Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSIEN

ONN
BATU PAHAT, JOHOR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
TUGASAN PROJEK
(BMMB 3033)
KESUSASTERAAN MELAYU

NAMA : MUHAMMAD BUQHARI BIN FAUZI

NO IC : 980102-04-5311

OPSYEN : BAHASA MELAYU

KOD/NAMA KURSUS : PISMP JUN 2016

TAJUK : KESUSASTERAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH : PUAN JAIMAH BINTI ABDUL MANAF

TARIKH HANTAR : 13 MAC 2017

1
BIL TAJUK MUKASURA
. T
1. SEDIAKAN SATU ESEI TENTANG 3-6
SEJARAH PERKEMBANGAN
KESUSASTERAAN MELAYU DI
MALAYSIA BERMULA TAHUN
1980-AN HINGGA KINI
2. ANALISIS SATU PUISI DAN 7-15

PROSA MENGIKUT KESESUAIAN


TEORI YANG DIPILIH
3. PILIH SALAH SATU TEORI 16-21

KRITIKAN SASTERA UNTUK


MEMBUAT SATU KRITIKAN TEKS
PUISI MODEN ATAU TEKS PROSA
MODEN SECARA KRITIS

2
1. Pengenalan

Sastera secara umumnya sangat sinonim dengan nukilan sajak, syair, pantun,
cerpen dan novel. Justeru, sudah pasti nukilan-nukilan sastera ini banyak menyentuh hati,
jiwa dan perasaan seseorang melalui bait-bait tulisan yang indah. Kususasteraan
merupakan satu bentuk seni yang menggunakan bahasa secara tersusun dan indah
karangannya untuk tujuan yang baik dan berfaedah. Menurut Profesor Sohaimi Abdul Aziz,
perkataan susastera merujuk kepada kata-kata yang indah dan kesusasteraan pula
bermaksud kumpulan buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Maka, kesusasteraan ini
boleh untuk kita katakan sebagai lambang identiti yang ditonjolkan melalui penulisan.

Unsur-unsur kesusasteraan Melayu menurut Hashim Awang telah terbahagi kepada


empat iaitu unsur intelek, emosi, imaginasi dan teknik. Melalui unsur-unsur ini dapat
memperjelaskan lagi mengapa kita katakan sastera ini merupakan kumpulan kata-kata yang
indah. Penggunaan emosi, imaginasi, intelek dan teknik menunjukkan bahawa dengan
sastera kita mampu menonjolkan idea-idea kritis dengan penggunaan teknik yang tepat dan
akhirnya melalui kedua-dua perkara itu penulis karya sastera mampu menyentuh pemikiran
dan perasaan pembacanya.

Karya sastera di Malaysia telah melalui pasang surutnya. Bermula dengan sastera
tradisional sehingga muncul seorang insan yang bernama Abdullah Munsyi yang menjadi
pelopor kepada kesusasteraan Melayu moden di Tanah Melayu pada ketika itu. Sastera di
Malaysia terus bernafas dan tenang melebarkan sayap keindahannya di merata tempat.
Penerangan tentang perkembangan kesusasteraan Melayu di Malaysia dalam penulisan ini
akan berfokus pada tahun 1980-an sehingga kini.

2. Kesusasteraan Melayu 1980-an hingga 1999

Penulis-penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah Ibrahim, Siti Aishah
Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali Ngah Azia, Marsli N.O., Hassanuddin Mast Isa,
dan Abu Hassan Morad telah muncul dalam tahun 1980-an. Penulis-penulis baru ini banyak
menulis novel remaja, cerpen dan sajak. Keris Mas juga telah menghasilkan novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur yang seiring dengan keadaan semasa. Selain itu, karya-karya
sastera pada tahun 190-an ini juga berfokus kepada karya berunsur keagamaan dan islam.

3
Seterusnya, cerpen-cerpen dekad 80-an hingga kini berkembang pesat bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini kerana, media cetak seperti akhbar dan majalah
banyak menyiarkan cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis ini. Majalah dan akhbar yang
dimaksudkan ialah Utusan Melayu, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya,
Dewan Siswa. Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA yang diadakan pada tahun 1991 dan 1992
telah menyebabkan banyak cerpen-cerpen berkualiti telah ditulis seperti contoh cerpen
Kuntum Perdamaian karya Azmah Nordin dan cerpen Garis Panorama karya Jais Sahok.

