Anda di halaman 1dari 42

Menghantar Anak Ke Sekolah

Posted On Friday, May 4, 2012. Under Variasi Puisi

Kuhantar anak ke laman sekolah dengan bekal jutaan citra pergi menggalas buku pulang menggendong ilmu pergi bersama hati balik membawa budi.

Biar putih baju beralih kelabu ingatlah, betapa guru perlu dihormati takkan sesat arah melangkah.

Rakan jangan sekali disakiti kalau mandiri mahu dimanusiawi.

Sekolah, gedung intelek harus diteroka bosan mencari menjemput sesal.

Biar luntur biru warna di seluar jangan jemu menggigih diri rumah jaya akan terbina di lereng cita di anjungnya dapat kaurenung nilai duri yang menggores kala mendaki menghirup erti pengorbanan lalu.

Ketika anak kuhantar ke sekolah harap kau kenal tulen dan palsu memilih telekung atau gincu perhalus akal menajam renung makna rakan maksud sahabat erti taulan.

Mengikat yakin pada hati syurga tetap di telapak kaki ibu

aku, hanya ayah pemikul amanah keringat di dahiku tak perlu kauseka.

MOHD. HASHIM OSMAN, SMK (F) Besout, Sungkai.

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang


Posted On Friday, March 16, 2012. Under Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini kurasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabadian Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Scribd Upload a Document


analisis kar

Search Documents

Explore

Documents

Books - Fiction Books - Non-fiction Health & Medicine Brochures/Catalogs Government Docs How-To Guides/Manuals Magazines/Newspapers Recipes/Menus School Work + all categories Featured Recent

People

Authors Students Researchers

Publishers Government & Nonprofits Businesses Musicians Artists & Designers Teachers + all categories Most Followed Popular Sign Up | Log In

inShare

MATRIKULASI

: 711212065190002 TELEFON : 0194314247zulaifah @oum.edu.my PE

MBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE


HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

1 ISI KANDUNGANBil

Kandungan Muka Surat1.0 Pendahuluan 2 2.0


Definisi Kesusasteraan melayu 32.1 Kesusasteraan Melayu tradisional. 32.2 Kesusasteraan Melayu Moden 4 1.2.1 Novel1.2.2 Cerpen1.2.3 Drama1.2.4

Sajak 3.0 Aliran-Aliran Kesusasteraan 5 3.1 Klasikisme 63.2 Romantisisme 3.3 - Realisme 3.4 - Naturalisme 3.5 - Absurdisme 3.6 - surelisme 3.7 - Keislaman 8 4.0 Sastera dan Masyarakat Fungsi dan Peranan 8 - 11 5.0 Analisis Karya 115.1 - Biodata Penulis5.1.2 Antara Karya Hebat Penulis5.2 Latar Belakang Novel Tulang -Tulang Berserakan 125.3 Sinopsis Novel 135.4 - Bahasa dan Seni 145.5 Idea dan Ideologi 155.6 Semangat nasionalisme 165.7 - Nilai-Nilai Kemanusiaan 175.8

Konsep Wira Moden 18 6.0 Penutup 19 Bibliografi / Rujukan 20 -21

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU 2 1.0 Pendahuluan Kesusasteraan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dewasaini, hubungan kesusasteraan dan masyarakat amat saling berkait rapat. Di Malaysia sendiri,bidang kesusasteraan melayu berkembang dan menjadi satu wadah pagi para pengkaryamelahirkan sesuatu mesej dan tujuan bagi disampaikan kepada umum.Pelbagai genre dan jenis kesusasteraan telah dihasilkan sama ada bentuk tradisionalmahupun kesusasteraan moden. Namun, mutakhir ini, karya-karya kesusasteraan moden telahberkembang biak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bermula zaman Abdullah Munsyi ke sebelum merdeka hinggalah pascamerdeka, telah lahir ramai pengkarya kesusasteraandengan hasil karya masing-masing bagi menyampaikan mesej mengikut aliran pemikiran dankecenderungan masingmasing.Dikatakan pelopor kesusasteraan Melayu moden dipelopori oleh Abdullah munsyiwalaupun ada yang mempertikaikannya dengan menyatakan bahawa Hamzah Fansuri merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden kerana karya -karyanya yang tinggimutunya dan mempunyai pengaruh dunia Islam. Sedangkan Abdullah Munsyi dikatakanbegitu kerana karya-karyanya menggunakan gaya bahasa Klasik/ Tradisional dan berpijak dibumi nyata.Kesusasteraan melayu moden mempunyai pelbagai genre seperti sajak (puisi moden),cerpen, novel,esei, kritikan, Biografi dan drama. Kecenderungan para ahli sasteramenghasilkan karya mereka bergantung kepada minat dan keupayaan mereka menghasilkankarya mengikut jenis aliran pemikiran yang mereka terpengaruh mengikut peredaran zamandan era mereka. Di Malaysia, ungkapan Seni untuk Seni dan Seni untuk Masyarakat diperdebatkan oleh para sarjana sastera dalam menentukan hala tuju kesusasteraan Melayu.Tumpuan kertas kerja ini adalah terhadap Sasterawan Negara iaitu Usman Awang atau nama penanya To ngkat Warrant merupakan salah seorang pemuka kesusasteraanmelayu moden yang mempunyai karya daripada pelbagai jenis genre kususasteraan. Darisajak, novel, cerpen, novel hinggalah kepada karya jenis Drama telah beliau hasilkan.Pelbagai mesej sosial dan ketuhanan disampaikan melalui karya-karya beliau mengikut aliranpemikiran beliau.Salah satu karya tunggalnya novel beliau ialah novel Tulang-Tulang Berserakan

merupakan karya yang akan dianalisis bagi menjelaskan salah satu pemikiran beliau danaliran ang beliau pegang sebagai salah seorang Pemuka Kesusasteraan Melayu di NegaraMalaysia yang beliau cintai dan jelas ditunjukkan dalam karya beliau ini. HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU 3 2.0 Definisi Kesusasteraan Melayu Definisi kesusasteraan telah diberi dengan pelbagai tafsiran oleh para sarjana. Namun,menurut Hashim Awang, beliau menyatakna bahawa kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa 1 . Dari sudut etimologi pula, kesusasteraan merupakan cantuman perkataan su dansastra dalam bahasa Sanskrit. Apabila menerima imbuhan apitan ke...an ia telah menjadikata nama terbitan yang membawa makna semua bentuk karya bernilai seni dan berguna . Sehubungan itu, bagi mencapai maksud yang sebenar, kesusasteraan didefinisikan sebagai kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak . Manakala khalayak itu merupakan pembaca bagi karya yang ditulis dan penonton untuk drama. Manakala Istilah Kesusasteraan Melayu boleh ditakrifkan dengan merujuk kepada Karyakarya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu. Kesusasteraan melayuterbahagi kepada dua iaitu kesusasteraan melayu tradisional dan kesusasteraan MelayuModen. 2.1 Kesusasteraan Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua iaitu, Prosa dan Puisi. Prosapula terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Prosa naratif pula terdapatdalam benttuk lisan dan bentuk tulisan. Dalam prosa Naratif Lisan pula ia terbahagikepada tiga genre beradasarkan cirri-ciri tertentu iaitu, Mitos, laggenda dan CeritaRakyat. Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga iaitu, cerita Jenaka, Cerita Binatang danCerita Dongeng. Manakala Cerita dongeng pula terdiri dari cerita Lipur Lara danCerita Teladan.Pengaruh yang terdapat dalam naratif Tulisan ialah Pengaruh hindu dan PengaruhIslam. Pengaruh Hindu biasanya terdapat dalam Sastera Panji. Manakala pengaruhIslam terdapat dalam genre Sastera Transisi. Pengaruh Islam memperngaruhi genre-genre seperti sastera Hikaya, Sastera Sejara dan Sastera Epik. Sastera Epik pulaterdapat dalam dua subgenre iaitu Epik kebangsaan dan Epik MelayuIslam.Bagi Prosa Tulisan Bukan Naratif pula, ia dikategorikan kepada Sastera Kitab, SasteraKetatanegaraan, Sastera undang-undang dan Sastera Sufi. Selain itu, puisi MelayuTradisional pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Naratif dan bukan Naratif. 1 Modul Oum HBML 4203 Kesusasteraan Melayu, oleh Dr harun Jaafar, versi Disember 2009, cetakan ke enam2011.

