Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER MEI 2011

HBML4203

KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI : 660207045112002

NO. KAD PENGNEALAN : 660207-04-5112

NO. TELEFON : 019-3004967

E-MEL : norra.ismail@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

MELAKA
Perkara Muka surat

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Novel
Ranjau Sepanjang Jalan 2
1.3 Biodata Penulis Shahnon Ahmad 3

2.0 ANALISIS PEMIKIRAN PENULIS


2.1 Tema dan Persoalan
2.2.1 Tema Utama
2.2.1 Persoalan Sampingan

2.2 Mesej

2.3 Watak dan Perwatakan


2.3.1 Watak Utama
i. Lahuma

2.3.2 Watak Pembantu


i. Jeha

2.4 Latar
2.4.1 Tempat

3.0 RUMUSAN 12

RUJUKAN 13
HBML4203

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) oleh Ali Ahmad (1994) memberikan
definisi kesusasteraan sebagai kehalusan atau estetika bahasa. Menurut Muhammad Haji
Salleh (1995), kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang
membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.
Kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani, memberi
ketenangan dan merehatkan fikiran dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan
karya seni. Ini bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa itu amat
berguna kepada khalayak.

Dalam hal ini, Ali Ahmad (1994) menjelaskan; Kesusasteraan sebagai satu kegiatan
kesenian mendapat perhatian penting oleh masyarakat. Minat yang sedemikian mendalam,
khususnya bagi masyarakat lama, mudah difahami, iaitu atas sebab tidak ada batas yang jelas
antara kegiatan-kegiatan keagamaan, kesenian dan ekonomi. Pada zaman lampau, misalnya
puisi (seperti pantun) atau perbilangan adat, digunakan ketika melaksanakan kegiatan
ekonomi, budaya atau pendidikan moral. Dewasa ini kegiatan sedemikian tidak berlaku lagi.

Menurut Dr. Aminudin Mansor (2011), seni sastera menjadi nadi kepada tamadun
bangsa mestilah boleh menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar. Ciri-ciri
kesusasteraan mestilah memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar, mempertahankan
kehalusan kesenimanan, mengadunkan pandangan alam dan garapan seni yang tinggi, dengan
analisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanan, boleh menghayati pergolakan jiwa dan
emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa
sasteranya.

Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam
lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya
kreatif pihak yang mengukir karya sastera. Selaras dengan sastera-sastera agung dunia,
kesusasteraan kita mestilah merupakan sumbangan untuk memahami segala aspek
kemanusiaan tanpa mengetepikan estetik dan idealisme.

Genre-genre prosa dalam Kesusasteraan Melayu Moden antaranya ialah novel,


cerpen, drama, biografi, autobiografi, esei dan kritikan. Sesebuah karya sastera dihasilkan
untuk memenuhi sesuatu tujuan. Tujuan itu menjadi milik orang yang menghasilkannya.

1
HBML4203

Ramai sarjana berpendapat antaranya Shahnon Ahmad menyatakan, pendidikan


kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana
dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang
tinggi.

Penulis juga boleh menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu
haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan
pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat pengarang
yang memilih untuk:

a) Berterus terang

b) Menggunakan cara halus dan kasar

c) Menumpukan kepada keindahan

d) Mementingkan isi semata-mata

Karya sastera moden yang dipilih ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon
Ahmad. Shahnon Ahmad (1997), menganggap novel merupakan satu bentuk pentafsiran
rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cerita. Hala tuju pemikiran
Shahnon Ahmad lebih kepada berterus terang tentang kehidupan yang dilalui oleh golongan
petani terutamanya bagi Lahuma sekeluarga. Aliran yang diikuti oleh penulis novel Ranjau
Sepanjang Jalan ini pula merupakan aliran realisme iaitu menumpukan perhatian kepada
gambaran isu masyarakat.

1.2 Latar Belakang Novel Ranjau Sepanjang Jalan

Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak
perempuan mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah yang hidup pada
pertengahan abad ke-20. Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka
mengusahakan sawah mereka dengan penuh kesusahan. Hidup dan mati mereka semuanya
bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya kerana merupakan sumber rezeki.
Makanan dan wang diperolehi daripada hasil padi. Setiap musim hasil padi mesti mencukupi
untuk kegunaan mereka sekeluarga.

