Anda di halaman 1dari 21

PEMARKAHAN

TUGASAN 1

TUGASAN 2

E FORUM
JUMLAH

PPG-PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


KRB 3063:PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH

Sejarah Melayu dan Ranjau Sepanjang Jalan adalah dua buah karya agung yang
masing- masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden.
Pilih salah satu karya tersebut dan bincangkan kekuatan karya berkenaan sebagai
Karya Agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Pemikiran (mesej dan isi) b) Estetika dan Kepengarangan c) Nilai Budaya dan
Pandangan Hidup

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

KUMPULAN

HAMDAN BIN YACOB

D20102045447

EL T-02

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SERI LANANG JATA BIN HAJI ROHANI
TARIKH SERAHAN: 24 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN

PEMIKIRAN (ISI DAN MESEJ)

ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN

HIDUP
RUMUSAN

11

RUJUKAN

12

~2~

1. PENGENALAN

Nama Shahnon Ahmad tidak perlu lagi diperkenalkan di dalam dunia sastera. Hasil
nukilan yang diluahkan melalui mata penanya memberikan banyak pengajaran dan kiasan
di dalam memartabatkan isu-isu kemasyarakatan. Beliau merupakan penerima Anugerah
Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober 1982 bagi menghargai sumbangannya di dalam
menghasilkan karya-karya kreatifnya. Beliau juga telah dilebalkan sebagai Anak Kreatif
Malaysia Merdeka semasa menerima anugerah tersebut. Antara novel-novel yang pernah
beliau hasilkan adalah seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Patriach, Srengenge,
Kemelut, Tunggul-tunggul Gerimis, Detik-detik Diri di Daerah Daif dan banyak lagi.
Kebanyakkan hasil karya yang dihasilkan oleh beliau banyak mengangkat isu-isu
kemiskinan di dalam masyarakat dan ini termasuklah di dalam novelnya yang bertajuk
Ranjau Sepanjang Jalan.

Menurut Mohd. Yusuf Hasan (1990 : 1), Sasterawan Negara yang ke-2 ini dilahirkan
pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Kehidupan beliau dari kampung
dan persekitaran yang miskin banyak mempengaruhi hasil karyanya.Oleh kerana itulah
kebanyakkan daripada hasil karya kreatifnya berkaitan dengan isu kemiskinan dalam
masyarakat desa khususnya.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan merupakan salah sebuah karya agung pada zaman
sastera moden. Dimana, novel ini memaparkan isu kemiskinan dan kepayahan keluarga
tani. Ini kerana, tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon
sendiri kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, dan orang
disekeliling beliau adalah miskin ketika itu.

Maka dengan itu, novel yang dipertengahkan pada kali ini membawa kita mendalami
erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok
masyarakat tani di desa. Shahnon melihat nilai kemiskinannya melalui konsep
kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, kejujuran, dan kekudusan seseorang.
Hampir setiap karya kreatif yang dihasilkannya diperingkat awal mengandungi nilai
kemiskinan.

~3~

1. PEMIKIRAN (ISI DAN MESEJ)


Novel Ranjau Sepanjang Zaman,hasil nukilan Dato Prof Shahnon Ahmad dilihat
cuba untuk mengenengahkan isu kemiskinan yang berlaku di dalam sebuah keluarga yang
menjalankan aktiviti tani dimana ianya berlatar belakangkan kampungnya sendiri iaitu
Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah. Dalam novel ini Shahnon cuba untuk membawa
kita menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada
masa dahulu agar generasi sekarang sedar dan insaf bagaimana susah payahnya untuk
mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini, Shahnon juga berjaya mencipta satu plot
yang penuh kreatif dengan permainan emosi dimana ianya berjaya menyentak akal fikiran
kelompok masyarakat sekarang, yang mana beliau berjaya memaparkan kehidupan petani
dahulu yang sanggup berjuang mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malahan perjuangan
seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu untuk mendapatkan sesuap nasi.