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU 4 2.2 Kesusasteraan Melayu Moden Terdapat beberapa genre yang digunakan dalam Kesusasteraan melayu Moden.Genre-genre tersebut ialah : 2.2.1 Novel Perkataan berasal dari perkataan Novella dan dipinjamkan dari saduran bahasa Inggeris. Oleh itu, Istilah Novel merupakan satu cereka yang berbentuk prosa dan disampaikan dengan cara yang begitu kompleks dari segiplot, watak-watak dengan jumlah yang banyak bagi menghidupkan cerita,persoalan-persoalan yang dikemukakan juga banyak dan pelbagai sertasuasana latar yang beraneka dari segi latar Masa. Tempat dan Masyarakat.Jumlah perkataan yang banyak dan dalam bab-bab dalam novel juga dalam jumlah yang banyak berbentuk relatif dari semua sudut. 2.2.2 Cerpen Singkatan daripada Cerita pendek. Sebab itulah ceritanya tidak panjang akan tetapi tetap benrbentuk relatif. Walau bagaimana pun ia tidak sepanjang novel.Ia dianggap sebagai sebuah cereka relatif pendek dan berkisar mengenaiperkara pokok yang ingin diutarakan oleh pengarang. Persoalan yangdikemukakan, watak-watak lebih fokus dan tidak terlalu kompleks. 2.2.3 Drama Drama merupakan teks/naskah yang dipentaskan dan dilakonkan. Iamempunyai ciri-ciri seperti mempunyai aksi, konflik dan berlaku pada ketikaitu sahaja dan tidak berulang-ulang. Terdapat pelbagai jenis drama iaitu, jenisTragedi, komedi, Tragi-komedi, Opera, Pantomin dan Bangsawan.Drama boleh dipentaskan tanpa dialog dan hanya menggunakan gerak-geridan memek muka sahaja tetapi difahami penonton apa yang hendak disampaikan. 2.2.4 Sajak Disebut juga sebagai Puisi Moden. Mula dipelopori oleh Punggok. Ditulis secara berangkap dan ada kalanya mempunyai pengaruh puisi tradisionalterutama dari segi rima akhirnya. Ia juga ditulis dalam bentuk bebas daneksperimen. Mempunyai nada tertentu seperti Romantik, Malankolik, HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU 5 Patriotik, Sinis dan Protes. Kebiasaannya Sajak bertemakan Patriotik,Ketuhanan/Keagamaan, Alam, Sosial/Kemasyarakatan dan kekeluargaan. IaMerupakan satu genre yang semakin berkembang dan amat popular dalamkalangan masyarakat di semua peringkat sosial dan umur.Selain dari genre-genre yang dibincangkan ini, kesusasteraan juga mempunyai genre seperti Biografi dan Esei. Penulisan esei juga popular dalam kalangan masyarakat termasuk pelajar-pelajar sekolah dan Universiti. Manakala Biografibiasanya ditulis oleh orang-orang yang tertentu kerana bentuk penulisannya yang agak komleks dan panjang serta memerlukan

kajian yang mendalam. Ia merupakan catatanhidup seseorang terutamanya mengenai tokoh-tokoh tertentu. 3.0 Aliran-Aliran Kesusasteraan Menurut HamzahAsraf " orang yang mengatakan bahawa aliran kesusasteraan mengikut lunas yang suatu sahaja maka anggaplah itu sebagai insan yang tidak percaya adanya perubahan yang dibawa zaman di dalam hal fahaman saya , "Seni untuk Seni" saya menjawab dengan ringkas: "Seni untuk Masyarakat" kedua-duanyasastera, kedua-duanya mungkin berjasa (Hiboran, 30 Disember 1950: 22) 2 Kebiasaannya pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanyasatu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya.Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapatpengarang yang memilih untuk:i. Berterus terang;ii. Menggunakan cara halus dan kasar;iii. Menumpukan perhatian kepada keindahan; daniv. Mementingkan isi semata-mata 3 2 PENGHAYATAN SASTERA STPM, Pengkritik pada Era Asas 50, (Bahagian Akhir) Oleh OTHMAN PUTEH 3 Modul Oum HBML 4203 Kesusasteraan Melayu, oleh Dr harun Jaafar, versi Disember 2009, cetakan ke enam2011.

PENGHAYATAN SASTERA STPM Penghantar Kritikan Sastera Di negara kita, kritikan sastera sudah diterima sebagai satu sains atau disiplin ilmu. Kritikan sastera yang dihantar dalam bentuk tulisan merupakan usaha mencari dan menentukan nilai karya sastera secara jujur. Tugasan ini dilaksanakan dengan kaedah yang bersistematik, sama ada secara selejang terbang mahupun secara serius. KRITIKAN sastera merangkumi tiga aktiviti yang berikut: Berkaitan dengan tulisan kritikan deskriptif yang menilai multigenre hasil karya sastera yang diterbitkan. Berhubungan dengan tulisan kritikan legislatif yang menekankan pelbagai peraturan, kaedah,dan langgam penulisan yang baik, betul,dan bermutu. Segala bentuk tulisan kritikan teori dalam usaha memperoleh sesuatu teori sastera. Bidang kritikan sastera berkembang cukup perlahan, masih remaja, akar tradisi tidak mantap, dan tidak banyak penulis yang memasukinya secara bertanggungjawab. Pernyataan ini menunjukkan bahawa penulisan kreatif terkedepan berbanding dengan penulisan kritikan sastera. Walaupun begitu kritikan sastera amat diperlukan, demi kesempurnaan hasil karya sastera. Kegiatan kritikan sastera yang perlahan itu bagaimana pun tetap menyumbang ke arah kemantapan dan kematangan walaupun bermusim. Kritikan sastera merupakan cabang dan disiplin sastera yang mewujudkan analisis, pentafsiran dan penilaian terhadap sesuatu wacana sastera. Dengan kata lain, kritikan sastera merupakan usaha murni untuk mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan ceria.Oleh itu kritikan harus dilaksanakan dengan menerapkan kaedah yang tertentu dan bersistematik. Menyedari hakikat dan fungsi kritikan sastera menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu karya, maka ketiga-tiga fungsi yang disenaraikan di atas wajar mempertimbangkan baikburuk, kuat-lemah, dan keistimewaan-kekurangan sesuatu karya. Pertimbangan yang saksama harus ditunjangi dengan alasan yang kukuh dan munasabah Secara dasarnya, kritikan sastera dilaksanakan secara internal dan eksternal. Kajian secara internal bermakna menganalisis teks dengan meneliti hal strukturnya, diksi, makna