Pada tahun 1980-an juga telah muncul banyak anugerah dan hadiah yang
mengiktiraf penulis-penulis sastera di Malaysia. Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang
GAPENA telah diadakan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf kejayaan penulis di Malaysia.
Ismail Kassan yang menghasilkan novel Restu telah memenangi tempat kedua dan
novelnya telah dijadikan buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia. Di samping itu, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank juga
diadakan pada tahun 1997. Melalui pertandingan ini telah muncul banyak novel remaja
contohnya novel Julia karya Abu Hassan dan novel Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh.
Novelis Puteh turut menghasilkan sebuah novel remaja yang berjudul Terminal Tiga.
Malahan juga, dunia sastera tanah air telah digemparkan dengan novel Shit karya Shahnon
Ahmad pada tahun 1999. Novel ini secara ringkasnya mengkritik kerajaan Malaysia pada
ketika itu sehinggakan ramai individu mahu gelaran Sasterawan Negara Shahnon Ahmad
ditarik-balik.

3. Kesusasteraan Melayu 2000-an hingga kini

Selain itu, kesusasteraan Melayu di Malaysia juga berkembang mengikut arus


teknologi semasa. Hal ini kerana, Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas telah menyatakan
bahawa sastera merupakan wadah penyampaian masyarakat yang tinggi dengan nilai
estetika serta dapat dimanfaatkan oleh khalayak. Perkembangan sastera Melayu perlu
berubah mengikut zaman, iaitu dari tradisi lisan, ke tulisan, dan seterusnya dalam bentuk
media baharu dengan kecanggihan teknologinya. Kecanggihan teknologi memberi kesan
positif kepada penulis kerana penulis dapat memvariasikan penyampaian penulisan kepada
khalayak ramai dan penyebarannya tanpa sempadan. Sehubungan dengan itu, bidang
sastera juga turut menerima tempias ledakan teknologi maklumat ini. Media sosial telah
dijadikan salah satu tempat untuk menyalurkan maklumat berkenaan karya sastera.

Kegiatan media sosial terawal telah muncul dalam bentuk blog. Kegiatan menulis
blog ini amat popular sekitar tahun 2000. Selepas itu, kewujudan Facebook sebagai media
sosial dan tempat berhubung tanpa sempadan telah menyebabkan penulis-penulis
menggunakan medium ini untuk menyampaikan maklumat dan penulisan mereka. Antara

4
penulis novel yang aktif berinteraksi dengan peminatnya adalah Ain Maisarah. Beliau
membuka akaun facebook dengan nama AinMaisarah Novelis yang sehingga kini mencecah
kira-kira 194,493 likes daripada peminatnya. Selain berkongsi aktiviti sasteranya, beliau juga
berkongsi tips menulis karya kreatif bersama peminatnya.

Akan tetapi, perkembangan kesusasteraan Melayu di Malaysia telah mengalami


perubahan sekitar tahun 2010-an. Hal ini kerana, mulai tahun ini novel, cerpen, sajak
bertemakan indie telah mula mendapat tempat dalam hati pembaca. Jikalau sebelum ini
novel, cerpen atau sajak bertemakan cinta lebih menarik minat pembaca namun perlahan-
lahan indie telah membina empayarnya dalam arena sastera Melayu di Malaysia. Secara
ringkasnya, tema indie ini merupakan singkatan perkataan Inggeris 'independent' yang
bermaksud bebas atau merdeka, dengan hasil karya seninya adalah di luar arus perdana
yang komersial. Sastera indie atau juga dikenali sebagai sastera marginal, sebenarnya tidak
mempunyai satu unsur gerakan yang cuba untuk memecahkan dominasi sastera perdana,
tetapi ia sebagai ruang alternatif untuk menyiarkan karya yang bersifat tabu dari segi naratif
atau bahasa. Contoh novelis indie yang terkenal ialah Nadia Khan yang terkenal dengan
novel indie bertajuk Gantung dan Pakar. Kedua-dua novel ini menampilkan jalan cerita
yang sarat dengan persoalan dan watak antagonis yang mendominasi novel tersebut.
Penggunaan bahasa pasar dan kasar juga dilihat menjadi identiti kepada setiap novel indie
yang diterbitkan di Malaysia.

Azalan Husin pernah menjelaskan, karya indie ini mula berevolusi dan melakukan
beberapa anjakan kesan daripada ruang maya yang lebih terbuka dan proses penerbitannya
yang lebih murah dan demokratif. Kumpulan ini mula membentuk wilayah sendiri dan bukan
lagi berfungsi sebagai ruang alternatif, tetapi sebagai ruang utama yang menampung
tulisan-tulisan yang membebaskan dirinya daripada aliran sastera perdana.