Sebagai contoh, dalam menggambarkan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya
yang bergantung kepada tanaman padi, mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan
dugaan. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana ianya
menggambarkan keadaan padi yang sedang menanti masak dan secara tiba-tiba diserang
oleh ketam yang banyak. Serangan ketam yang banyak itu telah memusnahkan sawah padi
dan ditambah pula Lahuma telah menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung
hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Keadaan ini menyebabkan Lahuma tidak
mampu lagi untuk bekerja mengerjakan sawah untuk menyara keluarganya akibat dari
luka tercucuk duri nibung tersebut. Ini menyebabkan isterinya Jeha terpaksa menjadi
pengganti kepada Lahuma untuk menyara keluarga. Cukup signifikan jalan cerita yang
diolah oleh Shahnon Ahmad sehingga cerita yang disampaikan dapat menyentuh hati
pembaca.

Selain itu, Shahnon Ahmad juga cuba mengetengahkan permasalahan penduduk


Kampung Banggul Derdap yang menghadapi masalah bencana alam yang mana berjutajuta ketam cuba untuk merosakkan hasil tanaman padi mereka. Ini dapat dilihat apabila
Lahuma yang ditimpa musibah menyebabkan Jeha terpaksa membesarkan anak-anaknya
yang seramai 7 orang untuk menghadapi dugaan serangan ketam. Peristiwa ini
menyebabkan betapa peritnya azab yang ditanggung oleh Jeha, malahan begitu juga
kepada penduduk kampung yang lain. Kerana itulah, bagi penduduk kampung tersebut

~4~

menganggap ketam ini adalah satu kesialan yang terpaksa mereka tanggung di dalam
kesedihan.

Di dalam novel ini juga, Shahnon Ahmad telah menceritakan betapa padi merupakan
salah satu elemen penting di dalam novelnya. Ini dapat dilihat dimana tanpa padi,
penduduk akan mendapat satu kecelakaan ini dapat membunuh mereka akibat kebuluran.
Ini menyebabkan apabila serangan ketam melanda, Lahuma dan Jeha terpaksa bertungkus
lumus mengutip dan memusnahkan ketam tanpa mengira waktu siang dan malam, pagi
dan petang. Sekiranya tidak dibentung, pasti ketam ini akan menyusahkan Lahuma
sekeluarga dengan mematahkan batang padi yang mereka tanam. Ini akan menyebabkan
Lahuma sekeluarga akan hilang sumber pendapatan.
Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak
ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar
bergantung kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita
sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang
menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup
kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu hingga
sekarang.
(Shahnon Ahmad. 1995:185)

Berdasarkan kepada petikan yang diambil dari naskah Shahnon Ahmad, jelas
menunjukkan bahawa padi adalah sumber utama kepada keluarga Lahuma dan penduduk
kampung Banggul Derdap. Ini kerana, tanpa padi pasti mereka semua akan mati
kebuluran. Untuk itu, mereka perlu berusaha mempertahankan tanaman padi mereka dari
apa jua yang melanda dan menyerang. Dari ayat itu jugalah Shahnon memperlihatkan
bahawa padi adalah satu-satunya sumber mata pencarian mereka. Walaubagaimanapun,
apa sahaja yang dilakukan oleh Lahuma dan penduduk kampung dalam menghadapi
serangan tersebut, mereka masih tidak upaya untuk membenterasnya. Untuk itu, Shahnon
menggambarkan simpatinya dengan amat mendalam dan ikhlas serta berkesan bahawa
manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya dan keganasan dan kekejaman
alam ini.

~5~

Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat
menggambarkan kesusahan hidup golongan miskin diseluruh negeri di Malaysia dengan
begitu terkesannya kepada pembaca.

2. ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

Sesebuah karya sastera haruslah mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Nilai
estetika dan kepengarangan ini boleh terdiri daripada tahap rendah dan tinggi. Nilai
estetika ini seharusnya dapat dinikmati sebagai nikmat ketika membaca, menghayati dan
memahami setiap hasil karya. Jesteru, sentuhan rasa dan fikir dapat dirasakan oleh
pembaca dengan melihat kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa seseorang pengarang.
Luahan hati dan getar jiwa seni pengarang melalui kata-kata dan bayangan alam budaya
kehidupan masyarakat adalah amat penting dalam menghasilkan sesuatu karya. Nilai seni
ini akan dapat dirasakan oleh pembaca yang cekap menangkap dengan mata akal dan
mata fikir terhadap hasil seni sesuatu sastera. Istilah keindahan (indah) merupakan
salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan melayu. Konsep keindahan
dalam tradisi dan budaya melayu menurut V.I. Braginsky (1994 : 16). Beliau
merumuskan terdapat tiga aspek yang dengan terang dinyatakan dalam karya-karya
sastera menerusi penggantian perkataan indah dengan kata-kata yang seerti. Aspek
pertama adalah bersangkut paut dengan asasl usul keindahan, atau sumbernya. Aspek
kedua, estetika islam membezakan keindahan mutlak daripada keindahan fenomena dan
aspek ketiga pula ialah estetika atau keindahan tersembunyi tetapi bentuk iaitu susunan
kata yang baik, makna yang berlapis-lapis akan menyerlahkan lagi keindahannya
sehingga dapat dihayati oleh pembaca.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini merupakan sebuah novel yang mengandungi nilai
estetika atau nilai keindahan yang tinggi. Lakaran sebuah kisah hidup masyarakat yang
tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran
begitu indah digambarkan dalam novel in. Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini turut
memaparkan keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai kehidupan
masyarakat, yang sarat dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta indah.
Keindahan yang terdapat dalam novel ini terletak pada tema, persoalan, watak dan
perwatakan yang hidup dan lincah, serta latar masyarakat, nilai dan pengajaran yang

~6~

disampaikan. Tema keluarga yang digarapkan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan
adalah satu tema yang relevan sepanjang zaman dan merupakan salah satu daripada
aspek keindahan yang terdapat di dalam karya ini dimana ia, ianya mampu untuk
bertahan lama dan mendatangkan impak kepada pembaca.

Kehadiran alam sekitar semulajadi dari kehijauan alam flora juga mendominasi karya
Shahnon Ahmad. Ini bersesuaian dengan plot novel yang menggambarkan kehidupan di
tepi rimba atau berdekatan rimba. Alam sekitar semulajadi dalam Ranjau Sepanjang
Jalan dihadirkan sebagai satu bentuk bencana yang mewujudkan persaingan sengit antara
spesis, sama ada tumbuhan sama tumbuhan, tumbuhan dengan manusia, haiwan dengan
haiwan dan haiwan dengan manusia yang menimbulkan konflik. Dalam novel ini,
Shahnon Ahmad hanya mengangkat tanaman padi sebagai aktiviti pertanian yang utama,
manakala flora semulajadi terdiri daripada rumput dan menerung. Kedua-dua flora ini
telah diangkat secara menyeluruh dalam novel ini dan diulang hampir setiap halaman
yang turut memaparkan persaingan ruang antara tumbuhan-tumbuhan. Secara tidak
langsung ianya telah menyerlahkan kepentingan nilai padi dalam kehidupan watak dan
memaparkan kesungguhan watak menentang musuhnya, iaitu rumput dan menerung
seperti di kemukakan dalam ayat,
..menerung dan rumput bulu landak ditentang bagaikan musuh yang paling ganas.
(Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 72)

Ranjau Sepanjang Jalan juga menggunakan elemen banjir sebagai satu bentuk bencana
alam. Ini dinyatakan melalui ayat di halaman 258.
Balak dari hulu akan mengalir bersama air keruh itu. Balak bersama sampah dahandahan kayu mati, ranting-ranting, daun-daun kayu kering, tong-tong sampah, tin-tin
yang berlonggok di sebelah hulu belakang, kedai-kedai Cina, kertas yang kembang dan
berkecai, tahi lembu, tahi kerbau, tahi kambing, tahi manusiasemuanya diheret oleh
aliran air yang keruh itu (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 258)

Selain itu, Shahnon Ahmad juga menitik beratkan juga penggunaan bahasa di dalam
novelnya serta mempunyai identitinya yang tersendiri. Misalnya novel Ranjau Sepanjang
Jalan. Perkataan "ranjau" bagi Ranjau Sepanjang Jalan bermaksud benda tajam (daripada

~7~

buluh) yang biasanya tercacak di atas tanah. Dapatlah dirumuskan betapa besar ertinya
penggunaan bahasa daerah bagi Shahnon Ahmad dalam novelnya.
Tidak syak lagi bahawa Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang
terbilang. Dimana beliau begitu lincah menggunakan gayanya, sehingga apa yang hendak
disampaikannya tersembunyi tidur dalam selimut gayanya. Corak penulisan dan gaya
bahasanya yang mantap dan penuh maksud tersurat dan tersirat itu terutamanya dalam
memaparkan permasalahan hidup masyarakat desa begitu memberi impak yang mendalam
kepada pembaca. Shahnon Ahmad sendiri sememangnya sedar tentang peranan gaya atau
bahasa pengarangan sesebuah novel. Jadi, tidak menghairankan kesedaran itu membawa
pengarang ini membina dan memanipulasi segala kemungkinan bahasa untuk
memperkuatkan novelnya.

3. NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas
serta berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya
penulisan yang tegas dan ada kalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam
diri. Menulis dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat
(universal). Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis.

Melalui karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad, terserlah gambaran jelas tentang
budaya dan pandangan hidup penduduk kampung asalnya yang hidup di dalam
kemiskinan. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan
pembangunan lambat dikembangkan ke kawasan pendalaman khususnya kampungkampung yang jauh terpencil. Selain itu, sikap para petani yang mudah menyerah semasa
ditimpa kesusahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani ini sedar
akan hasil karya yang dihasilkan akan membangkitkan dan merubah pendirian mereka
(penduduk kampung) yang kolot dan jumut ini.

Antara nilai budaya yang diterapkan dalam novel ini ialah nilai kasih sayang.dalam
keperitan hidup sebagai keluarga sebagai keluarga petani, kasih sayang yang ditunjukkan
oleh keluarga Lahuma tidak pernah pudar dan berbelah bahagi. Lahuma begitu
menyayangi isterinya Jeha dan anak-anak perempuannya yang seramai tujuh orang itu.ini

~8~

dapat dilihat apabila Lahuma tidak membenarkan Jeha dan anak-anaknya menolongnya
dibendang. Malah, ketika Jeha diserang ular, Lahumalah yang menghapuskan binatang itu.
Begitu juga, ketika Lahuma tidak bolah bekerja kerana kakinya terpijak duri nibung, Jeha
dan dua orang anak mereka yang membanting tulang mengerjakan sawah menggantikan
tempat Lahuma. Kerana sifat kasih sayang jugalah mereka sanggup menempuh liku-liku
hidup menghapuskan musuh-musuh padi.

Selain itu sikap hidup saling bantu-membantu serta bekerjasama turut dipaparkan
dalam novel ini. Dimana sewaktu Lahuma terpijak duri nibung, orang kampung telah
bersama-sama mengangkatnya ke pengusung dan membawanya ke permatang dan
seterusnya menghantarnya pulang ke rumah. Sifat ziarah menziarahi turut diselitkan oleh
Shahnon Ahmad di dalam novelnya ini dimana orang kampung datang melawat Lahuma
dikala malam hari selepas kejadian tersusuk duri nibung berlaku.
Biar aku hantar traktor ke sawah kau selama dua tiga hari. Semuanya tentu habis.
(Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 52)

Keprihatinan dan kewibawaan sikap tuk penghulu di dalam melihat permasalahan


Lahuma sekeluarga diperlihatkan dengan cara memberi bantuan dalam bentuk peralatan
pertanian. Disamping itu, budaya sepakat di dalam penduduk kampung Banggul Derdap
ketika kematian Lahuma bersama-sama menguruskan majlis pengebumiannya amatlah
menyentuh jiwa takkala Jeha dan anak-anaknya mengenangkan nasib yang akan menyusul
tiba.

Shahnon Ahmad juga turut menyelitkan pandangan hidup di dalam nukilan yang
dihasilkan. Ini dapat sedikit sebanyak memperlihatkan penduduk Kampung Banggul
Derdap sentiasa mengutamakan Allah swt di dalam pegangan hidup mereka.
Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt
(Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 1)

Itulah prinsip hidup Lahuma iaitu watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan sejak
dari datuknya lagi iaitu Haji Debasa. Lahuma dan keluarganya merupakan manusia miskin
dengan harta tetapi kaya dengan keimanan. Mereka bukanlah golongan cendiakawan atau

~9~

masyarakat yang pernah menerima sebarang pengajaran formal tentang agama, tetapi
pandangan hidup yang diamalkan sejak turun temurun yang menguatkan jalan penceritaan.
Islam yang sinonim dengan bangsa melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Orang-orang melayu ketika itu terutamanya dari golongan kebanyakkan menerima dan
tunduk kepada segala falsafah dan hokum yang ditetapkan oleh islam dengan penuh
syahdu. Inilah perwatakan Lahuma. Dia tidak pernah sangsi akan kekuasaan Allah.
Kewujudannya ditentukan oleh Allah. Dia yakin bahawa setiap langkahnya diawasi Allah.
Dia merupakan antara mukmin yang memastikan setiap pergerakan hidupnya tidak
terkeluar daripada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Lahuma tidak mahu melangkah turun tangga besok pagi-pagi tanpa keizinan Yang Maha
Esa. Kedua belah tangannya ditadah. Dan sudut hatinya melupakan segala kerumitan
hanya tertumpu kepada Tuhan. (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 9)