cerita, dan kemungkinan ketaksaan atau ambiguiti. Sementara itu kritikan secara eksternal menekankan konteks atau dominasi kepada faktor di luar teks. Justeru itu, kritikan dihubungkaitkan dengan pengarangnya (pendidikan, profesion, ideologi, kepercayaan beragama, budaya, dan aliran), era tertentu, dan pengaruh persekitaran. Mengkritik karya sastera tidak mudah. Karya sastera bersifat subjektif, sedang pengkritik bersifat objektif. Untuk menyatakan sesuatu karya sastera itu baik atau buruk, haruslah dimanfaatkan kriteria yang objektif dan memiliki ketrampilan tertentu untuk mengungkap kembali pengalaman estetik karya yang ditelaah. Kritikan sastera adalah disiplin ilmu. Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera ada matlamat. Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan pengkritik (dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang tidak seimbang, malah semacam wujud jurang. Bagaimanapun, kritikan sastera memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan. Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya sastera, di samping mentafsirkan dan menilai karya. Penilaian tentang berjaya atau tidak karya sastera harus dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu kuat atau gagal. Dengan hujah yang tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum kebaikan atau kekurangan karya itu. Sasaran kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang (lebih-lebih lagi pengarang baru) dan masyarakat/peminat sastera. Dengan adanya kritikan sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan pembaca, atau antara penikmat sastera dengan pengarang. Kesemua ini berfungsi mengelakkan kerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan. Jelaslah, betapa kritikan sastera amat diperlukan; mempunyai signifikan bagi menentukan kelangsungan jalur perkembangan sastera

Definisi Kritikan Istilah kritikan yang sering kita pergunakan dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa orang-orang Yunani kuno, krites yang bermaksud "hakim", dan istilah ini berasal daripada kata kerja krinein yang bererti "menghakimi" yang merupakan pangkal daripada istilah

kriterion yang bermaksud dasar penghakiman. Hanya kemudian muncul kata atau istilah kritikos yang bererti hakim karya sastera (Andre Hardjana 1981: 2). Dalam Glosari Istilah Kesusasteraan (1988: 163) terdapat penjelasan yang menyatakan bahawa "kritik" merupakan esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera, dengan tujuan menentukan sifat yang dimilikinya dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritik jauh lebih serius, adil, dan bijaksana daripada ulasan. Sementara kritikan pula merupakan cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai, dan menilai karya kesusasteraan (Ibid. 1988: 164). Rahman Shaari tulisan yang berupa reaksi terhadap karya sastera. Reaksi tersebut mungkin sepintas lalu sahaja dan mungkin juga amat serius dan penuh kesungguhan. Manakala pengertian bagi kritikan sastera melayu di Malaysia difahami sebagai; tulisantulisan tentang sastera yang mengandungi penilaian, sama ada menggunakan pendekatan tertentu atau tidak. Ali Ahmad menilai, memuji, menunjukkan kesalahan, membanding dan menikmati Manakala Hasim Awang sesuatu wacana budaya-mengolah pandangan, pendapat, pemikiran atau gagasan yang timbul daripada usaha-usaha menilai, mempertimbang dan menganalisis suatu penghasilan budaya berupa karya sastera Lutfi Abas Kritikan sastera (sesuai dengan namanya kritikan) adalah kajian tentang kelemahan pemakaian teori keindahan itu dalam sesuatu karya sastera yang tertentu. kritikan sastera sebagai karya seni mengkritik kelemahan yang ada pada kepelbagaian, keseimangan dan kesatuan unsur-unsur sesuatu karya. Kritikan adalah satu disiplin ilmu yang membincangkan soal penghayatan, penganalisisan serta penilaian terhadap sesebuah karya kreatif. Dikatakan ilmu saintifik krn menggunakan metodologi sewaktu membuat kritikan. Penghayatan dlm kritikan bermaksud apresiasi, tanggapan, pemahaman, pengamatan, dan pemikiran yang terjelma daripada reaksi pembaca. Penganalisisan bermaksud membincang, menghurai, mendalami serta membedah aspek penghayatan (apresiasi) dengan mengemukakan contoh, bukti serta hujah yang logik dan konkrit. Penilaian dibuat hasil dari apresiasi, penganalisisan, pertimbanagn serta penghakiman yang rasional, tetap dan meyakinkan.

Daripada pernyataan di atas, dengan mengangkat anologi itu dapatlah dikatakan bahawa kritikan sastera adalah penelitian yang kritis, penilaian yang jitu, dan pertimbangan yang adil tentang buruk baiknya nilai suatu karya sastera, dengan memanfaatkan pendekatan tertentu ataupun tidak, dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca, peneliti lainnya, dan karyawan itu sendiri. Dicatat oleh MUHAMAD ROZI di 12:01 PG 0 ulasan
SELASA, 5 OGOS 2008

Drama Lawyer Dahlan (shahrom Husain)


Latar Belakang Dramatis/Pengarah Shahrom Husain dilahirkan pd 4 Nov 1919 di Kg Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat, johor Menyambung pljrn di MPSI stlh tamat sek Melayu di Peserai. Jadi guru dan pensyarah. 1942 bergiat dlm bdg penulisan dan memetaskan drama Lawyer Dahlan dan diterima sebagai drama terawal dipentaskan dan diskripkan Juga terkenal sbg penulis novel sejarah dan buku pengetahuan bercorak biografi dan sejarah Telah menghasilkan kira2 50 buah judul penerbitan drp pelbagai jurnal 1983 bertugas sbg karyawan tamu di UKM Antara buku Shahrom Husain ialah Si Bongkok Tanjung Puteri dan Wan Cantuk.

Sinopsis Babak 1 Pak hamid dan Dahlan berbincang soal masa depan Dahlan. Dahlan ingin berkahwin dgn Rahimah sblm melanjutkan pelajaran di luar negara, walaupun pak Hamid menyuruh menunda perkahwinan tersebut. Rahman datang utk mengutip derma bagi badan perikatan masyarakat. Dahlan memandang hina kepada kutipan derma yang dibuat. Babak 2 Selepas berkahwin, Dahlan dan Rahimah tinggal di sebuah rumah moden. Mak Rahimah dtg dr kg dan membawa pucuk paku, ubi dan nangka muda. Rahimah engganmenerima brg 2 tersebut. Dahlan pulang dan memberitahu Rahimah bahawa dia bpeluang ke England utk

bljr undang2. Pak Hamid gembira Dahlan bjaya ke luar negara dan memberi pelbagai nasihat kpd Dahlan dan Rahimah. Babak 3 Dahlan dan Rahimah sdh pulang dr luar negara. Mak Rahimah dtg menziarahi ttp Rahimah tdk mengaku wanita itu emaknya. Dahlan berbual2 dgn Hamdan mengenai luar negara. Pak Hamid dtg dan memberi nasihat kpd Dahlan mengenai tugas majestret. Dahlan dan Rahimah pulang membawa corak hidup barat dan diamalkan oleh Dahlan. Dahlan dan Rahimah memandang hina kpd seorang peminta sedekah dan juga peminta derma. Sikap ini dipertikaikan oleh Pak Hamid. Babak 4 Rahimah merungut krn Dahlan blm balik walaupun sudah lewat malam. Apabila Dahlan pulang, Rahimah mengesyaki Dahlan ada perempuan lain. Pertekaran antara Rahimah dan Dahlan membawa kpd tindakan Dahlan menghalau Rahimah keluar dr rumahnya dan mceraikannya. Semasa Dahlan sendirian, Ah San dtg menemuinya menagih hutan. Pak Hamid dt dan myalahkan Dahlan krn mceraikan Rahimah. Dahlan menghalau Pak Hamid keluar dr rumahnya. Anggota polis dtg ke rumah Dahlan dan meminta Dahlan ke B. Polis. Babak 5 Dahlan mendengar suara ghaib Lebai Alang, kaum tani, peminta sedekah dan Rahman. Mereka mempertikai sikap Dahlan dan menasihatinya. Babak 6 Dahlan cuba membunuh diri ketika di kubur ayah dan ibunya tetapi sempat dihalang olh Pak Hamid. Dahlan insaf akan perbuatannya selama ini. Rahimah muncul dan Dahlan memohon maaf drp Rahimah. Rahimah pn begitu dan berharap agar mereka balik ke pangkal jalan