2
HBML4203

Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat
terpijak onak nibung. Sebelum itu Lahuma yang mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh
Jeha. Setelah ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban
untuk mengerjakan sawah. Namun tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya tidak mampu
untuk menggantikan tenaga Lahuma. Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka
daripada banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Ketam-ketam mematahkan tangkai
padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang, memakan
padi. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya
sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan
Jeha tidak boleh bertahan dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban
mengusahakan sawah kepada anak-anaknya.

1.3 Biodata Penulis Shahnon Ahmad

Datok Shahnon Ahmad ialah penulis, pengkritik sastera dan ahli politik. Dia merupakan
penerima Anugerah Sasterawan Negara yang kedua pada tahun1982. Shahnon juga
merupakan pelopor penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan Melayu. Novel Shahnon
yang terkenal, Ranjau Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan keluarga petani di
Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha, serta
anak-anaknya.

Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia, Iceland,
Belanda, dan Denmark. Di samping itu, novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq
(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988) dan Tuk Guru (1988) menampilkan suatu pendekatan
baharu dalam menyampaikan kesedaran beragama dan pelaksanaannya. Shahnon juga
menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan fenomena politik semasa yang berlaku di
tanah air seperti tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana (1969), Tunggul Gerigis
(1988), Patriarch (1991), Sutan Baginda (1990) dan Shit (novel satira, 1999). Shahnon juga
menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan moral
masyarakat kesan daripada pengaruh pemodenan seperti terlukis dalam novelnya Kemelut
(1977) dan Tivi (1995).

2.0 ANALISIS PEMIKIRAN PENULIS

3
HBML4203

2.1 Tema dan Persoalan

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara
langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). Di dalamnya terkandung objek, peristiwa,
kejadian dan sebagainya. Tema merupakan buah fikiran atau idea penulis. Persoalan
bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya
dengan tema sesuatu karya.

2.1.1 Tema

Tema yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini berkisar tentang kemiskinan
iaitu perjuangan, kesusahan dan penderitaan hidup petani-petani Melayu dalam menghadapi
bencana alam. Penulis memilih tema ini berdasarkan pengalamannya sendiri semasa kecil
yang tinggal di Kampung Derdap, Sik, Kedah.

Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990 : 1), pengaruh daripada latar kehidupan beliau
yang berasal dari kampung, sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam
menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan
dalam kalangan masyarakat desa khususnya. Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati
dengan kehidupan Shahnon, kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin,
murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin
dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu
hanya kemiskinan sepanjang jalan.

Antara penderitaan dan kesusahan yang dialami kaum petani yang diwakili oleh
keluarga Lahuma dan Jeha dalam novel ini ialah luas sawah yang semakin berkurangan dan
ini menunjukkan kemiskinan keluarga ini. Contohnya Lahuma cuma memiliki sawah 14
relung sahaja sedangkan pada awalnya keluarganya mempunyai sawah sebanyak 20 relung.
Ini kerana 6 relung sawah telah dijual seperti petikan di bawah:

Bapanya dulu mempunyai dua puluh relung bendang. Enam relung terlepas ke tangan
Cina kerana jual janji. Tinggal empat belas relung. ( hal: 4).

4
HBML4203

Lahuma hanya mempunyai isteri dan 7 orang anak yang kesemuanya adalah
perempuan. Lahuma dan isterinya sahaja yang bekerja dan tiada orang lelaki lain yang boleh
membantunya di sawah. Tenaga kerja orang perempuan tidak sama dengan tenaga orang
lelaki. Kenyataan ini dapat dilihat seperti petikan di bawah:

“Kaulah yang akan menajak kalau aku sakit.”Jeha Cuma mengiya saja. Bendang itu
tentu tak sanggup dihabiskan olehnya dan oleh Sanah dan Milah. Jeha sedar tentang
kedudukan yang sebenar.Tak ada Lahuma, tak adalah beras nanti untuk anak-anak (hal: 80).

Kesusahan yang seterusnya pula ialah bencana alam termasuk juga bencana dari
binatang perosak. Contohnya, Jeha sakit akibat ular tedung senduk, Lahuma sakit dan mati
akibat terkena duri nibung dan padi mereka diserang ketam, banjir dan burung tiak seperti
petikan di bawah:

Bahana ular tedung senduk masih liar menjelajah kehidupan Jeha sejak peristiwa di
pinggir paya dekat belukar semai tempoh hari. Langkah-langkah dan gerak-gerinya masih
juga terketar-ketar dan terhinggut-hinggut ketakutan....... (hal: 45).