Keyakinan bahawa segala-galanya datang daripada Allah membolehkan Lahuma


menjalani kehidupan yang harmoni dengan alam. Dia sedar segala sesuatu yang wujud di
muka bumi ini, sama ada makhluk yang bernyawa atau unsur yang tidak bernyawa
semuanya dicipta oleh Allah. Dia tidak memusuhi sesiapa atau suatu apa pun kecuali jika
ia mengancam periuk nasinya.

Ketam dan tiak itu insan seperti kita juga. Tuhan menguasai segala-galanya. Kalau
mereka datang kita hanya membiar sahaja. Hanya Allah Azzawajalla yang sanggup
menegah mereka. (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 11-12)

Dia yakin segala senang dan susahnya ditentukan oleh Allah. Dia hanya merupakan
insan yang diberikan hak untuk berusaha dan penentuannya masih datang daripada-Nya.
Inilah yang membolehkan Lahuma terpaksa berhempas pulas untuk menyuap lapan mulut
yang ternganga saban hari dan masih dapat melayari kehidupannya dengan penuh
ketenangan dengan izin Allah.

~ 10 ~

4. RUMUSAN
Kelebihan Shahnon Ahmad dalam menghasilkan novel Ranjau Sepanjang Jalan
ialah kepada penggunaan bahasanya yang ringkas dan padat.

Walaupun beliau

menggunakan perkataan-perkataan yang biasanya digunakan oleh penulis lain, namun


perkataan-perkataan itu dapat melengkapkan apa yang mahu disampaikan. Justeru itu, kita
seolah-olah diberi gambaran yang jelas tentang peristiwa dalam novel tersebut. Shahnon
Ahmad juga gemar menggunakan dialek Kedah dan bahasa daerah dalam setiap
penulisannya tetapi penggunaannya tidaklah keterlaluan.

Beliau juga bijak dalam teknik penggunaan watak, dimana watak yang dipaparkan
begitu jelas dan berkesan. Keadaan ini secara tidak langsung, membuatkan pembaca akan
dapat merasa peristiwa itu seolah-olah benar-benar berlaku dan bukannya daripada cetusan
idea pengarang. Watak yang digambarkan seolah-olah memaparkan perwatakan manusia
sebenar dalam sesebuah masyarakat.

Melalui novel ini Shahnon Ahmad juga membawa pengajaran tentang kegigihan
hidup kaum petani di daerah pedalaman Sik. Watak Jeha merupakan salah satu watak yang
patut dicontohi oleh kaum wanita di kampung. Selain itu, novel ini juga memberi
pengajaran kepada pihak yang berkuasa bahawa kerendahan teknologi pertanian menjadi
punca kemiskinan rakyat terutamanya para petani.
Jelaslah disini bahawa novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad
merupakan novel yang bermutu. Novel ini mempunyai kekuatannya tersendiri walaupun
isu kemiskinan kurang sesuai dengan zaman pembangunan negara.

2,512 patah perkataan

~ 11 ~

5. RUJUKAN

1. Dr.Seri Lanang Jaya Bin Hj.Rohani, Prof. Madya Dr.Abd.Rahman Bin Napiah, Dr.
Hj.Mohd.Rashid Bin Md.Idris & Dr.Hj.Naffi Bin Mat .(2013). Penghayatan Karya
Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Shahnon Ahmad. (2006). Ranjau Sepanjang Jalan.Shah Alam: Alaf Dua Puluh Satu
Sdn.Bhd.