Di samping itu, terdapat juga pihak yang khuatir sastera indie akan membunuh
keindahan bahasa Melayu. Namun begitu Aisamuddin Asri, penaung syarikat penerbitan
Lejen Press menyatakan bahawa ledakan buku indie di pasaran memberikan satu dimensi
baharu kepada generasi muda hari ini dalam menyuntik minat membaca yang kian hilang
satu ketika dahulu sehinggakan pernah keluar kenyataan rakyat Malaysia malas membaca.
Ramlee Awang Murshid juga ada menyatakan bahawa, Minat membaca dalam kalangan
rakyat kita semakin bertambah walaupun karya popular dikatakan tidak membentuk
pemikiran positif kepada pembaca. Sifat karya ini adalah mengikut pembaca, sekiranya
pembaca suka tentang sesuatu isu itu, maka pengkarya karya popular ini akan
menghasilkan apa yang diingini oleh pembaca di samping menjaga konteks bahasa itu
sendiri.

5
4. Kesimpulan

Intiharnya, keindahan kesusasteraan Melayu di Malaysia perlu bergerak seiring


dengan selera pembaca pada zaman kini. Kalau dahulu, penulis-penulis lebih memberi
tumpuan kepada prosa bertemakan percintaan, kini kita boleh lihat para pembaca pada
zaman moden lebih meminati prosa yang berbentuk sains fiksyen, antagonis dan bebas.
Maka, boleh untuk kita simpulkan bahawa sifat keindahan dalam sastera bergantung kepada
pembacanya. Namun , dalam kita ghairah menulis prosa yang menepati citarasa pembaca,
jangan pernah kita abaikan penulisan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul. Pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bersinergi dengan pihak yang bertanggungjawab agar
kualiti sesuatu penulisan itu dapat terus dijaga dan akhirnya dapat mengangkat
kesusasteraan Melayu di Malaysia ke arah satu platform yang lebih cemerlang dan tinggi.

6
ANALISIS CERPEN GEMA SEPI GADIS GENIUS

Sinopsis

Fikiran Basirah kian kusut. Dia berdepan dengan masalah ''busut'' dalam sistem
komputer di Makmal Perdana, tempat dia sedang menjalani latihan praktikalnya. Dalam
kekusutan fikirannya itu, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani. Basirah mengalami
masalah egoisme sebagai seorang kanak-kanak genius. Basirah berasa tidak senang
apabila Hanani mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu. Basirah
menganggap Hanani tidak memahami dirinya. Basirah tidak pasti sama ada sikapnya itu
memperlihatkan keangkuhannya. Namun pada waktu yang sama,dia teringin menjadi
seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan bergembira dengan pelbagai rutin
harian.

Namu demikian, Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani kerana gadis genius
mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang dewasa. Tambahan pula, dia sering menjadi
perhatian. Bagaimanapun, kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa terluang dengan
mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan persahabatan. Namun, usahanya
itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak.
Basirah tiba-tiba terkenang akan hari pertama dia menjalani latihan praktikalnya semasa
berusia 13 tahun. Namun sepantas itu juga perhatiannya kembali kepada masalah ''busut''
yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi. Memang terdapat paparan data yang
mencurigakan dan terlalu rumit untuk ditafsirkan. Namun,Basirah optimis. Dia tidak mudah
mengaku kalah. Dia berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu.

Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan ''busut'' yang lain itu. ''Busut'' yang bermula
daripada sebesar butir padi, kemudian melanda saluran-saluran darah di payudara ibunya.
Akhirnya ibunya tewas dan kembali ke rahmatullah. Lamunan Basirah terhenti apabila
beberapa orang remaja linkungan 12-15 tahun hadir di makmalnya. Salah seorang daripada
remaja itu ialah kakaknya, Hanani yang datang untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14.
Mereka turut membawa sebiji kek.

Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada Basirah. Ada antara
mereka yang mempunyai saudara, kawan,atau peminat ''surat elektronik'' di luar negara.

7
Basirah berasa sangat terharu. Alat osiloskop dipasang dan panggilan kepada ''kawan
elektronik'' dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima. Basirah turut
kagum akan cadangan Hanani. Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam
semua subjek. Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar
dalam internet.

Tema

Tema yang ingin ditonjolkan penulis dalam cerpen Gema Sepi Gadis Genius ini
ialah sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan. Basirah
menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia
merupakan gadis genius.

Watak

Watak utama dalam cerpen Gema Sepi Gadis Genius ini ialah Basirah. Manakala, watak
sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah. Watak utama
dalam cerpen ini ialah Basirah.