............Mahu rasanya dia merentap pisau cukur dan memotong kaki yang reput itu. Mahu
rasanya dia memicit kaki itu hingga terlompat keluar duri nibung yang tersumbat itu. (hal:
91).

Lahuma sudah mati... (hal: 123).

Ketam sudah datang, Ketam sudah mula menyerang sawah Kampung Banggul Derdap
(hal: 151)

Tetapi banjir di sebelahnya masih juga belum surut ....... (hal: 217).

Tiba-tiba timbul dari dalam semak-semak padi. Itu lebih kurang lima belas ekor burung
tiak yang hitam kelabu....... (hal: 239).

5
HBML4203

2.1.2 Persoalan

Persoalan pula bermaksud perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema.
Antara persoalan yang wujud dalam novel yang dikaji ini ialah yang pertama, kesusahan yang
dialami kaum petani untuk menanam padi. Dalam novel tersebut terdapat pelbagai kesusahan
yang dialami oleh keluarga Lahuma iaitu masalah bencana alam seperti ular tedung senduk,
duri nibung, ketam, banjir, dan burung tiak yang menyerang dan menimpa kepada Jeha,
Lahuma dan sawah mereka.

Dia teringat kepada ular tedung senduk di bekas semai.Lintah gajah. Kemarau
panjang. Banjir besar. Ketam-ketam. Burung Tiak yang banyak. Batang- batang menerung.
Rumput-rumput bulu landak. Onak nibung yang membunuh Lahuma....(hal: 263)

Persoalan yang kedua ialah, berpegang teguh pada agama dan berserah kepada Tuhan
semata-mata merupakan pendirian watak utama dan juga keluarganya. Lahuma sekeluarga
percaya sepenuhnya kepada Allah dan bergantung terus kepada maha penciptaNya.

Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah
Azzawajalla. (hal: 1)

Persoalan yang ketiga ialah, ketaatan seorang isteri kepada suaminya. Ketaatan
seorang isteri ditunjukkan melalui watak Jeha yang sentiasa berada di sisi Lahuma walaupun
disaat Lahuma yang sedang menderita sakit akibat bisa onak nibung. Jeha juga tetap setia dan
beranggapan bahawa Lahuma adalah suaminya dan tiada siapa yang boleh menggantikan
tempatnya walaupun Lahuma sudah meninggal dunia.

Petang itu Jeha tidak turun ke sawah. Kaki lakinya dicelur dan didemah lagi.Ubat
ramuan dicari tambah. (hal: 99)

Lahuma dalam kubur masih juga lakinya. Lahuma yang disayanginya itu. (hal: 176).

Persoalan yang keempat ialah, tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga amat
penting dan amat berat. Watak Sanah sebagai anak sulung kepada Lahuma dan Jeha yang
bertanggungjawab menjaga dan menguruskan adik-adiknya dan sawah milik keluarga mereka
setelah ayahnya meninggal dunia dan emaknya menjadi gila.

6
HBML4203

Tetapi kini Sanah tidak melepaskan tangan lagi.Dia mahu menghadapi segala-galanya
itu dengan adik-adiknya yang enam orang itu. (hal: 222)

Persoalan yang kelima yang saya kaji dalam novel ini ialah, tekanan jiwa dan
perasaan sehingga menjadi gila. Jeha dalam novel tersebut telah mengalami gangguan jiwa
kerana dia terpaksa menanggung kesengsaraan hidup bersama anak-anaknya yang ramai
untuk menjaga sawah mereka setelah kematian suaminya. Sedangkan semasa suaminya hidup
dahulu banyak pekerjaan yang melibatkan sawah mereka diuruskan oleh Lahuma dan Jeha
hanya membantu sahaja.

Lakinya telah tidak ada. Anaknya tujuh orang. Bendang ada empat belas relung.
Rumah sudah robek-robek. Bencana sawah macam-macam dan menjadi-jadi pula tahun ini.
Jeha tidak dapat menanggung seksaan itu...(hal: 180).

Persoalan-persoalan berbagai unsur begini telah memberi kekuatan jalinan yang padu

2.2 Latar

untuk menghasilkan karya yang sempurna. Menurut Ramli Isin (1984:60), sesebuah karya
yang sempurna bukanlah dibangunkan oleh sesuatu unsur tertentu sahaja, tetapi dari jalinan
dan paduan pelbagai unsur. Sebagai contoh tema dan persoalan yang telah menjadi renungan
penulisnya.