Stail / Gaya Pementasan Drama ini merupakan sebuah drama realisme atau berpijak di bumi nyata. Hal demikian kerana peristiwa2yg diketengahkan dlm drama ini berpijak di bumi nyata. Peristiwa-2nya merupakan isu semasa yg berlaku pada zaman drama ini dihasilkan dan masih berlaku dalam masyarakat kini.

Dari segi watak, watak2nya adalah realiti dalam masyarakat dan memainkan peranan yang sesuai dengan situasi semasa. uLatar tempat yg diketengahkan dlm drama ini adalah latar yg nyata dgn keadaan semasa dan tidak menjangkau latar-2 yg tidak logik spt kayangan dan sbgnya. Tema dan persoalan2 yg terdapat dlm drama ini sesuai dan masih berlaku dalam masyarakat hari ini.

Tema dan Persoalan Tema : kepincangan hidup masyarakat kota yg terpengaruh dgn kebendaan dan budaya asing menyebabkan mereka mudah lupa diri. Kepincangan hidup keluarga Dahlan adalah disebabkan dia mengamalkan nilai barat yg bertentangan dgn nilai timur. Sikap negatif Dahlan telah membawa kpd perceraiannya dgn Rahimah. Persoalan Kesan negatif budaya barat Budaya barat yg diterima oleh dahlan ketika belajar di luar negara telah dibawanya pulang ke tempat asal. Dia berfoya2 dgn wanita sehingga rumah tangganya retak dan musnah. Balasan atas perbuatan jahat Siakap negatif Dahlan iaitu pecah amanah wang sebanyak RM 10 000 telah menyebabkan dia dipenjara Perubahan sikap manusia Rahimah berubah sikap setelah berkahwin dan tinggal di bandar. Dahlan juga berubah sikap selepas pulang dr luar negara. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Mak Rahimah amat menyayangi anak dan menantunya. Apabila menziarahi Rahimah dan Dahlan dibawanya buah tangan dr kampung. Pentingan ilmu Dahlan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang undang2. Ini memperlihatkan Dahlan cinta akan ilmu pengetahuan. Begitu juga Pak Hamid yg begitu menekankan pelajaran Dahlan.

Derhaka kepada orang tua Rahimah tlh menderhaka kpd ibunya krn tidak mengaku wanita itu ibunya apabila mak Rahimah dtg ke rumahnya. Malah rahimah juga menyuruh ibunya keluar dr rumah itu. Begitu juga dgn tindakan yg menghalau Pak Hamid dr rumahnya.

Watak dan Perwatakan DAHLAN Watak : Watak utama, sudah kematian ayah dan ibu, dipelihara oleh Pak Hamid iaitu ayah saudaranya,melanjutkan pelajaran ke England dlm bidang undang2. Pulang ke tanah air menjadi majistret, mendirikan rumah tangga dgn Rahimah. Perwatakan : Gigih belajar sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di luar Pentingan ilmu Dahlan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang undang2. Ini memperlihatkan Dahlan cinta akan ilmu pengetahuan. Begitu juga Pak Hamid yg begitu menekankan pelajaran Dahlan. Derhaka kepada orang tua Rahimah tlh menderhaka kpd ibunya krn tidak mengaku wanita itu ibunya apabila mak Rahimah dtg ke rumahnya. Malah rahimah juga menyuruh ibunya keluar dr rumah itu. Begitu juga dgn tindakan yg menghalau Pak Hamid dr rumahnya. Lupa daratan (apabila pulang dari luar negara, suka berfoya-foya sehingga rumah tangganya hancur. Bermegah dengan kedudukan dan kekayaan sehingga mengenepikan org bawahan. Tidak kuat pegangan agama iaitu bertindak mahu membunuh diri setelah mnyesali perbuatanya Kedekut, tidak mahu menderma apabila ada yang meminta sumbangan

RAHIMAH Watak : isteri Dahlan, masih mempunyai ibu, orang kampung, memainkan peranan dari awal hingga akhir cerita. Perwatakan : tidak menghargai jasa orang tua (derhaka), tidak mengaku ibunya. Mengusir ibunya keluar dari rumah selepas dia pulang dari England.

Penyayang, menyayangi Dahlan kerana mempertikai Dahlan yang suka berfoya-foya dengan wanita. Sombong, selepas pulang dr luar negara, berlagak sombong dgn kedudukannya dan selalu menyindir org gajinya Mudah terpengaruh dgn gaya hidup moden, apabila tinggal di bandar, melupakan kebiasaan ketika di kampung, tidak mahu makan makanan kampung yang dianggap kolot. Tidak kuat pegangan agama, bertindak menderhaka kepada ibunya dgn menghalau ibunya dari rumahnya. PAK HAMID Watak : bapa saudara Dahlan yang menjaga Dahlan selepas kematian ayah dan ibunya. Merupakan ketua Kampung Hulu. Seorang watak pembantu tetapi turut berperanan memperkembangkan plot drama ini. Perwatakan : penyayang, menyayangi Dahlan dan juga Rahimah dengan mengambil berat serta memberi nasihat kepada mereka ke arah kebaikan. Jujur, menyuruh dahlan jujur dalam tugasnya sebagai seorang majistret. Kuat pegangan agama, menegah Dahlan daripada bertindak membunuh diri dan menganggap tindakan Dahlan itu sesat. Pemurah, memberi derma utk tujuan kebajikan dan mengambil berat terhadap Badan Perikatan Masyarakat. Tidak mementingkan darjat, tidak mahu membanggakan diri dengan darah bangsawan. Baginya jika berbanga akan menimbulkan idup yg berkelas-2 Pentingkan ilmu, menggalakkan Dahlan menuntut di luar negara dan apabila pulang dpt berkhidmat di negara sendiri.