Perwatakan

Basirah

Basirah merupakan gadis genius yang berusia 14 tahun. Dia merupakan siswi tahun akhir
dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung
Malaysia. Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana dan telah dilantik sebagai
timbalan pengurus di makmal komputer tersebut. Selain itu, Basirah juga mempunyai
perwatakan optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja. Basirah tidak banyak
mempunyai rakan sebaya kerana pemikirannya tidak seperti rakan-rakannya. Hal ini
menyebabkan Basirah menjadi seorang gadis yang suka menyendiri. Di samping itu, dia
juga mampu bekerja di bawah tekanan dan mudah untuk menerima pendapat orang lain.

Hanani

Watak sampingan di dalam cerpen ini ialah Hanani. Hanani merupakan kakak kepada
Basirah dan berusia 16 tahun. Dia merupakan seorang kanak-kanak biasa daripada segi
kecerdasan otak. Selain itu, Hanani juga sangat mengambil berat tentang adiknya Basirah.
Hanani mempunyai perwatakan periang dan dia juga mempunyai banyak mempunyai rakan
sebaya.Malahan juga, Hanani juga mempunyai perwatakan lincah dan kreatif.

Plot

8
Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun


daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut,
Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani
di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang
sentiasa sibuk.

Perkembangan

Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal


sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah
busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-
temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan
sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah
membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan


dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman
sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk
menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini
berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat
ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan
Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

Peleraian

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh.


Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan
selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Latar

Latar Masa

Latar Masa Contoh


Siang Basirah menjalani latihan amali di makmal

9
sistem komputer di Makmal Perdana.
Malam Hanani berbual-bual dengan Basirah di
rumah pada waktu malam.
Hari minggu Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya
yang banyak di makmal sistem komputer,
Makmal Perdana.

Latar Tempat

Latar Tempat Contoh


Makmal sistem komputer di Makmal Tempat Basirah menjalani latihan amali
Perdana tahun akhir jurusan Sains Komputer.

Pusat bandar Kota Kinabalu Tempat letaknya Makmal Perdana

Sekolah kanak-kanak pintar Tempat Basirah belajar semasa zaman


kanak-kanak.

Institusi pengajian tinggi di Semenanjung Tempat Basirah belajar sebagai siswi


jurusan Sains Komputer.

Latar Masyarakat

Latar Masyarakat Contoh


Masyarakat yang celik komputer Basirah, pekerja di makmal sistem komputer,
Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani
mahir menggunakan komputer.
Masyarakat terpelajar Basirah merupakan siswi tahun akhir jurusan
Sains Komputer di sebuah institusi pengajian
tinggi.

Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti
rekreasi rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung

10
Gaya Bahasa

1. Metafora

Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir

2. Diksi

Bahasa Inggeris - hyperintelligent , the exterminator

Bahasa IT - Sotware , user , hacker

Istilah Sains - Osiloskop

3. Hiperbola

Contoh: Menggunung secara halimunan juga

4. Sinkope

Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)

5. Simplok

Contoh: Dipuji macam bidadari

Contoh: Draikan macam puteri

6. Perlambangan

Contoh: Busut

Nilai

Antara nilai yang boleh dianalisis melalui cerpen Gema Sepi Gadis Genius ialah nilai kasih
sayang. Hal ini boleh dilihat apabila kakaknya Hanani menatang sebuah kek yang comel ke
dalam makmal untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14. Seterusnya ialah, nilai
berusaha. Buktinya boleh dilihat apabila Basirah telah berusaha menyekat penceroboh
komputer sehingga telah berjaya. Akhir sekai nilai bertanggungjawab yang dinilai apabila
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

Pengajaran

Pengajaran yang boleh dianalisis dalam cerpen ini ialah kita hendaklah mempunyai
perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang
tidak sama. Hal ini boleh dilihat melalui watak Hanani yang sangat mengambil berat tentang

11
adiknya Basirah walaupun menyedari tahap kepintaran Basirah jauh meninggalkannya. Kita
hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Perkara ini boleh
dilihat melalui watak Basirah yang bekerja keras di Makmal Perdana.

12
ANALISIS PUISI SELOKA EMAK SI RANDANG

Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang tidak mempunyai struktur yang khas
seperti pantun atau syair. Mengikut Zaaba, seloka ialah karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah
tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak
mempunyai skima rima yang tetap. Oleh itu boleh dikatakan seloka lebih mirip kepada ciri free
verse iaitu bentuk puisi moden yang dikenali sebagai sajak pada masa ini.