Demikianlah tema utama yang menjadi fikiran atau persoalan diutarakan oleh
pengarang novel ini. Di dalamnya terungkap pandangan hidup atau cita-cita pengarang yang
akan turut menimbulkan motif dan persoalan-persoalan lain. Tema ini selaras dengan
pendapat J.A Cuddon (1977:679), mendefinisikan;

“The theme of a work is not its subject but rather its central idea which may be stated
directly or indirectly.”

Ranjau Sepanjang Jalan memaparkan hidup petani di Kampung Banggul Derdap, Kedah.
Shahnon Ahmad mengambil latar kampungnya sendiri. Latar merupakan kompenen yang
penting dan berperanan menerangkan situasi peristiwa itu berlaku. Latar juga berfungsi
menimbulkan suasana atau keadaan penceritaan menjadi lebih menarik minat pembaca dan
merangsangkan mereka untuk terus membaca.

7
HBML4203

2.2.1 Latar Tempat

Shahnon Ahmad memperkenalkan sebuah desa yang mempunyai sawah padi yang luas dan
ada juga semai di penjuru rimba untuk mereka menabur benih. Antara latar-latar tempat
dalam novel ini ialah;

i. Sawah padi/bendang – “Aku nak turun ke bendang sebentar…..” (ha: 16

ii. Belukar/penjuru rimba – “Bila nak tanam semai di belukar?.....(hal: 4)

iii. Perkuburan – “Kecuali keinginannya untuk pergi ke tanah perkuburan yang terletak di
bahagian tenggara desa….” ( hal.1)

Kesimpulannya, pengarang telah mewujudkan latar-latar realistik yang menggerakkan plot


dan watak agar memberi kesan yang mendalam dan adanya unsur sejarah. Ini juga disokong
oleh Kamarudin Hj.Husin (1988 : 91) menyebut latar adalah “setting” bagi sesebuah cereka.
Bagi beliau terdapat 4 jenis latar iaitu latar tempat, masa, mayarakat dan suasana.

Sudut pandangan orang ketiga yang digunakan oleh pengarang diaplikasikan semasa
menyampaikan cerita yang bertindak sebagai pengarang yang tahu serba serbi mengenai
peristiwa, fikiran, perasaan dan tingkah laku watak. Penyampaian cerita secara pelbagai
bentuk seperti imbas kembali, dialog, monolog dan bercerita biasa menampakkan realistik
yang indah indah dan berkesan. Hashim Awang (1981:194), turut menyatakan bahawa sudut
pandangan orang ketiga merupakan teknik penceritaan yang paling utama kerana ia mudah
digunakan.

Pemilihan kata-kata abstrak yang mengkehendaki pembaca memikirkan makna secara


tersendiri. Ini bermakna kata-kata abstrak itu bergantung kepada cara mana seseorang itu
mentafsirkannya. Merujuk perkara yang sama, Keris Mas (1988: 20), menyebutnya sebagai
kata-kata denotasi dan konotasi.

Permainan bahasanya dibuat dengan cara yang berkesan sekali. Ini bertepatan dengan
pendapat Umar Junus (1980), menerangkan bahawa gaya bahasa itu ialah manipulasi
penggunaan bahasa sesuai dengan apa yang ingin dinyatakan atau disampaikan penulis
hingga membawa kesan-kesan tertentu kepada para pembaca.

2.3 Watak

8
HBML4203

Ismail Ahmad (1974:27), mendefinasikan watak dalam novel sebagai orang-orang yang ada
dan mengambil bahagian dalam cerita itu. Menurutnya lagi pasti terdapat watak utama dan
watak-watak lain.

Di dalam novel ini, Shahnon Ahmad telah mencipta beberapa watak yang mendukung tema
novel dengan ciri-ciri khusus dengan latar fizikal, pemikiran, perasaan, tindak-tanduk dan
gerak geri mereka untuk menuju matlamat penulis dalam menyampaikan ceritanya.