PLOT

Jenis plot : Bersifat kronologi kerana peristiwa2nya berlaku mengikut susunan dan urutan. Tidak melangkaui dan melanggar hukum sebab dan akibat dan hukum masa juga tidak dilanggari. Struktur plot : Pengenalan {memperkenalkan watak2 spt Dahlan, Pak Hamid dan juga Rahimah. Dahlan

ingin berkahwin dgn Rahimah sebelum ke luar negara. Perkembangan { perubahan sikap Rahimah selepas berkahwin. Dahlan pula berpeluang belajar di luar negara dan Rahimah ingin dibawanya bersama ke England} Klimaks { kepulangan Dahlan dan Rahimah dari luar negara. Rahimah enggan mengakui seorang wanita yg dtg dari kampung sebagai emaknya. Dahlan pula terpengaruh dengan corak hidup Barat dan suka berfoya-foya. .Penurunan {Dahlan menceraikan Rahimah. Sementara itu hutang Dahlan bertimbun dan akhirnya dia ditangkap kerana tuduhan pecah amanah. Dia dipenjarakan tetapi apabila keluar dari penjara, dia ingin membunuh diri}. .Penyelesaian {Dahlan sempat diselamatkan drp tindakan membuhuh diri. Dia insaf dan kembali semula ke pangkuan Rahimah.

Teknik Plot Suspens Pembaca tertanya-tanya akan sikap seterusnya bagi watak Dahlan terutamanya selepas beliau pulang dr luar negara. Pembaca tertanya2 nasib Rahimah seterusnya terutama apabila Dahlan berubah sikap selepas pulang dr luar negara. Konflik Konflik dalaman watak mak Rahimah setelah dia tidak diterima oleh Rahimah selepas Rahimah pulang dari luar negara. Lebih serius, mak Rahimah tidak diakui oleh Rahimah. Konflik dalaman bagi watak Dahlan selepas keluar dari penjara. Dia merasa kecewa dan menyesal sehingga bertindak hendak membunuh diri.

Latar Terbahagi kepada latar tempat, latar masa dan latar masyarakat Latar tempat Rumah Pak Hamid Perbualan Dahlan dgn Pak Hamid mengenai pekerjaan Dahlan dan desas desus hubungan Dahlan dengan Rosnah. Dahlan juga bercadang utk kahwin sblm ke luar negeri Rumah Dahlan

Selepas berkahwin Dahlan menetap di bandar bersama Rahimah. Mak rahimah dtg dan membawa makanan kg tapi Rahimah dan Dahlan tidak suka makan. Dahlan mendapat berita dia berjaya ke luar negara. Luar Negara (England) Dahlan menyambung pelajarannya dalam bidang undang2 dan dia membawa Rahimah bersama. Tanah Perkuburan Dahlan ingin membunuh diri di kawasan tanah perkuburan ibu dan ayahnya. Pak Hamid menasihati Dahlan dan dia insaf dan sedar kesilapannya. Dahlan dan Rahimah kembali Latar Masa 1. Waktu : - Pagi :Dahlan : singgah berteduh kerana pagi tadi hujan - Hari ini: Pak Hamid: Kerja dimana hari ini? ms172 - Tadi : Rahimah: Di mana kau tadi? Ms 180 - Semingg dulu: seminggu dulu semasa hari ibu bapa sekolahnya aku jumpa dia ms173 2. Tahun : - Dahlan : Lebih kurang empat tahun ms 184. - Dahlan dikenakan hukuman penjara empat tahun kerja berat. 3. Hari : Ahad hlm 131 4. Jam : - 8. 30 pagi : rumah moden, terhias meja moden, radio, telefon, mesin taip, buku-2 tebal di atas meja, sebuah jam dinding menunjukkan jam 8.30 pagi, - 1.00 malam: pemandangan rumah seperti dalam babak tiga, hanya jam dinding menunjukkan pukul 1.00 malam

Latar masyarakat - Masyarakat kampung yang hidup sederhana iaitu Pak Hamid, Mak Rahimah, Rahman - Masyarakat profesional seperti mejistrit iaitu Dahlan - Masyarakat miskin yang terdiri daripada peminta derma (Zakiah dan Lebai Alang) dan

peminta sedekah. - Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat. - Masyarakat yang tidak menghormati orang tua. Watak Dahlan dan Rahimah tidak menghormati Pak Hamid dan Mak Rahimah. - Masyarakat yang kedekut dan susah untuk menderma, iaitu melalui watak Dahlan. - Masyarakat yang mudah terpengeruh dengan budaya barat - Masyarakat yang mengalami kepingan dlm intituisi kekeluargaan - Masyarakat yang hidup cara moden dan berfoya-foya. Gaya Bahasa Penggunan Peribahasa i. Macam katak di bawah tempurung ms 191 ii. ulat tak kenal daun, kacang lupakan kulit ms 195 Pemilihan kata(Diksi) i. Bahasa yang senang difahami. Ringkas dan terarah kepada bahasa harian. Bahasa Asing Penggunaan bahasa Arab seperti assalamualaikum, waalaikumussalam Penggunaan bahasa Inggeris seperti scholar-ship. swimming costume programme picnic dan beberapa lagi Simile Orang yang kekurangan pengetahuan dan ilmu, adalah seperti gelapgelita hati dan batinnya sebagai juga malam yang tak dapat sinaran bulan dan bintang. Ms 189 kau halau aku seperti binatang. ms196 Dialek AH SAN: Atak latang sekali-kali, ambik balang. Gua tanya sama lia, apa pasat bulan-bulan tak tak bayat? Lia kata encik tak tak kasi wang. Ms 214 Paradoks Tapi, tapi aku mati oleh tanganku sendiri. Ms 223

Teknik Penceritaan Imbas muka

i. Mak Rahimah membayangkan Rahimah akan mendapat balasan kerana tindakan Rahimah mengusirnya dari rumah. Ms 196 ii. Pak Hamid membayangkan Dahlan akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia ketika di England nanti, dan akan bercanggah dengan nilai ketimuran. Ms 188 Imbas kembali i. Dahlan menceritakan semula keadaan di England kepada Hamdan. Permandangan di England sungguh indah dan ada daya penarik. Ms 197 ii. Ingatan kembali terhadap sikap dahlan yang suka menghina, mengeji dan mengusir orang miskin. Monolog i. Memaparkan suara ghaib yang mempersoalkan tindakan yang dituturkan oleh kaum tani, peminta sedekah dan juga Lebai Alang.

Nilai Nilai Kemanusiaan Kasih Sayang : kasih sayang ibu Rahimah terhadap Rahimah dan Dahlan menyebabkan dia selalu datang melawat Rahimah dan Dahlan. Simpati: Pak Hamid yang bersimpati dengan peminta sedekah dan pemungut derma telah memberikan sumbangnya Tanggungjawab : Pak Hamid bertanggungjawab terhadap Dahlan dengan memelihara dan menjaga Dahlan setelah kematian ayah dan ibunya. Pengajaran -Kita mestilah mengutamakan budaya sendiri : contoh, sikap Dahlan yg terpengaruh dgn budaya barat merosakkan rumah tangganya. Sikap Dahlan ini tidak boleh dicontohi. -Kita janganlah derhaka kepada orang tua: contoh, Rahimah telah menderhaka kepada org tua kerana telah mengusir ibunya yang bertandang kerumahnya serta tidak mengakui ibunya.

-Kita janganlah bermegah dengan pangkat, keduduakan dan kekayaan. Cth, Dahlan dan Rahimah bermegah dgn kekayaan mereka. Sikap ini patut dijauhi kerana meraka juga turut memandang rendah kepada org miskin. -Kita janganlah bertindak melulu dlm melakukan apa2 tindakan. Cth, Dahlan telah bertindak melulu iaitu cuba membunuh diri. Tindakan negatif ini patu dijauhi krn dilarang agama. -Kita hendaklah menghormati orang tua. Contohnya dahlan yang tidak menghormati Pak Hamid apabila dia tidak mendengar nasihat Pak Himid agar tidak berkahwin dgn Rahimah. -Kita tidak boleh menghina orang lain terutama org miskin dan berpangkat rendah. Cth, Dahlan telah menghina peminta derma dan sedekah serta menindas pekerja bawahanya.