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,

Dagang lalu ditanakkan

Tiada kayu rumah diruntuhkan,

Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan,

Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutang,

Beras habis padi tak jadi.

MAKSUD

Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup
berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak
berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang
dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras
sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

TEMA

Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri

PERSOALAN

1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan

13
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .

3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.

BENTUK

1. Terdiri daripada satu rangkap.

2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4

Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)

4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.

Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)

5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac

6. Seloka ini berbentuk bebas.

GAYA BAHASA

1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali

2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali

3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)

4. Anafora-

Anak pulang kelaparan

Anak di pangku diletakkan

5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui

6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan

14
NILAI

1. Nilai kebijaksanaan.

Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Nilai bertanggungjawab.

Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.

3. Nilai berbudi

Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

PENGAJARAN

1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.

2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.

3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya


pembaziran.

15
Analisis Kritikan Cerpen

Pengenalan

Saya telah menganalisis cerpen yang bertajuk 00000000000 yang ditulis oleh Shahnon
Ahmad. Cerpen ini diambil daripada buku antalogi kesusasteraan Melayu moden Tingkatan
4 dan 5 yang bertajuk Ku bentangkan sehelai peta. Cerpen ini diambil daripada halaman
(44-51) yang mengandungi lapan mukasurat bercetak. Saya menggunakan Teori Semiotik
untuk mengkritik karya yang ditulis oleh Shahnon Ahmad.

Latar Belakang Penulis

Dato Professor Emiritus Haji Shahnon Bin Ahmad dilahirkan pada 1933 di Sik, Kedah.
Nama pena beliau ialah Juwahir. Beliau merupakan seorang penulis dan telah mendapat
gelaran sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau merupakan Professor Emiritus di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejak 1956, beliau mula menulis karya sastera
berkaitan masyarakat yang juga dianggap berbentuk sinis. Novel pertama yang ditulis oleh
beliau ialah Rentong pada tahun 1956. Novel ini telah menaikkan nama beliau. Beliau
merupakan guru bahasa dan seterusnya menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan
Idris dan Universiti Sains Malaysia.

Sinopsis Cerpen 00000000000

Cerita ini mengisahkan Aku merupakan seorang pelukis yang hebat dan berseni.
Persahabatannya dengan Sasterawan Daiman Kreko membawa pelbagai pengalaman yang
baik. Kreko membawa ahli kumpulan Mad Dog untuk bermain bersama-sama mereka. Pada
mulanya, Aku berasa tidak selesa. Aku akhirnya bersetuju untuk menjadikan Dol sebagai
bahan utama permainan mereka. Kemudian, mereka mula mengambil tempat masing-
masing. Mereka ingin mentafsir Dol dengan menggunakan kepakaran masing-masing. Aku
telah teringat akan kisahnya pada waktu kecil apabila melihat perwatakan Dol. Keadaan
fizikal Dol agak tidak kemas yang menyebabkan kedua-dua mereka berasa pening. Bermula
dengan keadaan rambut Dol yang gerbang dan panjang, mempunyai anting-anting di
sebelah telinganya, melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang
sehingga mengganggu setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga
menampakkan bulu ketiak dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan
bahagian kakinya dan memakai kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan. Aku
dan Kreko tidak dapat mentafsir Dol dengan tepat. Akhirnya, Aku telah melukis di atas
kertasnya dengan bentuk 0 manakala Kreko menterjemahkan dengan perkataan kosong
pada kertas. Kekosongan yang dapat Aku rasakan setelah melihat perwatakan. Kreko

16
tersentak dengan bacaan Aku lalu mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku juga turut
mempamerkan lukisan bentuk 'O' sahaja. Ketiga-tiga mereka ketawa terbahak-bahak
apabila melihat hasil yang telah ditunjukkan. Mereka saling berpelukan. Dol yang hanya
ketawa kerana memahami akan tafsiran mereka.Imej rock yang ditunjukkan Dol sebenarnya
melambangkan kekosongan nilai dalam dirinya.

Tema cerpen ini menceritakan jati diri manusia yang lemah. Hal ini demikian kerana
watak Dol dalam cerpen menagung-agungkan cara pemakaian barat.