2.3.1 Watak Utama - Lahuma

Watak beliau digambarkan secara langsung oleh pengarang dengan menjelaskan sifat dan ciri
pewatakannya. Lahuma merupakan seorang yang kuat bekerja dan mementingkan kebajikan
anak-anaknya. Walaupun hidup dalam kemiskinan, keperluan asas seperti makanan dapat
disediakan. Kegigihannya dalam mencari rezeki dengan mengerjakan sawah dapat dilihat
sehingga kakinya tercucuk dengan duri nibung. Situasi ini dapat dilihat seperti petikan ini:

Kemudian dia berjalan terhinggut-hinggut dan berjengket-jengket di atas permatang


itu. (hal: 84)

Watak Lahuma yang digambarkan di atas bertepatan dengan pendapat Kassim Ahamad
(1964:10), watak sebagai usaha penulis-penulis dengan menggunakan pelbagai teknik
membuat gambaran-gambaran yang selengkapnya tentang keadaan seseorang. Contohnya,
rupanya, pakaiannya, budi bahasannya dan tabiatnya. Contoh petikan:

Tuk penghulu teringat kepada Lahuma dahulu yang bekerja tanpa menghiraukan
hujan panas. Mati hidup hanya bergantung kepada padi sahja. (hal: 182)

Lahuma juga seorang yang sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dengan apa yang diberi
Allah kepada dirinya dan keluarganya. Walaupun menempuh berbagai-bagai dugaan hidup,
tetapi beliau rela menerimanya. Contoh petikan;

Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah


tangannyan tercantum menadah langit………Masing-masing bermohon kepada Allah
Azzawajalla. (hal: 12)

9
HBML4203

Pada keseluruhannya, watak Lahuma sebagai watak protagonis yang ideal terpaksa
mengharungi masalah kehidupan serba kekurangan dan penderitaan lahiriah mahupun
batiniah.

2.3.2 Watak Pembantu

i. Jeha

Watak Jeha pula seorang wanita yang telah membantu Lahuma dan taat kepada suaminya.
Wanita yang telah melahirkan 7 orang anak perempuan ini sentiasa berada di sisi suaminya
yang hidup dalam serba kekurangan. Namun akhirnya dia gagal melawan dugaan hidup
setelah kematian Lahuma. Akhirnya Jeha menjadi gila. Contoh petikan:

Emak mereka telah gila. Ini diketahui oleh semua adik-adik Sanah. Emak mereka
akan dibawauntuk diubati. (hal: 224)

Kesimpulannya, watak-watak yang ditonjolkan oleh penulis ini hidup dan dapat menjalin
cerita dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain sehingga peristiwa tersebut terlerai
dikesudahan cerita. Watak yang digambarkan ini selaras dengan pendapat Othman Puteh
(1988:22) yang menjelaskan watak terlibat untuk melakukan sesuatu (plot), pada suatu
tempat dan waktu (latar) dengan tujuan yang tertentu (tema) pula.

2.5 Mesej

Mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang ialah manusia perlu bersedia dan sanggup
menerima perubahan-perubahan dalam hidup seperti menerima takdir yang ditentukan
antaranya kemiskinan, kematian, kehilangan dan sebaganya. Apa sahaja kurniaan Allah
S.W.T. perlu diterima dengan penuh kesyukuran antara petikan penulis yang disampaikan
ialah:

Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah Azzawajalla.
(hal: 1)

10
HBML4203

Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan


penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga
Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa
padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang
padi-padi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip
ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika
dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah
dan mereka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa
menurut Shahnon Ahmad. Petikan di bawah menggambarkan betapa pentingnya padi kepada
kehidupan keluarga Lahuma ;

“Padi mesti ditanam. Mesti dijaga.” “...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada
nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung
kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak
datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita
wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup
anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang.” (hal: 185)

Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati menurut
Shahnon Ahmad. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita
melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka
melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad
ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya
mereka tidak akan kebuluran. Malahan hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual
padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta
membiayai anak-anaknya.

Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau
Sepanjang Jalan ini begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan
umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin.
Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah,
kekurangan modal, kekurangan tenaga dan juga tiadanya teknologi moden pada masa itu.

11
HBML4203

Traktor yang adapun hanya digunakan oleh penghulu kerana sewanya mahal. Tambahan juga
kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh
unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi.

Shahnon Ahmad juga menggambarkan Lahuma seorang yang sangat tabah dan redha
dengan kemiskinan yang telah diwarisi dan sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah
S.W.T. Kelemahan golongan anita telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di
Kampung Banggul Derdap seperti yang menimpa Jeha yang menjadi gila setelah kematian
suaminya Lahuma.. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga
dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di
Malaysia.

Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990 : 1), sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada
pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskinan secara terperinci. Shahnon berjaya membawa
pembaca merasai kesan kemiskinan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati
sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel ini. Dalam novel ini
juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani digambarkan dengan jelas
kerana penulis pernah melalui kehidupan tersebut.

Jalan cerita yang sederhana inilah yang berjaya menunjukkan serba sedikit
kekurangan atau kemiskinan yang dialami dalam kalangan masyarakat desa. Desa adalah
umpama jiwa dan nyawa kepada Shahnon Ahmad. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri
Shahnon. Dengan demikian Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan
fikiran kehidupan masyarakat desa melalui novel ini. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Apa
yang ditulis dalam latar belakang desa ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang
perlu dibantu dan perhatian dari pihak kerajaan.

Shahnon Ahmad juga ingin memberitahu kepada khalayak kesusahan yang dihadapi oleh
golongan petani dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini bagi menghasilkan beras seperti
kata “sebutir nasi merupakan setitis peluh petani”.

3.0 KESIMPULAN

12
HBML4203

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini merupakan sebuah novel yang mengandungi nilai estetika
atau nilai keindahan yang sangat tinggi. Lakaran sebuah kisah hidup masyarakat petani yang
begitu tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran
tergambar menerusi novel ini.

Walaupun kehidupan Lahuma dan keluarganya melalui hari-hari yang penuh kesukaran dan
menghadapi cabaran dalam pertanian sawah padi, namun mereka masih lagi mampu
berpegang kuat kepada ajaran agama iaitu agama Islam. Mereka berdoa dan berserah kepada
qada dan qadar dalam menjalani kehidupan mereka.

Pada pendapat saya, novel ini menimbulkan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan
kehidupan golongan petani dan kesusahannya untuk menghasilkan beras sebagai makanan
utama di negara ini. Setelah kita membaca dan menghayati novel ini, barulah kita tahu betapa
sukarnya kehidupan seorang petani dan kita akan lebih menghargai beras yang kita makan.

Shahnon Ahmad telah memperlihatkan ketrampilannya dan menguasai persoalan yang


diutarakan dengan teknik penceritaan yang menarik. Novel ini membawa aliran realisma iaitu
menumpukan perhatian kepada gambaran isu masyarakat yang terdiri daripada petani.

Akhir sekali, ternyata novel ini memperlihatkan penguasaan yang seimbang antara isi, teknik
dan aduanan bahasa yang sangat berkesan kepada emosi dan fikiran pembaca.

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib,(1989). Konsep Dalam Penulisan: Implikasi Daripada Sudut
Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jilid 32, Bil 10,Okt.

Ali Ahmad, (1989). Asas Menganalisa Cereka.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

A.Wahab Ali, (1988). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Petaling Jaya: Fajar

Bakti.

13
HBML4203

Dr.Aminudin Mansor. (2011) Subjel Sastera Membina Insan. Utusan Online. 22 Mei 2011

Dr. Harun Jaafar. (2011). HBML4203 Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur; Open
University Malaysia.

Hamzah Hamdani, (1982). Novel-Novel Melayu Melayu Dalam Kritikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj.Husin, (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar

Bakti.

Keris Mas, (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, (1985). Tanggapan Sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (1997). Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa

Moden, Universiti Malaya

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala

Lumpur : Icon Region Sdn Bhd.

14
HBML4203

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005) b. Stilistik Komsas. Tg. Malim: Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005) c. “Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa

Melayu”. Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya.

Rahman Shaari, (1985). Memahami Istilah Sastera. Petaling Jaya: Karya Bistari.

Shahnon Ahmad, (1979). Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1997). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Syed Othman Kelantan, (1985). Teknik Mengkaji Novel. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Umar Junus, (1984). Sastera Melayu Moden, Faktor Interpretasi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

http://eprints.usm.my/6557/1/
KAJIAN_MENGENAI_KESATUAN_IDEA__DALAM_DIALOG_PENGAJARAN_DAN_
PEMBELAJARAN_BIDANG_ESTETIK_DALAM_MATA_

http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Kajian_Komsas.pdf

http://simahmamat.wordpress.com/

http://pusatbahasa.depdiknas.go.id/lamanv4/?q=detail_artikel/1311

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu_04.html1.0

15
HBML4203

16

Anda mungkin juga menyukai