prof. Madya Haji Muhd Mansur Abdullah. UTM, Skudai Johor. Kenapa Takutkan Miskin?: Konsep Nilai Miskin Dalam Novel-Novel Shahnon) http://www.i-epistemology.net/ (Jurnal Pendidikan Islam) http://www.scribd.com/doc/69133228/assMEI2011BM http://www.scribd.com/doc/70316757/NORRA-HBML3203 http://www.scribd.com/doc/86207358/Teori-Resilience Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Mohd. Yusof Hasan. Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995 Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2002a), Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Janda Baik, Pahang. PTS Publication. Shahnon Ahmad. Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur. Teks Publishing. 1983

FAKHRIYAH_SAID_730224025544_PPG/21578/12/USM

Muka Surat 16

Anda mungkin juga menyukai