3. www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1108&pub=Utusan
Muat turun ; 13.11.2013

4. www.budaksedih.multiply.com/journal
Muat turun ; 13.11.2013

5. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lumpur&d=5
Muat turun: 14.11.2013

6. http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-alam.html
Muat turun; 14.11.2013

7. http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=719
Muat turun;14.11.2013

~ 12 ~

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN
-Definisi Karya Agung
-Ciri-ciri Karya Agung
AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA
AKTIVITI PENERAPAN KEDUA
RUMUSAN
RUJUKAN

~ 13 ~

A. PENGENALAN
Di dalam menghasilkan pengajaran yang produktif, guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran bagi memastikan objektif yang ingin disampaikan akan terus diterima oleh
murid-murid. Ada banyak kaedah mahupun aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh
guru untuk menjadikan pengajaran seseorang guru itu menarik, berkesan dan sebagainya.
Antara cara yang boleh guru-guru jalankan adalah seperti aktiviti diskusi, main peranan,
simulasi, permainan bahasa, sosio-drama, bercerita dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap
bersesuaian. Di dalam membicarakan tugasan soalan yang berkaitan dengan karya agung,
guru perlu memilih salah satu aktiviti yang bersesuaian agar murid dapat memahami isi
kandungan mahupun nilai-nilai yang terdapat di dalam karya tersebut. Sebagai contoh hasil
karya nukilan Profesor Datuk Shahnon Ahmad yang berjudul Ranjau Sepanjang Jalan.
Memandangkan karya ini mempunyai tahap pemikiran yang tinggi, pastinya sukar bagi guru
untuk menyampaikan ciri-ciri yang terdapat di dalam karya agung ini. Untuk itu, para guru
semestinya bijak di dalam memilih aktiviti yang sesuai bagi menerapkan ciri tersebut ke
dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.

1. Definisi Karya Agung


Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membaa maksud buatan atau ciptaan
sesuatu. Manakala Agung pula membawa maksud paling besar, terutama, tertinggi,
teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung boleh diertikan sebagai ciptaan
atau buatan yang terutama, tinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang.

Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu,
falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam
karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya
tersebut.

Karya agung merupakan karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau hasil
kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam
menggambarkan idealisme, nilai pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari segi agama dan
moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melaui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi
nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah
kekal sepanjang zaman dalam kehidupan bangsa Melayu.

~ 14 ~

2.

Ciri-ciri Karya Agung

Penelitian ciri-ciri karya agung melayu dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek yang berikut;
1. Pemikiran dalam karya agung
2. Estetika dan kepengarangan karya agung.
3. Nilai budaya dan pandangan hidup dalam karya agung melayu.
4. Nilai ilmu dalam karya agung.
5. Falsafah dalam karya agung klasik dan moden.

B. AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA


Antara aktiviti yang dianggap sesuai digunakan dalam menerapkan ciri pemikiran
(mesej dan isi) dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 4 adalah aktiviti bercerita. Ini
kerana, aktiviti bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu aktiviti yang dapat menarik
minat dan perhatian murid. Melalui aktiviti bercerita latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan.

Menurut E. Greene (1976),

bercerita dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada
perkataan bertulis dalam sesebuah buku. Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa
bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk
berirama atau frosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang dihadapan khalayak.
Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik,
menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

Berdasarkan kepada karya agung Ranjau Sepanjang Jalan dan ciri pemikiran karya
agung, guru boleh menggunakan rancangan pengajaran seperti berikut mengikut langkahlangkah yang telah dirancang.

~ 15 ~

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

CATATAN

PEMBELAJARAN
Langkah 1

Teks

cerita

Ranjau 1.

Sepanjang Jalan

Guru mengedarkan teks cerita Ranjau

BBB : Petikan teks

Sepanjang Jalan kepada murid.


2.

Guru meminta murid membaca teks


dengan kuat yang dan jelas.

Langkah 2

1.

Guru bertanya kepada murid mengenai

Teknik : Bercerita

cerita yang terdapat dalam teks.


2.

Guru meminta seorang murid untuk

Nilai : Berani

bangun dan menceritakan kembali cerita


yang terdapat dalam teks mengikut
pemahaman.
Langkah 3

Melakonkan

kembali 1.

cerita

Ranjau

meminta

murid

melakonkan

BBB : Petikan teks

kembali cerita yang terdapat dalam teks

Sepanjang Jalan yang


telah dibaca.

Guru

2.

Ranjau Sepanjang Jalan.

Teknik : Bercerita dan

Guru memilih beberapa murid untuk

Sosio-Drama

memegang watak yang terdapat di dalam


Watak dalam cerita:
1. Lahuma

teks.
3.

2. Jeha
3. Tuk Penghulu

Guru memilih seorang murid untuk


menjadi pencerita bagi cerita tersebut.