Kesusasteraan Melayu Moden STPM


Laman Sesawang Interaktif Kesusasteraan Melayu Moden STPM

Biodata

Ahmad Yani Salleh Bachok, Kelantan, Malaysia Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2 View my complete profile

Penulis Bersama Sasterawan Negara Prof.Muhammad Hj.Salleh


Posted by Ahmad Yani Salleh / 7:34 PM / Comments: (0)

at 7:34 PM | Posted by Ahmad Yani Salleh / 7:12 PM / Comments: (0)

at 7:12 PM |

Soalan dan Skema KM 2 SMK Sri Gunung


Posted by Ahmad Yani Salleh / 8:42 PM / Comments: (0)

SULIT* (Tiga jam) KERTAS 2 (KESUSASTERAAN MELAYU MODEN) KESUSASTERAAN MELAYU PERTENGAHAN TAHUN 2008 922/2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008 TINGKATAN ENAM ATAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG 16390 BACHOK, KELANTAN. SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak. 922/2

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 1. Perkembangan Kesusasteraan Melayu mengalami zaman perubahan dalam tahun-tahun 1950-an, ramai tokoh dan banyak karya yang lahir pada era tersebut adalah hasil daripada sumbangan institusi yang wujud pada masa tersebut. Berdasarkan kenyataan di atas, a). Nyatakan apakah nama institusi penting yang muncul pada era 50-an dan jelaskan latarbelakang penubuhannya. [4] b). Jelaskan tiga tujuan penubuhan institusi tersebut. [9] c). Huraikan empat sumbangan lazim institusi di atas. [12] 2. Pendekatan sosiologi merupakan satu cara melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan masyarakat, sama ada masyarakat tempat karya itu dihasilkan atau masyarakat yang melahirkan karya itu sendiri, pendekatan ini mementingkan masyarakat kerana ia percaya penuh bahawa karya adalah cermin masyarakat. Justeru itu, kesusasteraan sebagai dokumen sosial bagi masyarakat yang melahirkannya. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan a). maksud pendekatan sosiologi [4] b). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial [9] c). bagaimana peristiwa atau latarbelakang masyarakat dapat menjadi bahan bagi seseorang pengarang berkarya. [12] Bahagian B:NOVEL DAN CERPEN

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 3 . Persoalan agama adalah antara persoalan penting yang cuba digarap oleh Keris Mas melalui novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. (a). Jelaskan persoalan agama dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur [15] (b). Berikan dua watak utama yang menegakkan agama Islam dalam novel serta huraikan peranannya. [10]

4 . Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di bawah Sepi dengan jiran-jiran. Ah, pedulikan. Tapi, Islam tidak membenarkan kita berlaku begitu. Sekurang-kurangnya empat puluh buah rumah mesti diambil berat. Dan, yang dakwah sendiri tidak mahu menegur dan mengambil tahu hal jiran, bagaimana you nak baiki itu semua? Isterinya diam. Dia segera teringat kepada jiran depan yang tidak pernah mengambil tahu hal jiran. Malah ketika dia dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di atas pokok didepan rumah ustaz dakwah itu, ustaz itu tidak menjengokkan mukanya. Tapi amat garang dan banyak nasihatnya sewaktu membaca khutbah Jumaat. Suaranya amat lantang: berjiran, bertakwa, mengambil berat hal fakir miskin, tolong-menolong, ribu-ribu lagi. (Cerpen Kesementaraan, S.Othman Kelantan, Mutiara Sastera Melayu Moden, hal. 55.) (a). Apakah pekerjaan watak dia dan berikan tiga sikapnya berdasarkan cerpen di atas. [4] (b). Nyatakan teknik penceritaan cerpen dalam petikan di atas dan kesannya terhadap penceritaan. [9] (b). Berikan tiga citra masyarakat beragama yang dipaparkan dalam cerpen. [12] Bahagian C: Drama Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 5. Drama Lawyer Dahlan karya Shaharom Husain banyak mendedahkan kepincangan sosial masyarakat kota serta situasi penghidupan selepas perkahwinan. (a). Jelaskan gambaran negatif masyarakat kota dalam drama di atas. [15] (b). Nyatakan kesilapan Dahlan dan Rahimah menjalankan tanggungjawab dalam membentuk sebuah keluarga. [10]

6. Soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di bawah. PEREMPUAN II: Dalam keadaan yang serba keliru, dalam keadaan yang serba terharu, isteri Ayub pun meninggalkan Ayub. PEREMPUAN I: Tinggalkan Ayub dalam kesakitan; dan yang lebih menyedihkan, dalam kekosongan. Tetapi, Ayub terus sujud kepada Allah, sujud dan sujud, memohon penawar rahmat. Penawar rahmat kepada J.M Aziz adalah: Hujan turun Membawa khabar berita Baik lagi molek. Hujan turun Membawa sinar warna Pelangi Hujan turun Membawa gambar rupa Rahmat dari langit. Hujan turun Membawa penawar ke muka Bumi Menghapuskan demam panas Menghilangkan penyakit kering Kontang. Hujan turun Membawa penawar ke muka Bumi Melimpahkan rahmat Allah Menghidup yang mati. ( Drama Malam Ini Penyu Menangis, Noordin Hassan, Mutiara Sastera Melayu Moden, hal.259.) (a). Apakah nama isteri Nabi Allah Ayub, dan kenapakah isteri Ayub meninggalkan Ayub? [3] (b). Nyatakan cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Nabi Allah Ayub mengikut drama ini. [8] (c). Apakah peranan hujan mengikut sajak dalam petikan di atas? [6] (d). Jelaskan mesej kisah nabi Allah Ayub dalam keseluruhan drama Malam Ini Penyu

Menangis. [8]

Bahagian D: SAJAK

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Membunuh Mimpi (sebuah pesanan untuk Mayawati) Usman Awang Usiamu menghampiri sunti dara Mengibarkan rasa diselendang sutera Menyembunyikan malu di bilik terkunci Diselubungi rindu lagu dan tari Seribu bayang seribu mimpi Yang manis indah kerana itulah mimpi. Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing dicermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Sunti daraku, Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah Yang kini kubenci sebab begitu lemah Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah. Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu dan rindu Yang selalu menipumu. Dapatkan keberanian hidup baru Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu. ( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987, Mutiara Sastera Melayu Moden.) (a). Nyatakan empat perkara negatif yang wujud dalam kehidupan dunia remaja. [8]

(b). Jelaskan. harapan ayah terhadap anak gadisnya. [8] (c). Bincangkan keindahan sajak Membunuh Mimpi. [9]

8. Baca sajak di bawah ini , dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya Warga Petani Dharmawijaya Sepatutnyalah hamparan kasihku warga petani kubentangkan di rumah relamu selagi ladang keringatmu mengisi lapar kenyang siang malamku. Selamanyalah junjung hormatku warga petani kuletakkan di langkah setiamu selagi lelah budimu menjadi darah daging gelisah hidupku. ( Warga Petani, Dharmawijaya, 1983. Mutiara Sastera Melayu Moden.) (a). Jelaskan. nada sajak di atas [4] (b). Nyatakan mesej yang terdapat dalam sajak. [9] (c). Berikan penilaian anda terhadap kepuasan estetika sajak di atas [12]

.selamat menjawab,semoga berjaya Whs,smksg,008

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008 Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA Soalan 1: a). Nyatakan apakah nama institusi penting yang muncul pada era 50-an dan jelaskan latarbelakang penubuhannya. [4] Institusi Penting era 50-an - Angkatan Sasterawan 50 / ASAS 50 Latarbelakang penubuhan F1 : Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 F2: : Di rumah Cikgu Mas / Muhammad Arif Ahmad F3 : Di no.24 Jalan Harisson / Harisson Road Singapura F4 : Seramai 19 orang penulis telah hadir pada pertemuan pertama tersebut F5 : Pengerusi pertama yang telah dilantik bagi mengetuai ASAS 50 ialah Keris Mas. Institusi penting 1 markah Latarbelakang: Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 1 markah 3 isi x 1 markah = 3 markah b). Jelaskan tiga tujuan penubuhan institusi tersebut. [9] F1 : Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. H1 : Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an. . C1 : - mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu. -mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan. -mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera. -menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.