Teori Semeiotik

Setiap daripada butiran kata-kata yang diungkap oleh penutur melalui sistem
perlambangan boleh diungkapkan dari segi gerak laku mahupun perbuatan. Oleh hal yang
demikian, bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting. Tidak semua lambang-
lambang-lambang yang digunakan dalam bahasa akan difahami oleh setiap lapisan
masyarakat. Satu bentuk kajian melalui disiplin telah dilakukan yang diterapkan melalui
pendekatan semiotik. Teori ini merupakan teori kritikan pascamoden. Karya sastera difahami
melalui lambang-lambang atau simbol-simbol yang tertentu yang harus difahami
berdasarkan pemikiran si pembaca untuk menganalisis tanda-tanda yang terdapat dalam
karya sastera tersebut. Saya mendapati dalam cerpen ini terdapat banyak lambang-
lambang ataupun tanda-tanda yang digunakan. Lambang-lambang ini membawa kepada
pelbagai makna yang boleh dinilai berdasarkan pemahaman saya sendiri sebagai pembaca.
Saya menggunakan pendapat yang menyatakan semiotik mempunyai lima kod iaitu Kod
hermeneutik, kod konotatif, kod simbolik, kod proaretik dan kod kultural.

Teori Semiotik dalam Cerpen 00000000000

Kod hermeneutik membawa maksud mencetuskan teka-teki atau persoalan. Ayat yang
terdapat dalam karya yang dibaca akan mencetuskan pelbagai persoalan dalam minda si
pembaca. Sebagai contoh dalam cerpen ini ialah :

0000000000

Shahnon Ahmad

Tajuk cerpen ini telah membawa kepada persoalan kepada para pembaca. Tajuk
cerpen ini 0000000000 juga akan menarik minat orang untuk membaca kerana terdapat
pelbagai persoalan dan ingin tahu tentang isi penceritaan di dalam cerpen ini. Berdasarkan
analisis saya, saya menyimpulkan bahawa si penulis ingin menceritakan mengenai
seseorang yang hanya luarannya sahaja yang kelihatan gah tetapi hakikatnya dalam diri

17
seseorang tersebut tidak mempunyai sesuatu yang istimewa. Hal ini demikian kerana, cerita
ini mengisahkan Aku dan Daiman Kreko yang membawa seorang penyanyi rock untuk
bermain bersama-sama mereka. Mereka berdua telah cuba untuk mentafsir perwatakan
penyanyi tersebut. Pada pendapat saya, penyanyi rock tersebut yang memegang watak Dol
dalam cerpen hanya nampak bergaya secara luarannya namun di dalam diri Dol tidak
mempunyai nilai dan ilmu yang istimewa untuk dijadikan contoh kepada masyarakat.
Namun, berbeza sedikit dengan pendapat si penulis, tajuk cerpen ini menunjukkan seorang
penyanyi yang tidak mempunyai jati diri kerana berfesyen mengagung-agungkan budaya
barat. Kemungkinan si penulis berpendapat bahawa imej yang dibawa oleh Dol ini akan
merosakkan generasi muda yang mudah terikut-ikut.

Selain itu, kod simbolik juga dapat dikesan dalam cerpen ini. Dalam cerpen ini,
terdapat banyak simbol yang telah digunakan. Kod simbolik ini merupakan kod yang paling
khas untuk menentukan maksud sesuatu. Sebagai contoh yang terdapat dalam cerpen pada
perenggan pertama halaman 44 ialah :

Kadang-kadang terasa benar juga seperti kata sasterawan Daiman Kreko, bahawa
aku ini bukan saja pemain garis, pemain warna tapi juga pengukir hati dan
perakam jiwa.

Kod simbolik yang ingin dinyatakan dalam ayat tersebut ialah penggunaan nama
Daiman Kreko. Kebiasaannya, penulis yang menulis sesebuah karya ini akan menggunakan
nama pena mereka yang membawa kepada maksud yang tertentu. Pada pendapat saya,
nama pena Daiman Kreko itu membawa kepada makna yang baharu dan unik. Nama
Daiman yang digunakan mungkin diambil daripada perkataan bahasa inggeris iaitu diamond
yang membawa kepada maksud berlian. Seperti yang diketahui umum, berlian atau permata
ini merupakan satu benda yang beharga dan bernilai sekiranya dijual. Bagi diri saya sebagai
seorang pembaca, nama Daiman tersebut ingin merujuk kepada ahli sasterawan ini akan
menghasilkan karya-karya yang bernilai dalam setiap karyanya untuk disumbangkan kepada
masyarakat. Kreko pula diambil dari maksud bahasa inggeris Creek yang membawa makna
kepada sungai kecil. Hal ini menunjukkan bahawa sasterawan ini bermula daripada kecil
ataupun kosong sehingga boleh memajukan dirinya sendiri dan akhirnya menjadi
sasterawan Negara. Gabungan kedua-dua nama ini memberi makna tantang perjalanan
penulis yang bernama Daiman Kreko yang bermula daripada kosong sehingga boleh
menjadi sasterawan hasil daripada karya-karya yang dihasilkan oleh Daiman Kreko ini
merupakan karya yang bernilai kepada pelbagai lapisan masyarakat. Oleh hal yang
demikian, Daiman Kreko menggunakan nama ini sebagai nama pena dalam setiap karya-
karya yang dihasilkan.