4.

4. Sanah
5. Pelakon tambahan

Nilai : Yakin

Guru memberikan masa kepada murid


untuk membuat persediaan.

5.

Setelah aktiviti lakonan berakhir, guru

(anak Lahuma dan

membuat kesimpulan.

penduduk kampung) 6.

Guru menyatakan nilai dan pengajaran

6. Pencerita

yang terdapat di dalam cerita tersebut.

Di dalam rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh guru dengan merujuk
kepada rancangan di atas, guru boleh memulakan aktiviti dengan mengagihkan salinan teks
cerita dari petikan novel Ranjau Sepanjang Jalan. Petikan novel perlulah diringkaskan
mengikut tahap murid dengan sesuai. Setelah murid menerima salinan teks yang diedarkan,
guru boleh meminta murid untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dengan bacaan
yang kuat dan jelas serta dengan intonasi yang sesuai. Semasa pembacaan teks dilakukan,
murid perlulah memahami akan isi cerita dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang
novel sebenar.

~ 16 ~

Langkah berikutnya, guru akan bersoal jawab dengan murid untuk memastikan
kefahaman murid tentang petikan. Guru boleh bertanyakan sama ada watak di dalam cerita,
mesej penyampaian, serta nilai yang terdapat di dalam petikan tersebut. Setelah dapat
memastikan kefahamn murid tercapai, guru boleh meminta salah seorang murid yang dipilih
secara rawak untuk menceritakan kembali cerita yang dibaca mengikut kefahaman masingmasing.

Seterusnya, untuk memastikan murid memahami isi dan mesej yang ingin
disampaikan, guru boleh menambah aktiviti bercerita dengan tambahan aktiviti sosio-drama
untuk memastikan pengajaran lebih menarik dan seterusnya murid lebih memahami mesej
yang ingin disampaikan. Di dalam aktiviti ini, guru akan memilih beberapa orang murid
untuk memainkan watak seperti di dalam cerita Ranjau Sepanjang Jalan. Sepanjang aktiviti
sosio-drama ini dijalankan, guru boleh menjadi sebagai pengantara bagi memastikan cerita
yang disampaikan adalah betul dan tepat. Pada pengakhiran cerita, guru boleh menambah
tokok dengan memberikan pengajaran dan seterunya rumusan kepada cerita tersebut dimana
isi dan mesej yang sebenar yang ingin pengarang cerita Ranjau Sepanjang Jalan ingin
sampaikan

C. AKTIVITI PENERAPAN KEDUA


Untuk penerapan yang kedua pula, aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam
menerapkan ciri nilai budaya dan pandangan hidup karya agung di dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu juga. Aktiviti perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti
mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan, 1990 : 85).
Selain itu, aktiviti perbincangan juga melibatkan interaksi dua hala antara murid dengan
murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Aktiviti ini lebih berpusatkan
kepada murid iaitu murid berbincangan antara satu dengan lain, berkongsi maklumat dan
memberi serta menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan
sesuatu masalah atau tugasan. Tambahan lagi, aktiviti perbincangan juga adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid di
bawah penyelian dan kawalan seorang guru.

~ 17 ~

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan melihat kepada rancangan pengajaran yang telah
dirancangan beberapa langkah yang sesuai.

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

PENGAJARAN

DAN

CATATAN

PEMBELAJARAN
Langkah 1

Teks

cerita

Ranjau 1.

Sepanjang Jalan

Berdasarkan kepada teks, guru

BBB : Petikan teks

menyoal murid tentang budaya


dan

pandangan

hidup

yang

Nilai : Berusaha

terdapat dalam teks.


2.

Murid

membuat

penyenaraian

nilai yang dijumpai.


3.

Murid

menyebut

Teknik : Perbincangan
(antara

nilai

yang

guru

dan

murid)

dijumpai di dalam teks secara


kuat.
Langkah 2

Nilai :

1.

Guru menerangkan nialai-nilai

1. Bekerjasama

yang

2. Kasih sayang

ringkas.

3. Kepercayaan kepada

2.

telah

Guru

dijumpai

BBB : Petikan teks

secara
Nilai : Bekerjasama

membahagikan

murid

tuhan.

kepada 4 kumpulan dengan setiap

Teknik : Perbincangan

4. Berusaha.

kumpulan mewakili nilai yang

(antara ahli kumpulan)

telah disenaraikan.
3.