F2 : Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya. H2 : Angkatan Sasterawan 50 juga mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahliahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang. C2 : -menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan. -membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan. -memberi perlindungan di sisi undang-undang, jira tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang. -mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.

F3 : Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama. H3 : Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu. C3 : -memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera. -mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

c). Huraikan empat sumbangan lazim institusi di atas. [12] F1 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak. H1 : Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya Seni Untuk Masyarakat. Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. C1: Sajak Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda karya Usman Awang.

Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN. F2 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen. H2 : Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman . Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya Seni Untuk Masyarakat. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said. C2 : Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh karya Keris Mas.

F3 : Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. H3 : Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman . Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan Seni Untuk Masyarakat dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat. Berlaku polimek antara Asraf Seni Untuk Masyarakat dengan Hamzah Seni Untuk Seni menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. C3: Tulisan kritikan Aasas 50 Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu dan Esei Sastera ASAS 50 (Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas. F4 : Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel. H4 : Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular. Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin) C4 : Novel Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci, Pelukis Muda dan Meja Bola karya Rosmera. Novel Mata Intan, Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah karya Wijaya Mala. F5 : Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa. H5 : Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan

bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi. Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf C5 : ASAS 50 menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III. Soalan 2: a). maksud pendekatan sosiologi [4] F1 : Karya sastera mempunyai hubungkait dengan masyarakat F2 : Karya sastera adalah merupakan cerminan masyarakat

b). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial [9] F1 : Karya sastera adalah bayangan kehidupan sosial sesebuah masyarakat/menggambarkan kehidupan sesebuah masyarakat. H/C1 : Gambaran kehidupan masyarakat akan dikisahkan dengan sejelas dan sehidup mungkin tentang peristiwa ataupun emosi dalam cereka ini dapat dilihat sepertimana yang terdapat dalam cerpen Nagasaki karya Abdullah Hussein. F2 : Sastera merakamkan peristiwa dan nilai masyarakat pada satu-satu masa H/C2 : Dapat dikisahkan latar tempat, masa dan keadaan satu-satu masyarakat beserta tuntutan moral atau adab yang dianuti ketika itu. F3 : Pandangan hidup yang terdapat dalam karya sastera dianggap sama dengan pandangan masyarakat pada masa tersebut. H/C3 : Dapat menggambarkan situasi yang sama dengan zaman Sebenar. Karya sastera dapat dijadikan sumber atau maklumat Tentang keadaan masyarakat pada zaman tersebut. Contoh: Cerpen Macam Gergaji Dua Mata F4 : Daripada karya dapat dicari maklumat / sumber tentang zaman tersebut. H/C4 : Dapat ditemui maklumat dan sumber berkaitan dengan sesuatu zaman dan era yang menjadi perhatian dan tumpuan pengarang dalam sesebuah karya. Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh) 3 isi x 3 markah = 9 markah c). bagaimana peristiwa atau latarbelakang masyarakat dapat menjadi bahan bagi seseorang pengarang berkarya. [12]

F1 : Pengarang sebagai ahli masyarakat / Pengarang dapat pengalaman dari masyarakat / kehidupan masyarakat yang dilalui sendiri oleh pengarang

H/C1 : Menjadikan kehidupan masyarakat dan dirinya sebagai bahan untuk pengarang berkarya. Contohnya novel saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas. (mana-mana karya sama ada moden atau tradisional diterima) F2 : Sastera merakamkan kehidupan masyarakat kerana sastera itu sendiri mengenai masyarakat / kehidupan masyarakat dijadikan isi cerita. H/C2 : Kehidupan itu difahami dan direnungi, difikir, dan diimaginasikan oleh pengarang untuk ditulis kembali dalam bentuk perkataan dan disusun menjadi ayat. Contohnya Sajak Warga Petani karya Dharmawijaya. F3 : Penyusunan peristiwa dan pengalaman / Peristiwa disusun dan dirancang dengan baik. H/C3 : Ianya terancang dan dibangunkan dengan unsur-unsur sastera seperti bahasa sastera, emosi, intelek, imaginasi dan teknik. F4 ; Kehidupan yang dibawa masuk ke dalam karya itu telah melalui proses tokok tambah. / kreativiti pengarang / imaginasi / kehendak pemikiran pengarang. H/C4 : Telah disesuaikan dengan kehendak pengarang . Contoh, Drama Malam Ini Penyu Menangis karya Dato Nordin Hassan. F5 : Seorang pengarang tidak boleh menghasilkan karya dari imaginasi / khayalan semata-mata. H/C5 : Pengarang harus merujuk pada masyarakat / situasi yang berlaku dalam masyarakat barulah karya sastera yang dihasilkan lebih realistik. Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah huraian / contoh) 3 isi x 4 markah = 12 markah.

at 8:42 PM | Posted by Ahmad Yani Salleh / 8:27 PM / Comments: (0)

SAJAK v Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginative dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan bentuk dalaman. TEMA SAJAK v Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyair.

CONTOH TEMA : v Tema diri: berdasarkan pengalaman diri. v Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa dan negara. v Tema masyarakat: memaparkan simpati dan nasib masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya. v Tema alam: gambaran alam seperti keindahan dan pencemaran alam. v Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semnagat pahlawan negara v Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran dan sebagainya. BENTUK v Bentuk dalaman: membawa sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran. v Bentuk luaran: sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap. v Bagi puisi Melayu tradisional, sifat-sifat tersebut terbina dengan susunan yang tetap tetapi puisi Melayu moden sebaliknya. v Sajak terikat: bercirikan puisi Melayu tradisional seperti pantun dan syair v Sajak bebas: tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada segi pembinaan aspek bentuk. v Sajak separuh bebas: ada antara rangkapnya yang terikat dan ada yang bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional. NADA v Nada ialah alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam sesebuah sajak yang berhubung erat dengan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang diungkapkan dalam puisinya. v Nada juga berhubung rapat dengan tema, persoalan, rima, jenis dan bentuk sesebuah puisi itu. CONTOH-CONTOH NADA : v Nada melankolik: nada murung yang menggambarkan suasana hati yang sedih. Tekanan suara lebih rendah dan perlahan serta sesuai untuk puisi yang bertemakan penderitaan, kehampaan dan kerinduan. v Nada romantik: menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara rendah dan perlahan. Sesuai untuk puisi yang bertemakan peristiwa indah dan menggembirakan. v Nada patriotik: menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Tekanan suara lebih tinggi, pantas atau cepat. Sesuai untuk puisi yang bertemakan perjuangan, bercita-cita tinggi, besar dan mulia. v Nada sinis: menggambarkan suasana hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan, iaitu bersesuaian dengan puisi yang bertemakan hal yang tidak disukai atau kurang dipersetujui.(Sindiran yang Tajam) v Nada protes: menggambarkan suasana hati yang penuh pertentangan atau pemberontakan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Sesuai untuk puisi yang bertemakan ketidakadilan dan ketajaman. (tidak setuju) BUNYI