18
Tambahan lagi, ayat ...pemain garis, pemain warna tapi juga pengukir hati dan
perakam jiwa. Menunjukkan simbolik kepada watak yang diceritakan oleh penulis
merupakan seorang pelukis. Hal ini demikian kerana, seorang pelukis akan sentiasa
bermain dengan warna dan garis untuk menghasilkan sebuah lukisan. Simbolik kepada
seorang pelukis ialah garis dan warna. Ayat ini menunjukkan simbolik bahawa seorang
pelukis bukan sahaja boleh menghasilkan karya yang kreatif dan bernilai, tetapi seorang
pelukis boleh menghiburkan hati orang lain. Ayat ini menunjukkan simbolik bahawa watak
yang diceritakan merupakan seorang pelukis. Penulis cerpen ini ingin menceritakan
mengenai kisah seorang pelukis dan seorang sasterawan yang menjadi kawan.

Selanjutnya, kod konatatif juga dapat dikesan dalam ayat. Maksud kod konatatif ini
ialah perkataan atau ayat yang membawa kepada dua makna. Ayat yang mempunyai kod
konatatif ini mempunyai makna yang tersirat berdasarkan tafsiran si pembaca. Sebagai
contoh yang terdapat dalam cerpen pada perenggan ketiga halaman 44 ialah :

Seorang sasterawan, walau bagaimana hebat dan gah sekalipun, hanya pemain
bahasa saja. Dan dengan bahasalah pula dia cuba bermain dengan manusia pun,
bermain dengan kemanusiaan dan kebinatangan manusia pun

Maksud perkataan bermain dalam ayat bukanlah bermaksud melakukan sesuatu


untuk bersuka-suka seperti maksud yang sebenar. Perkataan bermain dalam ayat
membawa kepada makna yang lain ataupun makna yang sebaliknya. Bagi pendapat saya,
penulis ingin menyatakan bahawa maksud bermain yang digunakan ialah menelusuri jiwa
manusia dengan sifat kemanusiaan yang ada dalam diri manusia. Penulis ingin
menunjukkan bahawa tugas ahli bahasa bukanlah suatu yang mudah. Hal ini demikian
kerana, ahli bahasa hendaklah memahami jiwa manusia untuk menggunakan kata-kata
yang boleh bermain dengan emosi pembaca semasa pembaca membaca hasil karya
mereka. Tugas seorang ahli bahasa untuk menyentuh jiwa pembaca bukanlah mudah
sekiranya ahli bahasa tersebut tidak benar-benar mendalami sesuatu peristiwa dan
mendalami sifat manusia.

Seterusnya, maksud kebinatangan manusia seperti dalam ayat di atas juga bukanlah
menyatakan bahawa manusia tersebut binatang. Kebinatangan tersebut mempunyai makna
yang sebaliknya. Pada pendapat saya, maksud yang ingin disampaikan ini lebih menjurus
kepada sifat seorang manusia yang seakan-akan binatang. Hal ini demikian kerana, banyak
berlaku masalah-masalah sosial yang melibatkan manusia yang tidak berkeperimanusiaan.
Manusia yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan inilah yang dikatakan manusia yang tidak
ubah seperti sifat binatang. Kod konatatif ini boleh disimpulkan sebagai bahasa yang
mempunyai makna disebaliknya.

19
Di samping itu, kod kultural juga dapat dikesan dalam cerpen 00000000000 ini. Kod
kultural ini membawa maksud kepada sesuatu yang memberi pengetahuan mengenai
budaya sesebuah masyarakat. Sebagai contoh dalam cerpen perenggan kelima halaman 44
ialah :

Memang sudah kami berjanji untuk sama-sama bermain. Dia bermain dengan
bahasa. Aku bermain dengan garis dan warna.