Murid berbincang tentang nilai


yang telah diberikan oleh guru
sesama ahli kumpulan.

Langkah 3

1.

Guru meminta setiap kumpulan

BBB : Petikan teks

untuk ke hadapan kelas.


2.

Setiap

kumpulan

akan

Nilai : Berani

membincangkan kekuatan nilai

3.

yang mereka wakili berdasarkan

Teknik : Perbincangan

teks Ranjau Sepanjang Jalan.

(antara murid dengan

Di setiap akhir perbincangan

murid)

kumpulan, guru akan membuat


kesimpulan dan rumusan.

Di dalam pengajaran ini, guru boleh memulakan langkah dengan aktiviti bersoal
jawab dengan murid setelah mengedarkan salinan petikan kepada setiap murid. Soal jawab
yang dijalankan perlulah berdasarkan kepada petikan yang menyentuh tentang ciri-ciri
budaya dan pandangan hidup di dalam petikan. Setelah itu, guru dan murid akan berbincang

~ 18 ~

tentang nilai yang diperolehi dan meminta murid menyenaraikan seberapa banyak lagi nilai
yang ada di dalam petikan dan menyebutnya dengan kuat di dalam kelas.

Setelah itu, guru boleh mengambil langkah yang kedua dengan menerangkan serba
sedikit nilai utama yang telah guru pilih. Seterusnya, guru akan membahagikan murid kepada
empat kumpulan untuk membincangkan nilai budaya dan pandangan hidup yang telah guru
pilih dengan lebih jelas lagi. Setiap kumpulan akan diberi satu nilai untuk dibincangkan
kekuatannya di dalam petikan yang diberi. Guru akan memberi masa dalam 10 sehingga 15
minit untuk murid berbincangan dengan ahli kumpulan di bawah kawalan dan panduan guru.

Langkah seterusnya, setiap kumpulan akan diminta ke hadapan kelas untuk


membincangankan nilai yang telah diberi dengan kumpulan lain. Setiap kumpulan akan
membincangankan nilai tersebut serta kekuatannya berbanding dengan nilai yang diperolehi
kumpulan yang lain. Di dalam aktiviti ini, guru membenarkan murid lain untuk bertanyakan
soalan sekiranya terdapat kelemahan ataupun kekuatan di dalam nilai yang dibincangkan.
Dan pada akhir setiap kumpulan membincangankan nilai yang telah diberi, guru akan
bertindak untuk membuat rumusan serta memberikan kesimpulan yang sesuai dengan nilai
yang telah dipilih.

~ 19 ~

D. RUMUSAN
Jelas sekali di sini, dapat kita lihat bahawa dengan menerapkan mana-mana ciri yang
terdapat di dalam karya agung melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih, sedikit sebanyak dapat
mendedahkan kepada murid-murid akan kekuatan karya yang pilih oleh guru seperti dari
novel Ranjau Sepanjang Jalan. Ini membolehkan murid berfikir secara matang dan bijak
mencari isi-isi yang tersurat dan tersirat di dalam petikan yang diberikan. selain daripada itu,
dengan aktiviti yang dipilih dan bersesuaian dapat menambah lagi keseronokan murid di
dalam pengajaran yang disampaikan. Tambahan pula, untuk mengharapkan murid
menghayati kesuluruhan isi cerita adalah satu perkara yang mustahil memandangkan novel
Ranjau Sepanjang Jalan mempunyai aras yang tinggi bagi tahap pemikiran murid sekolah
rendah. Tetapi melalui aktiviti yang dijalankan, ia mampu untuk memberi pemahaman yang
baik kepada murid walaupun guru hanya memberi petikan daripada novel tersebut
(1,726 patah perkataan)

~ 20 ~

RUJUKAN

1. Dr.Seri Lanang Jaya Bin Hj.Rohani, Prof. Madya Dr.Abd.Rahman Bin Napiah, Dr.
Hj.Mohd.Rashid Bin Md.Idris & Dr.Hj.Naffi Bin Mat .(2013). Penghayatan Karya
Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

2.Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

4. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu.Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd

Ezani Yusoff (Bob), Teknik Pengajaran dan Pembelajaran


5. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Muat turun;15.11.2013
6. www.slideshare.net/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik

Muat turun; 15.11.2013

~ 21 ~

Anda mungkin juga menyukai