v Keindahannya terlaksana melalui kata atau rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam keseluruhan sajak tersebut. v Irama: alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. v Rima: menambah kerapian bentuk dan memperkaya kesan muzik bahasa. Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris pula dikenali sebagai aliterasi. IMEJ v Merupakan kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sesebuah puisi yang membantu pembaca mendekati dan menyelami pengalaman penyair. v Himpunan imej yang banyak dalam sajak dipanggil imejan. SIMBOL v Ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri. GAYA BAHASA v Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair. v Bahasa yang ekonomis datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas, tetapi padat mendukung makna. v Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna kebih daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang khusus seperti di dalam kamus. GAYA PERBANDINGAN v SIMILE - membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata seperti, bagai, laksana atau umpama. v METAFORA - membandingkan sesuatu benda dengan benda lain yang tidak jelas bentuk perbandingannya kerana dibuat secara langsung. Umumnya ia terdiri daripada dua perkataan, satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit. v PERSONIFIKASI - sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Disebut juga pengorangan. v HIPERBOLA - gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata yang lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran perbandingan secara berlebih-lebihan. GAYA PENEGASAN v PENGULANGAN - termasuk pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap - tiga tujuan dan kesannya: a) menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran b) menegaskan maksud tertentu c) menarik perhatian pendengar - Anafora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris.

- Epifora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada akhir baris - Simplok: pengulangan sesuatu kata pada awal, tengah atau akhir kalimat. - Inversi: pembalikan kata, frasa atau rangka kata GAYA PERTENTANGAN v PARADOKS - pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan gambarannya bertentangan dengan kenyataan. v IRONI - bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan.

at 8:27 PM | Posted by Ahmad Yani Salleh / 7:13 PM / Comments: (0)

Blog kesusasteraan Melayu Moden tumpuan khas pada STPM ini bertujuan untuk membantu para guru dan para pelajar yang mengambil mata pelajaran ini diperingkat STPM. Bahan-bahan yang dikongsikan dalam blog ini adalah merupakan hasil usaha gigih saya selama hampir tujuh tahun bergelumang dengan mata pelajaran ini sehingga saya diangkat menjawat jawatan guru pakar dalam mata pelajaran ini. Alhamdullilah bahan-bahan yang telah saya hasilkan akan dapat dimanfaatkan bersama.

at 7:13 PM | Posted by Ahmad Yani Salleh / 11:02 PM / Comments: (0)

1. Nilai <!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Kemanusiaan <!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Kemasyarakatan <!--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->Keagamaan / Moral 2. Latar LATAR memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwa dan watakwatak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentuk fizikal seperti sebuah kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu.

<!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Tempat : Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku <!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Masa /Suasana : Iaitu bila ( zaman / musim ) sesuatu peristiwa itu berlaku <!--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->Masyarakat / Keadaan : Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti agama, emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watakwatak tersebut. Watak yang digambarkan sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.
(sumber GLOSARI Istilah Sastera, hal 179)

3. Plot dan Peristiwa Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa ) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam pembinaan plot , pengarang berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan pengarang sendiri <!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->EKSPOSISI iaitu permulaan plot pengenalan watak . akibat perhubungan watak ,timbul pertikaian atau konflik <!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita konflik semakin rumit. <!--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->KONFLIKS Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian pembaca
(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 157)

Konflik terbahagi kepada 5 jenis <!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Konflik dalam diri <!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Konflik dengan watak lain <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Konfilk dengan masyarakat <!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Konflik dengan unsur alam

<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Konflik dengan nasib dan taqdir <!--[if !supportLists]-->d. <!--[endif]-->KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak konsentrasi yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik bertukar menjadi aksi menurun
(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 145 & 256)

<!--[if !supportLists]-->e. <!--[endif]-->PELERAIAN merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan . Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.
(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 238 & 256)

SURPRISE Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca Plot terbahagi kepada dua <!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Plot Kronologi- ikut urutan masa <!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Plot tidak kronologi tidak ikut urutan masa <!--[if !supportLists]-->4. Watak dan Perwatakan<!--[endif]--> Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan akibat ( cause and effect) seterusnya wujudnya lpot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya <!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Jenis Watak <!--[if !supportLists]--> i. <!--[endif]-->Watak Protagonis Merupakan watak yang memainkan peranan penting / utama dari awal hingga akhir cerita. Tidak semestinya watak protagonis wira yang baik, watak jahat juga boleh menjadi watak utama jika pengarang mementingkannya daripada watak-watak lain <!--[if !supportLists]--> ii. <!--[endif]-->Watak Antagonis

Watak yang menjadi penentang kepada watak protagonis <!--[if !supportLists]--> iii. <!--[endif]-->Watak Bundar Mempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, unsure-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur kemasyarakatan. Ia lebih menyakinkan atau lebih tepat dengan sifat-sifat manusia dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang wira juga ada kelemahan-kelemahan seperti sifat-sifat cemburu, yakin pada diri dan sebagainya
(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 352)

<!--[if !supportLists]--> iv. <!--[endif]-->Watak Pipih Watak yang tidak berkembang dan berbeza dengan watak bundar. Dikenali sebagai watak sampingan, bukan penggerak cerita, bukan watak utama /penting <!--[if !supportLists]--> v. <!--[endif]-->Watak Dinamik Watak yang berubah-ubah dan berkembang mengikut kesesuaian atau keperluan tertentu, samada dari segi psikologi, tingkah laku ( aksi dan reaksi ) akibat dari persekitaran atau kesan dari rentetan plot . Fungsinya <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Untuk mengembangkan plot <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mewujudkan perubahan sikap /sifat watak lain <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Merubah latar dan suasana <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menonjolkan perwatakan protagonis <!--[if !supportLists]--> vi. <!--[endif]-->Watak Statik Bertentangan dengan watak dinamik iaitu watak yang tidak mengalami perubahan dalam menghadapi dugaan dan tidak dapat diubah oleh persekitaran atau fikirannya tidak berkembang dari mula cerita hingga ke akhirnya <!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Peranan Watak <!--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->Perwatakan <!--[if !supportLists]--> i. <!--[endif]-->Latar dan sejarah watak <!--[if !supportLists]--> ii. <!--[endif]-->Sifat Dalaman <!--[if !supportLists]--> iii. <!--[endif]-->Sifat Luaran

at 11:02 PM |

Eksposisi
Posted by Ahmad Yani Salleh / 10:59 PM / Comments: (0)

1. Tema dan persoalan


TEMA Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang
bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis. (sumber GLOSARI Istilah Sastera) Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lainlain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel.

PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong
tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot

UNSUR KELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topic yang dibincangkan
oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu seperti

MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut juga makna
tersurat

MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah
karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang

at 10:59 PM | Newer Posts Home

Anda mungkin juga menyukai