Pada pendapat saya, penulis ingin menunjukkan kultural masyarakat yang terdiri
daripada golongan seniman. Hal ini demikian kerana, penulis menulis dalam cerpen bahawa
dia bermain dengan bahasa, aku bermain dengan garis dan warna dan mereka berjanji
untuk bermain bersama-sama. Bahkan, berkemungkinan penulis ingin menunjukkan
bahawa kultural masyarakat pada masa ini tidak membuang masa dengan melakukan
perkara yang tidak berfaedah. Masyarakat pada ketika ini gemar menghabiskan masa
mereka dengan mengasah bakat yang sedia ada. Penulis juga ingin memaparkan latar
masyarakat yang terdiri daripada golongan cerdik pandai. Dalam cerpen ini menceritakan
bahawa kedua-dua mereka menggunakan bakat yang ada dan kemahiran sendiri untuk
mentafsir watak Dol dalam karya mereka. Watak Dol ditafsir dengan menggunakan lukisan
dan bahasa berdasarkan pemerhatian mereka semasa Dol diletakkan di tengah-tengah
gelanggang. Watak Aku dan Daiman Kreko yang ditulis oleh penulis dikatakan latar
masyarakat yang bijak pandai kerana mereka boleh mentafsir perwatakan orang dengan
hanya memerhati penampilan dan mendalami jiwa watak Dol dalam cerpen.

Kemudian, kod kultural yang dapat dikesan selain daripada contoh di atas juga ialah
pada perenggan kedua halaman 48 :

Dol melalui singlet tak berlengan yang hapak itu. Nampak jelas bulu ketiak dan
bulu dadanya. Dan apabila garis dan warnaku melangkah jauh turun ke bawah,
barulah jelas maknanya.

Kod kultural yang ditunjukkan dalam ayat tersebut ialah kultural masyarakat yang
tidak menjaga penampilan diri. Watak Dol dalam cerpen merupakan seorang yang sangat
selekeh dan tidak menjaga penampilan. Penampilan dengan menggunakan singlet yang
berbau hapak dan tidak berlengan sehingga menampakkan bulu ketiak dan bulu dada
menunjukkan watak Dol ini seorang yang selekeh. Dalam cerpen ini, Dol merupakan
seorang penyanyi yang popular. Sekiranya Dol memakai pakaian yang selekeh, Dol tidak
boleh menjadi ikutan orang lain. Malah, Dol akan menyebabkan generasi muda terikut-ikut
dengan fesyen yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Melayu. .

20
Akhir sekali, kod yang saya dapat kesan ialah kod konotatif. Sebagai contoh,
perenggan terakhir dalam cerpen 0000000000 halaman ke 51 ialah :

Dol sebenarnya sedang bertelanjang. Dia tidak ada makna apa-apa pun, baik
yang tersurat baik yang tersirat, walaupun peminatnya yang ebrjuta-juta jumlahnya
kerana peminat itu pun berada dalam kosong, kosong, kosong, kosong dan
0000000000 juga.

Maksud bertelanjang dalam ayat di atas membawa makna sebaliknya. Pada


pendapat saya, penulis ini ingin memberitahu bahawa Dol tidak mempunyai apa-apa
sekiranya dilihat dari aspek nilai murni. Dol hanya mempunyai peminat yang ramai tetapi Dol
tidak mempunyai jati diri yang kuat dan tidak boleh menjadi suri teladan kepada generasi
muda. Bertelanjang yang dimaksudkan ialah tidak mempunyai apa-apa yang istimewa
melainkan hanya popularity semata-mata. Kod konatatif ini memberikan makna yang
sebaliknya daripada makna asal.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada analisis cerpen ini, teori semiotik banyak digunakan dalam
penghasilan karya cerpen 000000000 karya Shahnon Ahmad ini. Izharnya, sejarah
kesusasteraan wajar didalami supaya warisan kesusasteraan Melayu tidak lenyap
ditelan zaman. Kesusasteraan penting agar guru-guru pelatih boleh membezakan
sastera yang berkualiti ataupun sekadar picisan semata-mata. Karya sastera moden
banyak melahirkan impak positif bagi menggalakkan sikap membaca dalam kalangan
masyarakat. Namun demikian, karya sastera moden ini hendaklah dipantau kualiti
penghasilannya supaya dapat menerapkan impak positif dan pengajaran kepada
masyarakat. Di samping itu, teori kritikan sastera ini penting agar kita mudah untuk
menganalisis setiap kekuatan dan kelemahan sesebuah karya. Penggunaan teori
kritikan sastera dalam bahasa Melayu juga membantu guru pelatih untuk mengetahui
makna hasil karya dengan lebih mendalam. Teori-teori barat dan tempatan hendaklah
difahami supaya pengetahuan dalam bidang sastera semakin berkembang dan boleh
melahirkan minat seseorang untuk mendalami kesusasteraan melayu.

21

Anda mungkin juga menyukai